read & C ⭐
26 stories
𝐃𝐞𝐯𝐢𝐥'𝐬 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 | [ TERBIT ]  by Missliluna
Missliluna
  • WpView
    Reads 248,953
  • WpVote
    Votes 4,774
  • WpPart
    Parts 10
[TERBIT DI BAWAH FAJAR PAKEER] Ditikam belakang, dimanipulasi, diperdaya. Dunia ini sebuah lakonan. Tiada kebenaran, hanya penipuan. Permainan yang diciptakan demi kejatuhan telah menjerat mereka ke dalam perangkap satu sama lain. Mutiara Seroja, digelar Pearl. Dibesarkan oleh sebuah legasi gangster berkelas tinggi. Hidup bagaikan seekor anjing. Litar kehidupannya ini telah mematikan hati Pearl untuk mencintai dan dicintai setelah mengharungi pelbagai ancaman hidup. "I've warn you once the fact that you'll never be able to escape from me. Kau akan sentiasa berada di bawah kaki aku." - PEARL Segalanya mula berubah setelah kehadiran seorang playboy yang hambar. Tanpa ketahui, si dia mempunyai sisi gelap sama sepertinya. Rian Lovis, digelar Amedeo. Seorang ejen rasia di agensi. Dikenali sebagai seorang lelaki yang panjang akalnya di kalangan ejen-ejen, membuatkan mereka sakit kepala jika ada isu yang melibatkan lelaki itu. "Rian Lovis, Ejen NSA yang paling meletop! Kau patut rasa beruntung dapat aku." - AMEDEO Disatukan dengan Amedeo sememangnya mimpi buruk bagi Pearl. Hidupnya tidak pernah tenang semenjak lelaki itu menghantuinya. Tanpa persamaan. Banyak perbezaan. Mampukah mereka bekerjasama sebagai pasangan misi? "Kau tak payah berlagak sangat boleh tak? Cuba peka dengan sekeliling. Kalau kau mati, aku biarkan aje mayat kau kena makan anjing." - PEARL Ada manusia yang mungkin kelihatan polos, tetapi nyatanya ada udang di sebalik batu. Bermain dengan ular, bisanya boleh membawa maut, bagaimana pula bermain dengan manusia yang tersembunyi? Realitinya, bukan satu. Bukan dua. Tetapi, tiga orang mastermind di dalam permainan ini. Matlamat yang sama, strategi yang berbeza, mampukah sebuah pengkhianatan terbongkar? Bagai bulan dan matahari. Bagai langit dan bumi. Bagai api dan bara. Perjalanan yang mengusik kepada kematian. "I don't play with fire. But I set the fire."
The New Generation Series : Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal] by Hashily90
Hashily90
  • WpView
    Reads 87,974
  • WpVote
    Votes 1,491
  • WpPart
    Parts 11
SYAQIL ASRAN X RAJA HAYFA HANINA Syaqil seorang jejaka tampan yang cukup pakej. Harta, pangkat,kuasa segalanya berada di hujung jarinya. Namun dalam bab cinta dia kecundang apabila gadis yang lama di idamkan olehnya curang dengan lelaki lain. Hal ini membuatkan sikap Syaqil yang dulunya peramah, penyayang dan pelawak menjadi seorang lelaki yang dingin. Atas suratan takdir Syaqil disatukan kembali dengan Hayfa iaitu bekas kekasihnya. Namun disebalik perkahwinan tersebut dia melancarkan perang dingin terhadap Hayfa. Hayfa yang sedar statusnya sebagai isteri Syaqil telah berusaha untuk mengambil kembali hati Syaqil yang sudah tawar padanya. Walaupun sikap Syaqil dingin terhadap Hayfa. Perasaannya terhadap isterinya itu masih juga tidak berubah. Sehinggakan dia berani mengambil risiko bekerja sebagai cikgu di sekolah kemahiran Elite semata-mata kerana ingin menjaga Hayfa. "Kalau abang dah tak cintakan Faa kenapa abang setuju kahwin dengan Faa?" "Mungkin tuhan pun bantu aku untuk balas dendam pada perempuan yang curang macam kau ni." -Syaqil- Mampukah Raja Hayfa Hanina mengambil semula hati Syaqil Asran? Serta mampukah Syaqil menyesuaikan dirinya dengan para pelajarnya yang nakal? Perhatian: Segala babak tentang sekolah di dalam cerita ini adalah fiksi. Ianya menceritakan tentang sekolah Kemahiran Elite swasta. Tidak ada kaitan dengan sekolah goverment. Jadi persekitarannya tidak sama dengan sekolah biasa dari segi budaya, suasana dan tingkah laku pelajar. Oleh itu, sila jangan bandingkan babak pelajar di dalam cerita ini dengan murid sekolah goverment. 💢untuk pembaca matang sahaja. READ AT YOUR OWN RISK. Kerana cerita ini ada unsur ganas, bahasa kesat dan sweet terlampau.
