nina's
186 cerita
I Hate You But I Love You! oleh NurulHuda015
NurulHuda015
  • WpView
    Membaca 248,154
  • WpVote
    Vote 7,803
  • WpPart
    Bab 64
Arissa Aleeya-gadis cantik, bergaya, dan penuh keyakinan. Mulutnya petah, lidahnya tajam, dan dia tidak pernah kalah dalam mana-mana perdebatan. Sebagai influencer terkenal yang terbiasa dengan dunia glamor, Arissa yakin bahawa semua orang harus mengikut rentaknya. Namun, semuanya berubah apabila dia bertembung dengan Rizq Afnan, seorang lelaki yang sangat bertentangan dengannya. Cool, selamba, dan penuh aura misteri, Rizq langsung tidak terkesan dengan gaya 'diva' Arissa. Bagi Rizq, gadis itu hanyalah satu masalah besar yang perlu dielakkan sejauh mungkin. Malangnya, takdir punya rancangan lain. Mereka sering bertemu-bukan dalam situasi biasa, tetapi dalam keadaan yang memaksa mereka bergaduh tanpa henti. Dari insiden kecil seperti berebut tempat parkir, hingga ke pergaduhan besar yang melibatkan perniagaan keluarga, mereka seperti musuh ketat yang tidak boleh bernafas dalam ruang yang sama. Namun, satu kejadian tidak diduga membuatkan mereka terperangkap dalam perkahwinan tanpa rela. Dengan perangai masing-masing yang bertentangan bagaikan api dan air, mampukah mereka bertahan dalam hubungan yang dipaksa ini? Atau adakah pergaduhan mereka hanya akan menyalakan api cinta yang tidak mereka sangka?
Our Fate  oleh shashim_
shashim_
  • WpView
    Membaca 65,751
  • WpVote
    Vote 4,720
  • WpPart
    Bab 43
Complete ✅ ʕ ꈍᴥꈍʔ Jika dulu timba cari perigi, sekarang sudah terbalik. Perigi cari timba. Jika dulu dia dikejar, sekarang dia yang mengejar. Itulah yang terjadi dalam hidup seorang Nur Qalisya Amani. Kata orang tua jangan cakap besar, nanti terkena batang hidung sendiri. Qalisya menggeleng. Inilah padah yang perlu dia tanggung setelah bercakap besar. "Takkan tak kenal saya? Awak tak ingat?" - Qalisya Lelaki di depannya disoal dengan rasa pelik. Lelaki ini yang mengejarnya suatu masa dahulu, mustahil dia lupa aku? "Mungkin awak tak penting dalam hidup saya. Sebab tu saya tak ingat?" - Hayyan Zapp. Hati Qalisya bagai disiat. Tahulah dia lelaki itu berpura. Dia kenal ayat itu. Ayat itulah yang pernah dia ucapkan buat lelaki dihadapannya ini. "Saya akan curi hati awak." - Qalisya "Layak ke kau?" - Hayyan Qalisya merengus. Aku takkan mengalah. Hati beku kau akan aku tawan sampai cair macam jeli! Qalisya mencuba tetapi si jejaka mengelak. Mampukah Qalisya menawan semula hati sang jejaka yang sudah beku? Start : Dis 2019 End : Oct 2024 PLS DON'T COPY OR MAKE A PLAGIARISM. HOPE YOU ALL ENJOY READING THIS BOOK (~ ̄³ ̄)~ THANK YOU (。•̀ᴗ-)✧
✓ My Mate, Mr. Bad Boy  oleh itsavocado_
itsavocado_
  • WpView
    Membaca 32,015
  • WpVote
    Vote 1,121
  • WpPart
    Bab 57
