izdiharhafiz
- Leituras 4,218
- Votos 567
- Capítulos 24
"Kalau aku tak boleh buat, macam mana ?"
"Izz...tak ada manusia yang sempurna."
🌦️🌦️🌦️
Dia Izdihar Hafiz. Anak muda yang hidup dalam dunia yang penuh luka dan persoalan. Izdihar sering menjadi mangsa kebencian yang tidak difahaminya. Puan Maryam seolah-olah melihat dirinya sebagai bayangan seseorang yang cuba dilupakan.
"Kalau aku tahu dari kecil sebegini rupa, dah lama aku pijak-pijak kau biar mampus."
Kehidupan Izdihar mula berubah apabila dia menemukan sesuatu yang menggetarkan hatinya. Tinggalan masa silam yang diam-diam menuntut perhatian. Sejak itu, Izdihar sedar bahawa ada bahagian dalam hidupnya yang belum pernah benar-benar dia kenal.
Dalam perjalanan mencari jawapan, Izdihar mendapati dirinya terperangkap antara kebenaran, konflik keluarga, dan luka silam yang sukar disembuhkan. Tetapi, adakah pencarian ini akan membawanya kepada jawapan yang diinginkan ? Atau, adakah dia hanya sekadar akan tenggelam dalam hujan kenangan yang tidak pernah reda ?