[EBOOK] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan Rayyan by ApikaAmin
ApikaAmin
  • WpView
    Reads 156,257
  • WpVote
    Votes 6,371
  • WpPart
    Parts 31
Book 6 : H U D A M A L I K A & H I S R A Y Y A N
Hot Trio Series: Tuan Shahrul Mateen [ Terbit]  by Hashily90
Hashily90
  • WpView
    Reads 108,669
  • WpVote
    Votes 1,709
  • WpPart
    Parts 13
SHAHRUL MATEEN x ALAILA SOFEA Shahrul Mateen jejaka kegilaan ramai wanita. Oleh kerana dia kaya, kacak dan peramah, hal ini membuatkan ramai wanita yang menyukainya. Namun disebabkan satu peristiwa dia menutup pintu hatinya pada wanita. Disebabkan situasi yang mendesak dia terpaksa mencari calon isteri secara kontrak. Alaila seorang gadis yang kasar dan bergaya ala-ala lelaki. Dia menutup hatinya untuk lelaki kerana trauma akibat dikecewakan. Disebabkan tekanan hidup dia menjadi seorang yang dingin dan sukar di dekati. Tetapi dengan kehadiran Shahrul, hidupnya berubah tiga ratus enam puluh darjah. Disebabkan terdesak dan memerlukan dana kewangan Alaila bersetuju untuk kahwin kontrak dengan Shahrul. Karekter Shahrul yang gila-gila dan sukar di ramal sangat berlawanan dengan Alaila, menjadikan situasi perkahwinan mereka turun naik seperti roller coaster. Di saat hati Shahrul terpaut pada Alaila, mampukah dia melembutkan hati Alaila yang seperti queen Iceberg itu? "Aku rasa, aku ni cukup tampan. Umpama jejaka terhangat di pasaran. Tak kan itu pun kau tak nak." (Shahrul) "Tuan ni kalau tak puji diri sendiri tak sah kan. Tampan apanya, kat bukit bintang tu belambak je stock muka macam Tuan ni. Lelong satu sepuluh ringgit pun belum tentu ada yang nak okey." (Alaila) "Amboi, amboi mulut kau tu. Dah ada insuran belum. Jangan sampai aku lumur sambal belacan kat mulut kau tu nanti." (Shahrul) "Aku bayar upah kau jadi isteri aku setahun. Kau perlukan duit untuk perubatan Lana kan." (Shahrul) "Kenapa Tuan nak pilih perempuan tomboy macam saya untuk jadi isteri Tuan. Bukan Tuan tak suka perempuan kasar ke?" (Alaila) "Sebab aku, kau tak perlu tahu. Yang penting peluang ni sekali je aku buka. Kau pilih nak terima atau tidak." (Shahrul) Amaran 💢Dalam ini ada scene yang menggunakan kata-kata kasar 💢sweet, hot and spicy 💢Typo bersepah kalau boleh bersabar sila baca. Tak ada paksaan untuk membaca.
