doughnad
Mutiara 'Tia' Permata binti La'ali menyangka dia telah bertemu dengan cinta sejatinya: Tengku Afzan Danish bin Tengku Ghaisan. Jejaka tampan, tinggi, pengemas, dan berkarisma yang membuatkan jantungnya berdebar setiap kali mereka bertemu.
Atas arahan ibunya, Puan Rosniahani, mereka dinikahkan hanya tiga bulan selepas pertemuan pertama. Yang mengukuhkan ikatan itu bukan sekadar cinta, tetapi wasiat arwah ibu Afzan, Puan Puteri Rahmawaty iaitu sahabat karib Puan Rosniahani sewaktu belajar dahulu. Wasiat itu menyebut tentang 'permata' yang harus dicari, dan Afzan akhirnya sedar bahawa ibunya merujuk kepada Tia.
Namun, kenikmatan perkahwinan yang Tia impikan perlahan-lahan menjadi sesuatu yang menyesakkan. Afzan semakin hari semakin posesif, seolah-olah menjadi hilang arah bila Tia tidak berada di sisinya. Walau berkali-kali Tia meluahkan rasa terkongkong, Afzan tetap bertegas yang dia hanya ingin melindungi Tia kerana dia terlalu mencintainya.
Di saat Tia hampir putus asa dengan perkahwinannya, Afzan tiba-tiba hilang tanpa kesan. Insiden itu membuatkan Tia menjadi tidak tentu arah dan patah hati. Dengan bantuan sahabat-sahabatnya, dia memulakan misi mencari suaminya.
Berjayakah Tia menemui Afzan semula? Adakah Tia akan berubah hati untuk menyelamatkan perkahwinannya?