erinssarina
- LETTURE 67
- Voti 14
- Parti 17
Di kampus, Azreeya mengenal erti cinta pertama bersama Akeem - lelaki yang lembut tutur dan penuh toleransi. Namun, keindahan itu terlerai apabila fitnah dan rahsia keluarga memisahkan mereka. Hatinya yang retak dibelai pula oleh mesej-mesej indah daripada lelaki misteri bernama Mr. SMS.
Ketika identiti sebenar Mr. SMS hampir terbongkar, Azreeya mula mengenali Fazrul - pemuda yang tenang, lasak dan pandai menyusun kata seindah puisi. Saat dia cuba membuka hati, Akeem kembali. Azreeya terperangkap dalam gelora perasaan.
Tragedi yang menimpanya mengubah segalanya. Dalam perjuangan bangkit semula, Azreeya belajar bahawa cinta sebenar bukan sekadar kata, tetapi keyakinan dan doa. Di hujung episod, siapakah yang akan menulis aksara terakhir di hatinya. Mungkinkah Akeem? Atau Fazrul?