yuyanglurve's Reading List
12 stories
HER BELOVED : QAID ISKANDAR by caramel_ina
caramel_ina
  • WpView
    Reads 59,456
  • WpVote
    Votes 2,265
  • WpPart
    Parts 33
Cerita mereka bermula apabila Ina terjatuh hati pada juniornya, Qaid Iskandar. Perbezaan umur sebanyak 2 tahun tidak menghalang Ina untuk menyedari rasa cinta yang kian berputik di hati perempuannya. "Saya suka awak, Ayeed. Suka sangat."- INA "Aku tak suka kau"- QAID Setelah mereka mencecah alam dewasa dan bekerjaya, Qaid Iskandar muncul lagi dalam hidup Ina. Namun, bukan sebagai masa silamnya, tetapi sebagai bakal suami Ina. Gila? Ya, amat gila. Apakah yang dirancangkan oleh Qaid Iskandar yang datang kembali setelah menghancurkan hati perempuan milik Ina? Tidak cukupkah baginya hati Ina telah disiat siat olehnya tanpa belas kasihan?
C | Bawa Dia Kembali  by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 160,627
  • WpVote
    Votes 14,952
  • WpPart
    Parts 52
Bawa Dia Kembali by viepixxa Kehidupan seorang Nufa Eldarya yang serba mewah berubah setelah peristiwa buruk yang menimpanya. Dia kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Sejak itu, dia mengalami kemurungan dan tiada semangat hidup dalam dirinya. Lalu dia bertemu dengan seorang doktor yang bernama Ken Rafael. Figura lelaki itu selalu ada setiap kali Nufa ingin menamatkan hidupnya. Semakin dia cuba menjauh, semakin lelaki itu mendekat seakan percaya mereka ditakdirkan bersama. "Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu banyak kelebihan sedangkan saya..." - NUFA ELDARYA "Di mata saya, awaklah perempuan yang paling indah. Walaupun awak ada kekurangan, saya ada untuk lengkapkan hidup awak." - KEN RAFAEL Remuk hati Nufa apabila keluarganya sanggup membuangnya dengan cara menjodohkan dia dengan orang lain. Namun Ken selalu meyakinkan bahawa semua akan baik-baik saja. "Kahwin dengan saya. Saya akan jaga awak tanpa batas waktu." - KEN RAFAEL Dikala Nufa sudah mula belajar menerima takdir, badai melanda yang membuatkan hubungan mereka goyah. Salah seorang harus pergi jika ingin bahagia. Lalu apakah pengakhiran mereka? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
Kau Yang Ku Nanti (COMPLETED) by humairaamaulana
humairaamaulana
  • WpView
    Reads 127,790
  • WpVote
    Votes 5,336
  • WpPart
    Parts 69
Leftenan komander Shafiq Ilham x Imaya Adelina "Penantian itu bermakna jika dia pengakhirannya." - + Sequel Bunga Untuk Leftenan ATTENTION - Sebelum baca cerita ni, pastikan khatam cerita Bunga Untuk Leftenan dahulu.
