Semongko09's Reading List
116 stories
Echoes of You by ethrllRose_
ethrllRose_
  • WpView
    Reads 256
  • WpVote
    Votes 48
  • WpPart
    Parts 18
[ O N G O I N G ] Di dunia di mana ego dan kerjayanya bertembung, Tengku Adrian Alfyan, seorang pilot berkarisma, belajar bahawa kekuasaan dan dominasi tidak menjamin kebahagiaan. Nadyne Haura, seorang businesswoman freehair, seksi dan berdikari, pernah menjadi wanita yang dicintainya sepenuh hati... sebelum satu fitnah mengubah segalanya. Kini, setelah bertahun-tahun berpisah, nasib mempertemukan mereka semula. Aaden, anak mereka, menjadi pengikat hati, menguji ego Adrian dan kesabaran Nadyne. Namun bayang-bayang masa lalu yang masih bermain, merancang untuk memisahkan mereka sekali lagi. Di rumah peribadi Adrian, malam hujan, Adrian termenung melihat foto lama Nadyne bersamanya. "I should have fought... I should have trusted you. I... I lost everything that mattered." dalam hati, hampir berbisik. flashback; "Sebenarnya, you tak pernah benar-benar kenal dia... and you terlalu buta untuk melihat siapa yang layak." - Tengku Sofia Elvina "Sofia... kenapa aku tak dengar naluri aku? Kenapa aku biarkan kau manipulasi semua?" sambil menepuk wajahnya sendiri. - Tengku Adrian Alfyan 6 tahun lalu, Adrian dengan hati remuk, namun ego masih menguasai, "Pergilah. Ini untuk kebaikan kita... atau mungkin... untuk maruah aku." Nadyne terpaksa pergi, air mata menitis, bayangan Sofia di situ menambah rasa sakitnya. Dubai, Haura Lounge sentiasa dipenuhi pelanggan, tiba-tiba; "You just show up after six years and expect... what?", Nadyne yang ditegur oleh seorang lelaki dari belakang. Adrian yang tenang tapi dominan,"I expect to see what I've lost... and claim what's mine." "Claim? You think it's that simple?", Nadyne yang masih menahan emosi, sedikit tersenyum sinis. Adrian melangkah mendekat dan membisik,"Not simple... necessary." Di sebelah pihak Sofia,"You think you can fix what you broke, Adrian? Think again. I'm not done with either of you." Adrian menundukkan kepala, suara rendah tapi penuh tekad berkata,"Not anymore. Nobody can touch what I won't let go of."
BAHAGIA BUKAN SEKETIKA (COMPLETE)  by mellowcrunch_
mellowcrunch_
  • WpView
    Reads 80,615
  • WpVote
    Votes 2,672
  • WpPart
    Parts 51
NAURA AYREEN Namanya tidak seindah hidupnya. Sejak kecil dia dibesarkan oleh ibunya tanpa ayah disisi. Dialah ibu, dialah ayah. Dia dipinang oleh seorang wanita berada aka kawan rapat ibu untuk berkahwin dengan anak terunanya bagi menggantikan tempat pengantin perempuan yang melarikan diri. "Kenapa saya?" - Naura "Aunty yakin yang kamu boleh mengubah anak lelaki aunty" - Puan Marlia ARIQ NUQMAN Playboy. Clubbing. Workaholic. Hidupnya berubah 100% sebaik sahaja sah bergelar suami kepada Naura Ayreen. "Kau yakin mampu jadi isteri aku?" - Ariq "I'll try to do my best. Kalau saya tak mampu, InsyaAllah saya akan undurkan diri saya." - Naura Perkahwinan bukan hanya untuk sehari dua. Berkahwin bukan untuk seketika. Cintailah untuk selama-lamanya. Perkahwinan bukan hanya seketika untuk dijaga. Tapi perlu kesabaran, menjaga amanah dan jaga hingga akhirat. Mahligai yang dibina sangat bahagia tanpa ada sebarang halangan. Namun apakah yang akan terjadi apabila Naura dituduh bermain kayu tiga? Cinta? Hanya wujud setelah semuanya sudah tidak dapat diputarkan balik. Kesalahannya terhadap isterinya tidak mampu mengubah segala-galanya. "Tolong kembali ke pangkuan abang..." "Jika jasad saya tidak dapat mengiringi perjalanan awak , percayalah hati dan doa sepertiga malam dari saya selalu mendampingi perjalanan awak." ---------- 100% idea author. Author tak nak ada yang ciplak idea author. Author sangat menghargai jasa kalian yang sudi membaca novel author.
