ZeeZi6's Reading List
6 stories
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,262,605
  • WpVote
    Votes 96,972
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG] by FyDream
FyDream
  • WpView
    Reads 75,945
  • WpVote
    Votes 3,588
  • WpPart
    Parts 55
Qaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saja. Lagi dia suka adalah! Hidup bebas tanpa terikat dengan apa-apa. Tetapi Puan Sofia berkeras. Perkahwinan itu perlu diteruskan. Ada nama dan maruah yang harus dijaga. Habis itu Qaf? Mejar Qaf Rayyan. "Perut tu dah berisi ke sampaikan tergedik-gedik sangat nak kahwin?" - Mak Nab "Orang mungkin akan lupa nama kau. Tapi, aku akan ingat hingga ke akhir nafas aku." - Qaf Rayyan Oja. Namanya pendek dan pelik. Dan, dalam banyak-banyak manusia. Qaf belum pernah menemukan manusia seaneh itu. Ada daya tarikan yang menarik Qaf untuk jadikan Oja sebagai pengganti pengantin yang sudah lari. Kehadiran Qaf umpama tangan yang datang menghulurkan bantuan. Oja sambut baik-baik. Tetapi Qaf, dalam hatinya ada satu nama yang belum terganti. Dia bimbang jika dibiarkan Oja yang jadi mangsa derita. "Kau sayangkan aku?" Oja "Pulangkan kembali apa yang kau dah rampas dari aku." Armel Aisyah. Menggalas tanggungjawab sebagai pelindung tanah air bukanlah mudah. Lebih mengejutkan bila dia dipilih untuk membantu Inspektor Luqman dalam misi penyamaran Scorpion ketika isteri sedang bertarung nyawa. "Janji dengan aku? Jangan bawa luka baru. Luka lama saja perlukan masa untuk sembuh." -Oja Memilih untuk memendamkan perasaan, kerana Luqman lebih pentingkan tali persahabatan antara dia dan Qaf. Dan Zafrul tahu apa Luqman cuba rahsiakan dari dia. "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." Jack Yao Bang! "Selamat tinggal, inspektor Luqman." Datuk Sufian Start : 15/02/2024 End : Beautiful cover by @Putra_Rize/PrinceRize
KAPTEN HUD ESHAN: HIS TRUE LOVE - [TERBIT] by mawarputih58
mawarputih58
  • WpView
    Reads 1,143,691
  • WpVote
    Votes 10,010
  • WpPart
    Parts 14
TERBIT - di bawah rumah penerbitan HA Novels
My Kings Cobra by husmet
husmet
  • WpView
    Reads 21,259
  • WpVote
    Votes 1,098
  • WpPart
    Parts 21
Rose Zinirah-seorang cantik rupawan seperti bunga mawar yang indah .Rose merupakan seorang guru PPKI(Program Pendidikan Khas Integrasi)di sebuah sekolah yang terletak di Kedah namun selepas setahun dia menjadi guru disitu dia perlu berpindah ke sekolah di Melaka dia menjadi tak keruan apabila namanya dipindahkan ke SK Kem Terendak Sungai Udang Melaka.Rose amat tidak gemar kerana sekolah itu berhampiran Kem "askar". Kenapalah dalam banyak-banyak sekolah dekat dengan kem askar juga aku dapat hmm umi Rose tak nak eee tak sukanya-Rose Zinirah Aleef Zahreen-Perwatakan yang sangat tegas dan digelar sebagai "cobra"oleh anak buahnya di Kem.Sebut sahaja cobra mesti seluruh Kem Sungai Udang itu kenal dengan muka yang beku tetapi sekali buka mulut ayat berbisa yang keluar seperti gelarannya ular tedung merupakan anggota GGK (Grup Gerak Khas)Tentera Darat Diraja Malaysia dengan pangkat Leftenan. "DATANG TAK DIUNDANG , JIKA RAGU HARAP PULANG"hadam ayat ni betul-betul sebelum pilih nak masuk ke alam komando-Leftenan Aleef Zahreen Disebakan traumanya dia pilih untuk menghindari lelaki yang berkerja "askar"namun siapa sangka yang dibenci itulah ternyata jodoh di masa hadapan. Dia masa lalu kau dan aku mungkin masa depan kau , mana tahu jodoh ,maut tuhan yang tentukan jangan ingat lelaki yang kerja askar ni semua perangai sama dengan mamat tenuk tu jangan dibenci sangat kang mendapat kau lelaki kerja askar baru padan muka-Aleef Zahreen Ish ayat bukan main dah lapuk la bang ayat tu saya memang dah tutup siap-siap pintu hati untuk lelaki kerja askar ni titik awal-awal ja manis padahal kuat test market kat sosmed dasar buaya-Rose Zinirah # dilarang plagiat rekaan semata mata NEW WERSION start:18 NOVEMBER 2024 completed: