jemana_mana's Reading List
10 stories
Puspitaku Seroja by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 22,771
  • WpVote
    Votes 3,837
  • WpPart
    Parts 26
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?
Oi, umurku 28! by Mina94
Mina94
  • WpView
    Reads 1,555,456
  • WpVote
    Votes 74,093
  • WpPart
    Parts 49
Nama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi, adik aku sendiri. Memang aku redha, tapi redha tidak akan mendiamkan bebelan mama di rumah. Hampir tiap hari mama akan membebel dan asyik salahkan aku di atas sebab Herman kini dah kahwin lari dengan Mimi. Aku makin tertekan bila aku juga dah disuruh pindah kerja dari mengajar murid tadika ke murid tingkatan enam atas. Bukan itu sahaja, ianya adalah Sekolah Tinggi Lelaki Gadong Brunei. Sekolah yang dilabel sekolah deliquent di Brunei. Masalah betul.
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,351,235
  • WpVote
    Votes 100,081
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
CURANG by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 26,285
  • WpVote
    Votes 1,361
  • WpPart
    Parts 12
2022. Are you strong enough to read it? *** Persis tajuknya, ya, buku ini tentang curang dan mengkhianati. Pernikahan di usia muda yang dianggap manis, rupanya terselit malapetaka dirantai nafsu yang membengis. Mardiah Sahani, seorang isteri yang memilih untuk berlaku curang terhadap suaminya. Adam Syah, suami yang ada segalanya. Penyayang, kerjaya, harta malah rupa pun bak putera. Senang cerita, Adam Syah itu hampir sempurna. Namun disitu Mardiah tetap memilih untuk berlaku khianat. Kenapa? "Hubungan kita tak serius, Nazmi. Awak pun tahu saya ada suami," -Mardiah. Skandal Mardiah yang pertama, Tengku Nazmi. Skandal kedua, Roy Sirirath. Pada awalnya sekadar suka-suka, kini semakin hanyut dalam kegelapan. Siapa sangka sebenarnya Tengku Nazmi itu lelaki psiko dan pembunuh bersiri? Roy Sirirath pula ketua mafia yang digeruni? "Kau cakap kau sayang aku, Mar. Tapi kenapa kau masih tak bercerai dengan suami kau?" -Tengku Nazmi. "Perempuan sundal tu... Dah lama kahwin?" -Roy Sirirath. Tak cukup dengan itu, ada pula stalker misteri yang selalu mengekori ke mana sahaja Mardiah pergi dan sering mendapat ugutan berdarah. Kerap kali bangkai ayam dan kucing dipacak di rumah. Segalanya Mardiah sorokkan daripada pengetahuan suaminya itu. "Y... Ya, saya sayang awak... Saya minta maaf," -Mardiah. Menyesal? Mestilah. Mardiah tak sangka pula lelaki itu tak waras, dia cuma inginkan keseronokan berlaku curang sahaja, tak lebih! Hidupnya semakin tertekan dan dihantui ketakutan, penuh debaran. Dan apabila nyawa Mardiah semakin terancam akibat keterlanjurannya, adakah Adam Syah masih setia jika rahsia gelap wanita itu terbongkar jua? "They said, cheating is a choice, not a mistake. But what if, cheating leads you to the darkest thought, and end up with blood? Ain't it still a mistake?" ***
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 10,854,379
  • WpVote
    Votes 633,963
  • WpPart
    Parts 73
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR. Sehingga, apa yang lelaki itu lakukan dia langsung tidak kesah. Asalkan dia bahagia. Hingga ke suatu tahap. Dia Ain Suraya dilafazkan cerai dengan talak TIGA. Dia ketakutan. Kegelisahan. Mana tidaknya jika dia mempunyai anuptaphobia? Penyakit yang akan berasa gelisah jika dia tidak bersama dengan seseorang. Dia perlukan peneman! Tetapi siapa? "hei, sekali lagi kau langkah setapak dekat dengan aku. Pistol ni meletop dekat kepala kau. kalau berani dekatlah! "-SHARK "Mereka buang saya, boleh tak saya nak awak sayang saya dengan seikhlas hati awak. Cukup untuk seketika pun saya terima dengan seadanya..."-AIN SURAYA terkelu lidah lelaki itu mendengar permintaan Ain Suraya secara tib a-tiba. Siapa gadis ini yang merayu menadah cinta daripadanya? "Mafia macam kau tak layak jadi suami. Kau lebih layak jadi cina buta buat aku! "-FAJAR "aku bukan cina butalah, bodoh!"- SHARK Siapakah yang bakal menjaga Ain Suraya? Bakal adakah cinta yang ikhlas buatnya kali ini? "Kalau mereka buang kau, biar aku yang kutip!"-SHARK ⚠️COMEDY ROMANCE⚠️ Jika anda seorang yang mahukan cerita serius, ini bukan pilihan terbaik.
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,338,317
  • WpVote
    Votes 301,990
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 6,168,894
  • WpVote
    Votes 425,667
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
kita, dunia, dan fasa-fasanya. by effxlee
effxlee
  • WpView
    Reads 58,861
  • WpVote
    Votes 7,826
  • WpPart
    Parts 42
Terlalu lama hidup di Amsterdam, Qisya Amaris dilihat semakin liar setelah pulang ke Malaysia. Apabila berita tentangnya semakin membimbangkan reputasi keluarga, Tan Sri Ibrahim memutuskan untuk menghantar Qisya ke kampung untuk belajar menjadi manusia yang lebih berguna. "Habis tu selama ni I tak berguna ke papa?" - Qisya Amaris "Manusia yang berguna tak bahagia bila nama dia diburuk-burukkan media." - Tan Sri Ibrahim Di Kampung, Qisya tidak dapat hidup mewah seperti biasa. Dia diajar untuk hidup sederhana. Dan diajar untuk menjadi manusia. "Selama ni I bukan manusia ke Tok Ma?" - Qisya Tok Ma menghantar Qisya ke rumah jirannya untuk belajar kelas agama. Di situlah Qisya berjumpa dengan Noah, cucu kawan baik Tok Ma. "Tok Ma! Tok Ma! Kenapa you tak bagitahu I cucu kawan you handsome nak mampus?" Maka, di sinilah bermulanya kisah mereka. Gadis penuh diva dan lelaki berkacukan yang sombong, di hujung kampung. Muahaha. in life, we need cliche and cringy material and romance! #stay halal
His Remedy [TERBIT] by irenicmia
irenicmia
  • WpView
    Reads 2,586,740
  • WpVote
    Votes 79,962
  • WpPart
    Parts 29
[COMPLETE] [TERBIT] 2nd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER Don't ever trust my words.. but trust my actions, gorgeous. Disebabkan oleh perkahwinan yang tiba-tiba sahaja diatur oleh ibunya, fikiran Elena mula menjadi buntu. Dia enggan menerima cadangan tersebut jadi pilihannya hanya satu iaitu melarikan diri. "Don't you dare! Selagi El tak terima cadangan mom, jangan harap El boleh pergi jauh." - PUAN SRI RAFEA Siapa sangka, pilihannya untuk melepaskan diri daripada perkahwinan yang dirancang oleh Puan Sri Rafea itu menjadi titik permulaan kepada pertemuannya dengan seseorang? Bagi Elena, pertemuannya dengan jejaka bernama Black itu diibaratkan sebagai sesuatu perkara yang misteri. Mengapa jejaka itu muncul di saat dia memerlukan pertolongan? Mengapa si dia muncul di saat dia rapuh dan memerlukan perlindungan? Itu yang menjadi persoalan di benak fikiran seorang Elena. "How about you? Boleh I percayakan you?" - ELENA SOPHIA Lain pula bagi seorang Black Salvatore. Baginya, menjaga Elena ialah ikrarnya. Selagi dia bernyawa, tidak akan ada sesiapa pun yang mampu untuk menyakiti atau menyentuh Elena kerana... "She's my woman. Touch her, and you will never see daylight ever again. Did you hear that?" - BLACK SALVATORE Namun apa yang terjadi apabila satu-persatu perkara yang disembunyikan mula terbongkar? Permainan apakah yang sedang dimainkan oleh mereka? Dan yang lebih penting, siapakah Black Salvatore di masa lampau? Sebahaya manakah lelaki itu di mata musuh-musuhnya? Because his name is Black Salvatore, and he's willing to give up all for Elena Sophia, his remedy. Cinta tak selamanya tentang perasaan, tapi cinta adalah tentang keikhlasan. ⚠️ unedited highest ranking : #1 in romance , #1 in romantik , #1 in Melayu #1 in action , #1 in thriller , #1 in comedy #1 in mystery , #1st in mafia
INARA : His Eternal Love [TERBIT] by irenicmia
irenicmia
  • WpView
    Reads 6,837,401
  • WpVote
    Votes 91,635
  • WpPart
    Parts 17
[COMPLETE] [TERBIT] 1st romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH RUMAH PENERBITAN IDEA KREATIF Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harinya yang ceria kini berubah menjadi semakin berwarna apabila dia dipertemukan dengan lelaki dingin bernama Adrian Khalaf. Peribadi lelaki itu cukup membuatkan hatinya meronta-ronta ingin memiliki lelaki tersebut. "Miss whatever your name is, can you please leave me alone?" -ADRIAN KHALAF Pertemuan pertama mereka cukup membuatkan Adrian rimas dengan perangai si tipikal diva itu. Bagi Adrian, Inara bukanlah seseorang yang layak untuk berdamping dengannya. Perangai wanita itu tidak ubah seperti perigi mencari timba. Namun siapakah dia untuk melawan takdir? Setiap kali dia menidakkan perasaan yang menjentik tangkal hati itu, setiap kali itu jugalah dia mula berasa bingung dengan perasaannya. Dia keliru. Perasaan yang tidak pernah dirasakan olehnya. Dan sehinggalah satu peristiwa berlaku menyebabkan sisi lainnya hadir. Janjinya, Inara akan dijaga dengan sepenuh hati. Itu janjinya. Warning : Some people might love this story and found it cute, but some people will also say this story is so cringe. This is my first attempt in writings so please, cut me some slack. Thank you! ⚠️please note that this story is so cringey ⚠️extremely cliche ⚠️cringe ⚠️sexy storyline ⚠️no censored⚠️ highest ranking - ✿ 1st in #romance ✿ 1st in #novel ✿ 1st in #cinta ✿ 1st in #comedy ✿ 1st in #love ✿ 1st in #romantik ✿ 1st in #melayu