Bella_Uqasha01's Reading List
2 stories
MY ENCIK TENGKU by nsyafaz_
nsyafaz_
  • WpView
    Reads 3,753,230
  • WpVote
    Votes 92,933
  • WpPart
    Parts 58
My Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia kaki perempuan, Dan dia juga menyakitkan hati. Perempuan yang kuat malah tidak pernah mengalah dengan apa yang ditimpanya. Dicaci, dihina, dikutuk tetapi bangkit mempertahankan dirinya. -Syabella Iris Ego yang tinggi menggunung, tidak pernah mengerti perasaan orang dan sentiasa inginkan kemenangan bagi pihaknya. -Tengku Harris Zarul Rumah tangga yang dirancang keluarganya tidak pernah mencapai erti kata bahagia sejak awal perkahwinan lagi. Banyak masalah yang dihadapi rumah tangga mereka. Bagaimana dengan pengakhiran cerita rumah tangga Harris dan Bella? Bahagia atau derita? Mampukah Bella menerima apa yang berlaku pada dirinya? ✨✨✨ #21 in romance - 01 June 2017 #16 in romance - 03 June 2017 #15 in romance - 18 June 2017 #12 in romance - 12 June 2017 ©️Published : 2017 ©️Editing updated : 25/2/22 🚫AMARAN ⚠️Kalau boleh jangan baca sebab saya rasa cerita ni klise, tatabahasa terabur, jalan cerita biasa- biasa. Banyak mengarut. Masa menulis dulu masih tak ada ilmu penulisan lagi. Menulis untuk have fun sahaja :)
Psiko [SUDAH TERBIT] by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 201,558
  • WpVote
    Votes 5,218
  • WpPart
    Parts 14
Aku agak terkejut apabila ais krim sundae kegemaranku turut dihidang di atas meja. Sekali lagi Asyraf peka dengan apa yang aku suka. "Kalau suatu hari nanti kau jumpa orang yang kau suka.Aku nak kau jangan lupakan satu perkara." Asyraf bersuara kembali. "Apa dia?" "Jauh mana pun kau pergi, kau masih 'rama-rama' aku Mar. Dan aku akan pastikan hanya aku yang boleh patahkan sayap kau.Ingat tu." Asyraf melentokkan kepalanya di atas tapak tangan. Wajahnya yang sedikit senget dihiasi senyuman manis ketika mengutarakan ayat itu.Nada Asyraf mempunyai obsesi yang mendalam. ... Tiada apa yang luar biasa dalam hidup Mar kecuali dia dan ibunya menetap di kediaman rumah agam datuk Adam apabila ibunya bekerja di rumah itu sebagai pembantu rumah tetap sejak Mar kecil lagi.Kebetulan pula, datuk Adam dan datin Auni mempunyai seorang anak lelaki bernama Asyraf.Mereka membesar bersama di dalam rumah itu membuatkan Mar tidak ketinggalan untuk mengetahui bahawa Asyraf merupakan seorang penghidap Psychopath. Namun, keadaan menjadi pelik apabila Asyraf mencecah umur 21 tahun.Perangainya kelihatan licik dan segala tingkahnya mempunyai maksud tersirat sehinggalah terungkai apabila Mar mengetahui bahawa Asyraf cuba membunuh ayahnya sendiri iaitu datuk Adam. ... "Dan bila aku sedar je, perasaan ni membesar dan aku menjadi tamak.Aku tamak sebab aku nak sentuh kau.Aku tamak sebab aku nak diri kau.Jadi Mar beritahu aku..." Asyraf mendekatkan wajah kami dan memandang tepat kedalam anak mataku. "Perasaan apa yang aku rasakan sekarang?" Soalnya serius membuatkan jantungku tidak berhenti berdegup kencang.Aku membalas renungannya dengan lidah terkelu.