Dakmokk's Reading List
52 قصة
SATU MALAM | C بقلم Milomasinn
Milomasinn
  • WpView
    مقروء 368,813
  • WpVote
    صوت 12,630
  • WpPart
    فصول 70
KARYA PERTAMA | Rayyan Malik ×× Alya Sofia Alya Sofia cuma mahu bekerja dan terus hidup. Tetapi satu malam mengubah segalanya apabila dia bertemu Rayyan Malik - CEO muda yang dingin, berpengaruh, dan terlalu berbahaya untuk disentuh. Dia fikir hubungan mereka akan tamat selepas malam itu. Malangnya, Rayyan Malik bukan lelaki yang mudah melepaskan apa yang dia mahu. Semakin Alya cuba melarikan diri, semakin Rayyan mendekat dengan cara yang menyesakkan. Di sebalik wajah tenang dan kuasa yang dimiliki lelaki itu, tersembunyi obsesi yang perlahan-lahan mula menghancurkan hidup Alya. Dalam dunia Rayyan Malik, tiada istilah kebetulan. Sekali dia memilih seseorang... jalan keluar sudah terlambat. Dan Alya baru sedar- malam itu bukan permulaan sebuah cinta. Tetapi permulaan kepada sesuatu yang jauh lebih gelap. Start: 20/5/2026 End:
Somehow, This Became Love بقلم estellavielle
estellavielle
  • WpView
    مقروء 66,060
  • WpVote
    صوت 6,522
  • WpPart
    فصول 54
Tengku Iris Kamelia, seorang wanita bekerjaya yang hebat, namun menyimpan trauma yang sentiasa menghantui dirinya. Demi memenuhi kehendak keluarga, dia terpaksa berkahwin dengan Raja Haris Mikhael, seorang lelaki misteri yang sukar dibaca. Berbeza dengan jangkaannya, Raja Haris sentiasa menerima Tengku Iris dengan hati terbuka, perlahan-lahan meruntuhkan dinding yang dibina wanita itu. Dalam diam, rasa benci mula bertukar menjadi sayang, dan akhirnya cinta yang tidak disangka. Namun, mampukah Tengku Iris melawan trauma silamnya untuk menerima cinta itu? Dan adakah perkahwinan yang bermula dengan paksaan mampu berakhir dengan kebahagiaan?
CINTA HATI SI TENGKU  بقلم luverrneee_
luverrneee_
  • WpView
    مقروء 13,476
  • WpVote
    صوت 772
  • WpPart
    فصول 67
Mengisahkan perjalanan hidup dua insan yang dijodohkan tanpa pengetahuan dan kerelaan hati mereka. Tengku Hilman Arasyah, seorang lelaki berdisiplin, tegas dan dingin, terpaksa akur dengan keputusan ibunya untuk bertunang dengan Putri Luna Insyirrah, seorang gadis yang lembut, penyabar dan menyimpan seribu rahsia. "Ingat, aku terima penjodohan ni sebab ibu aku." - Tengku Hilman Arasyah "Ya, saya tahu kenyataan itu, Tengku." - Putri Luna Insyirrah Pada awalnya, hubungan mereka dipenuhi kekok dan keterpaksaan. Namun, seiring waktu dan pelbagai peristiwa yang mendatang, ruang hati yang tertutup mula terbuka sedikit demi sedikit. Tanpa disedari, benih cinta mula bertunas di antara mereka. Namun, kebahagiaan itu tidak pernah hadir tanpa ujian. Tengku Hilman menyimpan satu rahsia besar, manakala Luna pula dibelenggu ketakutan dan pengorbanan yang tidak diketahui suaminya. Demi cinta, Luna sanggup mengorbankan kebahagiaannya sendiri. "Saya benarkan abang kahwin lain. Abang berhak ada zuriat sendiri... dan saya tak mampu berikan abang zuriat." - Putri Luna Insyirrah Namun kata-kata itu ibarat pisau yang menghiris hati seorang suami. "Jangan cabar kesabaran abang. Kalau sayang rasa sanggup lihat abang bersama wanita lain di belakang sayang, teruskan..." - Tengku Hilman Arasyah Saat egonya tercabar dan emosinya menguasai diri, Tengku Hilman mengambil keputusan yang akhirnya meretakkan hubungan mereka. Kemunculan seorang wanita bernama Erlina Amiera mengubah segalanya. "Saya Erlina Amiera... isteri kedua Tengku Hilman." Erlina Amiera Mampukah cinta yang lahir tanpa rela itu bertahan setelah kepercayaan mula rapuh? Atau mereka akan kalah pada takdir dan keputusan yang dibuat dalam keadaan terluka?
