😍😍😍
Истории 100
THE RULES: BRAYAN [Complete] на CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Прочтений 5,175,977
  • WpVote
    Голосов 356,960
  • WpPart
    Частей 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
Baby's Breath : Bahagia Untuk Diya | [C] на aechooosis
aechooosis
  • WpView
    Прочтений 194,983
  • WpVote
    Голосов 5,086
  • WpPart
    Частей 75
Qiu Rayyan seorang lelaki berketurunan Chinese berasal dari Singapura. Seorang ahli perniagaan terkenal merangkap personal assistant kepada sahabatnya, Aaric Vogt. Di usia 24 tahun, Rayyan masih sendiri dan belum pernah bercinta sejak melanjutkan pengajian di Berlin, Jerman. Hatinya kosong, namun jauh di sudut hati, dia masih menanti seseorang yang mampu mengetuk pintu hatinya yang lama tertutup. Aileen Diya wanita yang pernah berkahwin pada usia 19 tahun, namun rumah tangganya hanya bertahan selama dua tahun. Di usia 21 tahun, dia diceraikan oleh bekas suaminya, Akmal. Lelaki yang menjadikannya sekadar boneka pemuas nafsu, sambil curang di belakangnya dan melanggan perempuan di kelab malam. Lebih menyakitkan, selepas diceraikan, Diya dibuang keluarganya sendiri. Namun, Tuhan itu adil. Takdir mempertemukannya dengan Qiu Rayyan, lelaki yang tanpa sedar telah mengubah seluruh hidupnya. "Saya pernah berkahwin dan diceraikan." - AILEEN DIYA "Orang yang pernah berkahwin dan diceraikan tak boleh kahwin semula ke, sayang?" - QIU RAYYAN Dan kerana lelaki itu, seluruh hidupnya mula berubah.
+ еще 9
Saat Hati Memilih | [C]  на aechooosis
aechooosis
  • WpView
    Прочтений 344,688
  • WpVote
    Голосов 13,274
  • WpPart
    Частей 86
[1st karya aechooosis] [3rd series] Aaysha Haura hanyalah seorang gadis yang hidup dalam bayang-bayang masa lalunya sendiri. Setiap hari, dia menyulam luka yang tidak pernah kering, cuba bernafas dalam sesak trauma yang tiada penghujung. Baginya, dunia hanyalah sebuah tempat yang sepi dan dia hanya mahu terus bersembunyi. Namun, takdir memaksa dia melangkah keluar dari kesunyian apabila Aaric muncul dalam hidupnya membawa rasa selamat yang dia dambakan selama ini. "Kenapa awak begitu sabar?" - AAYSHA HAURA Aaric lelaki yang tidak memaksa. Dia tidak menjawab dengan janji. Tapi dia menjawab dengan prinsip. "Sebab perempuan yang dipaksa memilih, mungkin ikut. Tapi perempuan yang memilih sendiri, dia akan jaga pilihannya." - AARIC CARL VOGT Perkahwinan mereka bukan lahir daripada paksaan, tetapi daripada kepercayaan yang dipilih dengan sedar. Namun, tidak semua orang mampu melihat bahagia orang lain tanpa mahu merosakkannya. "Kau nak apa sebenarnya?" - AARIC CARL VOGT "Saya tak nak apa-apa pun. Saya cuma tak sanggup tengok lelaki yang percaya sepenuh hati dipijak tanpa sedar." - CAMELIA DALIYA Fitnah tidak datang dengan jeritan. Ia datang dengan ayat yang kelihatan ikhlas, dengan senyuman yang kononnya mahu melindungi. Dan ketika cerita buruk mula berbisik di sekeliling mereka, Aaric hanya meminta satu perkara... "Kalau suatu hari Aaysha dengar cerita buruk tentang abang, Aaysha pilih untuk percayakan abang boleh?" - AARIC CARL VOGT Namun, kebenaran tidak pernah datang tanpa harga. "Apa yang you nampak hari ni, bukan untuk runtuhkan rumah you. I cuma ketuk dinding. Biar you sendiri dengar bunyinya." - MARISSA Setiap pendedahan menguji luka lama. Setiap keraguan menguji cinta yang dibina. Dan pada akhirnya, mereka sedar, cinta bukan tentang menutup mata, tetapi tentang memilih untuk percaya walaupun mata melihat terlalu banyak. "Dulu hidup kita penuh dengan 'kalau'. Tapi sekarang kita hidup dengan satu je, 'sebab'. Sebab kita percaya." - AARIC CARL VOGT
Love You Grab Girl! на SyuhadaRozali
SyuhadaRozali
  • WpView
    Прочтений 489,277
  • WpVote
    Голосов 10,003
  • WpPart
    Частей 55
Setiap sangka pertemuan yang tak dijangka antara Leeya Farahin dengan Naufal Zariff akhirnya ditakdirkan bersama. Hanya kerana sebuah 'kemalangan kecil', mereka saling jatuh cinta. Namun, begitu ada sesuatu yang menghalang gadis itu daripada berkahwin dengannya. Segala dendam kesumat Leeya Farahin membuatkan dia menjadi seorang gadis yang baran. Dapatkah Naufal bersatu dengan ikatan sah bersama Leeya? Atau ikatan cinta mereka akan terhalang?
BAYANG RAHSIA [C] на ReyaTiffany
ReyaTiffany
  • WpView
    Прочтений 33,887
  • WpVote
    Голосов 1,422
  • WpPart
    Частей 55
" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas dimana dia hampir menemui ajal. Hanya dalam satu hari, Edrea hilang segalanya. Muhammad Caled Qyser, seorang lelaki yang berbudi bahasa, namun terselit kedinginan di dalam dirinya. Dia langsung tidak mengenali erti cinta. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis polos yang secara tidak sengaja masuk ke dalam hidupnya. Atas rasa bertanggungjawab, mahligai mula terbina diantara mereka. " Cinta boleh dipupuk. Sedangkan cinta selepas kahwin lebih indah berbanding sebaliknya. 'Cinta monyet' itu hanya sekadar hasutan syaitan untuk menyesatkan manusia ke arah kemaksiatan." -Muhammad Caled Qyser- Cinta mulai berputik diantara mereka. Semakin lama, mereka menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri yang lain. Kejujuran dan kepercayaan tersangatlah penting dalam sesuatu hubungan. Dan apabila kepercayaan itu roboh saat rahsia yang disimpan kian terbongkar, ianya mampu meretakkan hubungan mereka. " I don't believe this!" Mampukah hubungan yang hampir retak ini dibaiki? Dan mampukah mereka mengecapi kebahagian yang pernah mereka rasai? Atau ianya harus dikorbankan demi satu kebenaran? ⚠️ - hanya rekaan semata-mata - abaikan segala typo STARTED : 03 AUGUST 24 FINISHED : 03 NOVEMBER 24
KAU DAN AKU (complete ✅) на officialnnmr
officialnnmr
  • WpView
    Прочтений 28,683
  • WpVote
    Голосов 1,220
  • WpPart
    Частей 37
⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Adra Khaisara, seorang tomboy yang membesar dalam suasana kampung. Bersahabat baik dengan seorang lelaki yang agak lembut perwatakannya, Farish Faramy. Persahabatan yang terjalin sedari kecil terputus di tengah jalan apabila Adra Khaisara mengikuti ibu bapanya berpindah ke bandar. Tiada khabar berita yang kedengaran antara mereka berdua. 7 tahun berlalu, takdir Allah menemukan kembali Adra Khaisara dan Farish Faramy dalam satu pertemuan yang tidak diduga. Mereka kembali menjalin persahabatan yang terputus sebelum ini. Semuanya berubah apabila tunang Adra Khaisara melarikan diri di hari pernikahan mereka menyebabkan Farish Faramy terpaksa menjadi pengantin bidan terjun demi menyelamatkan maruah keluarga Adra Khaisara. Adra Khaisara terdesak, hanya Farish Faramy harapannya. Farish Faramy pula tidak kisah, dia rela menggantikan tempat tunang Adra Khaisara, kerana dia sudah lama mencintai gadis itu sedari dulu. Walaupun dia yang meminta Farish Faramy menjadi pengantinnya, bolehkah Adra Khaisara menerima Farish Faramy yang sudah dianggap seperti saudara sendiri sebagai suami?
The Forced Fame [COMPLETE] на lemonellow
lemonellow
  • WpView
    Прочтений 482,713
  • WpVote
    Голосов 13,736
  • WpPart
    Частей 68
Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me." - Mikayla "Then, enlighten me the real you." Tengku Zarif "Sometimes we create our own heartbreaks through expectation. We believe we know someone, but in reality, we only know the version of them they want us to see." - Tengku Zuhail
DANIEL MELLISA: THE HIDDEN EUPHORIA [COMPLETE] на daisybalqis
daisybalqis
  • WpView
    Прочтений 225,839
  • WpVote
    Голосов 10,090
  • WpPart
    Частей 51
❗❗PLEASE READ ZAQWAN HAIRA FIRST TO AVOID CONFUSION ABOUT THE CHARACTER Dua orang insan yang berbeza. Mempunyai kisah silam yang berbeza. Dan hanya satu sahaja yang sama. Masing-masing masih tercari-cari kebahagiaan sendiri. Adakah kebahagiaan yang bakal ada itu akan kekal ataupun datang hanya untuk meninggalkan luka? Daniel, seorang lelaki yang berperwatakan ceria dan happy-go-lucky. Dia selalu bergurau dan sangat berhati lembut. Disebabkan kisah silam yang menimpa dan mendera jiwanya itu, hampir keseluruhan kehidupannya berubah. Dingin, sombong dan bongkak merupakan perwatakannya yang baharu. Mellisa, seorang gadis yang pendiam dan takut untuk bersuara. Disebabkan dia berjaya lari daripada kancah kehidupannya yang gelap, dia semakin selesa untuk mengharungi kehidupannya tanpa rasa takut lagi seperti dahulu. Ceria, happy-go-lucky, peramah dan otak yang ting-tong merupakan perwatakannya yang baharu. Daniel Qalish - Jangan buat baik dengan aku. Kau orang luar. Tak payah sibuk hal aku. Berhambus. Mellisa Qaisara- Sombong lah si murai ni. Saya tolak masuk gaung baru awak tahu. Nak lolipop? Adakah kebahagiaan yang dicari akan muncul ataupun tiada lagi kebahagiaan yang akan membahagiakan? Adakah mereka akan terus bersama?
+ еще 7
BIARKAN HATI MENCINTAI на saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Прочтений 303,824
  • WpVote
    Голосов 10,607
  • WpPart
    Частей 55
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?