hyzz
127 stories
Until Our Paths Cross by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 11,289
  • WpVote
    Votes 2,021
  • WpPart
    Parts 15
[4th romance - stand alone] Hun Farrel | Enara Emeliya Also known as Mr. Fiance Enara Emeliya sentiasa percaya bahawa air mata bukan untuk lelaki yang memilih pergi. Prinsip itu dia pegang teguh hinggalah pada hari dia menerima kad jemputan perkahwinan daripada lelaki yang pernah dia cintai bersama wanita lain. Daripada mengalah, Enara memilih untuk hadir. Bukan sebagai bekas yang terluka, tetapi sebagai seseorang yang tidak akan pernah membiarkan dirinya kelihatan kalah. Namun, dia tidak akan datang sendirian. Hun Farrel, pewaris tunggal kepada Le Monarque dan musuh utama kepada lelaki yang telah menghancurkan hatinya, menjadi pilihan paling berisiko yang pernah Enara buat. Satu perjanjian dimeterai. Sebuah lakonan dimulakan. Apa yang bermula sebagai rancangan untuk meruntuhkan ego seseorang, perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang jauh lebih sukar dikawal. Di sebalik sikap terbuka dan kata-kata manis, Hun Farrel menyimpan sisi yang tidak pernah Enara jangka dan tanpa sedar lelaki itu mula melangkah lebih dekat daripada sekadar peranan yang dipersetujui. Dan Enara? Dia mula tersesat dalam perasaan sendiri. Antara yang nyata dan yang sekadar lakonan, antara dendam dan sesuatu yang lebih lembut, lebih berbahaya. Kerana mungkin selama ini bukan sahaja Enara yang tidak memahami Hun tetapi juga hatinya sendiri.
Farhat's  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 415,599
  • WpVote
    Votes 19,044
  • WpPart
    Parts 77
[Book 11] Short, not so short story. Kisah Uqael Farhat yang dibelenggu perasaan cinta tetapi status 'sepupu' membataskan segalanya. Dia terpaksa berundur demi melihat wanita yang dia cinta bersama lelaki lain kerana restu keluarga yang tidak berpihak kepadanya. Bagaimana cara dia dapat menghakis perasaan itu? Bagaimana dia dapat melupakan Fatima jika dari kecil mereka bersama? Tambah pula dengan kehadiran seorang gadis bernama Eleisha yang menjadi peneman di kala dia sunyi menanti Fatima. Patutkah dia terus mengikut kata hati atau membiarkan ego yang membuat pilihan? Benarkah perasaan yang ada buat Fatima adalah cinta, dan bukan obses? Dan benarkah perasaan buat Eleisha yang sehabis daya diabaikan itu bukan cinta? Di saat dia buntu dan keliru, dia menyakiti hati yang tulus berharap. Sehingga satu masa, hati itu mula mengalah dan mengundurkan diri. Dapatkah dia perbetulkan kesilapannya? Atau dia akan kehilangan kedua-duanya? [Sinopsis lengkap tersedia sebelum prolog]
Veil Of Obsession by srphnna
srphnna
  • WpView
    Reads 97,595
  • WpVote
    Votes 4,028
  • WpPart
    Parts 66
Spin-Off Devil's Desire Bermula dari sebuah kontrak yang dipaksa menjadi satu rumahtangga, tanpa cinta, tanpa pilihan hanya dua jiwa yang terikat dalam takdir yang tidak dirancang. Di antara dosa yang tidak mampu dipadam dan cinta yang tidak pernah dirancang mampukah mereka mempertahankan cinta yang lahir daripada sebuah kontrak sebelum segalanya musnah? "I was raised to rule, not to love. And in the end, you became the victim of a world that taught me how to be ruthless" - Zayyan Eryvian "I could stand against anyone and pretend to be strong in front of the world. But when it comes to you, my words fail me, and I become too weak to fight back." - Mawar Elara Apabila ujian mula menimpa mereka, adakah mereka mampu melawan badai itu bersama, atau akhirnya hanya seorang yang bertahan ? "Mummy nak Zay kahwin dengan Aeya after the six-month contract habis nanti, Aeya ni lebih sesuai dan setaraf dengan apa yang kita ada" - Maria Valuxca Suffering bound them together, becoming a poison too exhausted to even destroy them completely.
Somehow, This Became Love by estellavielle
estellavielle
  • WpView
    Reads 76,279
  • WpVote
    Votes 6,983
  • WpPart
    Parts 54
Tengku Iris Kamelia, seorang wanita bekerjaya yang hebat, namun menyimpan trauma yang sentiasa menghantui dirinya. Demi memenuhi kehendak keluarga, dia terpaksa berkahwin dengan Raja Haris Mikhael, seorang lelaki misteri yang sukar dibaca. Berbeza dengan jangkaannya, Raja Haris sentiasa menerima Tengku Iris dengan hati terbuka, perlahan-lahan meruntuhkan dinding yang dibina wanita itu. Dalam diam, rasa benci mula bertukar menjadi sayang, dan akhirnya cinta yang tidak disangka. Namun, mampukah Tengku Iris melawan trauma silamnya untuk menerima cinta itu? Dan adakah perkahwinan yang bermula dengan paksaan mampu berakhir dengan kebahagiaan?
