Ruzaini_Awang
- Reads 237
- Votes 78
- Parts 11
Kau katakan imaginasi itu ilham sedangkan adakalanya imaginasi itu hidup meliar dan amat menakutkan.
Dr. Fahim kembali sebagai wira ataupun seorang pembunuh? Matlamat yang menghalalkan cara mengundang pelbagai perkara mistik di sebalik imaginasi manusia. Kebolehan dan kebijaksanaan manusia adakalanya melanggar hukum ketentuan dan asbab kepada kewujudan manusia yang diciptakan oleh Tuhan Maha Kuasa. Pabila matlamat sudah melebihi hadnya, pasti ada yang mengundang padah dan parah bagi segelintir manusia yang sudah leka dan alpa dengan nafsu itu sendiri.
Pil 'IMAGINASI' merungkai dan membongkar sifat manusia yang ditawan nafsu durjana.