• Ongoing camelia •
22 stories
DARA UNTUK LUTH [RS] by SYA_AUTHORS
DARA UNTUK LUTH [RS]
SYA_AUTHORS
  • Reads 51,384
  • Votes 2,378
  • Parts 30
🇲🇾🇵🇸 DellyRose ~Hubungan kita terlalu rumit untuk diceritakan, namun terlalu bahagia untuk disembunyikan~ Dia suka pada abang angkatnya sendiri? Dia DARA JELITA? Suka pada AQASH LUTH? Abang angkatnya sendiri? Gila. Memang gila. Tapi gila itu benar. Seketul DARA sudah terjatuh cinta pada abang angkatnya sendiri. Sukar untuk dia nafikan perasaan indah ini. Rasanya terlalu menyenangkan. Terasa ingin larut dengan perasaan ini selama-lamanya. Perasaan itu kekal tumbuh. Dia biarkan mekar tanpa pengetahuan sesiapa. "Abang nak kenalkan kekasih abang pada ibu dan ayah..." Bagaikan batu terhempas tepat padanya. DARA terkedu sendiri. Setelah itu dia sedar sendiri. Hati AQASH sudah ada penghuninya. Bukan dia, tapi DARIA. Kakak kandung yang sudah bertahun-tahun dia cuba cari. Haruk? Benar. Berita itu cukup menyetap kasar tangkai hatinya. Tak tahu reaksi apa yang patut dia berikan. Bahagia? Atau kecewa? Perasaannya pada AQASH. Patutkah dia perjuangkan? Tak. Dia mengalah. Dia sedar dirinya tak berapa layak. "Terima kasih jadi abang yang baik untuk Dara selama ni.." "Sama-sama" Hancur angan-angan seorang DARA dengan cintanya pada AQASH. Perlahan dia sibukkan diri dengan kisah hariannya. Apatah lagi dengan kehadiran USTAZ YUSOF. "Berdamai dengan takdir Dara. Imam muda yang menjengah dalam kehidupan DARA pada waktu yang sesuai. Namun semuanya tidak berjalan lancar. DARIA menghilang sehari sebelum perkhawinannya dengan AQASH. Keadaan menjadi huru-hara. Nama baik perlu dijaga, perkhawinan perlu diteruskan dengan DARA sebagai mangsanya. "Apa salah abang sebenarnya pada dia?" "Mungkin dia perlukan masa..." "Masa? Berapa banyak lagi? Abang pun ada hatilah Dara..." Kacau-bilau. Keadaan menentukan segalanya. Akhirnya DARA terpaksa menjadi isteri ganti pada AQASH. Hari-harinya payah, terlalu ketat dengan perasaannya sendiri. Sehingga suatu hari. Daria kembali. "Akak sayangkan Aqash" "Tapi dia suami Dara" "Pertahankan kita Dara" Bertahankah mereka?
AFFAIR  by romeoow
AFFAIR
romeoow
  • Reads 8,879
  • Votes 459
  • Parts 2
RADEN JIWATRISNA | HAZEL DEARANA 18+ | MATURE CONTENT | ANGST | EXPLICIT CONTENT
HEZRON by Lollysnow
HEZRON
Lollysnow
  • Reads 16,784
  • Votes 1,662
  • Parts 2
Coming soon
EZEKIEL :  THE MUSE by romeoow
EZEKIEL : THE MUSE
romeoow
  • Reads 13,062
  • Votes 803
  • Parts 3
- Ezekiel Dzulfiqiar & Ardeana Nazatul
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
UNKNOWN [COMPLETE]
CIK_ZALIKHA
  • Reads 836,379
  • Votes 76,883
  • Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
AZEL [BAD MAGICIAN] by CIK_ZALIKHA
AZEL [BAD MAGICIAN]
CIK_ZALIKHA
  • Reads 87,922
  • Votes 9,620
  • Parts 20
"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. Rasa dirinya seolah-olah sengaja diperkotak-katikkan oleh lelaki berlagak kaya itu. Kalau dah tahu dirinya tak cantik, mengapa Tengku Hayyan bersungguh-sungguh menggodanya dahulu? sekarang bila dah jatuh cinta, nak ditinggalkan sesuka hati? Apa? lelaki itu fikir, maruahnya boleh dipermainkan dengan cinta palsu ke? Lebih bertambah api kemarahan Jina apabila dia dapat menangkap hubungan sulit Tengku Hayyan bersama seorang wanita yang tidak dikenali. Apa-apa pun, dia takkan biarkan Tengku Hayyan bahagia bersama wanita itu! "Aku akan pastikan hubungan kau dengan perempuan tu akan putus! kau fikir orang macam aku tak reti nak balas dendam huh?!"-JINA "Well... rancangan yang bagus." -MISTERI "PENCULIK!!" Spritttttt!!!! Lelaki pelik itu muncul secara tiba-tiba. Latar belakangnya langsung tak dikenali, tapi dialah paling bersungguh-sungguh meyakinkan Jina bahawa dia boleh menjayakan misi memporak-perandakan hidup Tengku Hayyan. Tetapi hanya untuk tiga permintaan sahaja. "Betul ke kau boleh buat apa-apa saja?"-JINA "Tiada yang mustahil dalam magic. Kalau nak aku lesapkan dia depan mata kau pun aku boleh buat." "Tapi peliklah. Kenapa kau nak tunaikan tiga hajat jahat pulak? Jin baik buang kau ke sampai kau tersakiti?"