Malay romance
7 stories
Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️) by ReginaAkhira
ReginaAkhira
  • WpView
    Reads 2,502,921
  • WpVote
    Votes 104,662
  • WpPart
    Parts 175
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu, bayang hitam seolah-olah menghantui hidup Ayrena. Namun, siapa sangka corakan takdir menyatukan mereka berdua di atas satu ikatan. Satu janji telah di buat untuk melindungi gadis itu. "Aku boleh carikan Adrian. Tapi dengan syarat. Kahwin dengan aku!" -Darren Del Lucca Tatkala bahagia kian terasa, satu kebenaran yang terungkap menyebabkan Ayrena hilang arah. Lelaki yang bergelar suaminya selama ini, merupakan seorang Mafia yang sangat berkuasa. "Antara cinta dan kuasa, awak akan pilih kuasa awak, kan?" -Ayrena Rosebell "You know which one I will choose, Ayrena." -Darren Del Lucca Saat ego masih utuh, perasaan yang sudah tersemai dinafikan. Pelbagai tragedi yang berlaku membuatkan banyak rahsia mula terungkap. Kebahagiaan diragut sekelip mata saat pengkhianatan mula bermaharajalela. "Sejak aku dan kau disatukan, sejak itu aku berjanji untuk lindungi kau hingga akhir nafas aku. Kau tak boleh mati, kau janji dengan aku untuk kita hidup bersama. Jadi, aku nak kau bertahan. Untuk aku, untuk kita!"-Darren Del Lucca
Hot Trio Series: Hayl untuk Haura [Ebook And Novel Fizikal] by Hashily90
Hashily90
  • WpView
    Reads 446,970
  • WpVote
    Votes 3,920
  • WpPart
    Parts 12
Raja Hayl Hakimi x Nur Haura hanani Nur Haura Hanani gadis cantik dan mempunyai pesona yang mampu membuatkan ramai lelaki terpikat padanya. Namun kasih serta kesetiaan Haura hanya tumpah pada Zach iaitu tunangnya. Keceriaan yang selalu terpamer pada wajahnya umpama topeng untuk menyembunyikan luka trauma didera secara fizikal dan emosi oleh keluarga tirinya semenjak dia kecil. Raja Hayl Hakimi lelaki yang cukup pakej kaya raya, tampan, serta bijak. Pertemuan semula dengan Haura menjentik hatinya lelakinya untuk mengimbau kenangan di masa lalu. Disebalik sikapnya yang dingin, entah kenapa dia rasa seronok bila dapat menyakat dan mengenakan Haura. Disebabkan satu kejadian hitam Hayl dan Haura disatukan dalam satu ikatan perkahwinan. Hayl cuba melindungi Haura daripada diganggu oleh lelaki misteri yang menganggu isterinya. Haura pula memasang tembok tinggi antara Hayl dan dirinya kerana takut dilukai lagi. Tambahan lagi, sikap Hayl yang suka menyakat menyebabkan dia tidak yakin lelaki itu benar-benar mecintainya atau sekadar bergurau, difikir segala moment sweet yang cuba dilakar oleh Hayl adalah kerana rasa tanggungjawab yang terpaksa digalas sebagai seorang suami serta bukan atas dasar cinta. Disaat kepercayaan mula dipupuk di hati Haura, perkahwinan mereka diuji hebat. Mampukah Hayl dan Haura mencapai bahagia dalam melayari ikatan cinta mereka. Namun tidak bagi Hayl yang sudah jatuh sayang pada Haura, dia berusaha untuk membuat si isteri untuk jatuh cinta padanya. Berjayakah Hayl untuk merobohkan tembok tinggi yang Haura cipta? Serta dapatkah Hayl melindungi dan memulihkan trauma yang Haura hadapi. *Tidak dibenarkan copy dan plagiat. Cerita ini adalah penulisan pertama saya jadi sila jangan sesuka hati ambil. Penat saya perah otak cari idea. Maafkan jika tidak menepati selera anda dan typo yang bersepah. Tidak ada paksaan untuk membaca.
