sofeawriter
Dua dunia berbeza. Seorang pemandu litar, seorang lagi sang pejuang gelanggang.
CAMELIA ARISSA (24) Gadis drift nombor satu Malaysia. Anak tunggal Dato' Danish Megat dan Datin Delisha Marissa yang sentiasa dimanjakan dengan kemewahan. Hidupnya hanya tentang kelajuan litar, sehinggalah satu kesilapan di litar tertutup Jepun mengubah segalanya. Dia tidak sengaja melanggar seorang lelaki.
AIDEN ZAYN (23) Jaguh Muay Thai terkenal, anak kedua Tan Sri Qayyum Affan dan Puan Sri Nayla Elvina. Pertemuan berdarah di Jepun itu meninggalkan parut, termasuk ego Zayn yang tercalar. Apabila takdir menemukan mereka kembali dalam satu majlis makan malam keluarga, Zayn tekad dia mahu membalas dendam atas insiden Sabtu lepas.
Namun, Zayn tidak tahu bahawa Camelia sebenarnya adalah sahabat baik kepada kakaknya sendiri, Anggun Shireena.
Pertemuan demi pertemuan mula mengubah rentak. Dari gelanggang Muay Thai di Putrajaya, bibit benci antara Zayn dan Camelia mula bertukar menjadi rasa yang asing.
Di saat hati mula berpaling, bayang silam datang menagih kasih. Tengku asyraf anaqi (25), bekas kekasih toksik Camelia yang kaki kelab dan curang, kembali mengejar. Enam tahun dikhianati sudah cukup buat Camelia menoktahkan segalanya, biarpun lelaki itu merayu melutut.
Mampukah si jaguh Muay Thai menjadi pelindung buat si gadis litar daripada ancaman masa silamnya? Atau dendam lama Zayn yang akan memusnahkan segalanya dahulu?
Kau langgar aku kat Jepun, Camelia. Tapi kenapa kat Malaysia...kau langgar hati aku pula?
✍🏻 Ini merupakan karya keempat saya. Alhamdulillah, saya berjaya tarik ramai pembaca bermula daripada "Jodoh Takdir Kita", "Bercinta Dengan Musuh Sendiri", sehingga ke "Anak-Anak Sofea & Zaquan" Sampai lah saya akhirnya berani untuk mencuba dan mencabar diri buat satu lagi naskhah baharu di sini. Saya harap cerita kali ini pun akan mendapat sambutan yang luar biasa daripada korang semua. So enjoy reading everyone 🫣