📎
2 stories
HAZRAEL | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 1,350,570
  • WpVote
    Votes 63,666
  • WpPart
    Parts 30
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murungnya yang semakin serius. Tapi apabila berlaku pembunuhan yang berkait rapat dengan hidupnya, dia tak mampu duduk diam! Naina tetap menjalankan tugas walaupun sudah dilarang oleh ketuanya. Neil Hazrael, lelaki misteri yang entah dari mana muncul, menyelamatkan hidup Naina dari 'menyentuh' kematian. Akibatnya, dia pula yang hampir mati. Naina terpaksa bertanggungjawab atas kecederaan parah lelaki itu. Menyampah? Ya, sangat! Namun dalam tak sedar, Hazrael sebenarnya menyuluh cahaya yang dah lama Naina inginkan. "Kau kenapa? Dah puas hidup? Dah banyak amalan sampai nak ambil nyawa sendiri?" -Neil Hazrael. Namun, apabila kes semakin serius dengan campur tangan penggodam genius, hidup Naina kian teruk. Apatah lagi penggodam genius, musuh utama pihak polis seringkali mengetahui tingkah laku sehariannya. Stalker! Apa yang dia mahu? Pertumpahan darah? Soalan penting, siapa gerangannya? Dan dalam mencari jawapan itu, Neil Hazrael seringkali berada di sisi Naina, memberi semangat dan membantu untuk menyelesaikan kes. Sehinggalah suatu hari, kepercayaan Naina terhadap Hazrael semakin luntur. Ada yang tidak kena dengan lelaki itu! "Bunuh aku, kau bunuh diri kau sendiri," -Naina Hijannah. Disitu, muncul lagi satu persoalan. Dapatkah Naina menyelesaikan kes rumitnya itu? Bagaimana pula dengan Hazrael? Siapa dia? Seorang hero atau pengkhianat? Suspek yang lain juga terlalu ramai, bagaimana? *** Cover by: @hdaynie❤️
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,812,336
  • WpVote
    Votes 283,056
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023