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG] by FyDream
FyDream
  • WpView
    Reads 69,343
  • WpVote
    Votes 3,316
  • WpPart
    Parts 55
Qaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saja. Lagi dia suka adalah! Hidup bebas tanpa terikat dengan apa-apa. Tetapi Puan Sofia berkeras. Perkahwinan itu perlu diteruskan. Ada nama dan maruah yang harus dijaga. Habis itu Qaf? Mejar Qaf Rayyan. "Perut tu dah berisi ke sampaikan tergedik-gedik sangat nak kahwin?" - Mak Nab "Orang mungkin akan lupa nama kau. Tapi, aku akan ingat hingga ke akhir nafas aku." - Qaf Rayyan Oja. Namanya pendek dan pelik. Dan, dalam banyak-banyak manusia. Qaf belum pernah menemukan manusia seaneh itu. Ada daya tarikan yang menarik Qaf untuk jadikan Oja sebagai pengganti pengantin yang sudah lari. Kehadiran Qaf umpama tangan yang datang menghulurkan bantuan. Oja sambut baik-baik. Tetapi Qaf, dalam hatinya ada satu nama yang belum terganti. Dia bimbang jika dibiarkan Oja yang jadi mangsa derita. "Kau sayangkan aku?" Oja "Pulangkan kembali apa yang kau dah rampas dari aku." Armel Aisyah. Menggalas tanggungjawab sebagai pelindung tanah air bukanlah mudah. Lebih mengejutkan bila dia dipilih untuk membantu Inspektor Luqman dalam misi penyamaran Scorpion ketika isteri sedang bertarung nyawa. "Janji dengan aku? Jangan bawa luka baru. Luka lama saja perlukan masa untuk sembuh." -Oja Memilih untuk memendamkan perasaan, kerana Luqman lebih pentingkan tali persahabatan antara dia dan Qaf. Dan Zafrul tahu apa Luqman cuba rahsiakan dari dia. "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." Jack Yao Bang! "Selamat tinggal, inspektor Luqman." Datuk Sufian Start : 15/02/2024 End : Beautiful cover by @Putra_Rize/PrinceRize
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,167,660
  • WpVote
    Votes 87,784
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Mencintaimu Hanya Seketika (COMPLETE) by DyannRose
DyannRose
  • WpView
    Reads 1,438,742
  • WpVote
    Votes 48,328
  • WpPart
    Parts 103
Bertahun lamanya kisah cinta mereka terlerai. Angkara pilihan seorang wanita bernama Erisha bersama insan lain. Erisha membuangnya. Erisha mengkhianati cintanya. Erisha membuktikan cinta berpaling dengan akad sebaris nama Syalia Erisha dilafazkan oleh lelaki pilihan. "Tergamak dia buat aku macam ni, Hafiz." Masih bersandar pada kenangan 10 tahun lalu, memang perit. Aku nak jejak bahagia pun tak mampu tanpa dia. Cinta apa ni, Hafiz! "Aku tak mampu berpaling sepertimana dia berpaling dari aku, Hafiz!" "Kau kena buka peluang untuk diri kau juga bahagia." Perkahwinan yang dirancang buatnya bahagia, musnah. Musnah angkara kembalinya Syalia Erisha! "Pengantin perempuan tak ada dalam bilik." "Untuk apa kau tulis surat ni Syalia Erisha? Kau yang tinggalkan aku kerana kau akui kau cintakan Khairi!" "Saya dah bercerai." Tengku Afina, mama Tengku Hael kecewa akan majlis yang hancur. Dia terpaksa memutuskan menyatukan mereka. "Kau sanggup berdepan, bersuamikan lelaki yang dah kau lukakan ni? Kau sedar tak kau berdepan dengan orang kau dah sakitkan?" Mulanya dia begitu sayu. Apa yang mampu? Mengenang duka, mengenang sakit selama kepergian Erisha. "Air mata ni yang aku nak sangat kau saksikan selama ni. Air mata yang selama ni sakit melihat insan yang dia cinta menjadi milik lelaki lain." Namun, sejauh mana kasihnya mampu terpalit dalam rasa mahu menghukum andai cintanya itu sakit, cintanya itu mengalirkan air mata kesal akan salah lalu. "Kalau kau tak hadir pun, aku yang akan akhirkan majlis tu." "Saya akan bahagiakan awak, Hael. Sesuai janji indah kita dulu." - Erisha. Mereka kembali disulam bahagia. "Tahu tak kalau isteri tutup mata masa suami renung mata dia, dia nak apa?" "Nak... apa?" - Erisha "Dia nak suami dia tu cium dia." Mereka cukup bahagia. "Aku bakal jadi ayah." Sehingga cintanya kembali diuji. Alur mesej kisah cinta Erisha bersama lelaki lain meniti bibir. "Itu anak aku, Ya Allah. Tolonglah itu anak aku Ya Allah."
