HaniQadeeja's Fav♥️
4 stories
HIS ADORABLE WIFE [OG] by bySueHerra
HIS ADORABLE WIFE [OG]
bySueHerra
  • Reads 75
  • Votes 6
  • Parts 1
Puteri Qaisarah tidak pernah menduga namanya akan terikat dalam wasiat terakhir neneknya Razif. Wasiat itu hanya ada satu syarat: jika Mohd Razif enggan menikahinya, maka seluruh harta akan jatuh ke tangan Qaisarah seorang. Razif, lelaki kacak yang sentiasa jadi rebutan, langsung tidak bersetuju. Bagi dia, Qaisarah hanyalah gadis chubby yang tidak pernah masuk dalam senarai idamannya. Namun, demi menjaga maruah keluarga... akad juga tetap dilafazkan. "Jangan perasan sangat. Aku kahwin dengan kau sebab terpaksa, bukan sebab aku nak." - Razif Qaisarah? Dia hanya tersenyum nipis, lalu membalas dengan selamba. "Baguslah, sebab aku pun tak pernah terhegeh nakkan kau. Hidup aku bukan pusingan dunia kau, Razif." - Qaisarah Santai, berprinsip dan penuh keyakinan, itulah Qaisarah. Walaupun tubuhnya chubby, kecantikannya membuatkan sesiapa saja terpikat. Dalam diam, hadir Firraz - lelaki yang melihat Qaisarah dengan mata hati, bukan mata luaran. "Aku tak nampak cacat cela pada kau, Qaisarah. Kau sempurna, dengan cara kau sendiri." - Firraz Antara ego dan cinta, Razif mula rebah. Namun persoalannya, apakah Qaisarah akan membuka pintu hatinya buat seorang suami yang hanya pernah menganggapnya beban? Atau Firraz yang terlebih dahulu sudi memuliakan dirinya sebagai wanita?
TAKDIR DUA RAHSIA [OG] by bySueHerra
TAKDIR DUA RAHSIA [OG]
bySueHerra
  • Reads 1,938
  • Votes 217
  • Parts 22
Pertemuan tanpa sengaja di sebuah kafe semasa zaman belajar pernah membuat Cahaya Hani malu besar. Duit yang hilang di kaunter hampir memerangkapnya, namun diselamatkan seorang lelaki asing bernama Hilman. Waktu itu, Hani langsung tidak mengenali siapa dia, sekadar mengingati jasa kecil yang disimpan diam-diam dalam hati. Bertahun berlalu, takdir menemukan mereka semula bukan di kota besar, tetapi di rumah seorang sahabat. Hilman hadir sebagai kawan baik Syafiq, tanpa Hani tahu lelaki itu sebenarnya masih mengingati wajah gadis yang pernah ditemuinya di kafe dulu. Mohd Hilman bin Mohd Anuar, anak orang ternama, tegas dan sukar didekati, seorang lelaki yang punya dunia tersendiri. Namun, hanya di hadapan Hani dia tiba-tiba menjadi manis dan lembut. Kejadian kecil dahulu rupanya meninggalkan kesan besar buat Hilman, sehingga membuat dia nekad untuk mendekati Hani dengan caranya sendiri. Dalam kejaran dan rahsia yang tersimpan, mereka berdua belajar bahawa takdir tidak pernah datang tanpa sebab. Pertemuan kecil mampu membuka jalan kepada kisah besar kisah antara dua jiwa yang sama-sama terluka, sama-sama menyembunyikan rahsia.
BENAR UNTUKMU [COMPLETE] by bySueHerra
BENAR UNTUKMU [COMPLETE]
bySueHerra
  • Reads 23,451
  • Votes 1,432
  • Parts 40
Nur Qayreena, gadis kampung berusia 26 tahun, hidup dalam tenang yang sederhana menjaga ayahnya yang uzur sambil meneruskan hari-hari sunyi selepas kehilangan ibu. Tamat pengajian dalam bidang perladangan, dia memilih tinggal di kampung, bukan kerana tidak mampu melangkah lebih jauh, tetapi kerana kasihnya pada ayah terlalu besar untuk ditinggalkan. Dunia Qayreena mula berubah apabila ayahnya tiba-tiba menyuarakan hasrat: "Abah nak Reena kahwin dengan anak kawan baik abah..." Bersama rasa berat dan berdebar, Qayreena mula bertanya pada diri sendiri siapa lelaki itu? Kenapa dia? Dan cukupkah waktu untuk mengenali seseorang sebelum bergelar isteri? Soalan demi soalan dilontarkan oleh Hani, sahabat yang paling setia dan prihatin: "Reena... hati kau dah sedia ke?" "Kau tahu apa-apa pasal dia?" "Sekurang-kurangnya... kau tahu dia jenis lelaki yang boleh jaga kau?" Dan Qayreena, seperti biasa, hanya mampu diam dalam resah yang belum pasti. Namun demi ayah, dia reda. Reda yang bukan bermaksud rela sepenuhnya. Pertemuan pertama mereka tak seindah drama cinta. Dengan senyuman yang entah ikhlas entah tidak, lelaki itu bersuara: "Awak betul nak kahwin dengan saya? Saya ni dah lah hensem." Muka Qayreena terus berubah. Kalau ikut hati, dia nak cakap: "Lelaki green flag ke, jangan test aku awal-awal boleh?" Namun siapa sangka, di sebalik ayat 'bajet' itu... tersembunyi seorang lelaki yang tahu menghargai, tahu memimpin, dan tahu menyayangi dengan cara paling tenang. Perkahwinan yang bermula kerana takdir keluarga itu menjadi permulaan kepada satu cerita cinta yang tidak dijangka. Adakah hubungan mereka akan kekal lama? Adakah cinta antara mereka akan menjadi sebuah cinta abadi? Dan... adakah mereka tetap meneruskan hubungan itu hingga ke hujung nyawa?