NAY1 (RECOMMENDED)
11 historias
SEMESTER DUA ( C ) por hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    LECTURAS 6,273
  • WpVote
    Votos 182
  • WpPart
    Partes 24
[Cerita lama ni. Penulisan pun masih mentah.] 'Kata orang, berhati-hati dalam membeli barang. Kelak, buruk padahnya.' Sejak Inayah Nilliyyah melangkah masuk ke semester 2, banyak tragedi aneh yang berlaku terhadap dia. Kerap kali dia bermimpikan lembaga yang tidak tahu dari mana asal usulnya. Seringkali juga, dia menjejak masuk ke dunia ghaib dan bertembung dengan jasad tidak bernyawa. "Kawan kau akan jadi mangsa aku!" Ungkapan tersebut acap kali menyapa telinga. Inayah sampai merasakan dirinya layak digelar sebagai seorang pesakit mental. Bila bila masa saja dia boleh masuk ke wad gila. "Maafkan aku, kawan - kawan." Hasbunallah Wanikmal Wakil. Cukuplah bagi kami Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baik pelindung.
Diari Untuk Suamiku (COMPLETE) por umiKalsom_writer
umiKalsom_writer
  • WpView
    LECTURAS 117
  • WpVote
    Votos 4
  • WpPart
    Partes 1
"Cik... tinggal sajalah beg tu. Kami ni bukannya perompak nak rompak beg kawan cik tu," - Rizman Satu rentapan kasar yang dilakukan oleh Hawani, merentap sekeping hati milik Rizman. Sepasang mata yang menjeling tajam itu, berjaya menggoyahkan hatinya. Rizman tahu, hatinya sudah jatuh suka. Tapi... insan yang disukai itu, langsung tidak pernah memberi peluang kepada dirinya, malah terlalu serius dan jual mahal pula! Lebih teruk, dirinya dibenci oleh Hawani.
6.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL 2 [COMPLETED] por Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    LECTURAS 363,527
  • WpVote
    Votos 27,563
  • WpPart
    Partes 33
Start : 10/5/25 End : 26/11/25
KHALI (COMPLETED) BAKAL TERBIT por hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    LECTURAS 424,223
  • WpVote
    Votos 25,615
  • WpPart
    Partes 51
BACAAN MATANG ! GENRE : FANTASI - DARK ROMANCE PENULIS : HYZWAYNE BAHASA : CAMPURAN HINDI DAN MALAY START : 1/5/2025 - 12/8/2025 [ MANUSKRIP SEDANG DIPERBAIKI ] ------------------------------------------------- Sejak kecil, dia milik aku. Sama ada dia rela atau tidak, aku tak peduli." Pada usia tujuh tahun, Heera bertemu Khali Hardev. Makhluk bersayap kelam yang meninggalkan janji dalam bayang hidupnya. Kini, di usia 19 tahun, Khali kembali dengan membawa satu janji yang dia luahkan dahulu. Heera Khali. Orangnya cantik. Mempunyai sepasang anak mata istimewa sehingga menarik aura negatif padanya. Dan tanpa sedar, dia mempunyai kuasa magis yang tidak digilap! Pada malam sambutan hari lahir yang ke 19 tahun, majlis tiba-tiba berubah menjadi ganas apabila mereka didatangi seorang manusia yang tidak dikenali mereka. Ketika itu, Heera tidak merasa syak wasangka. Akan tetapi, pada akhirnya Heera berdepan dengan kebenaran. Khali Hardev kembali setelah lama mengintai dari kegelapan dan bersumpah untuk memilikinya. Dia boleh lari. Dia boleh menjerit. Tapi Khali tidak akan pernah melepaskannya. "Aku tak peduli berapa kali kau cuba lari, Heera. Kau diciptakan hanya untuk aku." - Khali Hardev "Aku tak nak kau... aku tak nak dunia kau!" - Heera Khali Dapatkah Heera melepaskan diri dari cengkaman syaitan Khali Hardev? Dan mampukah Khali hidup bersama dengan seorang manusia? "Happy birthday, my little devil."
Isteri Halal Sementara  por misssaira
misssaira
  • WpView
    LECTURAS 395,022
  • WpVote
    Votos 5,008
  • WpPart
    Partes 22
Kisah Embun yang hanya memiliki seorang adik perempuan bernama Senjawati. Juga kisah seorang lelaki bernama Eibram yang menyukai gadis ayu bernama Senjawati. Pun, kisah dua insan yang ditakdirkan menyatu dalam sebuah ikrar perkahwinan demi perjuangan insan tersayang, iaitu Senjawati. Garis takdir mereka bertemu dalam perjuangan yang sama. [ PER BAB HANYA MENGANDUNGI 200-1000 PP SAHAJA ]
Tuan Balthazar por dynnazain
dynnazain
  • WpView
    LECTURAS 7,557
  • WpVote
    Votos 834
  • WpPart
    Partes 16
Antara aku dan Balthazar berakhir dengan satu perkahwinan yang kami sama-sama impikan sejak kami bergelar pelajar. Tapi selepas beberapa ketika, Balthazar berubah menjadi seseorang yang... 180 darjah dari dirinya yang dulu. Menyedarkan itu, aku sudah terlambat untuk berundur diri dari perkahwinan kami. Aku... terlambat. Balthazar bukan lagi lelaki yang sama.
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] por Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    LECTURAS 986,053
  • WpVote
    Votos 45,176
  • WpPart
    Partes 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
Bukan Untuk Dimiliki por appleflakes
appleflakes
  • WpView
    LECTURAS 4,563,082
  • WpVote
    Votos 257,479
  • WpPart
    Partes 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 por lvndrella
lvndrella
  • WpView
    LECTURAS 2,202,228
  • WpVote
    Votos 88,491
  • WpPart
    Partes 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.