Takdir Kita | E-BOOK  by hasyagrizelle
hasyagrizelle
  • WpView
    Reads 252,872
  • WpVote
    Votes 8,282
  • WpPart
    Parts 22
[COMPLETE] 4th story Song : Somebody's Pleasure by Aziz Hedra Kau, pengubat hati dikala lara menghempap dada. Bicara dan tingkah laku kamu sentiasa buatku tenang walau hanya sementara saja. Namun, saat jantung ini berdegup laju kerana kamu, mengapa sesakit ini ayat yang kau lontarkan buatku? "Tapi kenapa saya? Ramai lagi kan lelaki lain yang ada dalam dunia ni?" -Mohd. Asyraaf Hafeez Ku terlanjur menyayagimu. Tapi kau yang lebih dulu hadirkan rasa itu. "Andailah lelaki lain pun boleh buat sayang Sya pada mereka sama macam sayang Sya pada Raaf. Sya tak akan pilih Raaf." -Hirsya Qaila Sulit bagiku untuk hilangkan bayangmu. Betapa Hirsya berharap andai mereka tak pernah bertemu. Namun akhirnya, takdir pertemukan mereka kembali setelah Hirsya menamatkan pengajiannya. Pelbagai perkara yang terjadi hingga membawa mereka ke alam perkahwinan. Tapi tiada rumah tangga tanpa adanya ujian. Mereka diuji dengan sesuatu yang berada di luar jangkaan iaitu berbantukan bantuan jin dan syaitan yang hampir merobohkan ikatan yang terbina. Tetapi mampukah mereka pertahankannya? Started : 2/10/2023 End : 11/5/2024 ❗No copyright are allowed. ❗100% based on my own idea and I am not copying any other author. ❗ Tidak dibenarkan meninggalkan sebarang kata kesat di ruangan komen.
See You In A Bit [ TERBIT ] by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 1,004,854
  • WpVote
    Votes 13,675
  • WpPart
    Parts 13
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER | Known as Ian Rizqash's. 2nd Romance Betulkah cinta setia itu wujud? Hari saja Tuhan hadirkan siang berganti malam. Jadi apa jaminan seorang manusia tidak boleh berubah hati dalam sekelip mata? Mencari pasangan hidup tidak pernah terlintas di benak fikiran seorang Izara Medina kerana dia tidak pernah percayakan lelaki. Bagi dia, lelaki akan terus mencari yang baru bila sang pemilik hati sudah tiada. Dari masa lalu, dia trauma apa yang berlaku. Sejak dari itu dia tidak mahu lagi percaya dengan cinta. Tapi... kenapa dia terjebak dengan lelaki itu? Rimas. Tak suka dan... Gila! Mana mungkin dia jatuh hati dengan lelaki yang rata-rata dia tidak kenal siapa. Ada saja perkara yang buatkan Izara mencari punca untuk bergaduh dengan Ian Rizqash. "Aku tak ada buat beberapa minggu. Jaga diri kau." - IAN RIZQASH "Pergilah. Tak nak balik pun tak apa, lagi bagus." - IZARA MEDINA Dia tidak pernah mengambil tahu tentang lelaki itu. Ke mana dia pergi, dengan siapa ataupun kerjayanya. Bagi Izara, semua itu tidak penting. Namun ada sesuatu tentang Ian yang buatkan dia mula curiga. Lelaki itu... Dia seperti lebih mengenali Izara dari diri dia sendiri. Siapa sebenarnya Ian Rizqash? Di saat Izara Medina berteka-teki, di saat itulah Ian Rizqash memulakan permainannya. "Kenapa you nak kahwin dengan I?" - IZARA MEDINA "I can't answer you that. Our conversation ends here." - IAN RIZQASH Di saat dua insan berperang merasa detak bahasa cinta, khabar duka datang tanpa dipinta. Kisah kita dimulai dengan indah. Namun berakhir tanpa kata selesai kerana cinta sejati sudah diletakkan noktah daripada Tuhan. "Leaving you would be my last option in life." --- Preorder bermula 24.5.2024, 12:00 a.m. Semenanjung Malaysia: RM30 Sabah/Sarawak: RM33 ⚠️ wattpad is unedited version, not the same as physical novel.