Unexpectedly Yours بقلم lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    مقروء 16,603
  • WpVote
    صوت 431
  • WpPart
    فصول 3
[6th romance] Kaer Dhaffa | Ayreen Adreanna Ayreen Adreanna, anak tunggal kepada seorang tokoh korporat ternama, hidup dikelilingi kemewahan dan peraturan. Namun, dunianya mula goyah apabila Tan Sri Azzam membuat keputusan mengejut-dia harus berkahwin dengan anak kepada sahabat lamanya, seorang lelaki kampung yang jauh dari gaya hidupnya. Kaer Dhaffa, seorang lelaki sederhana dan berprinsip, tidak pernah terlintas untuk terikat dengan seseorang seperti Ayreen. Tapi apabila kepercayaan orang tua menjadi taruhan, dia bersetuju atas dasar tanggungjawab, bukan cinta. Ayreen pula menerima lamaran itu bukan kerana rela, tetapi demi keluar dari bayang-bayang ayahnya-dengan harapan perkahwinan ini akan menjadi titik penyesalan bagi mereka yang memaksanya. Namun dalam sebuah perkahwinan yang bermula tanpa cinta, benih pengertian mula bercambah. Di sebalik perbezaan dunia dan sikap yang bertentangan, satu demi satu sisi baru mula terbuka-dan Ayreen mula melihat Dhaffa dengan pandangan berbeza. Mampukah dua hati dari dua dunia ini mencari erti bahagia?
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA (COMPLETE) بقلم mellowcrunch_
mellowcrunch_
  • WpView
    مقروء 920,151
  • WpVote
    صوت 34,707
  • WpPart
    فصول 42
MY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PERSONA AWARD 2020 🏆THE BEST ACTION ETERNAL AWARD 🏆THE TOP HERO 2020 ETERNAL 🏆THE BEST SYNOPSIS ETERNAL 🏆THE BEST ACTION IN PATAHAN RANTING 🏆TOP 3 ACTION 2020 IN BRONZE AWARD Anggun Qhairah merupakan pemilik kafe iaitu 'Butterfly cafe' yang dibuka bersama dua orang sahabatnya. Dia juga merupakan seorang gadis yang bernasib malang. Sejak kecil dia telah dibesarkan oleh ibutirinya sehingga ayahnya meninggal dunia. Lebih malang lagi, ibu tirinya telah menjualnya kepada tauke kelab malam demi melangsaikan hutangnya. "Sampai hati mak buat Anggun macam ni. Mak dah tak sayang Anggun ke?" "Sayang? Kau tu bukan anak aku! Aku tak ada anak malang macam kau!" Pertemuannya dengan Tengku Danish Rafiqi yang melanggarnya membuatkan hidupnya berubah 360° darjah. Dia telah dijaga dengan penuh kasih sayang oleh keluarga Danish sehinggalah mereka membina masjid mereka. "MasyaAllah! Cantiknya." Tengku Danish Rafiqi seorang mafia yang terkenal dengan sikapnya yang kejam. Kehidupannya berubah 360° apabila dia telah berkahwin dengan Anggun Qhairah. Daripada seorang yang dingin berubah menjadi seorang yang romantik. "If i tell you that i love you, will you love me back?" "Right now the only thing that i really sure about is that i love you." Mahligai yang dibina sangat bahagia tanpa ada sebarang halangan. Namun, apakah yang akan terjadi apabila musuh ketat Danish, Syed Naufal datang untuk membalas dendam? Apakah yang akan terjadi diantara mereka? Adakah kebahagian milik mereka atau sebaliknya? Jemputlah membaca novel saya iaitu Cik Anggun Encik Mafia. START: 27 JANUARI 2017 END: 8 JANUARI 2019 THANKS! ---------------
Love You Mr. Detective [C]  بقلم nrlshafz
nrlshafz
  • WpView
    مقروء 100,181
  • WpVote
    صوت 5,046
  • WpPart
    فصول 63
