adrvcz's Reading List
11 stories
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 by frvrdynaa
frvrdynaa
  • WpView
    Reads 7,726
  • WpVote
    Votes 1,998
  • WpPart
    Parts 14
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴.. ❞ 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang mempunyai rupa yang jelita serta senyuman yang mampu mencairkan dinginnya hati. Dahulu, dia percaya bahawa cinta ialah sebuah janji yang akan kekal terpahat hingga ke hujung usia. Tiada apa yang tidak pernah dikorbankannya demi perasaan itu. Dia membina angan, menyulam harapan dan menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada sebuah cinta yang disangkakan abadi. Namun, dalam sekelip mata, segala yang dibinanya runtuh menyembah bumi. Dunia yang dahulunya berseri kini diselubungi kelam yang tiada bertepi. 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang berwajah tampan dan bersikap dingin terhadap setiap wanita yang mendambakan perhatiannya. Namun di sebalik keteguhan wajah itu, tersembunyi sekeping hati yang setia menanti. Sejak zaman persekolahan, hanya satu nama yang bersemayam dalam relung jiwanya - Aisya Cassandra. Dia bukan lelaki yang gemar mengungkapkan rasa, namun kasih yang dipendamnya tidak pernah luput ditelan waktu. Malam pertemuan semula yang sepatutnya menjadi saksi kebahagiaan bertukar menjadi lembaran duka. Hanya dengan sekeping gambar, seluruh benteng hati Aisya roboh tanpa belas. Dalam kesedihan yang menyesakkan dada, dia membawa diri mencari ruang untuk mengubati luka. "Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 "Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦 Mampukah sekeping hati yang telah retak disatukan kembali oleh benang kasih? cover by @pplyoumayknow
DIA, ZAYN RAFFAEL by hayysfarisya
hayysfarisya
  • WpView
    Reads 429,595
  • WpVote
    Votes 7,893
  • WpPart
    Parts 22
Mawar percaya cintanya bersama Raffael akan berakhir di pelamin, namun takdir seakan mempermainkannya. Dikejutkan dengan hakikat pahit pada hari pernikahan, lelaki yang baru saja bergelar suami rupanya 'Raffael' yang berbeza! "Ni semua mesti rancangan kau kan Naufal? Kau tak nak aku kahwin dengan Raffael, kau cari Raffael lain!" -MAWAR NASUHA "Mawar... dengar apa yang abang nak cakap ni. Sebenarnya abang dulu yang datang sini minta restu dengan ayah dan Naufal. Ayah dan Naufal cakap, Mawar setuju. Jadi abang teruskan niat abang untuk halalkan Mawar." -ZAYN RAFFAEL "Kau bukan Raffael yang aku nak... Kau bukan dia." -MAWAR NASUHA Terperangkap dalam sebuah perkahwinan tanpa rela, Mawar memberontak, menolak kehadiran Zayn sebagai suami sedangkan Zayn terus bersabar. Namun, kesabaran seorang suami juga ada batasnya, lebih-lebih lagi apabila rahsia hitam Mawar terbongkar. Dipulau, dihina, dan kehilangan kepercayaan Zayn, Mawar akhirnya sedar. Dialah yang harus berjuang untuk mempertahankan perkahwinan ini. Mampukah Mawar menebus segala kesilapan? Atau semuanya sudah tersurat tanpa peluang kedua?
HIS ADMIRE : Cinta Hati Leftenan Kolonel | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 78,162
  • WpVote
    Votes 3,516
  • WpPart
    Parts 19
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
Bare Pride [EBOOK] by Nayverse02
Nayverse02
  • WpView
    Reads 25,072
  • WpVote
    Votes 40
  • WpPart
    Parts 1
IZZ RAFA + ELVA NAURINE Elva Naurine - perempuan yang tampak tenang dari luar, tapi menyimpan luka lama yang belum sembuh. Seorang wanita tabah yang pernah jatuh terlalu dalam, dan kini memilih untuk berjalan perlahan-takut untuk percaya, takut untuk berharap. Tapi dunia tak pernah berhenti berputar. Izz Rafa- lelaki yang bukan sempurna, tapi hadir dengan cara yang berbeza. Bukan hanya dengan cinta, tapi dengan kesabaran. Dia tak pernah meminta Elva lupakan masa silamnya. Sebaliknya, dia hadir untuk menjadi tempat Elva sembuh, satu nafas, satu sentuhan, satu pelukan pada satu waktu. "Marry me Elva" Izz Rafa "Mengarut apa ni Izz?" Elva Naurine Mereka tak sempurna. Tapi di antara trauma dan rindu, antara diam dan bisikan mereka belajar bahawa cinta tak perlu selalu kuat, kadang cukup dengan tak menyerah. "Rindu I?" Izz Rafa "Sikit" Elva Naurine "You bagi hantaran tudung sebab nak perli i ke? " Elva "Tak, tu ikhlas untuk bakal isteri i. Kalau you sudi nak pakai. Lepas ni i lagi sudi belikan banyak banyak" Izz Warning 21 ++ | Matured | Sexual Abuse | Kata kesat | Mental abuse ‼️
The Villain's Dream by liavinuever
liavinuever
  • WpView
    Reads 4,381
  • WpVote
    Votes 166
  • WpPart
    Parts 24
Mimpi bahagia. Bayangan gembira. Ini hanya hikayat yang tak akan mati. Semua orang mempunyai cinta hati, cinta mati. Melur Eliana. Seorang usahawan wanita yang berjaya. Mempunyai syarikat kosmetik. Tetapi, hatinya kosong. Merindui cinta lamanya yang tidak pernah dipandang. Iskandar Al-Furqan. Mempunyai sisi hitam. Seorang usahawan dan bangsawan muda. Mencari cinta mati, bersama hati yang mati. Dia tidak pernah melupakan kekasih lama yang telah pergi. "Saya cintakan awak dari dahulu Furqan. Tapi awak tak pernah pandang. Cinta saya hanyalah wayang untuk awak"- Melur Eliana. "Aku akan lindung kau sampai aku mati. Sampai akhir nafas aku."- Iskandar Al-Furqan. Mimpi hanya mimpi. Mainan lena. dia hanya berharap mereka akan bahagia, tetapi semuanya dusta. "Awak tak pernah cintakan saya ke Furqan?"- Melur Eliana. "Aku hanya sayangkan kau. Bukan cintakan kau. Maaf sebab khianati kau."- Iskandar Al-Furqan. Kadang, orang yang paling dipercayai adalah pengkhianat terbesar. Pembunuh yang menyorok disebalik khimar putih yang suci. Ada rahsia tersembunyi. Ada kebenaran belum tersingkap. Semuanya perlu dirungkai.
