On going
22 stories
FORGET ME NOT by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 14,567
  • WpVote
    Votes 1,682
  • WpPart
    Parts 3
Maya cuma mahu hidup dengan tenang. Menyukai dia tanpa perlu berusaha untuk memiliki. Melakukan pekerjaan tanpa perlu memenuhi kehendak sesiapa. Tidur dan bangun tanpa dihantui beban. Setelah bersusah payah menyusun segala perkara berada di tempat yang dia mahu, mereka datang menyelerakkan segalanya. Maya terduduk kaku. "Kau tertanya-tanya kenapa hidup kau begini? Kau disumpah, Maya..." "Kau tak boleh memaksa diri kau masuk di tempat yang bukan milik kau." Adakah kerana rahsia? Kerana ada rahsia. Rahsia yang mengikat dan menyumpahnya. Sebesar mana pun usahanya menata hidup, segalanya akan kembali bersepah, kembali runtuh. Kerana tempatnya bukan di situ.... FORGET ME NOT -LOLLYSNOW- 2025
Langkah Pendosa by MsHadyna
MsHadyna
  • WpView
    Reads 52,457
  • WpVote
    Votes 4,589
  • WpPart
    Parts 30
[On-Going] UPDATE SETIAP HARI JUMAAT Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya yang hanyut dalam lembah dosa. Buktinya, satu peristiwa hitam menimpa Adalee berjaya menyedarkan dia kembali ke pangkal jalan. Akhirat kembali dikejar. "Syurga itu mahal. Hanya orang yang sabar mampu kecapinya." -AAHIL RAFIQI "Aku bukan orang yang sabar. Jadi neraka ke tempat aku?" -RAUDHAH MA'WA Perjalanannya tidak mudah. Beribu badai ujian Adalee perlu lalui demi ganjaran yang tertinggi di sisi Tuhan yang Maha Esa. Ini kisah seorang pendosa yang mahu mengejar destinasi terakhirnya. Raudhah Ma'wa x Aahil Rafiqi x Julian Li
NOVEL- ARIYANA JASMINE by -MISSZEROFOUR-
-MISSZEROFOUR-
  • WpView
    Reads 699
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 8
[ORIGINAL STORY BY MISSZEROFOUR - ONGOING] "Don't give me your name. Unless you want to die." -ARIYANA JASMINE "Kebelakangan ini, banyak kes pembunuhan berlaku. Namun suspect masih belum ditemui. Mayat mangsa-mangsa pula ditemui dalam keadaan yang sangat mengerikan. Pihak polis yang bertugas menjumpai satu sampul surat yang disyaki adalah surat daripada sang pembunuh yang bertulis, 'Nobody heard them screaming,'- Hell Gardener. Pihak polis telah memberikan amaran agar kita sentiasa berhati-hati, tidak kira dimana kita berada. Saya nasihatkan agar kita duduk saja di rumah. Jangan ke mana-mana. Sekian daripada saya, Nur Ashikin Binti Abdul Talib dari berita TV4."-NEWS "I'm an Angel right?"- HELLGARDERNER "Tadi..ada kawan saya yang minat sangat dekat akak datang minta autograph. Tapi dia lupa pulak nak minta akak sign buku ni."- ISAAC TAN. 'Pahal dia pulak yang datang ni? Si Babi tu ada mengadu pasal aku ke dekat mamat cina ni?'- ARIYANA JASMINE "You tak faham babe! You tak ada idola yang you betul-betul suka dan minat macam I. Kalau you ada sesiapa yang you suka sangat dan minat gila macam I ni kan, baru you faham perasaan I. You akan sanggup buat apa sahaja demi orang yang you suka dan minat tu."- SABRINA NEETA 'Dah macam Annabelle dah aku tengok make-up dia ni. Tak rimas ke pakai make-up tebal-tebal? Tu kalau dikikis bedak yang dia pakai sekarang ni.. confirm dah macam dapat sekilo tepung gandum. Tsk. Tsk. Tsk...' -ARIYANA JASMINE "Anak sial! Pergi mampuslah kau!! Kau bunuh laki aku! Kau bunuh abah kau sendiri!! Pembunuh celaka!!"-PUAN DANIA DANISHA DIAM LAH "Kau gembira lah kan sebab adik aku dah meninggal?"-MUKHAMMAD ZYAN NOOR. "I have worship you because you deserve to be worshipped, My Goddess."-HELLGARDERNER
Doa di Setiap Sujud (C) by ybiehaa
ybiehaa
  • WpView
    Reads 5,323
  • WpVote
    Votes 348
  • WpPart
    Parts 30
𝓚𝓐𝓡𝓨𝓐 𝓟𝓔𝓡𝓣𝓐𝓜𝓐 𝐅𝐚𝐢𝐳 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 & 𝐍𝐚𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 Faiz Iskandar, seorang lelaki yang sentiasa berpegang teguh pada keimanannya, melalui kehidupan dengan doa sebagai penguat semangat. Namun, ujian hidup tidak pernah berkurang. Naurah Humaira pula, seorang gadis yang polos dan pernah jauh dari agama sesekali iman nya melemah, mencari sinar hidayah untuk menebus dosa dosa nya. Ingin sentiasa beristiqamah di jalan Allah. Perjalanan hijrahnya bukan mudah, namun sujudnya kini penuh pengharapan. Pertemuan takdir antara mereka di sebuah masjid menjadi titik permulaan yang mengubah segala-galanya. "Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang benar. Kalau dia bukan untuk aku, biar aku redha. Kalau dia adalah takdirku, berikan aku kekuatan untuk menjaga." Faiz iskandar "Ya Allah, kalau dia bukan untukku... jangan biarkan hatiku tersimpan harapan. Tapi jika dia adalah takdirku... maka ajarkan aku untuk menunggu dengan sabar dan menjaga dengan doa." Naurah Humaira Dalam setiap sujud, ada doa yang tak terungkap, ada cinta yang disematkan, dan ada keajaiban yang menanti. Adakah doa mereka mampu menyatukan dua hati yang terluka? Atau, adakah takdir punya rencana lain untuk mereka? Kerana setiap doa di sujud terakhir adalah rahsia antara hamba dan Tuhannya. LAGU ; Cinta Sesungguhnya by Sabhi Saddi Rahsia Tuhan by Noh Salleh START: 28/12/24 END: 20/06/25
Rasa, dalam Diam by fanaziii_
fanaziii_
  • WpView
    Reads 191
  • WpVote
    Votes 57
  • WpPart
    Parts 9
"Kadang-kadang, ada perasaan yang datang tanpa diundang. Tanpa dijangka, tanpa dipinta. Dan kadang-kadang, kita belajar untuk mencintai tanpa memiliki, walau hati ini terus menunggu dengan diam. Ini cerita tentang Harraz, seorang lelaki yang tak pernah tahu, dan Ayra-yang memendam rasa dalam diam."
APRICITY | C by itstheqiel
itstheqiel
  • WpView
    Reads 80,684
  • WpVote
    Votes 5,837
  • WpPart
    Parts 47
【SERIES 2】 (n.) - The warmth of the sun in a cold winter's day. "Literally a carbon copy of Darwin Naufal, but with Amelda Iris's attitude" Kata-kata itu sudah terlalu biasa buatnya. Senyuman palsu, lensa kamera yang tak pernah berhenti mengekori-semuanya datang tanpa dipinta. Keterkenalan yang wujud hanya kerana dia dilahirkan sebagai anak kepada dua ikon terkenal dunia. Dean Anmir, pewaris sebuah empayar perniagaan dan anak sulung kepada pelakon lagenda, membesar dengan bayangan masa lalu ibunya yang penuh luka. Trauma melihat ibunya bertarung dengan kesempurnaan sekaligus merasakan dirinya adalah beban keluarga, menjadikannya seorang lelaki yang memendam segala rasa dan sentiasa mempersoalkan kelayakannya dalam sesuatu perkara. Perkahwinan tanpa cinta bersama Arabella Erysha bermula atas dasar saling membantu-Dean melunaskan hutang Bella, dan Bella membantunya mencari jalan untuk merawat luka emosinya. Namun, Bella tidak sekadar memenuhi perjanjiannya. Dia membawa kehangatan ke dalam hidup Dean yang dingin, menyentuh hati lelaki itu dengan cara yang tidak pernah Dean jangkakan. Walau begitu, rasa bersalah dan ketakutan terus menghantui. Hinggalah satu tragedi membuka mata Dean, memaksa dia memilih antara terus tenggelam dalam bayangan silam atau berjuang untuk kebahagiaannya bersama Bella. Mampukah Dean melepaskan masa lalu yang membelenggu dan membuka hati kepada peluang baru? Atau adakah dia akan terus membiarkan kebahagiaan itu berlalu begitu sahaja?
Dia Amanah Buatku | 𝐂 by flowerryian
flowerryian
  • WpView
    Reads 242,221
  • WpVote
    Votes 10,071
  • WpPart
    Parts 62
KARYA PERTAMA Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri. Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya. "Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna - "Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna "Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini? ⚠ cliche ⚠ typo di mana-mana ⚠ DILARANG PLAGIAT Start - 27/9/2024 End - 7/5/2025
MY DARLING DARLINA (𝐂) by flwershaee
flwershaee
  • WpView
    Reads 406,356
  • WpVote
    Votes 24,381
  • WpPart
    Parts 66
(Old Version) Kehilangan penglihatan membuatkan dunia Hendriyan tenggelam dalam sunyi yang menyesakkan. Setiap hari terasa seperti berjalan tanpa arah, tanpa harapan. Senyuman yang dulunya mudah terukir kini hilang bersama cahaya hidupnya. Hinggalah hadir Darlina, gadis yang tidak pernah jemu meminjamkan sinarnya. Suaranya menjadi penawar, sentuhannya menjadi tenang dan keikhlasannya menjadi mata untuk Hendriyan melihat dunia dengan cara yang baharu. Dia menerima lelaki itu tanpa ragu meskipun Hendriyan sendiri tidak mengerti apa yang Darlina nampak dalam dirinya. "Izinkan saya jaga awak sampai bila-bila boleh?" - DARLINA "Aku ni buta. Apa yang kau nampak pada aku ni yang kau nak sangat kahwin dengan aku, Darlina?" - HENDRIYAN "Saya nampak masa depan saya." - DARLINA Namun tanpa mereka sedari, ada satu rahsia besar yang tersembunyi di sebalik pertemuan itu. Seseorang sedang memerhati dari jauh, orang yang merancang kemalangan yang merampas penglihatan Hendriyan. Fitnah yang dilontarkan oleh pihak ketiga membuatkan Hendriyan marah dan menghalau Darlina dari hidupnya. "Aku tak tahu anak siapa yang kau kandungkan sekarang ni. Aku pun tak tahu dekat mana asal usul kau. Entah dari lorong mana Hezri cari kau." - HENDRIYAN "Abang! Abang sedar tak apa yang abang cakapkan ni? Lina tak mengandung pun!" - DARLINA Sebaik sahaja penglihatannya kembali pulih, Hendriyan nekad mencari Darlina, meskipun dia tidak tahu rupa paras isterinya. Apa yang menanti mereka? Adakah cinta mereka akan bersatu semula atau rahsia dan muslihat yang tersembunyi akan memisahkan mereka selamanya? *No plagiat allowed!!! © flwershaee, 2024