Singlelove_ 7s
7 stories
I LOVE YOU, MISS CUPCAKE [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 699,074
  • WpVote
    Votes 23,241
  • WpPart
    Parts 71
Raja Dylan Zayder 💓 Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CEO terkenal dan juga datang dari keluarga yang boleh dikata bukan calang-calang. Selalu menjadi tumpuan ramai wanita. Tak kira umur. Wajah tampannya itu cukup menarik perhatian ramai. Kaya? Tak usah dikata. Kemewahannya yang dia miliki takkan pernah habis sehingga tujuh keturunan atau mungkin lebih. Dahlia Zenia cantik namanya secantik seperti tuan nama. Seorang gadis yang selalu menjadi rebutan ramai jejaka-jejaka di kampung. Anak pak cik Fahmi ini memang kegilaan ramai lelaki. Ramai yang mengorat. Tapi tiada seorang pun yang berkenan di hati Dahlia. Semua diendahkan. Mempunyai rupa paras yang cukup manis. Seorang wanita yang hidup dalam kesederhanaan walaupun Dahlia ni boleh dikatakan datang dari keluarga yang mempunyai kemewahan. Pertemuan kali pertama telah menimbulkan perasaan di hati masing-masing. Apa akan jadi bila Dylan dan Dahlia dipertemukan? Dan apa reaksi Dylan dan Dahlia apabila mengetahui yang keluarga mereka ingin dan berniat mahu menjodohkan mereka berdua? Terima atau tidak. Hanya dua jawapan ini saja penentu untuk mereka menuju kebahagiaan bersama. Start : 02/02/2024 End : 10/05/2024
HIS LOVE [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 822,417
  • WpVote
    Votes 26,592
  • WpPart
    Parts 65
Tuan Malique Zhafran 💕 Nur Tasneem Haura Tuan Malique Zhafran atau lebih dikenali sebagai Liq apabila dia bekerja sebagai seorang bodyguard. Dia mempunyai satu rahsia yang tak pernah dijangka sesiapa. Dia merupakan seorang anak yatim yang telah terpisah dari kedua ibu bapanya. Bapanya telah dimasukkan ke dalam penjara kerana kes mengedar dadah. Manakala, dia telah terpisah dengan umi dan adiknya sejak kecil lagi. Sejak dari itu, Tuan Malique Zhafran dibesarkan di rumah anak yatim. Dia ada sebab tersendiri mengapa dia menjadi seorang bodyguard sedangkan dia mempunyai satu business yang bukan calang-calang. Nur Tasneem Haura. Nama secantik pemiliknya. Dia seorang yang tegas dan sangat bermulut pedas. Tapi dalam tegasnya ada lembut dan manjanya. Hanya orang tertentu sahaja yang dapat melihat sisi dia yang itu. Tasneem merupakan anak tunggal. Sejak dia berumur 3 tahun, Tasneem telah kehilangan mama dia yang tersayang. Selepas dua tahun, papanya telah bernikah buat kali kedua. Nasib Tasneem dijaga dengan baik. Ibu tirinya juga sangat sayangkan dia. Tasneem sangat manja bila bersama dengan ibu tirinya. Disebabkan satu kejadian, telah membuat Tasneem dan Malique bertemu dan menjadikan Malique sebagai bodyguard yang diupah oleh papa Tasneem sendiri. Start : 20/10/2023 End : 03/01/2024
IZARA AURORA [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 812,101
  • WpVote
    Votes 24,396
  • WpPart
    Parts 72
Raja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang dua tahun bergelar isteri kepada Raja Ammar Ghibran tak pernah sekali dia merasa bahagia. Apa yang dia rasa hanya lah cacian, makian, hinaan dan pukulan yang tidak henti. Bagi Raja Ghibran pula. Perkahwinan ini tidak sepatutnya terjadi. Perkahwinan ini adalah satu kesalahan. Apa lagi dikahwinkan dengan wanita bernama Tengku Izara Aurora. Perempuan yang tidak pernah dia bayangkan. Bukan tidak cantik. Dia akui, Tengku Izara sangat cantik. Bahkan lagi cantik dari perempuan-perempuan yang dia jumpa dekat luar sana. Tapi, dia sendiri tak tahu kenapa dia tak boleh menerima Tengku Izara sebagai isterinya. Runtun hati Tengku Izara apabila melihat sendiri suaminya membawa pulang perempuan ke rumah mereka dan membuat hubungan terlarang tersebut. Bila ditegah, badan Tengku Izara akan menjadi sasaran. Habis lebam satu badan. Sehingga lah terjadi satu kejadian di mana Tengku Izara membuat keputusan untuk pergi dan bawa diri jauh dari Raja Ghibran. Akankah hubungan rumah tangga Raja Ghibran dan Tengku Izara dapat diselamatkan? Akankah Raja Ghibran berubah selepas pemergian isterinya itu? Start : 25/8/2023 End : 30/10/2023
DANGEROUS LOVE [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 778,007
  • WpVote
    Votes 23,366
  • WpPart
    Parts 69
