PuteriSyajarotun
Dia datang bukan untuk mencintai, tetapi untuk membalas dendam. Tapi takdir punya rencana lain.
Aleesya Nazira, seorang pelajar undang-undang yang hidupnya teratur, terperangkap dalam dunia kejam selepas menjadi saksi kepada satu pembunuhan. Dia diselamatkan oleh seorang lelaki misteri-Tengku Zafril Shah, pewaris empayar gelap yang penuh rahsia dan dendam yang belum terbalas.
Bagi Zafril, Aleesya adalah kunci kepada masa silam yang menghantuinya. Tapi dalam permainan penuh tipu daya, dia tidak menyangka hatinya sendiri akan menjadi taruhan. Aleesya pula keliru-antara rasa benci terhadap dunia yang menjebaknya, dan rasa tertarik kepada lelaki yang sepatutnya menjadi musuh.
"Saya masih cuba bezakan... yang mana satu awak sebenarnya. Lelaki yang melindungi saya, atau lelaki yang gunakan saya untuk membalas dendam."-ALEESYA NAZIRA
"Dendam buat aku bertahan. Tapi kau buat aku lupa kenapa aku mula berdendam."-TENGKU ZAFRIL SHAH
Antara cinta yang tidak diundang dan dendam yang belum terpadam, siapa yang akan tewas terlebih dahulu?
Start : 12.April.2025
End :