NazmiTom80
- Reads 7,134
- Votes 10
- Parts 3
Pasangan suami isteri yang melakukan hubungan seks secara 'cowboy-style'
atau 'fast-game' atau 'semberono' mungkin akan cenderung untuk melakukan
adegan yang 'man-centric' (suami yang aktif dan puas) sementara isterinya
seolah-olah akan jadi objek seks saja. Ianya lambat-laun akan memberikan
kesan psikologi yang negatif ke atas isteri apatah lagi apabila suaminya dilihat
'hanya sayang bila mahu lakukan seks'. Dari sudut memberi nafkah batin,
pendekatan seperti ini bolehlah dianggap sebagai pendekatan yang tidak dialu-alukan.
Berapa banyakkah pasangan yang 'man-centric' tidak dapat dipastikan kerana
adegan ranjang adalah rahsia dalam rumahtangga dan tidak patut dikongsi
ceritanya walaupun kepada sahabat paling terpercaya. Namun boleh dikatakan
majoriti pasangan yang baru berumahtangga akan berhadapan dengan
masalah-masalah 'penyesuaian cara merangsang' atau 'penyesuaian posisi
yang digemari' dan tentu ramai yang kabur apakah yang dikatakan kepuasan
ketika melakukan seks. Adakah kepuasan itu terletak pada klimaks (inzal
mani) semata-mata atau adakah ia suatu keadaan yang lebih bermakna dari
klimaks.