Harith Fayyad 🤍 Liliana Alexander Harith Fayyad - Cinta? Tak pernah langsung terfikir di dalam fikirannya tentang cinta. Apa yang dia tahu cinta ini akan membuat seseorang itu lemah. Jadi, sebab itu dia tidak mahu bercinta dan rapat dengan mana-mana perempuan. Apa lagi, semua perempuan yang mahu dengan dia hanya lah semata-mata kerana kekayaan dan kemewahan yang dia ada. Tapi, bagaimana pula jadinya bila ada seorang perempuan ini yang selalu datang mengacau dan menghuru-harakan hidup dia? Liliana Alexander - Seorang pelajar di UKM sebagai pelajar di jurusan pendidikan. Seorang wanita yang sangat ceria, happy go lucky, murah dengan senyuman tetapi sangat tegas dan garang. Dikeranakan pernah dicurangi berkali-kali membuatkan Liliana tidak mahu lagi bercinta sehingga dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang dapat menambat hatinya. Kerana dia juga, hidup lelaki itu menjadi huru-hara. Pada awal hubungan mereka, Liliana lah yang terus berusaha mengejar dan membuat Harith supaya jatuh cinta dengan dia. Tapi, Harith? Takda langsung perasaan kepada Liliana. Sampai lah Liliana berputus asa dan berhenti mengacau Harith lagi. Harith pula tiba-tiba merasa hidupnya kosong kerana Liliana tidak menganggunya seperti biasa. Apa yang akan Harith lakukan bila Liliana sudah berhenti dari mengacau dia? Bagaimana cara Harith menarik perhatian dan memujuk Liliana? Adakah hubungan mereka ini akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan dan berakhir bahagia? Start : 11/07/2023 End : 06/09/2023
MRS NOAH AFFAN [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 865,078
  • WpVote
    Votes 24,858
  • WpPart
    Parts 72
Tengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan seorang perempuan pun sehingga ada yang menyangka Tengku Noah Affan adalah seorang gay?!! Ivy Nur Amanda - Seorang wanita yang cukup ramah dan pemurah dengan senyuman. Tapi, di sebalik senyumannya itu. Tersimpan seribu keperitan yang ditanggung sejak kecil lagi sehingga dia dibesarkan oleh neneknya sendiri. Lagi-lagi sedari kecil dibenci oleh ibu kandungnya. Perkenalan secara singkat di waktu malam yang membawa Tengku Affan menyelamatkan Amanda. Selepas 2 tahun, mereka bertemu kembali. Adakah pertemuan mereka kali ini akan membawa mereka ke langkah yang selanjutnya? Akankah mereka dapat mengecapi kebahagiaan bersama? Start : 27.05.2023 End : 10.07.2023
DAYYAN'S LOVER [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 798,665
  • WpVote
    Votes 22,627
  • WpPart
    Parts 85
Dayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya memberi nasihat untuk berubah. Tapi, hanya dibiarkan seperti angin lalu. Dia menjadi seperti itu hanya kerana perempuan yang dicintai mengkhianatinya. Dhia Marwa. Sama cantik seperti namanya. Seorang yang lemah lembut tapi, ada tegasnya. Seorang yang sopan tapi, ada garangnya. Menaruh perasaan pada kawan abangnya. Sampai lah satu hari, Dhia dengan berani meluahkan perasaannya pada Dayyan tetapi ditolak secara mentah. Tapi, disebabkan satu kejadian. Telah merubah hidup Dayyan dan Dhia. Dayyan tidak lagi menjadi dirinya yang dahulu. Dhia pula telah menghilangkan diri sampai membuatkan diri Dayyan tertanya-tanya. Bila semua kejadian 4 tahun lepas telah terbongkar. Dayyan cuba mencari keberadaan Dhia. Sehingga lah mereka bertemu kembali di majlis perkahwinan abang sulung Dhia. Adakah pertemuan kali ini akan menyatukan mereka? Adakah mereka akan menjalinkan kasih, cinta dan sayang? Adakah hubungan mereka akan sentiasa harmoni tanpa adanya gangguan dari orang ketiga? Start : 25/02/2023 End : 29/05/2023
MRS FIRASH ZAYDEN [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 740,734
  • WpVote
    Votes 21,992
  • WpPart
    Parts 67
Tengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mula membuka hatinya sekali lagi. Selepas banyak kali berjumpa, akhirnya mereka mulai jatuh cinta. Tiada siapa yang tahu status sebenar si jejaka. Menjadi seorang duda dan mempunyai seorang anak di usia muda sangat lah mencabar buat dirinya. Awalnya si gadis terkejut bila mengetahui status si jejaka. Adakah pertemuan tanpa sengaja mereka sehingga membawa ke sebuah pernikahan akan berakhir bahagia? Datangnya orang ketiga mengacau hubungan mereka, dapatkah mereka kekal bersama? Start : 16/01/2023 End : 19/04/2023