"Selagi kau tak bayar ganti rugi, selagi itu aku akan ganggu kau." - Adrian Rafiqi Itulah, siapa suruh kelam kabut sangat? Sekarang dia juga yang kena tanggung. Nak bayar pakai apa? Duit pun dia tiada. Sudah tiada tempat lagi untuk dia bersembunyi, mamat ini akan tetap jumpa dia. Nak tak nak, dia tetap kena hadap. "Apa dia?" - Adrian Rafiqi "Isy, dia ni. Harap muka saja elok, tapi sayang, pekak." - Ayra Qaireen "Kau yang pendek, bercakap pula macam semut. Macam mana aku nak dengar?" - Adrian Rafiqi "Dah kalau saya memang dilahirkan pendek, nak buat macam mana? Siapa suruh awak tinggi sangat?" - Ayra Qaireen Itu sajalah yang akan berlaku, asyik bergaduh saja. Tapi bohonglah jika tidak wujud perasaan cinta antara mereka. Persoalannya, apakah konflik yang bakal mereka hadap? Ketahui lebih lanjut dalam MY MATE, MR BAD BOY. Kau copy, aku sumpah hidup kau tak tenang. Start: 6 November 2020 End: 30 September 2021
𝐇𝐈𝐒 𝐔𝐍𝐖𝐀𝐍𝐓𝐄𝐃 𝐋𝐎𝐕𝐄 || 𝐎𝐆 oleh _theserra
_theserra
  • WpView
    Membaca 58,824
  • WpVote
    Vote 4,336
  • WpPart
    Bab 31
𝐙𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐚𝐳 || 𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐢𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 [ 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 𝐅𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥. 𝟐 ] Ziyyad Harraz - tidak pernah percaya pada cinta. Dia lebih selesa hidup sendiri. Pendiam, sinis, dan tidak suka terikat. Bagi Ziyyad, cinta hanya membuang masa dan membawa luka. Dia tidak mahukan sesiapa dalam hidupnya. Tetapi Nur Aira Mikayla tidak pernah peduli dengan semua itu. Nur Aira Mikayla - adalah cahaya yang sentiasa bersinar, penuh dengan tawa dan harapan. Dia tidak gentar dengan dinginnya Ziyyad, malah semakin gigih dia mengejar. Setiap hari, dia muncul, membawa senyumannya yang cerah. Setiap hari, dia berusaha, seolah-olah penolakan Ziyyad tidak pernah menyakitkan. Namun di sebalik senyuman itu, Aira menyembunyikan rahsia. Dia bukan gadis yang tidak kenal erti luka. Dia bukan sekuat yang semua orang sangka. Dan kejarannya terhadap Ziyyad? Mungkin hanya cara untuk melupakan sesuatu yang lebih menyakitkan. Ziyyad tidak pernah tahu. Baginya, Aira hanya gangguan yang tidak diundang, satu masalah kecil yang akan hilang jika dia cukup kejam untuk menolaknya berulang kali. "Ziyyad, boleh tak awak bagi saya satu peluang?" "Untuk?" "Untuk buat awak jatuh cinta." "Sayangnya... aku jatuh tangga pun tak pernah, inikan pula jatuh cinta." Aira terus mengejar. Tapi Ziyyad? Tetap melarikan diri. Sehinggalah Aira berhenti. Buat pertama kali dalam hidupnya, Ziyyad rasa kehilangan. Sesuatu yang dia tidak pernah mahukan... kini menjadi sesuatu yang dia tidak boleh hidup tanpanya. Tetapi... masih adakah ruang untuknya? Atau semuanya sudah terlambat? START: [ 1 APRIL 2025 ] END: All Rights Reserverd @_theserra
[C]✓Eidlan : Her saviour oleh Faijaa
Faijaa
  • WpView
    Membaca 2,068,766
  • WpVote
    Vote 101,483
  • WpPart
    Bab 64
[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang mempunyai keluarga boleh tahan hebatnya. LALLAINA CHÚ : Gadis cantik berwatakan pendiam, Introvert. Keadaan keluarganya telah berjaya menukar perwatakannya yang happy go lucky kepada seorang yang pendiam dan tidak suka dengan keadaan yang sesak. Seorang gadis yang mempunyai impian menjadi pelukis tetapi terhalang disebabkan terpaksa menjadi CEO atas paksaan keluarganya. Ya dipaksa. Impian sedari kecil terpaksa dilupakan begitu saja demi keluarganya. Menghadapi situasi orang tua yang berpilih kasih itulah yang dihadapi gadis berkacukan Chinese-Malay ini. "Stay away from me Eidlan, I dont want something bad happen to you and your family just because of me." - LALLAINA CHÚ Mempunyai trauma untuk didekati orang lain, Takut Daddynya akan menghancurkan kehidupan mereka hanya sebab-sebab berkawan dengannya. "Please Kahwin dengan aku Lallaina." - MUHD EIDLAN ISKANDAR Dia nekad. Terlalu nekad. Nekad mahukan gadis yang dijumpainya sewaktu diparti hari itu. Hatinya sudah dicuri oleh gadis tersebut. Dan dia akan lakukan apa saja demi membuat gadis itu menjadi miliknya seumur hidup. Walau bahaya macam mana pun dia perlu hadap untuk miliki gadis itu. Dia sanggup. Amaran : (Cringe) (Mencarut) (Pembaca matang sahaja) (18SG) ⚠️So read at your own risk⚠️ Ofc cliche
Pikat Hati Dr Jerk ✓ oleh aprilhann___
aprilhann___
  • WpView
    Membaca 1,083,465
  • WpVote
    Vote 36,751
  • WpPart
    Bab 45
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta hatinya. Una yakin cuma Rees Aiden yang dia mahukan. Justeru, Una mula mengejar sekeping hati milik Rees . Tanpa lelah! "Kalaulah kan abang Rees diberikan satu hajat untuk ditunaikan. Abang Rees nak buat hajat apa?" "Kalau Una kan. Una nak minta hajat supaya abang Rees suka Una balik pastu kita kahwin. Then live happily ever after"- Una Itu hajat seorang Husna Nashwa di saat umurnya 16 tahun. Dan ini pula jawapan Rees... "Hajat aku pula, aku nak minta supaya hajat kau dibatalkan" Bertahun Una mengejar Rees tapi hati Rees tetap kalis dengan cinta Una. Una mula buntu sehinggalah Rees terpaksa menikahinya atas desakan mama Sara. Una bahagia. Rees terseksa. "Aku dah kahwin dengan budak macam kau pun dah satu jenis penyeksaan bagi aku. Duduk sebumbung dengan kau?Huh! Bertambah-tambah lah seksaan aku" Una nekad nak tundukkan Rees. Tapi bila Una bertukar jadi makhluk tuhan paling sexy. Rees pun ikut sama bertukar jadi makhluk tuhan paling beku. Bila Una menggoda persis ulat bulu naik daun, Rees naik tarafkan Una jadi ulat beluncas. Bermacam jurus cinta Una keluarkan untuk memikat, semuanya Rees tangkis dnegan mudah. Tapi Una kan anak komando pencen. Mana boleh mengalah! Walaupun kata-kata dan layanan kasar Rees sering kali menggores hati Una. Sikit pun Una tak putus asa kerana bagi Una cuma Rees Aiden saja yang sentiasa ada di hati nya. Kata kak Raihan...'You know that you really love someone when you dont get mad at them for breaking your heart' Tapi selama mana Una dapat bertahan andai Rees berterusan menyakiti sekeping hati miliknya. Hati Una mulai lelah mengejar. "Does it hurt?" - Rees "Everytime!" - Una Akan tetapi, a wise man once said there is no remedy for love but to love more. Jadi apa pilihan mereka berdua? Apa Una akan terus mencintai atau mungkin Rees yang mulai mencintai?
