♤Perpustakaan saya♤
Истории 3
Lelaki ALFA [complete] на Ikkysakura
Lelaki ALFA [complete]
Ikkysakura
  • ЧИТАТЕЛЕЙ 1,294
  • Всего голосов 47
  • Части 40
NANIA ANAIS, selepas kematian ibunya, dia menjadi gadis yang sedikit 'liar' tetapi masih seorang gadis yang lembut dan rapuh di pelosok hati. Apabila si Ayah berkahwin dengan seorang janda anak satu berketurunan itali, dia jadi panas hati. Kes tidur lokap kerana bergaduh di kelab malam mempertemukan dia dengan HEDERY DARIUZ, anak emak tirinya yang selama ini berada di luar negara. Dia tidak pernah punya seorang abang dan jelas, dia tidak ingin Hedery Dariuz jadi abangnya. Takkan sekali! Tetapi dia harus akui, dalam ketidaksempurnaan Hedery Dariuz dimatanya, lelaki itu punya hati nurani yang luhur. Kehadiran lelaki misteri bernama Qaf dalam hidupnya menyebabkan dia perlahan-lahan ingin berubah. Tanpa mengetahui asal usul lelaki misteri itu, cintanya terlahir tanpa diduga. Namun cintanya hanya pada nama, bukan pada jasad. Maka, terjadilah episod di mana dia mula mengenal cinta. Kisahnya tenggelam apabila munculnya seorang Alfa yang digeruni di bandar itu. Tapi langsung tak diambil kesah. Siapa sangka, rupanya Alfa itu adalah seseorang yang paling dekat dalam hidupnya. Apabila kepalsuan mendedahkan segalanya, bagaimana boleh dia butakan sahaja matanya? Atas nama cinta dan dendam, keduanya membawa kepada kemusnahan. Kisah cinta mereka menarik, namun dia Guardian Angel yang hadir tanpa diundang dan pulang tak dihantar. Bahagia mereka cuma seketika. Tetapi mampukah mereka melakar semula kisah cinta mereka? "Cinta perlukan pengorbanan. Itulah yang aku buat sekarang. Aku cintakan dia, tapi aku tak sanggup tengok dia menderita lagi." -MUHAMMAD YEFAT QAF
Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While] на Ikkysakura
Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]
Ikkysakura
  • ЧИТАТЕЛЕЙ 3,872
  • Всего голосов 312
  • Части 26
Jika Cinta telah Berkata, Maka Hati kan Menerima. ORKED HAURA seorang gadis yatim piatu. Sedang dilamun cinta dengan Emin Edryan, dia sering diburu rasa curiga dengan gerak-geri teman lelakinya. Dia bertekad untuk menyamar sebagai pembantu di rumah lelaki itu. Namun tidak disangka-sangka, penyamaran dia menjadi satu pertemuan dengan Abang kandung Emin Edryan, iaitu Emery Edrean. "Tak ada guna awak berdalih, Emin. Saya nampak dengan mata saya sendiri. Sampai hati awak curang dengan saya!." -ORKED HAURA "Lillahi ta'ala i tak pernah curang dengan you, Orked. Apa yang you nampak tu semuanya nonsens! Please..trust me."-EMIN EDRYAN Lama kelamaan, kepercayaannya terhadap Emin Edryan semakin pudar. Sangkanya, kasih yang bertunas bakal mekar hingga ke penghujung. Mana sangka ia layu sebelum berkembang. Orked Haura terpaksa mengundur diri. Namun, apa yang kita harapkan adakala lain yang jadi. Disebabkan berada pada masa, tempat dan keadaan yang salah, Orked Haura terpaksa menerima Emery Edrean sebagai suaminya. Terpaksa pula berhadapan dengan ibu mertua yang macam neraka dan bekas teman lelakinya yang tidak henti-henti menghantuinya. Argh..Sengal! "Yang dah lepas tu, biarkan ia berlalu. Sekarang, awak tanggungjawab saya. Nak tak nak, kita kena juga hidup sebagai suami isteri." -EMERY EDREAN "Saya akan cuba. Tapi apa pun yang bakal berlaku, kita kena laluinya bersama. Awak kena janji yang awak akan selalu ada dengan saya." -ORKED HAURA Tuhan sudah menciptakan Isteri untuk menjadi tulang belakang sang suami dan suami untuk menjadi malaikat penjaga sang isteri. Emery Edrean tenang menerima takdir. Dia percaya masjid yang mereka bina akan kekal teguh walaupun sudah banyak kali runtuh. Dengan bersaksikan TUHAN, mampukah dia mendaki hingga ke puncak bersama cintanya?
Lelaki Itu Milikku- PUTRA ANAQI [COMPLETE] на Ikkysakura
Lelaki Itu Milikku- PUTRA ANAQI [COMPLETE]
Ikkysakura
  • ЧИТАТЕЛЕЙ 358
  • Всего голосов 45
  • Части 22
'Kebahagiaanku adalah suara tangisanmu' BUNUH! Kerana kisah silam yang tidak begitu indah,Putra Anaqi, anak kepada Tuan Rahman, seorang ahli perniagaan yang terkenal itu menjadikan darah sebagai ketenangan dalam hidupnya. Pembunuhan yang berlaku hampir setiap hari itu mengundang rasa curiga Tuan Idlan, sahabat karib Tuan Rahman terhadapnya. Apabila rahsianya sudah terbongkar oleh Tuan Idlan, dia merancang pembunuhan terhadap lelaki itu. Namun begitu, pembunuhan Tuan Idlan menemukan dia dengan Nellydea Durrani, anak gadis Tuan Idlan. Suatu hari, dia menculik gadis itu. Kehilangan Nelly membuatkan Qaleesh Luthfan, sahabatnya curiga. "Tak mungkin...Naqi?" Penolakkan cinta Putra Anaqi membuatkan gadis itu diculik sekali lagi. Tetapi kali ini orangnya berbeza pula. Tak sangka keluarga sendiri sanggup berbuat demikian. kejam! "I want take her back, she is mine" Selepas daripada kejadian itu, cinta mula berputik antara mereka. Putra Anaqi tekad untuk meninggalkan segala perbuatan silamnya. Namun begitu, perbuataan yang jahat harus dikenakan hukuman. Dia redha dengan takdir yang telah tertulis untuknya.