Siri Sekolah - School Series
2 stories
Projek Petaka (Old Version) by ghostudent
ghostudent
  • WpView
    Reads 5,623
  • WpVote
    Votes 202
  • WpPart
    Parts 66
(NEW VERSION BOLEH DIBACA DI WALL ATAU READING LISTS ATAU SEARCH DI SERIES - SIRI SEKOLAH) Ini adalah cerita FF tentang Projek : High Council dengan AU berbeza. Hanyalah FanFiction semata-mata. Dan ini bukan kisah cinta. Sekali lagi diulangi, INI BUKAN KISAH CINTA Rain diterima masuk ke satu kolej swasta. Di situ dia mendapati terdapat badan perwakilan pelajar yang bergerak secara underground tanpa pengetahuan tenaga pengajar yang dikenali sebagai Petaka yang berselindung di sebalik Pustaka. Tetapi dia berubah selepas satu insiden dengan Keyra, Ketua Petaka sehingga mahu menghancurkan Petaka. Dia menggunakan Kahar, teman lelaki Keyra untuk membantu dia melunaskan satu dendam. Apabila rancangannya sedang berjalan, ada satu rahsia yang terbuka membuatkan dia berada di persimpangan sama ada mahu teruskan balas dendamnya atau tidak.
Intan Ratna by ghostudent
ghostudent
  • WpView
    Reads 507
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 12
Siri Sekolah - School Series #1 School = Intan Ratna Dewi Ratnasari atau lebih mesra dipanggil Ratna berpindah ke sekolah baru - SMK Jebatuah - dan berkawan dengan orang baru, Intan dan Lina. Tetapi kehadiran Ratna tidak disenangi oleh Lina atas alasan yang tidak munasabah. Dari mula lagi Lina seperti melancarkan perang halimunan kepada Ratna. Cuma Intan seorang sahaja yang masih setia dengan dia hingga ke akhir perjalanan mereka. Hanya Intan yang mempercayai dia di saat semuanya membenci Ratna. Tetapi akibat satu kejadian bodoh yang Ratna lakukan, hubungan persahabatan mereka berdua retak dan Intan mula menjauh. Dalam masa yang sama, Ratna juga berkawan dengan seorang jejaka comel yang telah mengambil hatinya pada pertama kali mereka berjumpa akibat kejadian yang memalukan. Dari kejadian pertama hinggalah kejadian seterusnya, hati Ratna sudah benar-benar terpaut pada si pengawas perpustakaan itu. Satu kenyataan yang melukakan hati Ratna sehingga dia bertindak bodoh dan memecah-belahkan hubungan mereka semua. Mampukah mereka berbaik semula jika persahabatan dan percintaan yang menjadi taruhan? Persahabatan atau percintaan yang menjadi pilihan?