-JINA "Sebab tak semua dalam dunia ni, perlu dibalas dengan kebaikan. Dan lagi satu, aku bukan jin. Aku Kian Arzhel. Panggil Azel!" Siapakah Azel yang sebenarnya? Adakah misi mereka bakal berjaya dan apakah tiga permintaan jahat yang Jina bakal minta? "Aku rasa aku dah ada permintaan terakhir" Jina "Tak nak dengar."-Azel Semakin sukar Azel hendak menunaikan permintaan Jina apabila hatinya mula diganggu perasaan aneh. Akibat fikirannya sering terganggu dengan bayangan wajah wanita itu, sulap matanya juga jadi tak terkawal. "I miss you, Jina."-TENGKU HAYYAN "Kau masih percayakan, dia?"-AZEL
Cinta Dua Dunia by sarahdianamarcella
Cinta Dua Dunia
sarahdianamarcella
  • Reads 149,549
  • Votes 10,346
  • Parts 60
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbagai dugaan menimpa dirinya. Dia terpaksa menyembunyikan identitinya yang datang dari masa hadapan. Pertemuan dengan sang Putera pewaris kerajaan Langkasuka lebih menyukarkan dirinya untuk pulang. Sudah banyak cara dia mengelakkan diri dari si Putera itu. Kerana Putera si dingin dan dominan, sudah pun menanda dirinya untuk menjadi si Permaisuri hatinya. Apa akan jadi jika si Putera itu mengetahui gadis itu sebenarnya salah satu dari ramalan yang ditulis? Bagaimana dia mahu mengubah ramalan itu? Bagaimana dia mahu menerima si gadis itu bukan dari asalnya? Adakah pada akhirnya mereka akan bersatu? Fantasy- yes Love- yes Cliche- no Harsh word may include Medical term may include Start- 15 Okt 2023 End-
SEIF by Lollysnow
SEIF
Lollysnow
  • Reads 440,569
  • Votes 43,241
  • Parts 25
Bermula dari janji dan kepercayaan, masa depan seorang gadis dipertaruhkan oleh ayahnya sendiri. Si abang yang buntu mengambil pilihan mencari pelindung buat adiknya.
𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 by romeoow
𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧
romeoow
  • Reads 435,565
  • Votes 27,368
  • Parts 22
Stepbrother. Forbidden romance.
EVA by CIK_ZALIKHA
EVA
CIK_ZALIKHA
  • Reads 67,636
  • Votes 6,499
  • Parts 12
"Macam mana kau hancurkan hidup dia. Macam itu juga aku akan hancurkan hidup kau."-EVA EVA INAYA, hidupnya berubah 180 darjah setelah kematian Iris, sahabat baiknya. Dia yang dulunya seorang yang pemurah dengan senyuman, kini sombong. Semuanya kerana dendam yang lama tersimpan hingga menjadi nanah. Dia harus bangkit bagi menghapuskan lelaki-lelaki durjana yang telah menghancurkan hidupnya dan arwah Iris. . Dan dia, tidak sesekali percaya akan dunia perkahwinan dan CINTA! "Saya tak ingat rumah saya dekat mana. Tapi boleh tak awak tolong hantarkan saya balik rumah? Saya takut mama saya marah..." EZRAN. EZRAN, seorang yang tak berapa nak sempurna dek kerana waktu kecil dahulu terkena demam panas. Bendul. Tak reti hidup berdikari. Persis budak kecil umur 10 tahun. Namun, dikurniakan otak yang sangat bijak pandai. Dia mempunyai satu keinginan. Iaitu mahukan isteri. Malangnya, Dato' Hanif dan Datin Shima tidak membenarkannya. "Selagi abang tak pandai nak berdikari. Mama dengan papa tak boleh biarkan Ezran kahwin. Apa? Ingat kahwin ni macam main masak-masak ke?"- DATIN SHIMA "Tapi abang Zahrin boleh aje dapat dua tiga perempuan dalam masa sehari? EZRAN cuma minta satu aje." EZRAN. Terkedu. Oleh kerana sudah berjanji, maka Datin Shima dan Dato' Hanif pun bercadang untuk aturkan temu janji buat anak lelaki mereka. Sebanyak 30 calon wanita hadir semasa temu janji di sebuah restoran hotel lima bintang, tapi 29 ditolak. "Saya rasa dia takkan datang, Tuan. Apa kata kita balik aje?" "Tapi papa dah cakap, diaorang semua akan datang. Sabarlah kejap. Mungkin lagi lima minit?" -EZRAN "Siapa calon yang terakhir tu? Biar saya maklumkan pada Dato yang dia tidak dapat hadir." "Eva. Eva Inaya." -EZRAN "I'm here." Apakah cinta itu benar-benar tidak wujud bagi Eva buat selama-lamanya? Dan Dapatkah Ezran menjadi seorang suami yang sempurna buat seorang wanita yang dia dambakan? "Awak boleh gunakan saya. Buatlah apa pun. Memang saya ni suami yang bodohkan pada awak?"-EZRAN