Lily
19 stories
Amour : Sayap Cinta | OG by CROOKED567
CROOKED567
  • WpView
    Reads 2,760
  • WpVote
    Votes 461
  • WpPart
    Parts 40
ೃ⁀➷ Naura Iman | Muhammad Ammar Zaydan [Military Romance Series 1] Dua jiwa. Satu hati. Kasih bertaut, ikatan abadi. Kapten Muhammad Ammar Zaydan - Seorang jejaka yang kacak rupa paras serta memiliki otak yang cerdas, penuh dengan strategi. Bertugas dalam unit penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia, TUDM. Dikenali dengan perwatakan yang beku. Aura maskulinnya mampu mencairkan hati mana-mana wanita sahaja. Tetapi, bukan Naura Iman. Naura Iman - Seorang gadis berpenampilan cantik yang lantang bersuara dan berani. Menjadi seorang 'people pleaser' tidak pernah wujud dalam kamus hidup Naura Iman. Kerjayanya sebagai seorang wartawan pertahanan iaitu Aviation Journalist benar-benar membina jati dirinya. Sifat sentiasa ingin tahu dalam dirinya sering mencabar kesabaran seorang Ammar Zaydan. ❝Cik Naura, sini kawasan terhad. Kau tak boleh sesuka hati masuk tanpa kebenaran aku.❞ - Kapten Muhammad Ammar Zaydan. ❝Saya cukup hormat dan faham kerja awak. Awak pun kenalah faham kerja saya. Saya cuma nak jawapan je. So, get out of my way.❞ - Naura Iman. Mereka sering bertikam lidah. Bagaikan tidak boleh bersua langsung. Ada sahaja topik yang ingin dibahas. ❝Kau ni memang mulut murai, eh? Tak reti diam ke?❞ - Kapten Muhammad Ammar Zaydan. ❝Awak ni tak sedar diri ke? Awak tu dah lah beku, tak ada perasaan. Daripada jadi manusia, baik awak jadi batu.❞ - Naura Iman. Pertelingkahan yang lama-lama mewujudkan rasa cinta dalam diam. Tetapi, takdir sememangnya berpihak kepada mereka. ❝Mama rasa...mama nak jodohkan Zaydan dengan anak kawan baik mama.❞ - Puan Sharifah Helen. Dijodohkan atas dasar keluarga langsung tidak pernah terlintas dalam fikiran Ammar dan Naura. ❝Tak payah ambil tahu lagi soal hidup saya. Anggap saya ni tak pernah wujud dalam hidup awak. Lagipun, kita hanya dijodohkan atas dasar keluarga, kan?❞ - Naura Iman. ❝Naura Iman cinta mati abang.❞ - Kapten Muhammad Ammar Zaydan. Adakah mereka bakal bahagia?
Mr pirate [SPECIAL CHAPTER] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 11,423
  • WpVote
    Votes 1,522
  • WpPart
    Parts 2
Rumah tangga Husna dan Andikha Rafael sentiasa disulami tawa dan bahagia. Mereka mungkin pasangan biasa, namun cinta mereka luar biasa. Namun, saat bulan Ramadan kian menjengah, angin di teratak mereka mula berubah arah. ​Sikap Lanun tiba-tiba menjadi aneh. Lelaki yang dulunya penyayang dan sentiasa ingin berkepit, kini mula menjauh. Emosinya tidak menentu, cepat terasa, kuat merajuk, dan adakalanya meminta perkara yang bukan-bukan! Husna buntu. Haruman kesayangannya yang dulu dipuji Lanun, kini dikata tengik hingga membuatkan suaminya mual. ​Hati isteri mana yang tidak resah? Di sebalik kebisuan dan wajah pucat Lanun, adakah kasih sayang lelaki itu benar-benar sudah pudar?
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐞 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 302,518
  • WpVote
    Votes 12,849
  • WpPart
    Parts 52
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐢𝐳𝐪𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐦𝐞𝐞𝐝 | 𝐍𝐮𝐰𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐙𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 Satu perkahwinan yang terjadi tanpa cinta. Tiga hati yang terikat dalam perasaan yang tidak sepatutnya bersatu. Nuwaira Zafira melangkah masuk ke dalam hidup seorang lelaki yang hatinya sudah dimiliki orang lain. Namun dia tidak datang untuk mengalah. Ada sebab mengapa dia memilih untuk bertahan. "I cuma nak pertahankan hak I yang pernah hilang dulu." Tengku Rizqan Hameed pula bergelut dengan hatinya sendiri. Antara janji yang pernah dia buat, dan perasaan yang perlahan-lahan berubah tanpa dia sedari. "Sampai bila-bila, hati aku cuma untuk Sandra." Cassandra Alora yakin, cinta mereka tidak pernah pudar. Dan dia tidak akan membiarkan sesiapa merampas apa yang dia percaya miliknya. "Riz cintakan I. Riz tak cintakan dia." Di sebalik hubungan yang semakin rumit, tersimpan satu rahsia dari masa lalu. Rahsia yang mampu mengubah segalanya tentang perkahwinan ini dan tentang siapa sebenarnya Nuwaira dalam hidup Rizqan. Apabila kebenaran muncul,adakah cinta akan memilih untuk kekal...atau akhirnya, ada hati yang perlu terluka untuk selamanya?