INDAH CINTAKU (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 753,994
  • WpVote
    Votes 6,128
  • WpPart
    Parts 10
3rd story 💛 Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi dengan abang sepupunya yang agak pendiam itu. Bercakap pun tak pernah tiba-tiba ibu suruh kahwin? Alasan ibu supaya senang ada orang jagakan Yana yang kerja jauh daripada ibu. Ish tak nak lah! Bukannya Yana tak boleh jaga diri sendiri. Bagi Izhan Hakimi pula, hidupnya sendiri pun tak terjaga, boleh pulak mama suruh dia kahwin dengan adik sepupunya yang banyak mulut tu? Memang tak lah! Ingat Izhan ni babysitter ke? Masalahnya yang dia kena jaga tu bukan baby. Dah boleh jadi mak baby dah. Ish tak nak lah! Buat serabut kepala otak je nanti. "Yana boleh jaga diri sendiri. Abang Iz tak payah jaga pun. Lagipun Yana bukan budak kecik.." - Dayana Aleesa "Okay" - Izhan Hakimi "Nanti kita tak payah la tinggal sekali, Abang Iz..Bukannya ibu dengan Maklong tahu pun" - Dayana Aleesa "Okay" - Izhan Hakimi Senang betul kerja bila dapat suami pendiam macam ni. Semua dia okay kan aje. Tak banyak cakap. "Mulai sekarang, abang Iz akan jaga Yana. Yana tanggungjawab abang Iz" - Izhan Hakimi Eh? Kenapa lain pulak ceritanya? Selami kisah santai bagaimana si mulut becok dan si mulut batu mengenali hati budi masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.
HER BEAUTIFUL COMFORT (TERBIT)  by snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    Reads 997,252
  • WpVote
    Votes 8,502
  • WpPart
    Parts 13
Status: complete (Previous title: Her Beautiful Consolation) Zuha Mahfuzah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Blurb: Di sebalik senyuman Zuha, tersembunyi luka lama yang masih berdarah. Hidupnya tenang namun seakan sepi, di mana sepi itu lahir dari trauma silam yang tidak pernah pergi. Akan tetapi, kehadiran lelaki asing itu seakan membawa sinar yang dia impikan selama ini. "Bukti pun tak ada. Siapa je nak percaya cakap saya ni?" - Zuha Mahfuzah "Aku. Aku percayakan kau." ‐ Zuhayr Muqri Sepasang mata bundar gadis itu telah berjaya merenggut ketenangan Zuhayr. Pandangan itu penuh luka dan rahsia, membuatkan hatinya terikat oleh rasa ingin melindungi. Lantas, sebuah janji dimeterai walaupun dia sendiri tidak tahu sejauh mana dia mampu untuk menunaikannya. "Janji dengan saya, Zuha. Cari saya setiap kali awak ingin menangis, boleh?" - Zuhayr Muqri Namun takdir tidak pernah berhenti menguji. Saat bahagia mula mekar, rahsia yang sekian lama terkunci akhirnya terbongkar lalu menggoncang segalanya. "Hayr, isteri kamu sebenarnya..." Zuhayr mula dihantui rasa bersalah, sedangkan Zuha kembali terperangkap dalam kegelapan malah semakin tenggelam dalam kerapuhan itu. "Abang, Zuha dah penat sangat. Izinkan Zuha berehat." - Zuha Mahfuzah Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Zuha selama ini? Di antara kehilangan dan harapan, mampukah Zuhayr menggenggam kembali tangan yang hampir terlepas? Atau kisah cinta mereka akan karam dalam luka yang tidak pernah sembuh? Start date : 8/9/2023 End date : 1/11/2023
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,788,399
  • WpVote
    Votes 282,438
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023