M E L M A W A R [COMPLETED] by itsnazshabs
itsnazshabs
  • WpView
    Reads 155,946
  • WpVote
    Votes 8,995
  • WpPart
    Parts 54
Garapan ke-4 Spin-off of PALOMA COMPLETED💚
BABYGIRL MR HAYYAN QALISH | C by cweetiee
cweetiee
  • WpView
    Reads 4,977,347
  • WpVote
    Votes 311,546
  • WpPart
    Parts 73
First romance story by cweetiee 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐇𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐅𝐈𝐓 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia bakal berkhawin dengan seorang jejaka yang mempunyai semuanya, seperti drama melayu yang dia berkhawin dengan ceo terkenal. HAYYAN QHALISH sepotong nama yang mampu membuatkan gadis-gadis mengeletis mendengar nama itu, berkhawin atas pilihan keluarga ? Itu adalah perkara yang gila bagi nya. Namun siapalah dia ingin menegah pilihan ibu nya. Namun tanpa Qaseh sedar yang dia berada di dalam zon bahaya kerana dia tidak tahu yang suami nya mempunyai penyakit DID. "Miss me babgirl?" "You look so sexy." "Crazy girl !" Namun saban hari dia dengan suami paksa rela nya semakin merasakan bibit cinta tapi Qaseh sangka kan cerah sampai kepetang rupanya hujan di tengahari, hubungan mereka telah diganggu oleh orang ketiga di pertengahan jalan. Bermadu ? Itu mimpi ngeri yang Qaseh pernah alami. "Im not a perfect husband but i can treat you like a queen on your own kingdom." Warning ⚠️ stry ini merupakan stry first saya, dan semua yang bertaip disini tiada berkenaan dengan yg hidup dan telah pun mati. Don't expect too much dengan stry ni. A lot love from 𝓬𝔀𝓮𝓮𝓽𝓲𝓮𝓮
Katakan Cinta [OG] by lunaralily
lunaralily
  • WpView
    Reads 4,812
  • WpVote
    Votes 415
  • WpPart
    Parts 29
1st light romance Kasyah Rauf | Nayla Arisha Bagaimana aku bisa mengungkapkan kata cinta, sedangkan aku tidak mencintai diriku dahulu? Sedangkan diriku lebih memerlukan cinta itu daripada aku perlu mencintai dirimu...
Wicked Game | [OG] by Missliluna
Missliluna
  • WpView
    Reads 13,141
  • WpVote
    Votes 1,659
  • WpPart
    Parts 21
[ AFTERBURN SERIES II ] Eiser Sene X Zendaya Chantelle. Eiser Sene dan Zendaya Chantelle, dua CEO muda yang pernah bercinta di New York, kini hidup dalam kemewahan dan kejayaan, namun di sebalik pencapaian itu, hubungan mereka sedang menuju kehancuran. Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, perniagaan masing-masing menjadi penghalang terbesar. Waktu bersama semakin berkurang, dan rasa cinta semakin pudar. Ketika syarikat Eiser hampir muflis, Zendaya yang telah membina empayar perniagaannya sendiri merasa malu, bukan hanya kerana kegagalan suaminya, tetapi juga kerana dia seorang wanita yang berjaya. Dalam kemarahan dan kecewa, Zendaya menuntut cerai. Eiser yang kecewa setuju dengan permintaan Zendaya, namun mereka berdua bersetuju untuk menjalani satu tempoh sebulan penuh untuk 'membenci' satu sama lain sebagai langkah terakhir dalam hubungan mereka. "Bring over your lawyer and I'll bring mine." - ZENDAYA CHANTELLE Maka, bermulalah permainan emosi antara mereka yang semakin menjauhkan diri, meskipun tinggal di rumah yang sama. Namun, dalam tempoh yang penuh amarah itu, takdir memerangkap mereka. Seorang bayi kecil tanpa penjaga ditinggalkan di depan pintu rumah mereka. Tanpa pilihan lain, Eiser dan Zendaya terpaksa menjaga bayi tersebut, yang mula memberi mereka peluang untuk melihat sisi-sisi lain diri mereka. Keadaan yang penuh ketegangan berubah apabila bayi itu secara perlahan meruntuhkan tembok kebencian di antara mereka, memberi mereka ruang untuk berkomunikasi dan merawat satu sama lain. Dalam dunia yang penuh dengan manipulasi, ego, dan rahsia gelap, adakah cinta mereka mampu bertahan, atau akan hancur bersama impian dan harapan yang pernah mereka bina?
SERENADE: Between Ink & Us by vvmpyrez
vvmpyrez
  • WpView
    Reads 12,010
  • WpVote
    Votes 626
  • WpPart
    Parts 30
Syed Harris Aathif & Engku Aurelia Zhafrah. Obsesi. Itulah ungkapan yang sesuai digunakan terhadap Syed Harris Aathif. Kehadiran wanita itu yang sememangnya berasal dari dunia hitam putih telah mencemarkan dunia yang berabstrak dan berwarna milik Harris. Hama yang sepatutnya dibuang, malah diagungkan seperti mahakarya terhebat. Perasaan ingin tahu yang menjadi cengkaman hebat membuatkan lelaki itu hanyut, hanyut dalam lubang cinta yang mendalam terhadap wanita itu. Tetapi, adakah perasaannya terhadap wanita itu layak dipanggil cinta? Nihil. Kosong. Hampa. Itulah yang dirasakan oleh Engku Aurelia Zhafrah. Manusia yang sepatutnya dianggap manusia, dilayan seperti boneka yang mengikut kehendak tuannya. Keluarganya. Hidupnya seperti cangkerang kosong, tidak diberi peluang untuk mengenali dirinya sendiri, terbang masuk ke dalam dunia yang berabstrak milik lelaki itu. Dia bencikan kontra yang merosakkan dunia hitam putihnya itu namun dia dahagakannya. Dia dahagakan kehangatan yang wujud dalam dunia warna warni itu. Tetapi layakkah dia menerima cinta dan kehangatan itu? Start : 050525 End : -