LAYTH MAKEEN : HIS LOVESMITH by queessa
queessa
  • WpView
    Reads 281,417
  • WpVote
    Votes 11,911
  • WpPart
    Parts 66
Selama mana seorang gadis mampu mencintai seorang lelaki dalam diam? Dia Iman Sofea dan dia telah menyimpan perasaan cintanya pada Layth Makeen merangkap anak lelaki jiran sebelah sejak dia berumur 13 tahun. Ketika umurnya 14 tahun, mereka terpisah.Dia sangkakan perpisahan itu membuatkan cintanya pada Layth Makeen makin memudar tetapi tidak! Pertemuan semula diantara dia dan Layth Makeen membuatkan cinta yang sudah lama terpendam mekar semula. "Siapa ketua baru kita?" "Doktor Layth." Apabila umur sudah makin lanjut bertambah dengan dia yang perempuan maka banyak sahaja mulut yang bertanya. Tetapi mahu buat bagaimana hatinya hanya untuk Layth Makeen! "Layth tu dia kata dia single lagi." Memang single tetapi Layth Makeen itu sangat prejudis dan bencikan wanita! Bagaimana dia nak curi hati lelaki yang sangat anti pada makhluk bernama wanita?! Takdir tuhan telah menentukan, mereka terpaksa berkahwin atas dasar menjaga aib. Perkahwinan mereka penuh dengan rasa bahagia walaupun Sofeyya tidak pernah mendengar lafaz cinta dari sang suami. Tetapi laut yang tenang juga bergelora inikan pula perkahwinan mereka. Fitnah dan dugaan yang hadir membuatkan Sofeyya mula berputus asa. "Abang, Feyya nak kita berpisah." "Will you be happy if i let you go?" Dia cintakan lelaki itu tetapi apa guna perkahwinan ini jika mereka bersikap seperti orang asing yang duduk di bawah satu bumbung yang sama! "Sebeci itukah Feyya pada abang?" "Ye! Feyya nak abang lenyap dari hidup Feyya. Feyya benci abang!" Cinta yang hadir bertukar menjadi benci yang bersulam. Tetapi benarkah ia benci atau ianya hanya rasa kecewa? Dan benarkah Makeen tidak mencintai isterinya atau ia hanyalah penipuan untuk mengkaburkan mata-mata yang ingin menghancurkan hidupnya? "Jika hanya dengan cara dibenci dan disakiti boleh menyelamatkan dia dari dendam manusia, aku akan gadaikan kebahagiaan aku untuk dia. Cause when you love someone their happiness is more important than yours." Start: 9/4/2024 End:
LAKARAN TAKDIR SUMAYYAH [ C ] by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 366,918
  • WpVote
    Votes 28,379
  • WpPart
    Parts 62
Tatkala sesuatu yang disayangi hilang dari pandangan, tinggallah hati terbuai dalam rindu, meratap sunyi yang tiada bertepi. Dia anak yang baik dan mendengar kata. Ujian yang menimpa dirinya cuba diharungi dengan rasa sabar. Hati yang terguris akibat pengkhianatan membuatkan dia hilang rasa percaya. Dirinya hanya mahu bahagia bersama ayahnya sahaja. Satu-satunya lelaki yang sentiasa menjaga perasaannya dikala dirinya disakiti oleh lelaki lain. Kehadiran seorang insan mengubah seluruh hidupnya. "Kalau Tuan cakap macam tu, macam mana saya nak percaya yang Tuan ni jujur?" - Warda Sumayyah Antara tanggungjawab dan sayang, dia setia menunggu lelaki itu. Kerana hanya dia yang halal untuk disayangi. "Tunggu saya balik dan saya akan bahagiakan awak sebagai isteri saya." START : 23 MARCH 2025 END : 17 JUNE 2025 [ Story ke-19 ]
HIS CODE NAME: ALPHA 2 ( TERBIT ) by elyshakaman
elyshakaman
  • WpView
    Reads 222,336
  • WpVote
    Votes 13,187
  • WpPart
    Parts 17
Takdir yang menentukan mati atau sebaliknya....
Teratai, hati yang kau hancurkan.. by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 3,104
  • WpVote
    Votes 71
  • WpPart
    Parts 4
Nur teratai.. "Atai janji Atai akan selalu ada disamping abang. Disaat susah dan senang, Atai takkan belakangkan cinta kita.." Amirul Awan "Abang tahu abang tak mampu berikan Atai kemewahan. Tapi satu je abang nak Atai tahu.. Abang tulus cintakan Atai. Tulus dari hati abang yang paling dalam.." Mahligai yang dibina tak mampu bertahan lama. Teratai lupa dengan janjinya. Janji mahu berada disamping Amirul Awan dan janji untuk tidak belakangkan cintanya pada lelaki itu. Selama sepuluh tahun Teratai hilang dari jarak pandangan mata Amirul Awan. Selama sepuluh tahun itu juga Amirul Awan cuba mengubah takdir hidupnya menjadi lebih baik. Pertemuan semula diantara mereka selama sepuluh tahun terpisah membuka cerita baru yang disulami amarah dan air mata. Teratai datang membawa janji yang sama. Mahu kembali kepada Amirul Awan, lelaki pertama yang mengetuk pintu hatinya. Sedangkan Amirul Awan yang masih terhina kerana ditinggalkan oleh wanita yang begitu dicintainya lebih memilih membenci dari mencintai lagi. Apatah lagi bila dia tahu Teratai datang membawa seorang insan bernama 'anak' yang tidak tahu asal usulnya dari mana. Adakah kemaafan untuk Teratai yang pergi meninggalkan lelaki yang tulus mencintainya? Atau cinta yang Teratai mahu mulakan itu terpaksa berakhir dan dia harus mengusung benci akibat kepergiaannya dulu?