NurMaisarah (⁠✷⁠‿⁠✷⁠)Reading List
38 stories
Arabella Zayder  by aersyifa
aersyifa
  • WpView
    Reads 515,495
  • WpVote
    Votes 53,905
  • WpPart
    Parts 57
[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek itu menerobos masuk ke dalam gegendang telinganya, terus Arabella melorekkan senyuman lebar. Mata tunak memerhati tubuh tegap lelaki itu yang sedang membelakanginya. "Kenapa kau ikut aku?" Soalan itu dilontarkan kepada Arabella oleh lelaki bernama Erzan itu. Arabella yang dari tadi mengekori langkahnya hanya diam sebelum cepat-cepat gadis itu berdiri di sebelah tubuh tegap itu. "Saja. Saya nak kawan dengan awak boleh?" Diam. Persoalan Arabella hanya dibalas keheningan oleh lelaki itu. Malah, selamba sahaja lelaki itu mengatur langkah sedikit dengan kadar yang laju. Seperti ingin meninggalkan Arabella. Namun, itu tidak membuatkan Arabella putus asa dalam mengejar lelaki itu. "Saya sebenarnya kan, selalu nampak awak termenung sorang-sorang. Awak ada masalah? Boleh cerita dengan saya." "Rose, kau rasa hina ke jadi busker?" Pada ketika itu, sedikit banyak kehidupan tentang Erzan diketahui oleh Arabella. Rasa simpati menampar di hatinya saat mendengar bahawa ibu kandung Erzan sendiri menyimpan rasa benci terhadap lelaki itu. Oleh sebab itu, Arabella bertindak melontarkan satu soalan. "Boleh saya tahu kenapa ibu awak benci kat awak?" "Sebab aku teruk. Aku manusia tak guna." '𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮' [ Romance + Action ] START : 25 Sept 2022 END : Warning! { Contains harsh words } ⚠️ { Plagiarism is not allowed } ⚠️
Elena  by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 26,423
  • WpVote
    Votes 465
  • WpPart
    Parts 5
Kesalahan masa lalu menjadikan Elena dibenci suami sendiri. Hidup dalam kebencian rupanya tak semudah membolak-balik telapak tangan. Dia perlu kesabaran dan kekuatan. Hinaan, cacian, bentakkan, kekasaran bahkan pukulan bertubi-tubi dia dapatkan dari insan yang bergelar suami.vWalaupun begitu, Elena masih mahu bertahan. Namun, selama mana tahan itu mampu dia pikul jika yang dibenci suaminya bukan hanya dia, melainkan anak-anak mereka juga. Spin off DERITA AZAHRA.
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,634,771
  • WpVote
    Votes 406,199
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
FOREVER MINE | COMPLETE by _darkquill
_darkquill
  • WpView
    Reads 1,443,095
  • WpVote
    Votes 37,912
  • WpPart
    Parts 79
Dia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sanggup mencederakan diri sendiri. Tidak sanggup melihat keadaan anaknya begitu, Tengku 'Armirul Qarl memilih untuk merawat anaknya dengan rawatan exposure therapy melalui hypnotise. "Along!!! Angah!!! Abang!!! Tolong Adik", jerit budak perempuan itu. Jeritan itu membuatkan Aqieef yang sedang jogging terhenti. Dia menoleh ke arah suara itu. Kakinya pegun untuk seketika. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. "Arghhh", jeritnya kuat. Tangannya pantas mencapai phonenya lalu mendail nombor Adwa. Dia meringkuk sambil memegang kepalanya yang sakit. "I NEED YOU NOW!!!" - Tengku Aqieef Darweesy "Princess?! Are you okay?" - Tengku 'Arwish Qaiesy Qarl "Adik takut", - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl "What if Ummi pinang kau? Kau terima ke?" - Tengku Aqieef Darweesy "No!! Saya tak nak. Tak ingin la saya jadi isteri awak" - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl "I'm gonna make you falling love with me" - Tengku Aqieef Darweesy "Don't you dare to touch me" - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl "Maafkan abang...Abang mengaku abang salah tapi demi Allah abang tak buat" - Tengku Aqieef Darweesy Apa yang terjadi antara mereka? Apa yang 'Armielya takutkan? Kenapa dengan Aqieef? Apakah kesudahan cerita mereka? Adakah pertemuan mereka hanyalah secara tiba-tiba? 🔞 Bacaan matang ⚠️ Typo bersepah ⛔️ Grammar error Published: SEPT 2023 Completed: MARCH 2024
