MiszzArra's Reading List
107 stories
Hanya Yang Kedua by darimatapena
darimatapena
  • WpView
    Reads 277,465
  • WpVote
    Votes 7,019
  • WpPart
    Parts 58
Auni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Abah dan ibu sibuk carikan jodoh. Tapi bukan dia yang tolak. Jodoh masih belum kunjung tiba. Disebabkan satu eksiden kebakaran dirumah sewa dia diselamatkan oleh seorang pegawai Bomba bernama Syed Yazzer. Membuatkan gadis itu dalam diam mula meminati lelaki tersebut. Dia rasakan itulah perasaan yang dipanggil jatuh cinta.Tapi sayang lelaki itu rupanya sudah berpunya ataupun suami orang. Hati dia kecewa namun redha. Syed Yazzer bukan lah yang ditakdirkan untuk dia. Bila kehilangan perkerjaan dia membuat keputusan untuk pergi sahaja dan menyelesaikan masalah bila isteri Yazzer. Zalikha Dato Hamdan.Ya isteri Yazzer yang rupawan dapat tahu yang dia pernah menaruh hati pada suaminya. Namun bukan maki hamun yang dia dapat. Dia dapat tawaran untuk menjadi isteri kedua atau diberikan pekerjaan yang semesti ada agenda disebalik nya. Kerana terkejut dengan tawaran yang tak masuk akal Auni Farisha kembali kekampung halaman teruskan hidup disana. Dia tak sudi langsung jadi isteri kedua. Apa kata ibu dan abah nanti. Masalah kewangan Arifin abang sulung dia yang terlibat kemalangan memaksa Auni kembali semula ke Kuala Lumpur. dia mula menerima bantuan Zalikha yang sudi menawarkan perkerjaan pada dia.Tersepit diantara perasaan masih ada pada Yazzer. Auni mula pasrah tapi lelaki itu jelas tak menyenangi kehadiran dia. Yazzer selalu menghindari dan menyuruh Zack Zikri jadi pelapis dia tiap kali melibatkan hal gadis itu. Gadis yang dipilih isteri yang sah untuk jadi madu dengan relahati. Sebagai kawan Jack layan saja permintaan Yazzer demi seorang kawan. Satu malam Auni terperangkap bila ditangkap khalwat dengan seseorang. Yang dia rasa semua itu telah dirancang rapi oleh salah seorang dari mereka. Baru Auni Farisha sedar dia hanya dipergunakan untuk matlamat seseorang. Beautiful cover by @bunnyaf ⚠️No plagiarism
Koleksi Kisah Seram by Zeqiqbaal29
Zeqiqbaal29
  • WpView
    Reads 236,217
  • WpVote
    Votes 12,412
  • WpPart
    Parts 94
20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang ikut sama membaca.Itu atas risiko anda sendiri. Ok tu je nak pesan.
Kasturi Luz Ghafi  by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 6,469
  • WpVote
    Votes 146
  • WpPart
    Parts 5
Siti Kasturi cantik. Sangat cantik sehingga adik tirinya sendiri menjadi pembenci. Dengki yang berdarah daging dalam diri sang adik tiri membawa episod hitam dalam hidup Kasturi. Hidup Kasturi hancur. Maruahnya direnggut. Wajahnya cacat. Kasturi kira nasib buruknya hanya sampai disitu. Rupa-rupanya itu hanya awal dari kisah hidupnya yang malang. Bertahun-tahun dia menderita. Bukan salahnya. Mereka yang jahat, termasuklah suaminya sendiri yang hanya mempergunakan dirinya untuk kepentingan lelaki itu. Suami yang tidak mencintainya.. Suami yang hadirnya hanya tahu menabur benih luka dihati Kasturi..
Ustaz Faqih Ruzain [Ebook dan Buku Fizikal] by Hashily90
Hashily90
  • WpView
    Reads 164,984
  • WpVote
    Votes 1,695
  • WpPart
    Parts 7
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya. "Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya- "Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih- "Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya- "Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih- Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.
Untuk Satu Tahun [Ebook And Novel Fizikal] by Hashily90
Hashily90
  • WpView
    Reads 15,283
  • WpVote
    Votes 432
  • WpPart
    Parts 10
IZZ FAEEQ x AYLA AULIA
Cinta Kita by miigrxx
miigrxx
  • WpView
    Reads 378,371
  • WpVote
    Votes 9,924
  • WpPart
    Parts 21
"Lia, abang ada benda nak bagitahu", dia cakap sambil pandang tepat dekat mata aku. Aku tengok tangan dia yang tengah genggam kedua-dua tangan aku tu. "Abang kena tangkap basah dengan Yuna. Dan abang dah pun kahwin dengan dia. Empat hari lepas, masa Lia pengsan tiga hari tu". Ya Allah, dugaan apakah ini? Aku rasa macam kepala aku kena hempap dengan batu besar nak mampus. Suami aku kena tangkap khalwat. Suami aku dah kahwin dengan perempuan lain. Suami aku. Suami aku? Aku pandang Is, mula-mula nampak dia yang tengah pandang aku, lepas tu makin lama muka dia makin kabur sebab mata aku dah penuh dengan air mata. 'Suami aku dah kahwin lain.'
