winbell_
- Прочтений 1,192
- Голосов 60
- Частей 9
Aerabelle Angela Ahn, puteri bongsu keluarga Ahn yang merupakan kerabat diraja bangsawan Korea telah dilatih menjadi sempurna sejak kecil. Identitinya sebagai pewaris terakhir diraja dirahsiakan setiap kali berada di luar Korea. Namun apabila keluarganya mula menariknya ke dalam dunia korporat di tanah air, dunianya mula berubah. Trauma silam dan bahaya baru mula datang bertubi-tubi. Terlalu banyak rahsia... termasuk yang dia sendiri tidak pernah jangka.
Syed Rayyan Hayder, bukan sekadar cef bertaraf Michelin. Di sebalik dapur SYS's Cuisine, dia merupakan CEO rahsia kepada syarikat pengawal peribadi elit yang hanya berkhidmat untuk klien VVIP dan golongan bangsawan. Dia juga menyimpan kisah silam yang membentuk siapa dirinya hari ini.
Pertemuan pertama mereka di bangku sekolah melakar satu persahabatan yang sunyi namun tulus sebelum satu tragedi memisahkan mereka. Aerabelle menghilang tanpa jejak.
11 tahun kemudian, takdir menemukan mereka semula. Kini, Rayyan menjadi pengawal peribadinya dan berjanji untuk melindungi gadis itu... tanpa menyedari siapa Aerabelle sebenarnya. Namun, gadis itu bukan lagi gadis yang dahulu. Dia tidak mengenali Rayyan. Semua memori mereka tenggelam bersama trauma dan mimpi ngeri yang tak terpadam.
"Do I know you,Hayder?" - Aerabelle
"It's okay to not remember me, Aera. Just let me stay by your side... to protect what I failed to protect 11 years ago." - Rayyan
When fate places him near the heiress he's sworn to protect, a slow-burning tension ignites between fire and frost.
In a world ruled by secrets, power, and control, what happens when ice begins to melt?
Start: 9 June 2025
End:
Notes:
Slow update,
Active in the middle of July,
Unedited version so typos are commonly found
Some spoilers will be added on Tiktok