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 5,963,182
  • WpVote
    Votes 294,441
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,789,767
  • WpVote
    Votes 206,437
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? • • Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021
HAYYES DARREN ©️ by itsquinrae
itsquinrae
  • WpView
    Reads 844,826
  • WpVote
    Votes 35,882
  • WpPart
    Parts 67
Akan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap, tak apa. Tetiba je Elyssa cakap dia tak paham. Masalahnya aku dua kali ganda tak paham. "Aku cakap, aku tak paham," kata Elyssa lagi. "Apa yang kau tak paham?" Ian mengangkat keningnya. "Kau!" Elyssa menunjuk ke arah Ian Darren. Ian tersenyum sinis. Sekarang dia paham maksud Elyssa. "Baby there's another side that you don't know, you don't know" Ian Darren mengenyitkan mata pada Elyssa dan bibirnya pula sambung menyanyi. He fell first and also fell harder ☘☘☘ Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Storyline agak membosankan Start: 13/11/2023 End: 10/01/2024
[EBOOK] Kerana Aku, Milik Ian Benjamin by ApikaAmin
ApikaAmin
  • WpView
    Reads 161,704
  • WpVote
    Votes 2,764
  • WpPart
    Parts 13
Book 5 : SHARINA x IAN BENJAMIN Story about Sharina (Mrs Haiden Mateen) and Ian Benjamin (Tuan Karl Benjamin)
PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED] by sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Reads 994,219
  • WpVote
    Votes 43,031
  • WpPart
    Parts 57
𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐙𝐐 𝐗 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐄𝐍 𝐋𝐀𝐃𝐄𝐄𝐍𝐀 "Miss me dear??" SAMBUNGAN PEMILIK HATI ENCIK DUDA‼️ Perpisahan antara Iman Rizq dan Kausar Umaiyah membuatkan Iman membawa diri mencari cinta yang baru. Sikap Iman yang "mulut manis" membuatkan gadis takut untuk mendekatinya. Siap digelar buaya lagi. Kepulangan Ayreen Ladeena ke Malaysia , memberi satu makna untuknya. Mana taknya , sudah lama dia berpisah dengan pujaan hatinya itu. Harapannya juga adalah memikat hati gadis itu. Penantianku bakal berakhir. Semoga Allah pertemukan kita semula. - Encik Teruna Kiriman bunga mawar dan sepucuk surat membuatkan Ayreen tertanya tanya. Siapa pemberi bunga mawar itu?? Adakah Tengku Darwish?? Lelaki yang suka control hidupnya walaupun sekadar kawan. Saya cemburu kalau lelaki lain tengok awak. Saya tak boleh , Ayreen. Jujur saya cakap saya suka awak , Ayreen - Tengku Darwish. Iman cuba mendekati gadis itu dengan lebih dekat. Namun Ayreen sentiasa dingin dengannya. Sejarah hitamnya itu membuatkan dia takut untuk mendekati mana mana lelaki. Akan tetapi layanan Iman sedikit sebanyak membuatkan Ayreen tertarik untuk mengenali Iman dengan lebih dekat. Kemesraan mereka membuatkan ada hati yang mula iri dengan mereka. Satu persatu rancangan dilakukan untuk memusnahkan hubungan mereka. Berjayakah mereka?? ✅ 100% idea sendiri ✅ Tiada unsur plagiat ✅ If tersama itu adalah satu kebetulan START : 7 MEI 2023 END : 2 OGOS 2023
Eternity Love [BAKAL TERBIT] by DaisyIntrovert
DaisyIntrovert
  • WpView
    Reads 1,610,193
  • WpVote
    Votes 4,093
  • WpPart
    Parts 7
WARNING❗️Maaf, cerita ini agak hambar ya 😌 •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. Tengku Arifin x Balqis Surfina Tengku Arifin - Pemilik TA Airline & TA Corporation, 25 Tahun Balqis Surfina - Pemilik Restoran 'Your Home' , 29 Tahun - You call it madness, i call it love - Demi meneruskan legasi keluarga, dia terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai seorang tentera. Bergerak menjadi seorang ahli perniagaan itu tidak mudah apalagi itu bukan bidang yang dia minati. Demi kehendak keluarga, dia tunaikan juga. Dia fikir menguruskan perniagaan itu sudah cukup susah, ternyata berhadapan dengan 'orang gila' itu lebih susah sehingga membuatkan dia rasa hendak campak ke planet lain. " Hai, nak kahwin dengan saya tak? " - Balqis Surfina " Cermin dekat rumah kau da retak sangat ke sampai tak malu nak ajak kahwin? " - Tengku Arifin " Sebab tak malulah saya ajak ni. Limited tau perempuan macam saya ni. Perempuan macam saya ada satu orang je dekat dunia ni. Mana nak cari lagi " - Balqis Surfina " Sebab ada kau seorang dekat dunia ni lah lagi aku tak nak. Aku sanggup lompat dari bangunan dari kahwin dengan kau. Tak ingin aku kahwin dengan perempuan tua macam kau " - Tengku Arifin Hidup tenang jadi kacau bilau dengan kehadiran wanita yang yang tak habis-habis mengajaknya berkahwin. " Awak tahu tak rumah apa paling indah " - Balqis Surfina " Apa? " - Tengku Arifin " Rumah tangga yang bakal kita bina cia cia cia " - Balqis Surfina Rasanya dia yang perlu pindah ke planet lain kerana tidak tahan asyik 'diganggu' saja. Mampukah Balqis merobohkan tembok kukuh yang dibina oleh Tengku Arifin dalam hatinya dengan kehadiran seseorang dari masa lalu Tengku Arifin? Adakah Balqis akan mempunyai peluang untuk merasakan 'cinta abadi' yang dia tidak pernah rasakan selama ini?