Kayyyy201's Reading List
167 stories
His love, Only her by fiyazxacc
fiyazxacc
  • WpView
    Reads 1,472
  • WpVote
    Votes 148
  • WpPart
    Parts 22
Zahrel Qayser x Lydia Humaira Pertemuan mereka bermulanya di Universiti. Sejak mereka mula mengenali satu sama lain terbitnya satu perasaan yang sukar untuk ungkapkan. Mereka hanya pendam. Tapi setelah itu Zahrel terpaksa berpindah ke luar negara. Atas urusan kerja bapanya selama 6 tahun di London. 6 tahun kemudian mereka bertemu tetapi Lydia hanya pura pura tidak mengenali Zahrel sejak kejadian di The Gardens Mall dahulu. Zahrel ada memberitahunya yang dia akan berkahwin dengan seorang perempuan bernama Aira Melissa. Zahrel sudah bina rumah tangga jadi buat apa dia sibuk? walhal sungguh dia kecewa...Adakah ini pengakhiran baginya?
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 642,298
  • WpVote
    Votes 24,306
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
ZAHRIN'S : HIS STOLEN HEART [OG] by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 54,795
  • WpVote
    Votes 3,985
  • WpPart
    Parts 43
ZAHRIN HAIDER - Assistant CEO muda yang terlalu tegas untuk seusianya.Lelaki yang jarang tersenyum, jarang berlembut, dan tak pernah mencampuradukkan kerja dengan perasaan. Bagi Zahrin, dunia korporat adalah medan perang. Dan dia tak pernah kalah. Sehinggalah seorang gadis bernama ZYLEE MELIDA melangkah masuk ke syarikat itu. Sejak hari pertama dia sendiri mengendalikan kemasukan para intern, Zahrin sedar sesuatu tentang gadis itu cara dia menegakkan bahu, cara dia membalas renungan tanpa tunduk. Berani. Degil. Dan terlalu jujur pada mata. "Kalau hari hari saya kena hadap muka encik,macam mana kerja saya nak siap? Encik tak ada kerja lain ke?" - ZYLEE MELIDA "Gaji kau,aku yang bayar.ikut cakap aku." - ZAHRIN HAIDER Buat pertama kali, dia bukan sekadar mahu mencuri hati seseorang.Dia mahu melindunginya. Namun masa lalu Zylee bukan bayang yang mudah hilang. Dan bila semuanya mula menghimpit, Zahrin terpaksa memilih untuk kekal sebagai lelaki dingin yang tak pernah kalah...atau menjadi lelaki yang sanggup berperang demi satu hati yang telah lama dicuri dan dipatahkan. - HEART SERIES 2026 - ZAHRIN HAIDER [ SECOND LEAD ELG SERIES ]
Issac Adrean: His Precious  by dareallyana_
dareallyana_
  • WpView
    Reads 77,513
  • WpVote
    Votes 384
  • WpPart
    Parts 3
[1st romance] Issac Adrean | Aya Sophia
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,410,056
  • WpVote
    Votes 78,263
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE  by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 330,886
  • WpVote
    Votes 14,632
  • WpPart
    Parts 66
○Bacaan ringan dan santai○ ⚠️ tatabahasa tunggang-langgang. Read it at your own risk ⚠️ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025
[C] HATI (Buah Hati #1) by MawaAyfa
MawaAyfa
  • WpView
    Reads 271,930
  • WpVote
    Votes 11,122
  • WpPart
    Parts 65
Hamra Adinda x Tuah Iskandar Hamra Adinda Seorang corporate gurlies berjaya! Hidup makan gaji yang diimpakan untuk mendapat kestabilan hidup akhirnya tercapai dengan bekerja di Wakeem Bank. Salah satu bank yang terkenal dan menapak sekian lama di Malaysia. Namun, masalah yang ditimbulkan oleh keluarga sendiri membutakan dia buntu untuk mencari jalan penyelesaian. "I nak kahwin." "Dengan siapa?" "Kanda." Tuah Iskandar Seorang CEO untuk syarikat konglomerat yang dibina oleh Wan. Sampai satu ketika, permintaan Wan membuatkan dia terganggu. Kahwin? Kenapa dia perlu kahwin. Ketika umurnya ranap 30 tahun dia perlu kahwin, wan suruh dia kahwin. Masalah yang dicipta oleh Wan sendiri membuat dia buntu. Terhenti seketika otaknya ligat mencari idea. "Aku nak kahwin." "Dengan siapa?" "Dinda." "Done and Seal, Dinda." ~ Tuah Iskandar ~ "Done and Seal, Kanda." ~ Hamra Adinda ~ (story ringan and minimal konflik)
Mr. Lucifer Her Fallen Angel | SU by RissaRalyn
RissaRalyn
  • WpView
    Reads 10,011
  • WpVote
    Votes 573
  • WpPart
    Parts 53
***KU KHAIRIEL SHAH X ARABELLA NUR JASMINE*** Arabella Nur Jasmine membesar dalam takdir yang tidak pernah meminta izin. Cinta hadir dalam bentuk yang paling menyakitkan, melalui Khairiel Syah, abang angkat yang menyimpan benci sedari awal dia menjejakkan kaki ke rumah agam itu, hingga luka itu berakar di jiwa, bersarang dihati. "Aku benci kau. Sampai aku rasa macam nak bunuh kau."-Khairiel Syah Namun benci itu tidak pernah benar-benar membunuh rasa. Ia hanya menyamarkannya. Dalam diam dan pengorbanan, Bella memilih merelakan diri. "Kalau ni buat abang dan Papa berbaik... buatlah abang... Bella rela..."- Arabella Nur Jasmine. Air matanya jatuh di atas tangan Khairiel, membuatkan lelaki itu terkaku buat pertama kali, dia sedar apa yang hampir dia musnahkan. Apabila benci akhirnya menyerah pada cinta yang tiada bertepi, janji pun terlafaz. "Bella cinta hati abang. Bella hanya untuk abang. Dan abang hanya milik Bella."-Khairiel Syah. Bella terkedu. Degupan jantungnya laju berdegup tak ikut ritma bukan kerana takut, tetapi kerana cinta itu terasa seperti sumpah yang tidak boleh ditarik kembali.... ~~~~~~~~ Start : 17/12/25 End :