Kehidupan seorang gadis yang dihantui dengan kehidupan jahiliah dan kepahitan yang amat perit setelah ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kejadian kemalangan jalan raya. Namun, keperitan itu tidak berhenti di situ apabila gadis itu perlu mengharungi pelbagai cabaran negatif apabila tinggal di kampung bersama pakcik dan makciknya. Cukup dengan penyeksaan, penderaan dan penghinaan yang dia dapati. Malah, dia tidak berdiam diri. Dirinya sanggup melarikan diri dari segala kesakitan yang dibina di kampung tersebut dan membina hidup baru dengan bantuan sahabatnya. Kehidupan seorang gadis bernama Nurulia Alynna berubah baik apabila dapat memulakan hidup barunya di Kuala Lumpur. Namun, kebahagiaan tidak akan terus berlangsung sehingga dirinya diancam oleh pakciknya semula. Maka, dengan takdir Allah SUB dia dipertemukan oleh insan yang membantu mengubah kehidupannya. Kepercayaan menghasut diri. "Habis tu? Biar aku jelah hantar kau balik. Aku tahu rumah kau kat mana." - NAQIEB ASYRAF "Awak tahu?" - NURULIA ALYNNA "Awak siapa hah sebenarnya?" - NURULIA ALYNNA Naqieb Asyraf. Seorang jejaka yang penuh bersemangat dalam menunaikan janji dan tidak pernah berputus asa. Bukan sekadar semangat dalam menjadi seorang anggota polis malah lebih berdedikasi dalam kerjanya. Tugas yang diambil mengubahkan hubungan dia bersama Nurulia Alynna. Pertemuan pertama kali hanya kebetulan. Malah, Allah menunjukkan takdir yang sebenar antara mereka berdua dan tanpa sedari takdir antara mereka berdua mengubah lebih baik. ""Kita kena juga tanya kepastian supaya tak jadi apa-apa, Su.." - DATO' KAMAL "Saya sayangkan awak sebagai suami saya and I'm not force you to love me." - NURULIA ALYNNA Cabaran yang menimpa mereka memberi seksaan perit yang mampu memisahkan mereka. Adakah kehidupan Nurulia Alynna akan bahagia atau sebaliknya? @nrlshafz [Ciptaan dan Idea Sendiri✔️] [Kepada pembaca 17+] [⚠️Dilarang plagiat atau copypaste]
Duda Pujaan Dara [C] بقلم jasmineadrianaaa
jasmineadrianaaa
  • WpView
    مقروء 264,119
  • WpVote
    صوت 9,014
  • WpPart
    فصول 56
Book 06 [completed]✅ Start : 4 September 2022 End : 4 Julai 2023 ☁️ ꀘꈤꂦꅐꈤ ꍏꌚ Encik Duda Hotszz ! ☁️ ♡︎ Isyraf × Aisha ♡︎ " Nak ngorat Encik Duda ni , boleh ? " Aisha Malika Eryna . Gadis ini baru berusia 19 tahun dan masih belajar di salah sebuah universiti . Hidupnya tidak lah terlalu mewah tetapi dia bersyukur kerana dia masih punyai kedua ibubapa nya . Isyraf Daniel Razin . Seorang ayah tunggal atau lebih tepatnya , duda , yang sudah 2 tahun bercerai dengan isterinya . Kini dia tinggal bersama 3 orang anaknya iaitu Damien , Danny , dan Darian . Menjadi babysitter di rumah seorang duda . Itu lah kerja part-time nya . Dia selesa kerja dengan anak kawan ibunya . Dia tidak kisah akan gaji , asalkan dia dapat duit sendiri . Boleh lah dia berbelanja menggunakan hasil usahanya sendiri . Satu hari , Aisha dipecat hanya kerana dia telah menang apabila bermain chess bersama majikannya . Sakit hati Aisha apabila dia dipecat kerana sebab yang tidak munasabah . Akhirnya Aisha dan Isyraf lost contact . Aisha tekad ingin move on dan lupakan kenangan bersama mereka . Dia ingin fokus belajar dan tidak ingin kisah pasal cinta . " Ada yang masuk