Fantasi
91 stories
THE VOLKOV'S LITTLE ROSE by eidalyra
eidalyra
  • WpView
    Reads 26,099
  • WpVote
    Votes 571
  • WpPart
    Parts 60
Bagi Medina Rose, hidupnya hanyalah sebuah naskhah duka yang ditulis oleh tangan ibu kandungnya sendiri, Puan Salmah. Di rumah usang itu, dia bukan seorang anak, melainkan hamba yang dikerah keringat demi melunaskan ketamakan abang sulungnya, Mikail Rayyan. Namun, takdir mempunyai cara yang paling dingin untuk menguji sekeping hati yang rapuh. Kepulangan Harraz Anaqi Volkov dari Russia bukan sekadar untuk mengambil alih takhta Volkov Holdings. Dia pulang dengan karisma yang membeku dan autoriti yang tidak boleh disanggah. Harraz bukan lelaki yang banyak bicara, namun setiap langkahnya adalah perintah, dan setiap pandangannya adalah amaran. Apabila Mikail terjerat dalam lembah hutang lapan angka yang mustahil dilunaskan, Medina dijadikan galang ganti. Dia dilempar ke dalam dunia Harraz sebuah "sangkar emas" yang penuh dengan protokol, kemewahan yang menyesakkan, dan rahsia yang tidak terjangkau dek akal. Di sebalik kedinginan mansion Volkov, Medina menemui secebis sinar daripada kasih Mummy Ellya. Namun, kehadiran Isabella Zulaikha yang penuh muslihat serta bayang-bayang masa lalu mula meretakkan keamanan yang baru sahaja ingin dirasai. Dalam dunia yang penuh dengan percaturan kuasa, Medina terperangkap antara dua persimpangan. Harraz Anaqi tidak pernah meminta cintanya, namun lelaki itu juga tidak pernah mengizinkan dia untuk pergi. Adakah mawar yang tumbuh di celah debu ini akan terus layu dalam tawanan, atau dia bakal mekar di tangan lelaki yang kononnya tidak punya jiwa? first book maaf kalau ada kekurangan dan ada masalah apa ii boleh tegur 😇
Infinite Fighters Middle Wildland 2 : Legacy of the Heroes by SirAzwan82
SirAzwan82
  • WpView
    Reads 942
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 72
--- Pengenalan Saga Kedua: "Infinite Fighters 2- Legacy of the Heroes" Selepas peperangan dahsyat yang hampir memusnahkan Bumi Seona dalam Saga Pertama: Darkness Claw,cengkaman kegelapan, keamanan yang dinanti-nantikan akhirnya tercapai - namun hanya seketika. Zoelda, pahlawan legendary yang menentang kegelapan bersama adik dan rakan-rakannya, telah menghilang tanpa jejak selepas menewaskan Panglima Syavadark Viszavius. Dunia mula membina semula harapan, tetapi bayang-bayang baru mula menyelubungi langit seluruh galaksi. Di balik bintang-bintang yang hancur, puing-puing pasukan lama yang pernah dikalahkan mula bangkit dengan wajah dan nama baru - The Descendants of Oblivarion, satu legasi rahsia yang menyimpan dendam selama berkurun terhadap Infinite Fighters. Di tengah kekacauan baru ini, muncul dua orang pejuang misteri - Shinin dan Irfanos, yang memiliki kuasa hampir setanding dengan Zoelda dan yang lain, tetapi niatnya tidak jelas. Saga kedua ini mengungkap rahsia lama, pertalian darah yang terlupa, dan pilihan antara pengorbanan atau pengkhianatan. Pertarungan sebenar bersambung lagi. Mereka bukan lagi hanya pejuang - mereka kini pewaris takdir yang lebih gelap.
Infinite Fighters Middle Wildland 1: Claw Of Darkness-Cengkaman Kegelapan by SirAzwan82
SirAzwan82
  • WpView
    Reads 1,244
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 79
Sinopsis: Dunia ini hampir musnah. Manusia bukan lagi penguasa-mereka hanya sisa kepada kejatuhan tamadun yang ditelan oleh makhluk kegelapan dari dimensi asing. Gabungan sihir hitam dan teknologi purba telah membentuk empayar kejam yang diperintah oleh vampire jeneral, manusia serigala, dan makhluk asing misteri dari langit dimensi yang telah dimusnahkan. Di tengah kehancuran ini, muncul seorang pejuang berdarah misteri-Zoelda, lelaki muda yang menyimpan warisan kuasa yang tak diketahui asalnya. Bersamanya, berdiri pasukan kecil namun berbahaya: • Zaenda -iaitu adik lelakinya,pemuda yang memiliki kuasa naga dari dalam darahnya. • Zedwan - Murid biksu kegelapan yang memburu keadilan dengan kuasa supernatural. • Lysa - Vampire tahap S hasil ujikaji eksperimen saintis kegelapan. • Liu Kei - Pendekar kungfu wushu urban yang melangkah di antara cahaya dan bayang. • Blizzard - Cyborg terminator bekas pemburu kegelapan yang kini mencari sisa jiwanya. • Troy Hideyama - Ninja kegelapan yang satu perguruan dengan Zedwan. • Arven - Anak campuran legenda pahlawan penguasa api dan berdarah phoenix. Mereka bukan hanya mahu hidup. Mereka mahu membongkar rahsia kegelapan, membuka jalan sebenar, dan menamatkan legasi penakluk kegelapan yang telah mencengkam dunia. Tetapi dalam dunia yang telah lama ditakluk kejahatan... Siapakah sebenarnya musuh sebenar? Dan mampukah secercah cahaya menewaskan kuasa kegelapan yang sudah lama berakar... sebelum zaman para dewa?
Embers Of The Crown  by Risaa1265
Risaa1265
  • WpView
    Reads 924
  • WpVote
    Votes 154
  • WpPart
    Parts 65
Amelia Ravenshade kembali ke istana Eldravaeth setelah bertahun-tahun berlalu, membawa bersama rahsia yang belum pernah didedahkan. Kebakaran tragis dua belas tahun lalu telah meninggalkan parut dalam sejarah keluarga diraja dan di tengah kabut rahsia itu, berdiri sosok kakak angkatnya, Arabella Duskvale, yang dipenuhi dengan dendam dan terperangkap dalam sihir hitam yang mematikan. Sementara itu, negara Ignarion mengintai di sebalik bayang-bayang, berusaha menguasai Eldravaeth melalui perkahwinan politik antara Amelia dan pewaris mereka, Wiliam. Dalam situasi genting itu, Amelia menolak untuk menjadi alat dalam permainan kuasa dan memilih untuk memperjuangkan kebebasan serta kebenaran. Bersama Thomas Ashborne, pelindung setianya yang sentiasa berada di sisinya, serta sahabat karibnya, Tiara Ashborne dan adik kandungnya, Alex Ravenshade. Amelia menyelami sejarah tersembunyi di balik warisan keluarga, kekuatan sihir kuno, dan konflik yang menggugat kedamaian kerajaan. Melalui latihan, pertempuran, dan pengkhianatan, mereka belajar erti pengorbanan dan keberanian sejati. Sebuah lamaran penuh kejutan di taman istana membuka lembaran baru dalam hidup Amelia satu ikatan cinta yang menguatkan dia di tengah badai politik dan bahaya yang mengintai. Namun kebahagiaan itu tidak kekal lama, kerana ancaman gelap terus membayangi. Di balik tirai perkahwinan megah dan senyuman manis, tersimpan rahsia bahawa perang dan pertempuran masih belum berakhir. Satu kuasa misteri berikrar untuk meruntuhkan segalanya termasuk cinta dan warisan yang dipertaruhkan. Embers Of The Crown mengisahkan perjuangan seorang puteri yang terpaksa memilih antara takhta dan hati, di dunia di mana kepercayaan adalah senjata dan cinta adalah cahaya terakhir dalam kegelapan.
19. Royal Pain In The Ass by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 233,681
  • WpVote
    Votes 16,784
  • WpPart
    Parts 83
Rule. Ethics. Code. Semua ni adalah tiga perkara yang paling susah sangat dia nak ikut. Sejak dia kenal apa itu Abc, sejak dia tahu apa itu pintu keluar dan pintu masuk, sejak dia tahu apa itu peraturan, sejak tu dia telah berikrar! Yang dia takkan ikut apa mereka minta! Takkan ikut apa yang peraturan telah ditetapkan. Never! Tapi itu la, kalau dah hidupnya sejak azali lagi merupakan keturunan kerabat diraja, suka atau tidak dia perlu dengar perkataan yang sama, berulang kali...lagi, lagi dan lagi! Seorang puteri tak boleh buat begini Seorang puteri perlu lemah lembut Seorang puteri perlu bertutur kata sopan Kena buat macam tu jangan buat macam ni, Kena buat macam ni jangan buat macam tu Yadaa...yadaa...yadaa Hello! Ingat dia ni robot apa nak di program bagai! Kalau nak dapat anak dan princess yang perfect lagikan perfectionist pergi buat robot sana. Programkan robot tu. Gerenti puas hati punya! Ini tidak. Dari kecik sampai la ke besar, tak habis-habis dengan etika!etika!etika! Urgghh! Dasar royal pain in the ass! September 2020
27. The Huntress by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 143,869
  • WpVote
    Votes 12,560
  • WpPart
    Parts 68
Look! Dia tak mintak jadi seseorang half-blood okay! Memangnya dia yang mintak ke mak bapak dia yang separuh magika separuh manusia berkahwin sesama mereka dan buat anak kemudian lahirkan dia begini! Menjengkelkan betul! Kalau jadi half-blood ni bawa tuah tak apa jugak! Ini tidak! Most of the time jadi mangsa The Hunter yang kebulurkan darah dia untuk di buat wain jeruk mereka! Ingat dia ni apa?!Suka hati je nak minum darah dia bagai! Kan tak pasal-pasal dia kena belajar magis dan seni pertahankan diri. Dengan tu dia kena duduk dalam 'penjara batu' yang dipenuhi dengan anak-anak magika Pure-Blood yang berlagak nak mampus mintak disejat jadi wap dan perasan diri tu bagus macam Harry Potter kalahkan Voldermort! Hello! Even dia half-blood dia still power tau tak! Jangan pandang sebelah mata je! Tak percaya!Meh la baca sendiri...Macam mana The Huntress survive dalam Akademi Magika Dark Tower dari budak-budak yang kononnya 'Pure-Blood' tu dan The Hunter yang mahukan darah dia untuk kekal kuat! -The Huntress- Mula 23/11/2020 Done 30/11/2020
29. Hell School by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 207,153
  • WpVote
    Votes 20,476
  • WpPart
    Parts 55
Katanya sekolah itu taman ilmu. Tapi kenapa? Tak murid tak gurunya Semuanya haru? Ini bukan lagi sekolah itu taman ilmu, tapi ini adalah hell school. Bila pelajarnya yang berkuasa lebih dari gurunya maka berlakunya percanggahan pemyalahgunaan kuasa yang tiada sempadannya. Mereka la raja mereka la penguasa. Semua tunduk pada mereka. Semua takut kepada mereka. Semua patuh pada mereka. Tetapi, Ianya tidak berkekalan kerana ada yang datang singgah ke neraka mereka ini. Seseorang yang bertemankan Lucifer di dalam badannya. ************************************* Pisau di kelar ke muka tu sampai berdarah di buatnya. Jari itu naik menyentuh pipinya bila terasa ada yang mengalir turun dari situ. Bila dia lihat darah. "Serius?Ini je yang kau boleh buat?Kelar aku?"tanya dia sebelum tersengih. "Ka-kau tak-" "Yup...aku tak boleh rasa sakit..dan aku ada keistimewaan dimana, badan aku boleh pulih dengan sendiri tak kira apa kau buat pada aku...tahu kucing?9 nyawa? Itu la aku...dan sekarang giliran kau pulak.."ujarnya sebelum memberi sepakan padu ke tepi muka tu sehingga badan tu tercampak jatuh dari bumbung itu. Warning : Violent content. Under 13 not allowed. Who has weak heart do not read. 10/12/20-19/12/20 Disember 2020
47. Inlove With Vampire by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 93,331
  • WpVote
    Votes 8,285
  • WpPart
    Parts 90
Dua dunia berbeza. Vampire dan Manusia. Semua tahu manusia dan vampire tidak boleh bergaul kerana perbezaan alami mereka. Namun sesuatu terjadi. Dua dunia ini bertemu. Lalu terhasil la kejadian terlarang yang memecahkan dua kawasan ini menjadi daerah berbeza. Blue Zone, tempat tinggal manusia biasa. Red Zone, tempat tinggal vampire dan manusia biasa. Setelah sekian lama ke amanan dijaga, perjanjian di meterai, muncul musuh dalam selimut yang cuba melakukan sesuatu untuk memusnahkannya. Kali ni peperangan bukan di antara manusia sahaja tetapi peperangan antara vampire dengan vampire. Strigoi atau Moroi. Yang mana akan bertahan? ********************** "Boleh tak dalam sehari tu berhenti cuba nak bunuh saya?" tanya Lissa. "Boleh....asalkan kau tak tunjuk muka vampire kau depan muka aku!" balas Star. ********************** "Polisi dah berubah. Ayah kau dah tukar perancangan. Jadi samaada kau suka atau tidak akan kehadiran aku, kau kena terima. Jadi mudahkan urusan aku!Sebagai ganti aku mudahkan urusan kau!" kata Vlad. "Tapi kenapa baru sekarang?" tanya Lissa. ********************* "Kalau kau tahu kau ada urusan dengan sampah-sampah tu! Kau tak patut berada dekat dengan Lissa!" marah Star "Kau tak tahu apa yang kau cakapkan!Kau ingat aku nak ke libatkan dia dalam bahaya!?" bidas Vlad. Mac 2023
53. Dragon's Angel by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 93,276
  • WpVote
    Votes 7,298
  • WpPart
    Parts 101
Fantasy in fantasy. It's a dream but also a reality. It's an illusion but also were a dream. Then what is it the reality? Aerin Ofelia adalah seorang Protégé Dragon Tamer. Sejak menjadi Yatim piatu akibat peperangan, Aerin telah diambil sebagai anak didik oleh mentornya seawall 7 tahun. Sejak itu Aerin membesar dalam kalangan naga dan berakhir menjadi pendidik untuk naga-naga preteenager. Sampaikan ramai ibubapa naga pilih untuk menghantar anak-anak mereka belajar bersama dengan Aerin kerana Teknik mengajarnya yang terkenal. Ryu Fury adalah manusia jelmaan naga yang sangat hebat dan terkenal. Kehebatannya dalam peperangan membuatkan lelaki itu sering di pandang tinggi oleh penduduk sejagat termasuk raja sendiri. Little did people know, Aerin Ofelia adalah nemesis sejak azali lagi buat Ryu Fury. Manusia dan naga ini adalah pasangan yang bertentangan karakter. Ibarat seorang air dan seorang api. Setiap kali bertemu hanya berbalik pada pertengkaran dan bertegang leher. Aerin ingatkan dia tidak akan lagi dapat bertemu dengan menace dia si Ryu Fury itu lagi, rupa-rupanya lipatan kisah fantasi Aerin tidak berakhir seperti yang dia inginkan....nak tahu apakah yang terjadi selanjutnya> Mari baca kisah tentang si naga baran dengan penjinak naga ini dalam Dragon's Angel. ************************************ Karya fantasi ke-4 dari Penulis Typo yang ditulis sendiri oleh TintaHitamTanpaArah. Nak baca? Tekan 'read' kemudian 'Add reading list' dulu. Kemudian? Skrol la sampai habis!Takkan la itu pun kena taknya. Tapi cerita apa ni? Lah....kalau nak tahu, Baca dulu baru tahu Mula 1/8/2023 Tamat1/8/2024
Putera Terbuang/Exiled Royalty (COMPLETED) ✅ by Shura72
Shura72
  • WpView
    Reads 14,741
  • WpVote
    Votes 1,107
  • WpPart
    Parts 147
#COMPLETED - 5.5.2022 #🥇RANK 1 Enemiestolover on 27/6/21 #🥇 RANK 1 Gore on 31/3/22 Lelaki dlm lingkungan 20-an yg keluar dari keluarganya sendiri krn atas masalah peribadi. Tapi kini, dia ingin mendapat kepercayaan ayahnya utk masuk semula dalam keluarganya semula. Atas sebab akan ada tragedi mengerikan akn timpa pada keluarganya. Jadi, dia ingin melindungi keluarganya sprti 5 tahun yg lepas. Dlm misi dia utk mendapatkan kepercayaan ayahnya, die bertemu dgn seorang wanita polis yg tomboy. Wanita itu ingin membunuhnya kerana 1 salah fhm yg berlaku diantara mereka. Mizan, seorang mafia dri group Era Breaker. Boss pada group tersebut ialah ayahnya sendiri. Apabila mafia bertemu polis, apa yg korg expect akan jadi?Pasti akn jadi permusuhan. Di cerita ini, korang boleh tgok kisah cinta diantara mafia & polis berputik. Dari musuh ke kekasih. Lawak,sedih,tragedi,ngeri,gembira,sweet,khianat dan mcm2 lagi boleh dikatakan kisah cinta mereka. Kisah ini tiada kena mengena dgn yg hidup dan mati. Mungkin ada character yg relatable perangai dgn kawan author tapi xlebih dari tu. Cuma perangai. Sedikiti scene:- "Aku akan bunuh kau, Mizan!" ~ "Aku benci kau... Dekat dunia ni, tak ade ape yang aku lebih benci lebih daripada kau!" Ujar Heida dgn perlahan pada wajah Mizan. "That's not a first and last, I have ever heard someone said it to my face." Ujar Mizan dgn senyuman pahit. "Kau pikir aku nak bersimpati kat kau ke bila kau cakap macam tu?" Ujar Heida dgn wajah yang keji. "No...I don't expect you to be." ~ "Don't you dare die on me, Mizan! Kalau kau mati! Aku akan hidupkan kau balek dan bunuh kau balek semula!" Teriak Heida. Mutiara air mata menitik di badan Mizan yang terbaring itu. ~ "Ape kau cakap..?" Ujar Mizan kehairanan. "Marry me?" Ujar Heida dgn senyuman manis. ~ AMARAN! Cerita ini berunsur 18+ kerana ada scene berkata kasar dan agak ehem ehem. Cerita ini jugak mempunyai unsur fantasy seperti kuasa, bukan sahaja action dan mafia ya!