[C]✓Eidlan : Her saviour by Faijaa
Faijaa
  • WpView
    Reads 2,025,736
  • WpVote
    Votes 100,386
  • WpPart
    Parts 64
[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang mempunyai keluarga boleh tahan hebatnya. LALLAINA CHÚ : Gadis cantik berwatakan pendiam, Introvert. Keadaan keluarganya telah berjaya menukar perwatakannya yang happy go lucky kepada seorang yang pendiam dan tidak suka dengan keadaan yang sesak. Seorang gadis yang mempunyai impian menjadi pelukis tetapi terhalang disebabkan terpaksa menjadi CEO atas paksaan keluarganya. Ya dipaksa. Impian sedari kecil terpaksa dilupakan begitu saja demi keluarganya. Menghadapi situasi orang tua yang berpilih kasih itulah yang dihadapi gadis berkacukan Chinese-Malay ini. "Stay away from me Eidlan, I dont want something bad happen to you and your family just because of me." - LALLAINA CHÚ Mempunyai trauma untuk didekati orang lain, Takut Daddynya akan menghancurkan kehidupan mereka hanya sebab-sebab berkawan dengannya. "Please Kahwin dengan aku Lallaina." - MUHD EIDLAN ISKANDAR Dia nekad. Terlalu nekad. Nekad mahukan gadis yang dijumpainya sewaktu diparti hari itu. Hatinya sudah dicuri oleh gadis tersebut. Dan dia akan lakukan apa saja demi membuat gadis itu menjadi miliknya seumur hidup. Walau bahaya macam mana pun dia perlu hadap untuk miliki gadis itu. Dia sanggup. Amaran : (Cringe) (Mencarut) (Pembaca matang sahaja) (18SG) ⚠️So read at your own risk⚠️ Ofc cliche
ISTERI TUAN GHIBRAN  by cweetiee
cweetiee
  • WpView
    Reads 1,899,955
  • WpVote
    Votes 139,662
  • WpPart
    Parts 44
She is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis itu bukan lah sesenang yang disangkakan oleh nya. "Tuan muda tuan muda eh tak sedar ker diri tu dah tua orang asyik panggil tuan muda."- Dahlia umairah. "Yang kau panjat pokok kelapa jiran tu dah kenapa? nak mati !" -Emir Ghibran iskandar Hari demi hari bersama isteri kecil nya, rasa sayang mulai pun hadir antara mereka. "Awak tau beza awak dengan monyet? Dia monyet, awak buaya." Dia gadis pertama yang mencuit hatinya dan juga merupakan wanita pertama yang menakluki seluruh jiwanya. "Jangan cakapkan itik ayam pun kejar saya tau, kira untung awak dapat memperisterikan saya." Cinta ini milik mereka kerana, Tuan Muda hanya untuk Puan senget ! Warning⚠️ [Typo dimana-mana] [Have many harsh word] [cliche&cliche] [Broken grammar] Start :21/3/2022 End :
RATU HATI CIK ABANG by Orkid_putih01
Orkid_putih01
  • WpView
    Reads 48,574
  • WpVote
    Votes 1,852
  • WpPart
    Parts 40
Qalisya Amani, seorang guru manis dengan perwatakan ceria yang bukan sahaja menarik minat para pelajar malah juga dikalangan guru lelaki. Namun berbeza pula layanan yang dia terima daripada Haniff Mikail,seorang guru matematik yang baru bertukar ke sekolah Qalisya Amani bertugas. ~~ " hai! Cikgu Haniff kan? " -Qalisya "hurm. "-Haniff "awak ada emas dalam mulut ke?" -Qalisya "saya nampak macam murid awak ke yang perlu jawab soalan awak? Huh? " -Haniff ~~~ Layanan dingin yang diberi Haniff Mikail telah membuatkan Qalisya Amani bertekad untuk memikat hati jejaka berhati dingin itu, Namun berjayakah misi si gadis? Mampukah si batu dingin mencair? P/s: penulisan masih celaru, hehe
[C] Suamiku Pondan?! by AlwaysSmile066_fnz
AlwaysSmile066_fnz
  • WpView
    Reads 85,391
  • WpVote
    Votes 3,035
  • WpPart
    Parts 15