WAKEEL : Api & Cinta by hazzinoe
hazzinoe
  • WpView
    Reads 17,757
  • WpVote
    Votes 779
  • WpPart
    Parts 47
Seorang pegawai bomba yang berdedikasi dan berpengalaman luas dalam pelbagai misi penyelamatan, juga seorang ayah tunggal kepada seorang anak perempuan. Hidupnya berputar hanya sekitar kerja dan anaknya, namun ketegasan, keseriusan dan tanggungjawabnya menjadikan WAKEEL HAFIZI seorang ketua pasukan yang dihormati dan disegani oleh semua anak buahnya. SHEIZA DELAILA, seorang pelakon muda yang baru dua tahun menapaki dunia lakonan. Bermula sebagai model, Sheiza mula mendapat peluang berlakon selepas berjaya dalam beberapa casting. Dengan semangat muda dan jiwa penuh minat terhadap lakonan, Sheiza selalu mencari pengalaman baru dan sentiasa mahu mencabar dirinya. Hidupnya kini hanya untuk menikmati pengalaman baru dan mengejar passion-nya. Pertemuan mereka berlaku apabila Sheiza ditawarkan watak sebagai ahli bomba untuk filem terbarunya. Sebelum penggambaran bermula, dia perlu menjalani latihan fizikal dan mental selama empat bulan di bawah bimbingan Komander Wakeel Hafizi. Pada awalnya, Sheiza kekok dengan sikap tegas Wakeel tetapi perlahan-lahan dia mula tertarik dengan dedikasi dan ketegasannya. Perangai nakal Sheiza membuatkan Wakeel tidak selesa, namun hatinya tetap terpaut dan kedekatan mereka juga terjalin melalui interaksi dengan anak Wakeel, Wedad Qasrina. Walaupun personaliti mereka berbeza dengan Wakeel yang tegas dan bertanggungjawab manakala Sheiza jiwa muda dan friendly, api cinta mula menyala di antara mereka. Tentang cinta, ketabahan dan peluang di mana dua dunia yang berbeza bertembung dan akhirnya belajar untuk menyala bersama.
My Husband: Rider of The Last Shadow (OG) by Mimiwaniey
Mimiwaniey
  • WpView
    Reads 8,362
  • WpVote
    Votes 582
  • WpPart
    Parts 13
Muhammad Haqq Ruzain, seorang juruterbang jet pejuang yang tidak pernah tertarik untuk mengenali mana-mana wanita di dalam hidupnya. Namun siapa sangka, pertemuan demi pertemuan telah mengubah segalanya. Dia mula membuka ruang hatinya untuk mengenali gadis yang bernama Nura Elnara. Nura Elnara, pelajar dalam bidang perubatan yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Dia menyimpan satu impian besar untuk menebus kembali segala luka dan rasa kecewa yang diberikan oleh abang kandung sendiri terhadap ibu bapanya. Dia berusaha menjadi anak yang mampu menjadi tunjang buat keluarganya. Pertemuan Haqq dan Nara di LIMA'23 membawa hubungan mereka lebih akrab meskipun mereka sering bertikam-lidah seperti anjing dan kucing. Haqq yang tidak mahu mensia-siakan perasaannya, membuat keputusan berani melamar Nara secara tiba-tiba. "Jom kahwin dengan aku, nak?" -Haqq "Awak ajak kahwin macam ajak main pondok-pondok kan?" -Nara "Nara, aku tak main-main. Nak kahwin dengan aku tak?" -Haqq "Maaf, tapi saya tak nak." -Nara Lamarannya ditolak. Namun perasaan Haqq tidak pernah mati. Dia yakin, Nara adalah jodohnya dan dia memilih untuk terus menunggu. "Kalau kita berjumpa semula, kau kena terima lamaran aku. Itu dare untuk kau, boleh?" -Haqq "Baik, saya setuju," -Nara Nara yakin mereka tidak akan bertemu lagi. Tapi takdir berpihak pada Haqq. Mereka dipertemukan semula. Saat Nara bergelut menyelamatkan keluarganya, Haqq muncul membawa perlindungan, membawa cinta dan membawa janji lama. Sejauh mana seorang wanita sanggup berkorban demi keselamatan keluarga dan cinta sejatinya? Dan sejauh mana seorang Haqq Ruzain sanggup berjuang untuk melindungi wanita yang pernah menolak lamarannya dulu? "You know, Nara... whenever I open my heart, you're the only one I let in. And when I close it... you're still the one I hope never leaves." -Haqq Ruzain- Start: 1 july 2025 End:
Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED) by humairaamaulana
humairaamaulana
  • WpView
    Reads 254,604
  • WpVote
    Votes 10,934
  • WpPart
    Parts 44
Leftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- "Bunga itu bukan sekadar namanya, tapi sumber kekuatan untuk seorang perwira." ALERT 🚨 !!! BAHASA BELUM DIPERKEMASKAN DAN DIHALUSI.
ENCIK CEO ITU SUAMI AKU (COMPLETE ✔️)  by eunsha_b
eunsha_b
  • WpView
    Reads 130,140
  • WpVote
    Votes 2,740
  • WpPart
    Parts 75
Kisah seorang wanita yang dijodohkan dengan CEO kacukan orang putih yang pendiam akibat mempunyai kisah silam yang gelap. Setelah bertemu dengan jodohnya, dia menjadi seperti dahulu lagi. 𝐀𝐲𝐫𝐚𝐌𝐞𝐥𝐢𝐬𝐚𝐗𝐊𝐚𝐫𝐥𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧
Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C] by kkochidaisy
kkochidaisy
  • WpView
    Reads 55,988
  • WpVote
    Votes 1,937
  • WpPart
    Parts 53
✨ Muhammad Adam Baihaqi X Nur Hawa Qaysara ✨
THE DEATH EATER (C) (EDITING) by Adwa_Nafeesa
Adwa_Nafeesa
  • WpView
    Reads 7,690
  • WpVote
    Votes 420
  • WpPart
    Parts 51
Keluarga mati dibunuh ketika di usia remaja menjadikan dia seorang anggota tentera berpangkat kapten. Kapten Wang Zhen Wei, anak lelaki sulung bagi keluarga Wang yang dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat dihormati. Punca kematian ahli keluarganya masih menjadi tanda tanya. Selain misi menjaga keamanan negara, dia mempunyai misi yang tersendiri. Pasukannya diarahkan untuk mengendalikan misi mencari individu-individu yang telah dilaporkan hilang sejak beberapa bulan yang lalu. Kes kehilangan orang ini bukan seperti yang biasanya. Ada sesuatu yang digelar sebagai 'The Death Eater' yang menunggu dirinya di penghujung misi. "Kapten, kau tak rasa pelik ke dengan misi kali ni?" - Leftenan Aqeel Raihan "Jangan percayakan sesiapa pun, faham?!" - Kapten Wang Zhen Wei Angela, seorang gadis yang bekerja di sebuah kafe bersama-sama rakan karibnya si Rania ditakdirkan bertemu dengan dua orang jejaka itu. Hati mula memutik rasa aneh. "Aku rasa dia suka kaulah, Angela. Dia asyik usya kau je." - Rania "Macam tak betul je aku tengok dia tu." - Angela "Selamat datang ke permainan aku, kapten." - The Death Eater Siapakah 'The Death Eater' dan apa yang dia mahu daripada Kapten Wang?
[EBOOK] SITI ROSHAYU : The Psycho Wife [✔︎] by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 66,086
  • WpVote
    Votes 850
  • WpPart
    Parts 11
"A... Ayu, jangan la macam ni. Abang..." - HAYDEN HAFIZI "Enough. Sekarang tak ada bantahan. Abang tetap kena terima hukuman" - SITI ROSHAYU SITI ROSHAYU. Seorang wanita dan seorang isteri yang pantang jika suaminya terlayan perempuan lain. Jika dia tahu, bakal dia beri hukuman pada suaminya. Bagi Ayu, suaminya harus melayani dirinya seorang sahaja. "Aku nak kau minta cerai dengan Hayden." - PUAN ANITA Hanya di sebabkan tidak dapat lahirkan zuriat kerana mandul, Ibu Hayden membuat keputusan untuk pisahkan anaknya dengan Ayu. Ayu mula rasa tercabar sehinggalah suatu malam itu... "Kau... kau memang betina mandul!" - PUAN ANITA "Apa? Apa mama cakap?" - SITI ROSHAYU "Betina mandul!" - PUAN ANITA Zap! Adakah rahsia pembunuhan Ayu terhadap ibu mentuanya akan kekalsampai bila-bila? Adakah juga bila Hayden tahu, Ayu bakal di ceraikan oleh Hayden? "To be honest, Ayu yang bunuh mama abang." - SITI ROSHAYU --------------------------- ⚠️REKAAN SEMATA-MATA. TIADA KENA MENGENA YANG HIDUP DAN YANG MATI. ⚠️NAK KATA MATANG TU TAK LA KOT. SEMUA BOLEH BACA TAPI JANGAN SAMPAI BAWA DUNIA LUAR. ⚠️KENALI SAYA, CEO OF TYPO DAN KESALAHAN BANYAK TATABAHASA. MOHON KOMEN AJE YANG MANA SALAH. ⚠️KALAU TAK KENA DENGAN CITARASA STOP BACA DAN PERGI BACA BOOK LAIN. KALAU SEMUA TAK KENA JUGA, LANTAK ENGKO LAH. •asyik laki je psiko, perempuan pun ada psikonya juga.