TBR
68 stories
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 277,607
  • WpVote
    Votes 20,495
  • WpPart
    Parts 53
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
Jodoh Salah Swipe | OG by nrecha
nrecha
  • WpView
    Reads 43,516
  • WpVote
    Votes 5,401
  • WpPart
    Parts 28
⚠️ clichè Siti Indah x Aiman Fakhri uni student x fitness coach, partime stuntman - blurb update soon start : 12 April 2025 end :
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 71,952
  • WpVote
    Votes 5,619
  • WpPart
    Parts 28
Di sebalik dunia akademik yang penuh tekanan dan silibus yang membunuh jiwa, Mina Alaya, seorang pelajar PhD berwajah tenang tetapi penuh prinsip perlu berdepan dilema paling getir dalam hidupnya. Tesis yang tidak siap, penyelia yang bersara mengejut dan kini... seorang profesor baharu yang dikatakan lebih tegas daripada komando. Namun dia tidak gentar. Bukan mudah menjadi Alaya, seorang model sambilan yang bergaya tetapi tetap menjaga batas di tengah-tengah lautan gosip dan pandangan serong. Di antara helaian kertas kajian dan skrin komputer yang memaparkan draf keempat tesisnya, dia berjanji untuk menamatkan perjuangan ini dengan atau tanpa bantuan sesiapa. Tapi bila profesor muda dari UKM itu akhirnya muncul dengan wajah tenang, mata tajam dan aura yang terlalu sukar untuk diabaikan, Alaya sedar semester ini mungkin akan menjadi lebih panjang dari yang dijangka. Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah antara cita-cita, ego dan godaan rasa. Dan kadangkala, hati yang paling keras pun boleh tewas pada yang tak dijangka.
[C] Her Angel by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 683,803
  • WpVote
    Votes 36,077
  • WpPart
    Parts 66
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #1 Clingy #2 Friendship #3 Revenge #3 Cute #6 Bromance #7 Sayang #8 Melayu #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025
Bunga Abadi [TERBIT]  by nicawalif
nicawalif
  • WpView
    Reads 282,067
  • WpVote
    Votes 6,655
  • WpPart
    Parts 22
Althaf Dailami - Seorang anggota PASKAU yang bernaung di bawah TUDM. Tegas dan komited dalam melaksanakan tugas. Siapa sangka, tugasnya menyebabkan dia kehilangan kekasih hati kerana kesibukan bekerja. "Salah aku sebab memetik bunga abadi yang bernama Arina Kaisara ni di taman orang lain." -Althaf Dailami Kekecewaan yang dirasainya menyebabkan Althaf nekad menerima pilihan hati ibunya. Namun, pinangannya ditolak oleh wanita itu. Dia tidak kecewa, tetapi hanya menerima hakikat bahawa cinta mungkin bukan miliknya. Anggun Laura - Seorang akauntan yang bekerja di bawah firma swasta. Telus dalam menjalankan tugas. Seorang gadis yang ayu dan ceria, mampu membuatkan sesiapa sahaja yang melihat terpesona. Di sebalik wajah ceria itu, menyimpan seribu satu sejarah hitam. Pengkhianatan kekal dalam ingatan membuatkan dia trauma untuk mengenali lelaki. "How could you..." -Anggun Laura Pertemuan secara tidak sengajanya dengan Althaf Dailami seakan memberi sinar harapan baru untuknya dan juga Althaf. Perkenalan yang singkat membawa kepada satu ikatan yang sah. "Anggun sudi tak jadi isteri Althaf?" -Althaf Dailami Saat bahagia mula dikecapi, masa lalu mula muncul kembali, meragut bahagia yang baru sahaja dibina. Akankah Anggun Laura menjadi bunga abadi milik Althaf? Benarkah cinta itu sebenarnya memang milik mereka? Start : Feb 24, 2025. End : June 15, 2025.
