fatiniuzma10's Reading List
55 stories
LITTLE LILY [ OG ] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 80,664
  • WpVote
    Votes 11,103
  • WpPart
    Parts 22
[ BOOK 5] Tiga puluh tahun menyendiri dalam dunia dan identiti palsu, dia akhirnya bertemu nafas baharu. Asbab untuk terus hidup. "Saya teka, nama sebenar cik bukan Rosli. Cik juga bukan seorang lelaki." "Pandai awak teka. Nama saya Limah." Limah kawal senyuman. Pertama kali ada manusia reti teka jantina dirinya. Walau pertemuan kali pertama mereka tidak indah, Limah tak tahu kenapa dia asyik bermimpi di siang hari. Berangan, mahu kekal menjadi kecil. "Lah? Tiba- tiba jadi makin kecil pula bandar Deland. Pusing sana jumpa awak. Pusing ke sini pun jumpa. Tak sangka. Awak cari saya, sebab nak minta hutang kereta ke?" Masuk kali ketiga, Limah sudah tak reti bersangka baik. Tambahan pula lelaki asing itu sentiasa mengekorinya bersama dua orang jejaka perangai aneh. Gaya seperti pemiutang. "Kalau cik Limah sudi bantu. Kami bertiga mahu pinjam seorang 5 dollar dari cik Limah. Kami tak ada duit cash nak beli tiket bas." Tercengang Limah dengar pengakuan mereka. Tak sangka, wujud juga manusia yang tidak pernah menaiki bas. 5 dollar pun tiada! "Saya rasa, abang saya boleh tolong akak. Itupun kalau akak sudi tolong abang saya." Perkenalan Limah dengan seorang doktor cantik pula mengundang satu perasaan lama. Perasaan haram yang dia selalu cuba kuburkan. "Tolong macam mana?" -LIMAH "Kahwin dengan abang Muhammad." -ALTıN RUKSANA Permintaan si cantik, desakkan keluarga serta takdir seakan memihak kepada Muhammad. Jasad gagah Limah tersepit di tengah pintu hijrah. "Awak dah pandang? Pandang saya betul- betul. Tak menyesal? Saya bukan perempuan normal. Saya raksasa. Raksasa jahil. Menjijikkan." -LIMAH "Pada pandangan saya, kita sekufu." -MUHAMMAD ; Dia lelaki misteri, juga matang. Bersama rupa dan akhlaknya yang sempurna. Dengan tenang, Muhammad berjaya mengheret Limah kembali ke fitrahnya tanpa sebarang kekasaran, keluhan atau penyesalan. "Terima kasih, encik suami." -L . M "Terima kasih kembali, Lily permaisuri. -D . M. M
Mr. Mafia CEO (COMPLETE) by _VioletQuartz
_VioletQuartz
  • WpView
    Reads 80,864
  • WpVote
    Votes 1,567
  • WpPart
    Parts 43
Tengku Aqeef Nikael. CEO muda Royal Crest Realty, tokoh besar dalam industri hartanah dan pembinaan di Malaysia serta Singapura. Di mata dunia, dia seorang pemimpin berwibawa, berkarisma dan penuh pengaruh. Namun, hakikat yang tidak diketahui oleh sesiapa, termasuk keluarganya sendiri, dia menyimpan rahsia gelap. Di sebalik wajah CEO ternama itu, Tengku Aqeef Nikael adalah seorang gengster, lebih tepat lagi seorang mafia. Rahsia itu hanya dikongsi bersama dua sahabat rapatnya yang turut hidup dalam dunia yang sama. Perwatakan Tengku Aqeef Nikael jauh menyimpang daripada imej seorang pewaris korporat. Sikapnya dingin, berhati beku, dengan wajah bengis yang lebih sesuai dipadankan dengan dunia gelap yang dikuasainya, bukan kerusi empuk CEO. Berbeza pula dengan Fayqa Izzhany. Gadis periang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, hidupnya sederhana namun penuh warna. Dia mengusahakan sebuah kafe bernama Lavendar Café bersama dua sahabat merangkap sepupunya. Dunia Fayqa Izzhany jauh dari kelam, penuh dengan aroma kopi, tawa dan kehangatan persahabatan. Pertemuan Tengku Aqeef Nikael dan Fayqa Izzhany seringkali menjadi bahan bualan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi, terlalu berbeza, seolah mustahil untuk sehaluan. Namun tanpa diduga, perancangan dua keluarga besar, Tengku Azman dan Dato' Farid, mahu menyatukan mereka dalam ikatan perkahwinan. Apakah yang bakal terjadi bila lelaki berdarah dingin itu dipertemukan dengan gadis penuh cahaya? Mampukah cinta berputik antara mereka apabila terpaksa duduk sebumbung, atau rahsia gelap dunia mafia akan meranapkan segalanya? 13/09/2025 ~ 31/10/2025
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐞 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 220,041
  • WpVote
    Votes 10,484
  • WpPart
    Parts 52
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐢𝐳𝐪𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐦𝐞𝐞𝐝 | 𝐍𝐮𝐰𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐙𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 Satu perkahwinan yang terjadi tanpa cinta. Tiga hati yang terikat dalam perasaan yang tidak sepatutnya bersatu. Nuwaira Zafira melangkah masuk ke dalam hidup seorang lelaki yang hatinya sudah dimiliki orang lain. Namun dia tidak datang untuk mengalah. Ada sebab mengapa dia memilih untuk bertahan. "I cuma nak pertahankan hak I yang pernah hilang dulu." Tengku Rizqan Hameed pula bergelut dengan hatinya sendiri. Antara janji yang pernah dia buat, dan perasaan yang perlahan-lahan berubah tanpa dia sedari. "Sampai bila-bila, hati aku cuma untuk Sandra." Cassandra Alora yakin, cinta mereka tidak pernah pudar. Dan dia tidak akan membiarkan sesiapa merampas apa yang dia percaya miliknya. "Riz cintakan I. Riz tak cintakan dia." Di sebalik hubungan yang semakin rumit, tersimpan satu rahsia dari masa lalu. Rahsia yang mampu mengubah segalanya tentang perkahwinan ini dan tentang siapa sebenarnya Nuwaira dalam hidup Rizqan. Apabila kebenaran muncul,adakah cinta akan memilih untuk kekal...atau akhirnya, ada hati yang perlu terluka untuk selamanya?
[ C ] | WHERE MOON MEETS DAWN [TERBIT] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 224,945
  • WpVote
    Votes 1,956
  • WpPart
    Parts 11
[PREORDER SEKARANG DI SHOPEE FAJAR PAKEER SEHINGGA 20/2/2026] SEQUEL FROM PERFECT TWO: NIRMALA KASIH HANAN Dalam dunia yang memuja darah dan keturunan, kebenaran sering dijatuhi hukuman. Satu tuduhan mampu meruntuhkan maruah, dan satu keputusan mampu memadam seluruh masa depan. Pada hari yang sepatutnya menyatukan cinta dan restu, langit hidupnya runtuh. Bukan kerana dosa, tetapi kerana asal usul yang tidak pernah dia pilih. Sejak itu, Aurora belajar bahawa hidup bukan tentang diterima, tetapi tentang bertahan walau diinjak tanpa belas. "If you dare force me, l'II make sure even your dead body won't speak for your justice." - Aurora lan Purnama hadir dengan ego yang menjengkelkan. Di sebalik selamba itu, dia menyimpan kesetiaan yang tidak banyak bicara dan disiplin yang hanya difahami mereka yang hidup dengan senjata dan arahan. Daripada pertemuan yang dipenuhi perbalahan. Daripada konflik keluarga dan tradisi keturunan, mereka diseret ke medan yang lebih gelap. Setiap misi membawa pulang sama ada tubuh, atau khabar duka. "Don't make me choose, sebab kau dan kerja dua-dua adalah tanggungjawab. Dan aku tak mampu khianati kedua-duanya." - lan Purnama Misi semakin berbahaya. Dan satu figura gelap muncul membawa persoalan yang menggugat segalanya. Apabila negara tidak lagi memberi keadilan, dia memilih untuk mencipta hukumnya sendiri. "Selamat tinggal, Viking. Aku harap satu hari nanti... bila giliran kau semua datang, kau akan tahu rasa hilang yang tak ada dalam manual operasi." - Sarkar Apa kehilangan yang mahu Sarkar wariskan, sehingga peperangan tidak lagi tentang musuh dan negara? Dan apabila giliran mereka tiba, siapakah yang akan pergi selamanya, ditelan kegelapan tanpa jejak? Bukankah cahaya paling bermakna lahir ketika segalanya gelap? Ketika fajar bertemu bulan, Aurora dan Purnama menyalakan dunia yang hampir tenggelam. "Dalam seribu medan, hanya pelukan langit yang bulan mahu kembali," START: 25/6/2025 END: 15/8/2025
