MishhYulysry's Reading List
7 stories
CASANOVA LOVE (C°) by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 143,396
  • WpVote
    Votes 12,573
  • WpPart
    Parts 52
Dia pencinta wanita namun dia juga tega musnahkan sekeping hati milik Hawa tanpa tiada rasa serba salah. Taruna Andika, sebaris nama indah tetapi tidak pada akhlak lelaki ini. Nakal, meninggi diri, penghancur hati. Ayat-ayat manis yang terlahir di lidah bukanya menyenangkan jiwa namun menghancurkan segenap rasa. Bagi dia...cinta sejati itu tidak wujud. Hanya cinta yang berpaksikan rupa dan harta. Bagi dia siapa sahaja mampu menerima insan tanpa wang dan kecantikan? Cinta? Pftttt jangan melawak dengan dia. Wanita hanya satu persinggahan untuk lempiaskan rasa bosan. Seperti mainan yang akan dibuang apabila sudah rosak dan cacat. Ego tinggi melangit, langsung dia tidak mahu melihat ke bawah hingga dia juga jatuh terduduk dek wanita yang pernah dia kecewakan dahulu. Tasneem Sufia . Dia hanya wanita yang pernah hadir dalam hidup Taruna, kehadiran nya mungkin sebagai satu lintasan sahaja dan tidak penting bagi lelaki itu namun si dia juga punca mengapa hidupnya berantakan seperti kaca menanti masa untuk berderai. Bagi Tasneem, Taruna ini adalah laki-laki yang langsung tidak layak merasai cinta! Taruna itu masa lalunya dan Jebat adalah masa kini nya. Jebat Andika, dia datang membawa rasa bahagia, membawa seribu kemanisan dan senyuman serta menyembuhkan luka yang dia sendiri tidak lakukan. Jebat Andika, saudara kepada Taruna. Dia sukakan Tasneem, dia cintakan Tasneem semenjak di bangku sekolah namun dia simpan kemas cinta dia pada wanita itu diam-diam dari jauh. Dia definisi lelaki yang lembut tutur katanya, mata miliknya redup penuh rasa kasih kepada Tasneem. Cinta dia agung kepada angkasa raya. " Pilih antara aku ataupun dia Tasneem."- Taruna Andika " Awak lelaki yang langsung tak layak merasa manis nya cinta Taruna."- Tasneem Sufia " Rasa cinta itu adalah anugerah yang paling indah Tuhan berikan kepada kita Tasneem dan tak semua mampu rasa anugerah itu."- Jebat Andika START: 22/2/2025 END: 6/9/2026
DERITA DALAM JANJI by atiqahzainalll
atiqahzainalll
  • WpView
    Reads 2,870
  • WpVote
    Votes 115
  • WpPart
    Parts 22
AMISHA AMEENA percaya hidupnya sudah cukup sempurna. Kerjaya yang dibanggakan, keluarga yang menjadi tempat pulang, dan kehidupan yang berjalan seperti yang dirancang. Tiada apa yang perlu dikejar, tiada apa yang perlu dipersoalkan, sehinggalah Kapten Danish Danial hadir tanpa diundang. Lelaki yang hadir membawa ketegasan, rahsia dan sebuah dunia yang tidak pernah Amisha kenali. Pertemuan mereka perlahan-lahan mengubah sesuatu dalam hati Amisha. Cinta yang pada awalnya tidak pernah diminta, akhirnya menjadi sesuatu yang paling sukar untuk dilepaskan. Namun, cinta bukan selalu tentang dua hati yang memilih untuk bersama. Ada rahsia yang mampu meretakkan kepercayaan. Ada pengorbanan yang terpaksa disembunyikan. Ada ujian yang membuat dua manusia mula mempersoalkan adakah cinta benar-benar cukup untuk mempertahankan sebuah hubungan? Dan apabila cinta mereka mula goyah, Amisha terpaksa memilih antara mempertahankan lelaki yang dicintainya atau merelakan sesuatu yang mungkin sejak awal bukan ditakdirkan untuk kekal. Kerana tidak semua yang kita cintai ditulis untuk menjadi milik kita selamanya. Jadi, apa yang sebenarnya menggoyahkan cinta mereka? Ujian apakah yang menanti di penghujung perjalanan? Dan apabila hati sudah terlanjur memilih, adakah cinta mereka akan tetap dimiliki, atau akhirnya menjadi sebuah kenangan yang terpaksa direlakan?
The Faceless Man  by cerisay05
cerisay05
  • WpView
    Reads 136,064
  • WpVote
    Votes 4,527
  • WpPart
    Parts 27
Karya Kelima "Tolong! " jerit Adresia Dania. Dia berlari sekuat tenaganya.Dia perlu selamatkan dirinya segera! "Ah!" nasibnya malang bila dia tersadung dan jatuh ke jalan tar. "KAU NAK LARI MANA HAH?! " laung satu suara lelaki. Dia cepat-cepat bangun tapi ada satu kereta laju meluncur ke arahnya.Dia terus memejamkan mata. Sreett Tidak disangka, kereta itu membuat satu pusingan mengelilingi sebelum berhenti di sebelahnya. Bang! Bang! Satu lelaki bertubuh sasa berpakaian serba hitam keluar dari kereta dan menembak dua orang lelaki yang mengejarnya tadi.Tubuh mereka kedua jatuh menyembah bumi. Dia lantas mengengsot kebelakangan menjauhi lelaki misteri itu.Dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana terlindung oleh mask hitam yang menutup habis satu kepala lelaki itu. "J-jangan.. Saya merayu! " rayu Adresia Dania sambil mengangkat tangan melindungi dirinya jikalau lelaki itu mahu menembaknya pula. "Silly girl" suara husky lelaki itu menyapa deria pendengarannya. Lelaki misteri itu menunduk.Dia memegang dagu Adresia Dania dan mendonggakkannya. "Come find me when you older" pesan lelaki itu pada gadis berusia 18 tahun. Tangannya mengeluarkan sesuatu dari poket sebelum menekup wajahnya.Adresia Dania meronta cuba melepaskan dari tetapi perlahan-lahan dia hanyut dengan rasa kantuk. "See you next time". All right reserved ©Cerisay ------------------------------ #🔞🔞 Strong language Mature content Gun scene Slight of bdsm content Cliche
𝙄𝙨𝙩𝙚𝙧𝙞 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙇𝙚𝙡𝙖𝙠𝙞 𝙋𝙚𝙣𝙙𝙤𝙨𝙖  ( OG ) by thederyshaa
thederyshaa
  • WpView
    Reads 55,280
  • WpVote
    Votes 2,287
  • WpPart
    Parts 48
His Possessive Sin " Cuma Cempaka Inara yang layak bertahta dihati abang.. Fath Zayden " Cempaka Inara... wanita yang dipaksa mengikat janji dengan seorang lelaki bernama Fath Zayden - Lelaki dingin yang penuh luka silam.Hidup bersama bukanlah mudah, lebih-lebih lagi apabila cinta yang datang hanya diiringi dendam dan ujian. Namun, siapa sangka... di sebalik kerasnya hati Fath, ada ruang yang akhirnya jatuh hanya untuk seorang Inara. Mampukah rumah tangga yang bermula dengan kebencian itu bertahan, bila masa lalu terus menghantui. Mampukah dua dunia yang bertentangan hidup dalam satu ikatan suci? Atau perkahwinan ini akan menjadi lebih perit daripada luka lama yang belum sembuh? Fath Zayden X Cempaka Inara Book 2 by thederyshaa
SAYAP CINTA HUSNA by AELISH
AELISH
  • WpView
    Reads 41,118
  • WpVote
    Votes 1,424
  • WpPart
    Parts 63
Dia gadis yang periang. Dia seorang yang happy-go-lucky. Namun dalam beberapa keadaan, dia tidak begitu 'lucky'. Husna sedar, tidak selamanya dia harus duduk diam dan lihat saja. Dia perlu bergerak, mendapatkan apa yang dia mahukan. Termasuk cinta. "Kali ni saya tekad, saya tak akan patah balik. Saya... sukakan awak." - HUSNA RAUDAH "Cukup, Husna. Ini dah pengakuan kali ke seribu aku dengar. Dan jawapan aku tetap tak." - ZAFRAN HANIFF Bukan dia tidak sukakan gadis itu. Tapi ada sesuatu yang menghalang dia untuk jatuh cinta. Ia antara hidup dan mati. Dia tidak boleh meletakkan nyawa Husna dan keluarga gadis itu dalam bahaya disebabkan dia. Namun entah bagaimana, Husna sendiri telah terlibat tanpa sempat dia membawa gadis itu jauh daripadanya. "Aku orang jahat, Husna. Orang yang boleh hancurkan hidup kau bila-bila masa saja." - ZAFRAN HANIFF "Tapi kenapa hati saya tetap nakkan awak? Tinggalkan awak lebih sakit dari tahu kebenaran yang awak sebenarnya... pembunuh." - HUSNA RAUDAH Husna tersepit. Zafran pula terkapit antara cinta dan misi. Husna kini dalam genggaman musuh paling ketatnya. Dia tidak akan membiarkan dia hilang orang yang dia sayang lagi. Bukan untuk kali kedua. "You trust me?" - ZAFRAN HANIFF "Always." - HUSNA RAUDAH Zafran akan bawa Husna terbang jauh dari sini dengan sayap cinta kita...
Mr.Cruel (TERBIT) by ReginaAkhira
ReginaAkhira
  • WpView
    Reads 2,708,946
  • WpVote
    Votes 16,741
  • WpPart
    Parts 16
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu, bayang hitam seolah-olah menghantui hidup Ayrena. Namun, siapa sangka corakan takdir menyatukan mereka berdua di atas satu ikatan. Satu janji telah di buat untuk melindungi gadis itu. "Aku boleh carikan Adrian. Tapi dengan syarat. Kahwin dengan aku!" -Darren Del Lucca Tatkala bahagia kian terasa, satu kebenaran yang terungkap menyebabkan Ayrena hilang arah. Lelaki yang bergelar suaminya selama ini, merupakan seorang Mafia yang sangat berkuasa. "Antara cinta dan kuasa, awak akan pilih kuasa awak, kan?" -Ayrena Rosebell "You know which one I will choose, Ayrena." -Darren Del Lucca Saat ego masih utuh, perasaan yang sudah tersemai dinafikan. Pelbagai tragedi yang berlaku membuatkan banyak rahsia mula terungkap. Kebahagiaan diragut sekelip mata saat pengkhianatan mula bermaharajalela. "Sejak aku dan kau disatukan, sejak itu aku berjanji untuk lindungi kau hingga akhir nafas aku. Kau tak boleh mati, kau janji dengan aku untuk kita hidup bersama. Jadi, aku nak kau bertahan. Untuk aku, untuk kita!"-Darren Del Lucca