𝐒𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈 𝐌𝐀𝐓𝐈 by schaazz
schaazz
  • WpView
    Reads 20,634
  • WpVote
    Votes 1,926
  • WpPart
    Parts 30
"Dia siapa?" MHD. QALIM RIZALDI | berumur 25 tahun dan masih bertatih dalam membina sebuah kehidupan. Dia dikenali sebagai anak makcik kantin di sekolah namun diam-diam, bergerak sebagai peneraju galeri hasil keluarganya. NUR ZIANA NADIANA | berumur 20 tahun dan mahu menamatkan zaman pengajian di tingkatan 6. Comel orangnya, namun disebabkan kemunculannya sebagai orang tengah di dalam keluarga 'berada' Qalim, dia dibenci. 2 tahun awal, mereka bersatu. Bukan sebab cinta, tapi sebab inginkan kepuasan semua pihak. Tiada istilah sayang pada mulanya namun nyatanya, ayat itu malah memakan diri mereka sendiri. Gembira? Tak terkata. Dua sejoli? Ya, sangat. Mereka memang nampak serasi. Tapi namanya rumahtangga, sudah pasti lumrah perselisihan faham itu ada. Namun badai yang menimpa tanpa memberi sebarang amaran, melanggar terus masjid kukuh yang hampir goyah dalam sekali hembusan. "Tu, tengok. Perempuan jalang tu buat apa?" -Haji Saifullah "T-tak... Tak mungkin. Yayi tipu... Is-isteri Qal takkan buat macam ni." -Qalim Kepercayaan dan kesabaran itu layaknya belakang pisau. Lama-lama diasah, bakal tajam jua. Itulah yang terjadi. "Abang... Abang percayakan Nad kan? Nad tak..." -Ziana "Jauhkan tangan jijik kau tu daripada aku." -Qalim Hanya disebabkan sebuah kesilapan, lenyap segala memori manis dalam sekelip mata. Hubungan yang dulunya saling tak tumpah seperti belangkas, kini tak kalah seperti orang asing. Seolah stranger yang menumpang di dalam sebuah hotel saja kelakuan mereka itu. Namun persoalannya... Sejauh manakah perasaan itu bakal pergi? Apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tirai? Dapatkah kedua mempelai itu membina kembali tembok masjid yang hampir rebah ke tanah? [COMPLETED]
Isteri Halal Sementara  by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 392,821
  • WpVote
    Votes 4,991
  • WpPart
    Parts 22
Kisah Embun yang hanya memiliki seorang adik perempuan bernama Senjawati. Juga kisah seorang lelaki bernama Eibram yang menyukai gadis ayu bernama Senjawati. Pun, kisah dua insan yang ditakdirkan menyatu dalam sebuah ikrar perkahwinan demi perjuangan insan tersayang, iaitu Senjawati. Garis takdir mereka bertemu dalam perjuangan yang sama. [ PER BAB HANYA MENGANDUNGI 200-1000 PP SAHAJA ]
𝐇𝐈𝐒 𝐓𝐑𝐄𝐀𝐒𝐔𝐑𝐄 : 𝐅𝐎𝐑𝐁𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐎𝐆 by berrin4rs
berrin4rs
  • WpView
    Reads 8,151
  • WpVote
    Votes 303
  • WpPart
    Parts 9
𝐋𝐔𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐑𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐎𝐔𝐒 1 Asyfryna Dhamira dan Raja Aqeef . Dua insan yang pernah berkongsi cinta selama lima tahun di Sapienza University of Rome , kini terpisah oleh satu tragedi . Kemalangan yang menimpa Asyfryna bukan sahaja meragut hampir separuh memorinya , tetapi juga membiarkan dirinya hidup dalam sebuah teka-teki yang tidak pernah dia fahami . Raja Aqeef , seorang lelaki yang dingin dan penuh dendam , kembali dalam hidup Asyfryna bukan sebagai kekasih , tetapi sebagai seseorang yang ingin mengajarnya tentang sakitnya kehilangan . Dia membawa Asyfryna ke Malaysia untuk urusan syarikatnya , Luna Nerra Holdings , tanpa memberi ruang untuk penolakan . Di mata Raja , Asyfryna adalah pengkhianat , wanita yang pernah dia cintai sepenuh hati tetapi telah menghancurkan kepercayaannya . Namun , semakin lama mereka bersama , semakin banyak rahsia lama yang terbongkar . Asyfryna mula mempersoalkan kebenaran di sebalik semua tuduhan Raja . Adakah dia benar-benar seorang pendusta seperti yang Raja percayai , atau ada sesuatu yang telah diambil daripadanya bersama memorinya ? Dalam satu perjalanan ke Paris , di acara gala syarikat , ketegangan antara mereka semakin memuncak . Mata Raja penuh dengan amarah , tetapi jauh di sudut hatinya , ada perasaan yang tidak pernah mati . Asyfryna , dengan hati yang rapuh tetapi ingin mencari jawapan , tidak mahu tunduk kepada keangkuhan Raja . Di antara dendam dan cinta , antara ingatan yang kabur dan kebenaran yang terpendam , mampukah mereka menemukan semula kisah yang telah lama hilang ? Atau semuanya sudah terlambat untuk diperbaiki ? ⚠️ -tidak meniru mana ii cetakkan yang lain -segala kesalahan boleh pm -no hating allowed -11+ only -banyak menggunakan bahasa pasar / kasar -tiada kena mengena dengan HLS .