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 1,305,786
  • WpVote
    Votes 847
  • WpPart
    Parts 1
Qaireen Medina lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden Mikhail secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halamannya. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi tempat yang membuatkan dia rasa selamat dan selesa untuk bercerita. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
Heartless To Falling In Love (Edited Version.) by adrieyanaa44
adrieyanaa44
  • WpView
    Reads 224,692
  • WpVote
    Votes 5,638
  • WpPart
    Parts 76
Haira Arelyne, seorang pelajar universiti dengan hati yang sukar terbuka pada cinta, sedang menjalani hidup yang penuh dengan cabaran iaitu dengan salah faham, kehilangan kawan lama, dan tekanan keluarga yang membebankan. Di tengah kesunyian itu, dunia sekelilingnya penuh dengan rahsia, ujian, dan pandangan yang selalu mengintai. Namun, persahabatan baru mula muncul, dan sedikit demi sedikit, hatinya yang "heartless" diuji oleh kehangatan dan perhatian yang tidak dijangka. Antara drama, kehilangan, dan ujian hidup, apakah Haira akan menemui kebahagiaan yang sejati, atau hatinya akan terus terluka? Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Mana-mana persamaan dengan orang hidup atau mati adalah kebetulan semata-mata ya. Terselit juga sedikit inspirasi daripada pengalaman penulis.
Call it Fate (EDITING) by Mrwaxzya
Mrwaxzya
  • WpView
    Reads 60,414
  • WpVote
    Votes 106
  • WpPart
    Parts 1
Sebagai doktor veterinar yang lebih suka bekerja di bandar, Elara Reen datang ke Villa Kayangan dengan satu tujuan, menggantikan doktor yang sedang cuti melahirkan. "Pengalaman di KL pun dah cukup. Ini masa untuk turun padang, bantu komuniti luar bandar pula." Dr. Yusof. "Turun padang? Daddy tahu tak Villa Kayangan tu jauh sangat dari sini? El duduk KL, okay? KL ada Zus, ada mall, ada GrabFood dua puluh empat jam. Sana tu, WiFi pun belum tentu ada." - Elara Reen Apa yang dia tak jangka sewaktu tiba di sana? Thaqif Ayaz. Seorang atlet ekuestrian terkenal, pewaris empayar kuda, dan lelaki paling menjengkelkan yang pernah dia temui. Terlalu yakin. Terlalu berlagak. Dan terlalu suka mengganggu ketenangan hidupnya. Bagi Thaqif, Elara terlalu beremosi. Bagi Elara, Thaqif terlalu berlagak. Setiap pertemuan mereka berakhir dengan sindiran. Setiap perbalahan meninggalkan ketegangan yang sukar dijelaskan. Namun di sebalik pertikaman lidah dan salah faham, ada sesuatu yang perlahan-lahan berubah. Kerana kadang-kadang, orang yang paling kita tak suka ialah orang yang paling kita perlukan. Ada perasaan yang tak boleh dikawal. Dan ada takdir yang tak boleh dielakkan. Call it coincidence. Call it stubbornness. Or maybe... call it fate.
SEMPURNA by mochiiaayla
mochiiaayla
  • WpView
    Reads 3,179
  • WpVote
    Votes 221
  • WpPart
    Parts 15
AFZAN AL- FATEH X EDRINA NABILA Pertemuan kembali yang tidak dijangka. Afzan, anggota bomba yang menyelamatkan gadis yang terperangkap dalam lif. Detik itu, mereka sering berjumpa. " Saya okay. Awak buat sebab nak selamatkan saya. Terima kasih. Semoga Allah balas jasa awak." - Edrina Nabila. " Sama-sama. Lagipun itu tugas saya. Tak perlulah berterima kasih. Semoga cepat sembuh." - Afzan Al-Fateh. Hanya untuk melindungi gadis itu, Afzan tekad untuk membawanya ke rumah dan kerja sebagai menantu. Kesetiannya menunggu si gadis selama tiga belas tahun akhirnya berakhir. Gadis ini ada di depan mata. Perkahwinan tak direstu keluarga Afzan kerana kekurangan Edrina. Afzan mengambil alih tanggungjawab menjaga dan menyayangi Edrina tatkala keluarga sendiri menderanya. " Dengan saya, awak tak perlu pendam segalanya. Saya tahu awak banyak pendam. Tak perlu sorok. Even though one world hate you, but I'm here to love you forever." - Afzan Al-Fateh. Mampukah mereka bahagia sehingga akhir hayat tanpa gangguan daripada mak mertua Edrina dan sepupu Afzan? Masih adakah orang yang dapat terima perempuan bisu seperti Edrina? start: 27 October 2024 end: