Lynnxsy
- Reads 1,289
- Votes 101
- Parts 5
Qasturi Elara-nama yang cukup dikenali dengan senyuman dan sikap prihatin. Di sebalik wajah ceria itu, tersimpan jiwa yang tabah, jarang mengeluh walaupun hidupnya tidak lagi seindah dahulu.
Dia terlahir dalam sebuah keluarga yang pernah dianggap sempurna. Namun kebahagiaan itu hanya singgah sebentar.
Sejak itu, fikiran Qasturi sering bercelaru, terhimpit antara impian, masa depan dan perasaan sendiri. Dalam dunia yang semakin sempit buatnya, hanya mak ngah, Puan Marissa dan pak ngah, Tuan Raziqi menjadi tempat dia bersandar.
"Qasturi tak nak, ayah!. Bagilah Qasturi capai impian Qasturi dulu."
Namun rayuannya tidak pernah didengari.
"Aku tak terima sebarang bantahan. Apa jadi sekalipun, kau tetap akan kahwin dengan dia."
Kata-kata itu menghancurkan sisa kekuatan yang ada. Air mata bertakung di mata, ditahan sekuat hati agar tidak jatuh.
Demi wang, kerjaya dan perkembangan syarikat, seorang ayah sanggup mengorbankan darah daging sendiri dan menjadikan perkahwinan itu sebagai keuntungan utama.
"Qasturi...kau tak nak accept aku ke?" - Zaryth
Bertahun-tahun dia menyimpan perasaan terhadap Qasturi Elara. Kawan sekelasnya sejak tingkatan satu. Sudah entah berapa kali hatinya diluah, dan sudah entah berapa kali juga harapan itu dipatahkan dengan jawapan yang sama.
"Aku tak pernah nampak kau lebih daripada seorang kawan, Zaryth..." - Qasturi
Jawapan yang ringkas, namun cukup untuk melukakan.
Takdir, bagaimanapun, punya rencana tersendiri. Setelah bertahun terpisah tanpa khabar, mereka dipertemukan semula. Bukan sekadar bertemu tetapi diikat dalam sebuah perkahwinan, atas alasan yang mungkin kelihatan munasabah di mata orang lain.
Namun di sebalik lafaz akad itu, satu persoalan masih tergantung.
Adakah cinta Zaryth akan terus bertepuk sebelah tangan?
Atau hati Qasturi akan terbuka perlahan-lahan, menerima cinta yang setia menanti sejak remaja?
••••
start: 8 nov 2025
end: