HanzLilium's Reading List
121 stories
QAIS HANZALAH'S : HIS PRECIOUS BELAHAN JIWA  [COMPLETE] de sopheahadie
sopheahadie
  • WpView
    Leituras 74,244
  • WpVote
    Votos 2,365
  • WpPart
    Capítulos 52
Qais Hanzalah, seorang anggota dari pasukan elit Grup Gerak Khas (GGK) berpangkat kapten, tekad dalam hidupnya bahawa dia tak akan berkeluarga kerana baginya, negara adalah keutamaannya. Namun, segalanya berubah takdir mempertemukannya dengan seorang gadis yang bernama Alma Miqayla. Alma Miqayla, seorang guru sekolah yang mempunyai satu sejarah hitam bersama dengan 'kacang hijau'. Baginya, semua makhluk berkacang, tak kisah lah hijau mahupun biru, semuanya sama. Tak berguna. Berjanji dengan diri sendiri yang dia akan menjauhkan dirinya dari golongan itu. Pertemuan antara Alma dan Qais telah menimbulkan bunga-bunga cinta dalam hati mereka berdua. Namun, setelah mengetahui tentang sejarah hidup Alma, Qais mula ragu. Mampukah Alma menerimanya? Mampukah dia mengubati luka Alma. Demi mendapatkan seorang Alma Miqayla, Qais Hanzalah sanggup melakukan apa sahaja termasuklah merahsiakan siapa dirinya dari gadis itu. "Awak kerja apa ye sebenarnya Qais?" - Alma Miqayla "Saya kerja coach je, train orang." - Qais Hanzalah Akhirnya mereka bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Sedang menikmati alam rumah tangga yang mula bahagia, kebenaran mula terbongkar apabila Alma ditugaskan untuk menjadi guru pemantau di sebuah kem manakala Qais pula sebagai kem komandan kem tersebut. Di situlah hubungan antara kedua mereka teruji. "Kenapa awak tak beritahu saya siapa awak sebenarnya?" - Alma Miqayla "Sebab abang tak nak hilang sayang. Abang takut sayang tak akan terima abang bila sayang tahu siapa abang sebenarnya. abang tak sanggup hilang belahan jiwa abang." - Qais Hanzalah Apakah kesudahan kisah Alma dan Qais? Pilihan manakah yang Qais akan utamakan, negara atau isterinya? Adakah Alma menyesal bersuamikan seorang tentera? Mampukah mereka bahagia semula?
HIS MISSING PART [ C ] ⚠️🔞 de moonjni
moonjni
  • WpView
    Leituras 1,092,115
  • WpVote
    Votos 74,711
  • WpPart
    Capítulos 94
‼️ Friendly reminder: Some parts of this story touch on mature topics. Feel free to read only if you're comfortable. - Segalanya yang ada dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sama ada dari segi tempat, syarikat, kekayaan, nama dan sebagainya. Jangan triggered kalau baca dan perasan ada yang tak logik. Sebab ini adalah rekaan dan imaginasi yang terlalu dahsyat. Peace no war✌️ Update : 8.30 malam Start : 21 JUNE 2025 End : 30 OCTOBER 2025 [ Story ke-20 ]
HIS : REA QAYSZA de bungaummara
bungaummara
  • WpView
    Leituras 13,181
  • WpVote
    Votos 1,729
  • WpPart
    Capítulos 10
Naufal Idrees - Pertama kali mata Naufal mendarat pada Rea, dia terpegun. Untuk seketika, dunianya bagaikan terhenti. Dia seperti tidak mahu melepaskan peluang sesaat pun untuk tidak menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Rea sangat cantik di matanya. Bukan dia tak pernah melihat gadis cantik malah hidupnya dikelilingi oleh model, artis dan selebriti tetapi kenapa kali ini perasaannya lain? Wajah bersahaja gadis itu yang langsung tidak hiraukannya buatkan dia makin tertarik. Kenapa dia tak pernah tahu Adrean mempunyai kakak secantik ini? Tengku Rea Qaysza - Dia hanya mengukir senyuman sinis apabila Naufal hulurkan tangan untuk bersalam. Bukan dia tak kenal dengan lelaki ini. Saban hari ada saja gambar lelaki ini bersama wanita yang berlainan. Naufal? Memang kacak. Tapi dia tak hairan. Berlambak lagi manusia yang kacak atas muka bumi ini tetapi dia tetap tak hairan. Kerana apa? Kerana dia tidak mencari cinta. Rea lebih memilih kebebasan. "Kakak aku off limit Naufal. Perempuan lain boleh tapi bukan kakak aku." - Adrean Amaran dari Adrean buat Naufal berfikir dua kali untuk mendekati Rea. Gadis itu juga langsung tidak memberikannya ruang untuk mendekat. Namun adakah Naufal akan berhenti setakat ini sahaja? Mestilah tidak. Amaran Adrean tidak menjadi penghalang sehinggalah kemunculan seseorang yang tidak dijangka di antara mereka. Siapa yang muncul di kala Naufal sedang berusaha memikat Rea? Adakah Naufal akan berjaya memikat Rea? Salam sayang, STILL
𝐎𝐆 | 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞, 𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 de Wheresshaa
Wheresshaa
  • WpView
    Leituras 147,278
  • WpVote
    Votos 4,705
  • WpPart
    Capítulos 28
[ revamp version | slow update ] 𝐋𝐄𝐅𝐓𝐄𝐍𝐀𝐍 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 jejaka tinggi lampai yang berumur 24 tahun. Seorang yang dingin tetapi terselit juga aura manjanya. Irsyad seorang yang tidak mudah untuk jatuh hati pada seseorang. Bahkan dia tidak mengenali apa itu cinta, kerana dia tidak percaya pada cinta pandang pertama. "Selagi aku masih bernyawa, aku tak akan benarkan sesiapa sakitkan hati kau. I will be there for you, until my last breath." - IRSYAD MIKAEL 𝐇𝐔𝐒𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 seorang gadis yang berlemah lembut tetapi terselit juga perangai baran dan keras kepalanya. Namanya saja sudah cantik apatah lagi orangnya, mulutnya tidak lengkang dari senyuman. Seorang yang sukar untuk percaya cinta, oleh kerana cintanya telah disia-siakan dengan masalalu. "Andainya takdir itu milik kita, saya percaya kita akan dipertemukan kembali. Jodoh itu rahsia tuhan dan saya yakin Allah dah rancang sesuatu yang terbaik untuk saya." - HUSNA RAIHANA
Faded Love (C) de FaneaNeaa
FaneaNeaa
  • WpView
    Leituras 499,396
  • WpVote
    Votos 13,424
  • WpPart
    Capítulos 69
[THIRD SERIES] AMARAN!!! (UNTUK PEMBACA 18 TAHUN KEATAS SAHAJA) READ AT YOUR OWN RISK!!!! "Aku cukup pantang dengan perempuan tak ada maruah macam kau ni. Macam mana kau boleh yakin aku nakkan kau?" -Seth Maleeq- "Tolak lah Ryene sejauh mana pun, andai Ryene yang dicipta dari sebelah tulang rusuk abang, kita tetap akan bersama. Abang takkan boleh melawan takdir" -Faiqa Zayrene- BERMULA: 25 FEBRUARY 2025 BERAKHIR: 30 March 2025 Disclaimer: Any resemblance to other stories, whether in reality or existing works, is entirely coincidental and unintentional. Do not copy my works without my permission. Plagiarism is a crime!
Takdir terakhir kita [C]  de luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Leituras 751,351
  • WpVote
    Votos 37,812
  • WpPart
    Capítulos 68
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halaman. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi satu-satunya tempat yang membuatkan dia rasa paling selamat. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
[ C ] | WHERE THE MOON MEETS THE DAWN de Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Leituras 179,753
  • WpVote
    Votos 8,404
  • WpPart
    Capítulos 71
SEQUEL FROM PERFECT TWO: NIRMALA KASIH HANAN Perkahwinan itu ibarat janji langit dan bumi untuk saling menyatu di bawah saksi bintang. Namun, langit Aurora runtuh sebelum sempat menyapa pelamin. Cinta yang dibajai doa dan harapan, musnah dalam sekelip mata hanya kerana darahnya dianggap tidak suci. Bukan kerana dosanya. Tetapi kerana asal-usul yang tidak pernah dia pinta... "Dalam berjuta manusia... kenapa Aurora, baba?! Kenapa Allah pilih Aurora untuk ditimpa semua ni?!" - Tengku Aurora Raihana "Sebab kamu istimewa, Aurora. Sebab kamu anak yang Allah sayang... dan anak yang baba dan mama cintai sampai hujung nyawa." - Tengku Luth Hanafi Rafael Berbulan-bulan dia mengutip serpihan luka. Dalam diam, dia belajar menerima bahawa hidup ini bukan kisah tentang asal usul, tetapi tentang keberanian untuk terus melangkah. Dan saat itulah dia bertemu lelaki yang paling tidak disangka... Ian Purnama. Kerja upah tembak burung gagak? Gayanya macam samseng pasar malam. Ayatnya, lawaknya, lagaknya - semua cukup untuk membuat darah Aurora mendidih! "Kau fikir kau Edward ke, bang?" "I am more handsome than Edward! Bukan setakat Bella Swan je yang boleh tergoda, kau yang cantik taraf bini ketiga abang Tesla pun boleh jadi gila bayang," - Leftenan Ian Purnama Jejaka hangat-hangat tahi ayam! Kerja upah tembak burung gagak je pun! Dia punya berlagak macam anak angkat Tan Sri. Perjalanan sesi pengenalan mereka membawa kepada Aurora bersetuju untuk menjadi isteri Ian Purnama. Dalam detik-detik halal itulah, mereka mula belajar makna bahagia. Menyulam kasih dalam sunyi, menganyam ketawa dalam gelita, dan menyusun impian di atas puing-puing kepercayaan yang pernah dikhianati. Namun, kebahagiaan itu rupanya hanya jeda sebelum ribut. Siapa sebenarnya Sarkar? Dan mengapa dia muncul setelah Aurora menerima Ian sebagai suami? START: 25/6/2025 END: 15/8/2025
Pengantin Buat Nelayan (COMPLETE) de saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Leituras 276,143
  • WpVote
    Votos 13,624
  • WpPart
    Capítulos 48
Pengantin Series: Book 1 Blurb: "Apa ni! Gelinya! Kau buta ke! Tak nampak ke aku tengah jalan!" -Mellisa Dayana Pertemuan pertama yang mencetuskan persepsi Mellisa Dayana, seorang artis terkenal terhadap Athif Najmi, nelayan kampung yang tiba-tiba muncul bersama tong ikan. Tanpa disangka, mereka bertemu lagi di perkampungan nelayan buat kesekian kalinya. Setiap kali bertemu, tentu ada isu yang menyakitkan hati masing-masing. Sampaikan suatu hari, kerana satu kejadian, hati Athif mula berbisik cinta. "Cik Mellisa tengah shooting ke? Cik berlakon sebagai duyung?" - Athif Najmi "Ya, encik nelayan. Kau dah rosakkan aku punya scene...." - Mellisa Dayana Antara artis terkenal dan nelayan, ada jurang yang sangat besar. Dengan status Mellisa yang telah bertunang, Athif tidak mampu berangam tinggi. Takdir atau ujian? Mellisa ditinggalkan di hari perkahwinan kerana fitnah di mana Mellisa ada hubungan sulit dengan Athif. Kerana sekeping gambar, segala yang Mellisa kecapi hilang begitu sahaja. Athif sanggup menggalas tanggungjawab dan menikahi Mellisa. Cuma, kebahagiaan tidak semudah yang disangka. Masih jauh perjalanan mereka.