Terlanjur Cinta by SeriDewiSuria
SeriDewiSuria
  • WpView
    Reads 377,059
  • WpVote
    Votes 1,595
  • WpPart
    Parts 30
Karya asal oleh Matilda Mateen. Disunting oleh Bluduel dan Seri Dewi. ʻʻWalaupun aku sudah bersuami dan telah mempunyai anak dua, aku terlanjur bercinta dengan seorang lelaki foreignerʼʼ
Lecturer Itu Duda Aku! ✓ by Fahizah_Reena
Fahizah_Reena
  • WpView
    Reads 1,006,882
  • WpVote
    Votes 13,634
  • WpPart
    Parts 13
Berawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. Al maklumlah, kahwin pilihan keluarga. Tapi, bila dia tak ada zuriat, keluarga mertuanya juga turut tidak menyukainya. Sikap manusia, kan? Berubah-ubah. Laila bangkit dan mahu sambung pelajaran di peringkat Universiti, menebus kembali masa yang dibazirkan selama bersama Qais Ukasy! Sekurangnya, jika dia punya segulung ijazah, dapatlah juga dia berlagak depan Qais yang sombong dan bongkak itu! Baru nak bahagia pada hari pertama menuntut di Universiti, segalanya terasa seperti langit runtuh atasnya. Lecturernya, adalah Qais. Dr Qais lebih tepatnya, terkejut... Walaupun dia tahu pekerjaan bekas suaminya, tapi ini sangat-sangat mustahil berlaku. Dia tak pernah tahu Qais dahulu mengajar di sini. Kalau tidak, dia sudah angkat kaki ke tempat pengajian lain. Bermulalah dari situ, kesinisan, ketegasan, dan kenakalan Dr Qais mengganggu dia. Laila tidak melayan, malah menjauhkan diri. Namun makin dia berlari, makin dikejar pula. Gila! Dr Qais itu gila! "Buat apa buang masa belajar, kau pandai ke? Dulu lembab sangat otak, aku ajar dan fahamkan kau pun. Masih tak boleh hadam kata-kata aku. Sebab tulah jugak aku tawar hati dan ceraikan kau." -Dr Qais Ukasy "Suka hati sayalah nak belajar pun. Ada habiskan duit awak? Huh... PTPTN adalah! Lembab ke tak lembab ke saya bersyukur diceraikan oleh lelaki yang..." -Laila Kaisara Macam anjing dengan kucing tapi setiap sindiran itu sedikit melukakan hati Laila, cuma dia pendam saja. Mujur ada adik perempuannya, yang turut belajar bersamanya. "Beri abang peluang untuk tebus salah abang..." -Dr Qais Ukasy "Oh, sorry! Saya dah ada kekasih hati... Tak lama lagi nak bertunang. Selamat tinggal, bekas suami berlagak!" -Laila Kaisara Start : 27 Okt 2022 Ending : 29 Dec 2022
Aku sayang kau by littlemissfir
littlemissfir
  • WpView
    Reads 320,911
  • WpVote
    Votes 5,209
  • WpPart
    Parts 20
Adirah Azzahrah merupakan seorang gadis yang sangat cantik namun egonya tercalar apabila dia dipaksa kahwin dengan seorang teruna yang amat dia benci iaitu Danish Isyraff selepas kejadian yang amat dia takuti itu. (Baca untuk tahu perkara sebenar) Danish Isyraff merupakan lelaki yang sangat diminati oleh ramai perempuan. Dia dikenali sebagai "anak playboy" di merata Kuala Lumpur. Baginya, semua perempuan di dunia ini yang hanya sukanya semata-mata atas kekayaannya. Tetapi fikirannya meleset apabila dia berjumpa dengan Adirah. Baca untuk tahu selanjutnya. :))
Suamiku Ustaz Romantik✅ by comellatte
comellatte
  • WpView
    Reads 177,664
  • WpVote
    Votes 5,398
  • WpPart
    Parts 12
Erish Damia , well seorang yang panas baran , biadap , tak hormat orang tua , dan seangkatan dengannya. Ditakdirkan menjadi isteri kepada seorang Ustaz Isyraf Hakimi , semakin bengang jadinya dia terhadap papanya dan juga Isyraf. Well , ofcourse kebanyakan cerita mesti happy ending. Erish jatuh cinta akan kelembutan dan kesabaran Isyraf dan blablabla. Bahagia selamanya.. Klise kan ? Ada aku kisah ? Story aku kut . "Nak nangis boleh? Thank you so much." Erish menyentuh lembut dagu suaminya. "No no no. Abang tak akan biarkan air mata sayang mengalir. Even sayang cakap sayang nangis sebab terharu. No, kalau terharu dengan semua ni. Peluklah abang sayang kuat kuat. Bukan nangis. Cair make up tu karang." Ujar Hakimi bersawa tawanya. "Tak sangka, orang yang paling Erish benci dulu. Sekarang ni dia lah insan yang paling Erish tak nak berenggang walaupun sesaat." Ajaib kan ? Well satu cerita klise and so on. Please do vote and comment !