𝐇𝐀│Crush Or Husband? [C] by lazysya
lazysya
  • WpView
    Reads 48,275
  • WpVote
    Votes 2,384
  • WpPart
    Parts 51
𓊈𒆜𝕳𝖚𝖘𝖇𝖆𝖓𝖉 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟑𒆜𓊉 (Vol 1 & 2 finished!!!) "𝐎𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐉𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐲" ━━━━━━ Dari jauh, Arissa Humaira hanya mampu memandang. Dia, si gadis biasa, jatuh hati pada Mikha Aryash, senior yang tak pernah peduli akan wujudnya. Popular, pendiam, dan terlalu dingin untuk disentuh. Tapi satu insiden membuka langkah pertama. Dan bila Mikha mula menjauh, Arissa mula menghampiri. "Mikha! Saya suka awak, awak suka saya tak?" katanya-dengan senyuman paling berani yang pernah dia lemparkan. Semakin Mikha berdiam, semakin Arissa menyerang dengan kasih sayangnya. Setiap penolakan, setiap pandangan kosong, tidak pernah mematahkan semangat gadis itu. Hatinya sudah memilih. Dan Mikha... harus jadi miliknya. Namun saat hati Mikha mula terbuka, takdir merampas segalanya. Mikha terbang ke luar negara, meninggalkan cinta yang baru hendak bermula. Bertahun-tahun kemudian... Mereka bertemu semula. Dewasa. Berbeza. Tapi hati masih mengenal rasa yang lama. Dan saat mereka akhirnya halal, bahagia yang diimpikan datang dengan luka yang belum sembuh. Trauma silam Arissa kembali menghantui, menggoyahkan apa yang telah mereka bina bersama. "Saya tak sanggup lagi Mikha, tolong saya. Tolong saya, Mikha." "Saya akan lindungi awak buat selamanya. Saya akan buat apa-apa sahaja untuk awak." Sebuah kisah tentang cinta yang dikejar tanpa lelah, perpisahan yang mendewasakan, dan perjuangan dua hati yang enggan menyerah, kerana mereka tahu, cinta yang benar... tetap akan pulang. [2025] ~sequel Cousin Or Husband? ~dont plagiat ~feel free to read and vote. cringe alert🚨
CINTA YANG DITAKDIRKAN ║C by lazysya
lazysya
  • WpView
    Reads 47,721
  • WpVote
    Votes 1,690
  • WpPart
    Parts 25
『••𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝟏••』 Simple and short story by @lazysya Also known as "Bella's Future Husband" Bermula dengan kehidupan seorang gadis yang hidup dalam kongkongan keluarga. Isabella Sophia, seorang yang sentiasa taat pada agama dan sangat lemah lembut, tidak pernah terfikir untuk melanggar batas yang telah ditetapkan keluarganya. Namun, takdir menemukan dia dengan seorang jejaka bernama Zayyad Aqriz, seorang lelaki yang kuat pegangan agamanya dan tabah menghadapi segala ujian hidup. Hati Isabella mula berbelah bahagi. Kehadiran Zayyad mengusik rasa di hatinya. Persahabatan mereka yang semakin erat membuka sebuah rahsia lama yang memisahkan dua hati itu. Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama, atau takdir mempunyai rancangan yang berbeza? Mungkinkah Zayyad Aqriz adalah future husband yang selama ini Isabella tunggu? --- "Kalau betul awak ialah jodoh saya, sejauh mana pun saya pergi, kita tetap akan bertemu." ~ Zayyad Aqriz "Jika bukan awak orangnya, saya ikhlaskan awak pergi." ~ Isabella Sophia --- [2023] ~ don't plagiat Datang dari idea sendiri, tiada kata copy ya. Sedekah vote.
𝐇𝐋𝐆│Cousin Or Husband? ✔ by lazysya
lazysya
  • WpView
    Reads 454,402
  • WpVote
    Votes 10,420
  • WpPart
    Parts 51
𓊈𒆜𝕳𝖚𝖘𝖇𝖆𝖓𝖉 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟐𒆜𓊉 (Vol 1 & 3 finished!!) 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐆𝐢𝐫𝐥 "𝐈𝐟 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐛𝐞, 𝐢𝐭'𝐥𝐥 𝐛𝐞" Their story without your vote is Nothing --- Kisah di antara 𝐌𝐢𝐥𝐚𝐬𝐡 𝐇𝐲𝐝𝐢𝐫 dan 𝐕𝐢𝐬𝐞𝐫𝐫𝐚 𝐑𝐡𝐚𝐞𝐧𝐲𝐬. Persahabatan, kebencian, dan cinta yang perlahan-lahan tumbuh di antara dua jiwa yang berbeza. Setelah bertahun-tahun menimba ilmu di Jepun, Serra pulang ke tanah airnya-tanpa menduga bahawa dia akan menumpang di rumah maksunya buat sementara waktu. Masalahnya? Abang sepupu yang pernah menjadi 'musuh ketatnya', Milash Hydir. Serra fikir Milash masih seperti dulu: dingin, menyakitkan hati, dan suka mencari pasal. Tapi kali ini... pelik. Milash tak layan dia macam dulu. Malah, dia nampak lebih matang-lebih... tenang. Serra terkejut, sampai terkentut (oops!) bila Milash langsung tak kisah dengan kehadirannya. Tapi hati ini, walau keras macam ais, boleh juga cair bila dipanaskan lama-lama. Dan hati beku Milash akhirnya goyah, sedikit demi sedikit, pada gadis kecil yang dulu pernah dia benci. Serra pula? Dia masih dihantui cinta masa lalu. Tapi prinsip Milash tetap satu: "I want it? It's already mine." Bila cinta dan benci bertukar tempat... siapa yang akan tersungkur dahulu? --- ~sequel brother or husband. ~read with your own risk. ~dont plagiat (a lot of kesalahan tatabahasa and grammar) Start : 17092023 End : 01102023
Bisikan cinta suci by MrVillain
MrVillain
  • WpView
    Reads 486
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 11
Inspektor Syahran Hafizan, anggota komando VAT 69 PDRM sentiasa menjadi bualan di bibir anggota mahupun musuh. kehebatannya dalam operasi berjaya menjadikan dia salah satu pegawai paling berprestasi. Dibesarkan di rumah anak yatim, Syahran sudah belajar hidup tanpa mengharapkan kasih sayang sesiapa. Hidupnya hanyalah untuk satu, melindungi negara dari ancaman. Ustazah Awna Darwisyah, seorang gadis yang tinggi ilmu agamanya dan mulia akhlaknya. didikan dari kedua ibu bapanya telah membentuk seorang gadis dengan pegangan agama yang kukuh. Awna bagaikan sebuah permata yang terlalu indah untuk dilihat namun juga terlalu mahal untuk disentuh. Dua jiwa, dua jasad, satu hati. Atas takdir yang tertulis, mereka dipertemukan di sebuah masjid. Apabila Syahran yang hidupnya dipenuhi luka dipertemukan dengan Awna yang hidupnya dipenuhi bahagia, cinta perlahan-lahan tumbuh di hati mereka berdua. Awna perlu mengajar Syahran erti cinta yang sebenarnya.
LAYAKKAH AKU by uts_yana
uts_yana
  • WpView
    Reads 207,984
  • WpVote
    Votes 5,912
  • WpPart
    Parts 28
Berdasarkan kisah benar mengenai kehidupan seorang wanita apabila masuk dia fasa perkahwinan. NUR ALIANA UMAIRAH seorang gadis yang telah dipinggirkan oleh ayahnya... Kerana bagi ayahnya umairah lah punca isterinya meninggal... umairah dibenci oleh ayahnya dan dianggap tidak penting dalam hidup ayahnya.... SYAFIQ FARHAN seorang anak berada dan mempunyai pergaulan bebas yang hanya menghabiskan masa keluar setiap malam. 'Tak habis-habis nak ceramah dekat aku. Macam baik sangat je kau ni... kau kena ingat aku jadikan kau isteri pon sebab syarat daddy aku je.. kalau bukan disebabkan daddy yang suruh aku kahwin dengan dengan kau... Memang tak la aku nak kahwin dengan kau euww jijik tau not my taste...Dasar perempuan kampung.. .' - Syafiq Farhan. 'Euwww kampung sangat. Kau ingat Syafiq tu taste perempuan macam kau ke? Jangan nak perasan sangat.' -Sofea 'Umairah, aku tahu kau seorang perempuan yang tabah. Allah bagi kau ujian kerana dia mahu menguji hambanya sama ada kita kuat ataupun tidak menerima ujian tersebut.' -Sumayyah. 'Semoga suatu hari nanti pintu hati abang terbuka untuk berubah. Insyaallah selagi saya ada saya akan bantu abang dengan izinNya.' -Umairah 'Namun ketika mereka ingin bahagia ada sahaja ujian yang mereka perlu hadapi.' 'Mairah harap abang akan jaga anak kita baik baik bila mairah tiada nanty.' - Umairah