Suri Tanpa Takhta de yangnajiha
yangnajiha
  • WpView
    Leituras 67,687
  • WpVote
    Votos 1,010
  • WpPart
    Capítulos 20
Nawal, gadis polos yang dibesarkan dalam keluarga beragama, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah perkahwinan. Cinta dalam diamnya pada Zarif Iman sepatutnya terpatri indah di pelamin. Namun, di hari bahagia itulah takdir berkata lain. Pengantin yang dinanti tidak hadir, dan tempatnya digantikan oleh Zaef Iman-kembar yang sama wajah, tetapi asing pada jiwa. Zaef tidak pernah mahukan perkahwinan itu. Bahkan, sejak awal lagi, dia menikam hati Nawal dengan sebuah lafaz yang tidak mungkin dilupakan: "Aku takkan pernah cintakan kau, Nawal. Kalau satu hari nanti aku lafazkan yang aku sayang atau cintakan kau, masa tu jatuhlah talak antara kita." Namun takdir terus mengikat mereka. Dalam pertengkaran, hadir manisnya kenangan. Dalam benci, terbit benih cinta yang perlahan-lahan tumbuh tanpa disedari. Tetapi mampukah cinta bertahan bila ia diikat dengan sumpah yang menjadi racun? Di tengah-tengah kekeliruan itu, muncul rahsia besar yang menggoncang seluruh hidup Nawal. Zarif tidak pernah benar-benar hilang. Cinta lama yang disangka sudah pergi buat selamanya, rupa-rupanya masih bernyawa. Dalam dilema yang tidak berkesudahan, hanya iman yang mampu menuntun. Tetapi mampukah iman bertahan bila cinta dan air mata semakin menyesakkan? Atau akhirnya Nawal harus pergi demi mencari tenang yang hakiki?
ZAUJAH HAMZAH [C] de thekafai
thekafai
  • WpView
    Leituras 447,888
  • WpVote
    Votos 35,324
  • WpPart
    Capítulos 64
[ BOOK 4] HAMZAH BIN YUSUF Dia lelaki biasa. Bukan orang kaya atau ustaz. Namun selalu dilabel 'soleh'. Hanya kerana dia suka dan cinta pada masjid. "Andai Hamzah sudi, walid teringin bermenantukan Hamzah. Walid mahu kenalkan puteri walid pada Hamzah. Kalian boleh bertaaruf. " -TUAN ZAHARI Lamaran dari seorang guru yang disegani, buat fikiran dan hati Hamzah berbolak balik. Celaru. Dan ketika hati yang bersifat berbolak balik miliknya bersujud pada DIA, Hamzah dapat jawapan sebaliknya. Jawapan cash dari Tuhan. "Saya sudi bertaaruf, sudi jadi menantu walid. Tapi maaf, bukan dengan Ustazah Laylaa. Saya mahu memperisterikan Hana." Penolakan cinta Ustazah Puteri Laylaa, mencemarkan nama baik Hamzah. Tambahan pula pilihan Hamzah cumalah Hana. Perempuan liar yang jauh dari sempurna. "Apa lebihnya Hana sampai Hamzah mahu halalkan dia? Kenapa bukan Laylaa saja?" -PUTERI LAYLAA "Aku pun nak tanya benda sama. Kenapa ek, dia pilih perempuan macam aku jadi isteri dia?" -SURIA GERHANA Indahnya cinta halal selepas nikah, memaksa Suria Gerhana jatuh cinta pada suami solehnya secara rela. Hamzah tak pernah gagal jadi suami mithali. Suami yang melindungi sang isteri. Suami yang sempurna serba serbi. "Kenapa awak pilih saya, Hamzah? Saya bukan perempuan baik. Saya..bukan Layla." -SURIA GERHANA "Sebab Suria Gerhana, adalah jawapan untuk semua doa yang seketul Hamzah dah langitkan selama ini." -HAMZAH - Ini cerita seorang Hamzah. Lelaki penjaga masjid yang berusaha mengangkat darjat Suria Gerhana secara halal. Dan jika ada sesiapa yang bertanya.. "Suria?" "Hana?" "Siapa Suria Gerhana?" Maka jawapan tenang Hamzah kekal akan sama. Dari detik dia mengungkap ijab kabul, hingga takdir memisahkan mereka. "Suria Gerhana, Zaujah Hamzah." Dia Suria Gerhana, zaujah Hamzah si lelaki 'hutan'. Perempuan kuat, wanita terpilih yang menjadi belahan jiwa seorang Hamzah.