SOFEA by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 258,703
  • WpVote
    Votes 9,626
  • WpPart
    Parts 36
[Completed] Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera. "Oh ya, ini suami I, Harraz." Pertemuan Sofea dengan suami Julia yang mirip dengan suaminya membuatkan dia tak senang duduk. Bukan sahaja wajah yang sama, rambut, mata, bentuk wajah, badan dan ketinggian, semuanya sama! Sebagai seorang isteri, pasti lah dia amat mengenali suami sendiri. Persoalannya, adakah Harraz itu benar-benar Hariz? Atau hanya pelanduk dua serupa? Mustahil. Dia sering ingatkan diri dia bahawa suaminya telah lama tiada. Dia tak boleh terus berharap. Hariz sudah lama meninggal dan tak akan pernah bangun lagi. "Macam mana awak boleh kenal Julia?" - SOFEA ADRIEANA "Entah." - HARRAZ Hari demi hari, Harraz berkelakuan pelik. Lelaki itu bagaikan bingung dengan segalanya. Daripada mata lelaki itu juga, langsung tiada bait-bait cinta apabila dia memandang Julia selaku isterinya. Dari masa ke masa, mereka semakin rapat. Semakin banyak persamaan Harraz dan Hariz. Nak kata kembar, Hariz tak pernah menceritakan apa-apa tentang kembarnya. Mungkin dia tak ada kembar? Pelanduk dua serupa. Namun hatinya tetap kuat menyatakan bahawa Harraz itu ialah Hariz, suaminya. "Cuba selak rambut awak." - SOFEA ADRIEANA Adakah Harraz benar-benar suaminya? Jika benar, kubur itu kubur siapa? Dan jika tidak, maka benarlah Harraz hanya pelanduk dua serupa. "Kalau Pia dah tak ada nanti, jangan sedih tau. Pia bukannya pergi sebab Pia sakit, tapi Pia pergi sebab Pia rindu suami dan anak Pia." ⋆౨ৎ˚⟡˖ ࣪ PLAGIAT DILARANG KERAS ‼️ ©wynakim
Di Lautan Biru [C] by EiSeoya
EiSeoya
  • WpView
    Reads 528,546
  • WpVote
    Votes 21,764
  • WpPart
    Parts 51
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah kenyataan ini? Tentunya tidak. Eleanore. Gadis yang mempunyai keinginan untuk menjadi salah satu anggota TLDM di Lumut, Perak. Mengikuti jejak langkah abangnya dalam TUDM. Beza cabang, sama peranannya. "I'm Eleanore Dhia Binti Elias. Call me Eleanore. I'm ready to serve you all," - Eleanore Dhia Taqiyyah. Tidak dinafikan bukan dia seorang sahaja anggota perempuan yang melibatkan diri dalam TLDM. Ada juga di unit lain. Pemilihan kepakaran dalam juruplot taktikal peperangan telah menyatukan Eleanore bersama tiga puteri yang lain. Mereka ibarat bunga yang mekar dikelilingi padang rumput yang luas. Pada satu saat, Eleanore terlihat jejaka yang sangat dikenalinya menjadi jurulatih untuk kumpulannya. Terasa seperti dirancang baik pertemuan mereka oleh Allah. "Kenapa kau terdetik hati nak masuk TLDM? Jarang jumpa spesis macam kau masuk kepakaran sini," - Al-Fajar Qarizh. "Aku nak buktikan yang perempuan layak untuk menjadi salah satu pejuang negara dan boleh jadi setaraf dengan pejuang lelaki yang lain," - Eleanore Dhia. Impressive. Satu aura pejuang yang kuat dalam diri Eleanore membuatkan Fajar tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam. Semakin lama mereka bersama, semakin banyak ujian yang menimpa Eleanore hinggakan banyak rahsia yang terbongkar terutamanya Fajar. "Aku milik kau. Kau milik aku. Dan kita berdua milik negara. Andai salah seorang daripada kita mati syahid satu hari nanti, teruskanlah perjuangan kita dan jangan sesekali berundur untuk mengalah terlalu awal," - Al-Fajar Qarizh [Start: 1 May 2024 End: 28 Sept 2024 ] [100% karya asli] [1st Version]
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 433,003
  • WpVote
    Votes 18,177
  • WpPart
    Parts 48
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim