coffeluvrnie's Reading List
6 stories
Mi Linda (Prekuel 1 Mi Veneno) TERBIT by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 34,306
  • WpVote
    Votes 1,046
  • WpPart
    Parts 2
Ir Haider | Thalia Razqya
Mi Cariño by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 421,458
  • WpVote
    Votes 20,774
  • WpPart
    Parts 16
Prekuel Mi Esposa Holy Dragon's Third Leader Megat Hafiz and Salsabella Irine
Mi Esposa (TERBIT) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 7,912,861
  • WpVote
    Votes 209,582
  • WpPart
    Parts 32
Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka paling dalam bagi seseorang. Arisa Rania. Dibenci oleh bapa kandungnya sendiri kerana dianggap sebagai punca kematian ibunya. Keadaan bertambah buruk apabila bapanya mengahwini Puan Suria iaitu janda beranak satu. Kehidupannya tidak ubah seperti berada didalam neraka selama berada dirumah itu. Disaat Rania merasakan seperti ingin berputus asa, hadir seseorang menariknya keluar dari dunia kelamnya. Hidupnya yang sebelum ini dipenuhi derita berubah sekelip mata apabila bertemu dengan jejaka bermata kelabu cerah itu. Tengku Adrean Ruiz. Seorang jejaka yang dingin dan beku. Sepatah ditanya sepatah jugalah yang dijawab. Senyuman? Tiada! Wajah tampan itu tidak pernah dihiasi dengan sebarang senyuman sebelum ini. Aura yang terdapat pada lelaki itu cukup untuk menggerunkan sesiapa saja yang melihat. "I love my husband and you are my husband"- ARISA RANIA Namun perkahwinan yang awalnya bahagia mula ditimpa masalah apabila satu rahsia yang disembunyikan oleh Tengku Adrean mula terbongkar. "Yes, yes I kill them. My sins were terrible indeed. But they taught the world to fear me, and that fear protect my family and my people"- TENGKU ADREAN RUIZ Holy Dragon? Rahsia apa yang tersembunyi disebalik nama itu? Kumpulan Mafia? Atau pasukan perisik? "Dragón siempre será el dragon"
Tuan Empayar Milikku  by coffeluvrnie
coffeluvrnie
  • WpView
    Reads 10
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
Drama | Action | Romantik | Psikologi | Kuasa Enzo Rayyan - pewaris legasi korporat "Reins Enzo" yang penuh rahsia dan darah, hidup dalam dunia mewah tapi sunyi. Trauma masa kecil, keluarga yang hanya tahu manipulasi, dan empayar yang tak pernah memberi ruang untuk merasa dicintai menjadikan Enzo seorang lelaki dingin, sukar dijinakkan dan tidak percaya sesiapa. Tapi takdir punya rancangannya sendiri. Dalam satu serangan mengejut oleh musuh dalam selimut, Enzo hampir kehilangan nyawa - dan takdir menghantar penyelamatnya: Dr. Althea Sofeyya, seorang doktor yang hidup dalam dunia bertentangan. Dilahirkan dalam keluarga sederhana, berprinsip, beragama dan penuh kasih sayang, Althea adalah bayangan dunia yang Enzo tak pernah tahu wujud. Satu nyawa diselamatkan. Satu hati terbuka perlahan. Tapi cinta tak semudah itu. Bila nenek Enzo yang tenat meletakkan syarat terakhir sebelum menutup mata - "Kau perlu kahwin, dan berikan aku cucu menantu dan cicit sebelum aku mati, itu permintaan terakhir aku..." - Enzo terpaksa membuat pilihan yang bukan lahir dari cinta... tetapi dari tanggungjawab dan kuasa. Perkahwinan yang tak dirancang membawa mereka lebih dekat... tapi juga membuka pintu pada musuh yang sedang menunggu untuk menghancurkan mereka dari dalam. Antara kuasa, trauma, dan cinta yang tumbuh diam-diam... sanggupkah dua jiwa dari dunia berbeza bertahan dalam permainan yang tak pernah adil?
Six Amigos  by coffeluvrnie
coffeluvrnie
  • WpView
    Reads 52
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 11
Pada cuti semester, enam sahabat (Rafael, Arsyad, Alan, Ian, Iman, Hakeem) pulang ke kampung Rafael di Kampung Chai Siey, Kelantan. Setelah menamatkan semester yang sibuk, mereka mahu merehatkan diri. Namun, di tengah keriangan menjelajah kampung, mereka menemui rumah usang milik seorang bomoh, Tok Jaya. Rafael berkongsi kisah misteri kematian Tok Jaya, dipercayai akibat saka yang dimilikinya. Mengingati tugasan pensyarah mereka, Encik Pablo, untuk menghasilkan video paranormal atau cerita seram, mereka menjadikan rumah itu lokasi rakaman. Apa yang bermula sebagai projek paranormal bertukar menjadi pengalaman menakutkan apabila mereka menemui sesuatu yang tidak sepatutnya dijumpai.
The Demon School by coffeluvrnie
coffeluvrnie
  • WpView
    Reads 90
  • WpVote
    Votes 16
  • WpPart
    Parts 14
Sinopsis Blackthorn Academy adalah sekolah elit yang terkenal dengan murid-murid dari kalangan keluarga kaya dan terpandang. Ketika Aria, putri seorang jutawan ternama, mengetahui perangai sebenar kekasihnya yang mempunyai niat jahat keatas dirinya. Aria memutuskan untuk sambung belajar ke Blackthorn Academy. Meski awalnya ragu, Aria memilih untuk melihat sisi positif dan dengan penuh semangat mengajak tiga sahabat karibnya, Alisya, Hafira, dan Fiya, untuk ikut bersamanya. Bersama-sama, mereka dikenal sebagai The Killa Girls-sekumpulan gadis yang mampu membuat siapapun jatuh cinta hanya dengan satu tatapan. Namun, sejak hari pertama mereka di Blackthorn, mereka mulai merasakan sesuatu yang pelik di balik tembok sekolah yang nampak normal pada tengah hari. Pada tengah malam, sekolah itu berubah drastis. Lorong-lorong yang sunyi mulai terdengar bisikan, bayangan pelik melintas di cermin-cermin, dan suara langkah berat bergema. Di tengah suasana itu, mereka bertemu dengan empat lelaki yang sepertinya akan memberi mereka petunjuk. Aryan, Kai, Arsyad, dan Alan. "Tetaplah di kelas dan jangan keluarkan suara sedikit pun... atau Dia akan datang!" Banyak pertanyaan mengisi fikiran The Killa Girls-siapakah yang dimaksud dengan "Dia"? Apakah itu makhluk mengerikan? Aria dan kawan- kawannya berusaha mencari tahu rahsia Blackthorn Academy. Setiap malam The Killa Girl akan bermimpi tentang The Devil Night empat lelaki misteri yang bertopeng memberi peringatan supaya mereka keluar dari sekolah ini. "Keluar dari Blackthorn Academy sebelum korang menyesal." - The Devil Night