meminang Ryna . Jadi , apa keputusan Ryna ? " - Puan Zulaikha Muncul seorang jejaka misteri telah meminang Aisha . Aisha buntu hendak menerima atau menolak pinangan tersebut . Dia harus berfikir masak - masak sebelum membuat keputusan . Akhirnya keputusan telah dibuat . Aisha yakin dan percaya dengan takdir yang telah tertulis . Dia perlu percayakan rancangan yang telah diatur oleh Yang Maha Esa . " D-dia suami aku ? " Dapatkah Aisha mengecapi bahagia ? Berjayakah dia melupakan kenangan dan mulakan hidup baru bersama suaminya ? Nak tahu , tekan 'read' dan baca ! 📌 100% idea author sendiri 📌 Jika sama , ianya kebetulan sahaja 📌 No plagiat allowed ! author , [ serra 🚷 ]
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C بقلم fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    مقروء 1,006,120
  • WpVote
    صوت 42,175
  • WpPart
    فصول 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
Your Mikhaliev Edric [C] بقلم _theonlydya
_theonlydya
  • WpView
    مقروء 170,085
  • WpVote
    صوت 6,175
  • WpPart
    فصول 66
[ROMANCE ACTION] #1ST SERIES. Mikhaliev Edric, Master of Assasin Group, yang dikenali sebagai "Braccia Della Morte" kumpulan yang paling digeruni. Mikhaliev Edric, berkacukan darah Italy, dan usahawan muda pemilik syarikat Elite Transit Global yang diwariskan oleh ayahnya iaitu Dato Ezra bin Dato Mykel. Mikhaliev seorang yang dingin dan tidak percaya akan cinta pandang pertama. Bagi Mikhaliev Edric, cinta adalah sesuatu yang perlu dibina, bukan sesuatu yang datang dengan mudah. Mawar Sephia, pemilik Butik Terkenal, telah membina kehidupan bahagia bersama keluarganya. Namun, segala-galanya hancur apabila kematian ibu kandungnya. Kehadiran ibu tiri dan abang tirinya hanya membawa dugaan, sehingga Mawar Sephia dibuang oleh bapa kandungnya sendiri, akibat fitnah yang disebarkan oleh ibu tiri dan abang tirinya. Namun, kehadiran Mikhaliev Edric dalam hidupnya mengubah segalanya untuk Mawar Sephia. Mawar Sephia- " You are my savior. You are the one who saved me when I thought I was beyond saving." Pertemuan yang tidak dirancang antara Mikhaliev Edric dan Mawar Sephia telah membuka mata Mikhaliev kepada sesuatu yang selama ini dianggap mustahil. Dalam sekelip mata, hatinya yang selama ini dingin mula terusik, seolah-olah takdir sudah lama merencana pertemuan mereka. Mikhaliev Edric - "I never believed in love, not until you came into my life. I may not have the right words to describe what I feel, but I know one thing, I want to protect you Mio Fiore. So, marry me Mawar Sephia. Let me be the one who stands by your side, through everything." Dendam lama yang belum terpadam mula menghantui, menggoncang hubungan yang mereka pertahankan dengan nyawa dan air mata. Mampukah Mawar Sephia dan Mikhaliev Edric terus kekal bahagia? Atau akan runtuh juga cinta mereka di tangan musuh dan masa silam yang belum reda? "Le Braccia della Morte non perdonano. Cancellano" "(The Arms of Death don't forgive. They erase)"
Vow Of Hope بقلم lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    مقروء 1,852,366
  • WpVote
    صوت 66,175
  • WpPart
    فصول 81
[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai? beautiful cover: @pplyoumayknow
+19 أكثر