Shayla Fiona merupakan seorang gadis yang menyelamatkan Ashraf Hakimi daripada dibuli sewaktu hari pertama jejaka itu bersekolah di sebuah sekolah menengah. Selesai SPM, Ashraf mendapat tawaran sambung belajar di luar negara dan terpaksa berpisah dengan sahabat baiknya, Fiona selama 4 tahun. Demi mengikat hubungan mereka, mereka berdua bersetuju untuk diijabkabulkan. Sepanjang di Melbourne, Ashraf nekad untuk berubah daripada sifatnya yang 'istimewa' menjadi lelaki sejati dengan bantuan 3 orang gadis : Ainuri, Asmina dan Ayuni. Siapakah 3 orang gadis itu? Dapatkah Ashraf menjadi lelaki sejati sebelum dia menjadi suami sah kepada Fiona? Bagaimanakah hubungan mereka selepas mereka bertemu semula selepas 4 tahun? Jemput membaca 'Suamiku Pondan' untuk mengetahui kisah selanjutnya ^^ #100% idea sendiri #Mohon tidak ciplak cerita ini #Selamat membaca ^^ ✓Mula diterbitkan : 01/02/2019 ✓Tarikh siap : 08/02/2019 Most Impressive Award #17 setia #5 shortstory #2 bahasa #1 pondan
Bunga Emir by cik_Huyya
cik_Huyya
  • WpView
    Reads 12,783
  • WpVote
    Votes 631
  • WpPart
    Parts 18
Emir Qaridz; Anak bongsu kepada Tan Sri Emran dan Puan Sri Qarina. Sikapnya yang nakal sering memberi sakit kepala kepada bondanya. Tipikal anak bongsu mungkin. Perempuan pula tak cukup satu. Pagi dengan orang lain, petang pula dengan orang. Sudah berbuih bondanya menasihati tapi satu pun tidak melekat dimindanya. Bagi Emir biarlah dia enjoy waktu kebebasannya dulu sebelum dirantai oleh insan bernama isteri. Dia tak suka terikat, dia tak suka dikonkong. Tapi sekali dia jatuh cinta disuruh berbaju pink berlatarkan mickey mouse pun dia sanggup. Bunga Dalili; Merupakan pemilik butik Liliy's florist. Sangat meminati bunga dan gubahan seiring namanya. Dalam usia 26 tahun dia sudah berjaya membuat ibu bapanya bangga namun satu hanya satu yang merimaskan Dalili apabila tiap kali pulang ke rumah topik boyfriend sentiasa menjadi pilihan mamanya. Pertemuan Emir dengan Dalili membuatkan Emir sasau. Tidak pernah dia terpukau dengan seorang perempuan. Selalunya perempuan yang sentiasa menggodanya dan dia melayan sekadar mengisi masa lapangnya namun kali ini dia jatuh. Jatuh tersungkur di kaki Dalili tanpa perlu Dalili melakukan apa-apa. Dia sentiasa mencari cari cara untuk mendekati si gadis itu. Hari-hari menapak ke kedai Liliy's florist walau kadang hanya untuk menatap muka si idaman. "boleh pergi main jauh-jauh tak? Rimas la saya dengan awak." Lili "Dalam banyak-banyak bunga dalam kedai awak ni, awak tahu tak yang mana paling harum? Bunga Dalili yang seorang la. Kihkihkih." Emir Sorang mendekat, sorang menjauh tapi bila hati sudah terpikat, sikit pun taknak jauh. Mula: May 2023 Tamat: Jun 2023
Ku Tunggu Cintamu by beautifuloner
beautifuloner
  • WpView
    Reads 6,762
  • WpVote
    Votes 154
  • WpPart
    Parts 34
"Tiap hari aku berdoa agar kita dipertemukan. Demi Allah tidak pernah aku mengkhianati cintamu. Walaupun sebelum aku mengenalimu, aku telah mencintaimu. Datanglah padaku kasih. Aku berjanji akan menjagamu. " , kedua-dua mereka merintih agar bisikan doa itu dimakbul Ilahi lalu hilang sepi yang menyelubungi diri. Ana; Cinta? Kahwin? Rimas aku dengan pertanyaan-pertanyaan begitu. Bukannya aku menafikan naluri insan untuk bercinta dan dicintai tapi untuk mencari lelaki sebaik dia, adakah lagi? layakkah aku? Ah, aku menepis jauh-jauh persoalan itu ! Sebentar lagi ada kanak-kanak ribena yang memerlukan perhatiannya. Dia mengeluh lagi. Faris; 'Aku tak minta banyak, aku cuma perlu dia memahami kerjaya aku,tanggungjawab aku pada masyarakat,keluarga dan negara. Kalau dia boleh bertolak ansur, aku akan terima dia sepenuh hati, aku akan jadi yang terbaik buatnya.' Faris termenung sepi di bawah pondok rumahnya sambil mengamati pemandangan sawah padi menghijau di hadapan Gunung Ledang. Sejuk hatinya berada di kampung halaman . Tanggungjawab yang dipikulnya bukanlah semudah yang dikata sekadar memadam api, tapi kerungsingannya melebihi perkara itu. Ku Tunggu Cintamu merupakan perlayaran cinta seorang pegawai bomba dan guru muda dalam mencari pasangan hidup. Adakah benar pepatah 'opposite attracts' ataupun karakter yang sama lebih serasi? Mampukah mereka menggagahi dugaan hidup yang telah tertulis di suratan takdir?