_apeanut_'s Reading List
123 stories
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐞 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 380,262
  • WpVote
    Votes 15,335
  • WpPart
    Parts 52
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐢𝐳𝐪𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐦𝐞𝐞𝐝 | 𝐍𝐮𝐰𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐙𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 Satu perkahwinan yang terjadi tanpa cinta. Tiga hati yang terikat dalam perasaan yang tidak sepatutnya bersatu. Nuwaira Zafira melangkah masuk ke dalam hidup seorang lelaki yang hatinya sudah dimiliki orang lain. Namun dia tidak datang untuk mengalah. Ada sebab mengapa dia memilih untuk bertahan. "I cuma nak pertahankan hak I yang pernah hilang dulu." Tengku Rizqan Hameed pula bergelut dengan hatinya sendiri. Antara janji yang pernah dia buat, dan perasaan yang perlahan-lahan berubah tanpa dia sedari. "Sampai bila-bila, hati aku cuma untuk Sandra." Cassandra Alora yakin, cinta mereka tidak pernah pudar. Dan dia tidak akan membiarkan sesiapa merampas apa yang dia percaya miliknya. "Riz cintakan I. Riz tak cintakan dia." Di sebalik hubungan yang semakin rumit, tersimpan satu rahsia dari masa lalu. Rahsia yang mampu mengubah segalanya tentang perkahwinan ini dan tentang siapa sebenarnya Nuwaira dalam hidup Rizqan. Apabila kebenaran muncul,adakah cinta akan memilih untuk kekal...atau akhirnya, ada hati yang perlu terluka untuk selamanya?
MAYBE ANGEL MAYBE DEMON | C by HEARTIYN
HEARTIYN
  • WpView
    Reads 21,786
  • WpVote
    Votes 1,067
  • WpPart
    Parts 69
Mengisahkan seorang wanita yang merupakan seorang anggota polis yang berani dan sering berjaya menyelesaikan pelbagai kes jenayah berbahaya bersama rakan sepasukannya. Namanya dikenali sebagai antara pegawai paling cekap di dalam pasukan. Namun disebalik kejayaannya, dia menyimpan satu rahsia besar. Tanpa pengetahuan sesiapa, dia sebenarnya berkerjasama dengan kumpulan mafia paling dikehendaki polis. "THE DARK DIAMOND" sebuah organisasi yang sangat licik hingga tiada satu pun unit khas berjaya mengesyaki mereka. Rahsia itu terus tersembunyi hingga takdir mempertemukannya dengan seorang lelaki anggota yang pada awalnya ingin mengurat dirinya. "Pura-pura jadi girlfriend aku?" -Aiman Affendy Bermula dari pura-pura hinggalah tiba ke atas pelamin. "Thank you Mi Ange... I love you more than words could every say" -Aiman Affendy "I love you too abang, from today, tomorrow and until then. I will only love you" - Aina Aelisa Namun Aiman tidak pernah tahu sisi gelap isterinya itu walaupun sedikit. Rahsia itu tetap tersimpan rapi. Hingga tiba suatu hari saat Aina turun padang bersama The Dark Diamond, dia terpaksa berlawan dengan suaminya. "Who are you?!!" -Aiman Affendy "I'm a Red Phanter. A Demon who kills people without being ditected!!" Adakah rahsia Aina benar-benar akan terungkap setelah ini?