TUAN ASH (COMPLETE✔️)  oleh eunsha_b
eunsha_b
  • WpView
    Membaca 88,846
  • WpVote
    Vote 1,578
  • WpPart
    Bab 100
"Tuan Ash, saya nak kahwin dengan tuan Ash!" "Kau boleh terima apa kekurangan aku? Kau boleh terima adik aku sebagai adik ipar kau?" "Saya terima Tuan Ash apa seadanya, meskipun adik Tuan Ash orang kurang upaya, saya tetap nak kahwin dengan Tuan Ash." "Kau rela ke kalau aku suruh kau cuti semata-mata untuk jaga adik aku? Tak semua orang boleh terima adik aku." "Saya rela, Tuan Ash. Saya akan jaga adik tuan macam adik saya sendiri." 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝𝐙𝐚𝐲𝐧𝐀𝐬𝐡𝐫𝐚𝐟𝐗𝐍𝐮𝐫𝐀𝐝𝐫𝐚𝐀𝐫𝐚𝐥𝐲𝐧
MR. MAFIA oleh Nuru1_1man
Nuru1_1man
  • WpView
    Membaca 955,892
  • WpVote
    Vote 33,288
  • WpPart
    Bab 62
RAYYAN ROBERT-Lelaki yang paling diingin di dunia. Lelaki yang paling kejam di dunia juga dia. seorang lelaki yang jutuwan di Malaysia. Juga mempunyai rupa yang kacak itu mampu mengoyahkan semua wanita yang memandangnya. Namun tiada siapa yang dapat memiliki hati si begu itu. Dalam dia seperti seorang yang berjaya, dia juga adalah seorang mafia yang terkenal d france. Kedatanganya di Malaysia cuma mahu memnuhi syarat terakhir si Ayah yang menyuruhnya untuk menjadi CEO di syarikat yang di tubuhkan di malaysia. UQASAH qasandra-gadis periang dan ceria yang hanya tinggal sebatang kara namum hidupnya tidak pernah leka dari senyuman manis. Gadis kampung yang polos, naif dan segalanya ada pada dia. Tinggal sebatang kara adalah sesuatu yang mudah baginya biarpun dia selalu di keji, di hina dan fitnah atau apa pun dia tidak pernah mengalah untuk teruskan hidup. Segala fitnah dan hinaan itu bukanlah masalah besar baginya. Di biarkan segalanya berlalu di tiup angin. bagaiman penemuan si diingin dan si polos ni bertemu? Hanya dengan satu perjumpaan yang tidak di rancang sudah membuatkan kedua-duanya saling jatuh cinta. Si diingin itu jatuh cinta hanya dengan sekali berjumpa saja. Benarkah? Si polos pula mula tertarik dengan jejak diingin itu tanpa Sengaja. Mustahilkah? Memang benar si jejaki diingin itu mula jatuh cinta dek seorang perempuan pertama yang mampu membuatkan dia berlembut. Hanya gadis itu boleh menundukkannya. Tidak mustahil jika kalau si polos itu mula tertarik dengan jejaka si diingin. pertemuan pertama pun sudah membuatkannya berdegup jantung dengan laju. Nafas terasa tersekat dengan hanya satu penemuan saja. Bagaimanakah kisah si polos yang bernama UQASAH QASANDRA ini dengan lelaki si diingin RAYYAN ROBERT??
Mr Killer's Girl  |✔| oleh mecx-zack
mecx-zack
  • WpView
    Membaca 4,170,612
  • WpVote
    Vote 184,464
  • WpPart
    Bab 74
[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] CARL QUE ALEXANDER & CARL HANS MIKAEL ________________________ NUR HUSNA , Dia terserempak dengan seorang lelaki yang tak pernah dikenalinya . Diculik atas satu kejadian yang tak sengaja dilihatnya . Satu cara untuk melepaskan diri daripada lelaki itu adalah dengan mengikut arahannya . Antara menjadi milik lelaki itu atau menggadaikan nyawanya ? 'SI DIA' Dia licik dan dia juga kejam . Dia sukakan perempuan itu dan dia ingin perempuan itu jadi miliknya . Perempuan itu akan tetap menjadi miliknya walau dengan cara kejam sekalipun . Hanya dengan satu perangkap , perempuan itu jatuh ke dalam tangannya . Dengan perempuan itu , dia menjadi seorang yang romantik , terkadang dingin dan juga kejam . TAPI , SATU RAHSIA YANG AKAN MEMBONGKARKAN SEGALANYA SIAPA DIA DAN APA YANG AKAN BERLAKU PADA GADIS ITU . START : 06/09/17 END : 25/10/17