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 456,735
  • WpVote
    Votes 23,779
  • WpPart
    Parts 42
[2nd romance] Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
CHANGE YOURSELF, MY HUSBAND!  (COMPLETE ✔️)  by eunsha_b
eunsha_b
  • WpView
    Reads 18,026
  • WpVote
    Votes 197
  • WpPart
    Parts 66
Seorang wanita yang dipaksa oleh ayahnya sendiri agar menjadi isteri kepada seorang bussiness man untuk melangsaikan hutang nya tetapi mempunyai watak yang sangat dahsyat. Seorang yang pemabuk, kaki perempuan dan kaki club tetapi tidak pernah memukul isterinya. Tetapi pada suatu hari, ia cuba untuk belajar beristiqamah sedikit demi sedikit. 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝𝐐𝐚𝐫𝐢𝐳𝐡𝐀𝐝𝐡𝐚𝐗𝐖𝐚𝐟𝐚𝐍𝐮𝐫𝐖𝐚𝐫𝐝𝐚𝐡
TUAN ASH (COMPLETE✔️)  by eunsha_b
eunsha_b
  • WpView
    Reads 92,878
  • WpVote
    Votes 1,857
  • WpPart
    Parts 100
"Tuan Ash, saya nak kahwin dengan tuan Ash!" "Kau boleh terima apa kekurangan aku? Kau boleh terima adik aku sebagai adik ipar kau?" "Saya terima Tuan Ash apa seadanya, meskipun adik Tuan Ash orang kurang upaya, saya tetap nak kahwin dengan Tuan Ash." "Kau rela ke kalau aku suruh kau cuti semata-mata untuk jaga adik aku? Tak semua orang boleh terima adik aku." "Saya rela, Tuan Ash. Saya akan jaga adik tuan macam adik saya sendiri." 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝𝐙𝐚𝐲𝐧𝐀𝐬𝐡𝐫𝐚𝐟𝐗𝐍𝐮𝐫𝐀𝐝𝐫𝐚𝐀𝐫𝐚𝐥𝐲𝐧
KAU TETAP SEMPURNA by imzafira_
imzafira_
  • WpView
    Reads 1,839,358
  • WpVote
    Votes 59,858
  • WpPart
    Parts 67
KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN RISK }
SAYAP CINTA HUSNA by AELISH
AELISH
  • WpView
    Reads 38,288
  • WpVote
    Votes 1,327
  • WpPart
    Parts 63
Dia gadis yang periang. Dia seorang yang happy-go-lucky. Namun dalam beberapa keadaan, dia tidak begitu 'lucky'. Husna sedar, tidak selamanya dia harus duduk diam dan lihat saja. Dia perlu bergerak, mendapatkan apa yang dia mahukan. Termasuk cinta. "Kali ni saya tekad, saya tak akan patah balik. Saya... sukakan awak." - HUSNA RAUDAH "Cukup, Husna. Ini dah pengakuan kali ke seribu aku dengar. Dan jawapan aku tetap tak." - ZAFRAN HANIFF Bukan dia tidak sukakan gadis itu. Tapi ada sesuatu yang menghalang dia untuk jatuh cinta. Ia antara hidup dan mati. Dia tidak boleh meletakkan nyawa Husna dan keluarga gadis itu dalam bahaya disebabkan dia. Namun entah bagaimana, Husna sendiri telah terlibat tanpa sempat dia membawa gadis itu jauh daripadanya. "Aku orang jahat, Husna. Orang yang boleh hancurkan hidup kau bila-bila masa saja." - ZAFRAN HANIFF "Tapi kenapa hati saya tetap nakkan awak? Tinggalkan awak lebih sakit dari tahu kebenaran yang awak sebenarnya... pembunuh." - HUSNA RAUDAH Husna tersepit. Zafran pula terkapit antara cinta dan misi. Husna kini dalam genggaman musuh paling ketatnya. Dia tidak akan membiarkan dia hilang orang yang dia sayang lagi. Bukan untuk kali kedua. "You trust me?" - ZAFRAN HANIFF "Always." - HUSNA RAUDAH Zafran akan bawa Husna terbang jauh dari sini dengan sayap cinta kita...
𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 782,876
  • WpVote
    Votes 27,990
  • WpPart
    Parts 77
𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊♥ ₊˚⊹♡ ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ʟᴏᴠᴇ ♡⊹˚₊ "When I love, I love badly not rudely." 𝐙𝐢𝐥𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐳𝐚𝐞𝐥 merupakan seorang lelaki yang tenang dan bermulut celopar. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya. 𝐀𝐢𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐙𝐡𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 seorang gadis yang berkelulusan dari Universiti Oxford. Dia berasal dari keluarga bangsawan. Namun, dia tidak akan semena-mena menggunakan harta ibu bapanya. Dia akan berusaha sendiri tanpa bantuan sesiapa. Pertemuan mereka disebabkan aturan keluarga. Mereka di aturkan untuk berkahwin. Zill tenang sahaja dan menerima serta cuba mendapatkan hati Aireen kerana dia yakin bahawa Aireen itu jodohnya. Namun, Aireen berasa sebaliknya. Mahu tidak mahu, Aireen perlu juga menerima kerana itu kehendak keluarganya. Namun, perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ada sahaja dugaan yang melanda. Saat bahagia mula bertunas, hadir pula orang ketiga yang cuba meruntuhkan mahligai yang baru dibina. "Reen tak nak susahkan abang." -Aireen Zhafira "Sayang tak pernah susahkan abang. Please sayang, stay with me and i will prove to you that im not wrong." -Zill Rayzael Mampukah Zill mempertahankan rumah tangga mereka? Atau perkahwinan ini berakhir begitu saja? "I don't have anyone else. I only have you. I need you to stay. Please dont leave me, Sayang." -Zill Rayzael --- START: 30 JULY 2025 END: 18 OCTOBER 2025 ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️
HIS ADMIRE : Cinta Hati Leftenan Kolonel | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 72,506
  • WpVote
    Votes 3,214
  • WpPart
    Parts 18
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!