mine
13 stories
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,027,496
  • WpVote
    Votes 296,048
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,934,050
  • WpVote
    Votes 1,983
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
FARREL'S BOO©️ | TERBIT by nabilllss
nabilllss
  • WpView
    Reads 4,929,732
  • WpVote
    Votes 96,865
  • WpPart
    Parts 19
Under Series Vol I. Known as His Boo. Dedaun luka yang tetap indah, bertemu ais kutub yang dingin dan mematikan. Dua jiwa dari dunia berbeza, disatukan oleh takdir yang tidak pernah mereka pinta. Aisy Melina tidak pernah meminta untuk menjadi kuat. Namun selepas kehilangan ibu bapa, dia menjadi benteng terakhir buat adik-adiknya. Ketabahan itu teruji apabila sebuah kecuaian meragut nyawa, menghancurkan hidup yang sedia rapuh. "Adik saya mati sebab awak!" - Aisy Melina Khalaf Farrel, nama yang menjadi mimpi ngeri Aisy. Dingin. Misteri. Bermata kelam dan wajah sekeras arca. Darah Jermannya tak hanya mengukir ketampanan, tapi juga tembok beku yang sukar didekati. Sejak kematian ayahnya, Khalaf tidak kenal erti simpati. "I won't forgive and forget." - Khalaf Farrel Mereka tidak pernah mencari antara satu sama lain, namun dunia seolah-olah telah menetapkan ikatan. Tiada siapa percaya lelaki itu mampu menyimpan nama sesiapa dalam hatinya. Dia tidak memberi peluang. Apatah lagi membuka ruang. Dia ada hati ke? Namun di balik beku itu, ada bara yang menyala. Dan satu-satunya yang membangkitkannya hanyalah Aisy Melina. "You will make me need you in my life without anyone realising it," - Khalaf Farrel Sekeras mana pun seorang Khalaf, dia tetap punya titik rapuh, Aisy... dan keluarganya. Sentuh mereka... maka dunia akan melihat sisi Khalaf yang tak pernah mengenal ampun. "She's mine. If you make me repeat those words, I won't speak with my mouth, but with my hands." - Khalaf Farrel Saat bahagia dan luka mula bersatu, satu rahsia mula terbuka. Rahsia yang bisa menghancurkan segalanya. Khalaf teruji. Mampukan dia menerima kebenaran itu? Marah yang dikumpul, siapakah akan menjadi sasarannya? Aisy? Ibunya? Atau bayangan lain yang diam-diam menanti untuk memusnahkan mereka? "He chose you. And you need to know, belonging to Farrel means no harm will ever come to you." All Rights Reserved Nabillss.
KHAIR : SEEK OF LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 2,913,414
  • WpVote
    Votes 69,141
  • WpPart
    Parts 64
❣️1ST OBSESSED SERIES❣️ Umur bukan halangan seorang gadis untuk mencari teman hidup. Malah semakin berumur lelaki itu makin dia suka! Makin hot! "You ni gila la." - Izz Arman Khair "Yup. I gila-gilakan you! Jadi kekasih I jom?" - Haellyn Aryssa Pening! Dia terjatuh hati pada rakan bisnes papanya. Kerja gila jatuh cinta dengan orang yang berumur seakan-akan papanya. Tapi siapa tahu mungkin cinta akan berputik? "We're never can be together. Ingat ayat I tu sampai you mati." - Izz Arman Khair "As you wish. See you when I see you." Haellyn Aryssa --- Konflik ringan saja. Kelakar dan sweet. Matured content only🤍 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou. Cover by : @navyaae 🤍
RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 2,384,437
  • WpVote
    Votes 63,078
  • WpPart
    Parts 66
Kayla Hanania adalah seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan literary journalism atau jurnalisme sastera. Dia berminat dalam bidang jurnal. Setiap hari dia akan menulis tentang dirinya dan tentang seorang lelaki yang diidamkan dari zaman sekolah lagi.. "Abang Ridz nak pergi mana? Kayla nak itutt.." -Kayla Hanania. "Jom ikut abang.. asyik nak melekat dengan abang je budak cenonet ni.." -Ridzwan Farid. Pantang nampak 'abang Ridz' nya itu konfirm dia akan melekat sehinggakan abang sendiri dipalau. Dia mencintai lelaki itu sepenuh hati. Fikirnya ia hanya cinta monyet semata-mata namun ia adalah cinta sejati.. Lightconflict and of course really sweet like a candy. Mature content, sexy storyline, happy, Cerita ni ringan sahaja dan konflik hanya ringan. Have some content 18+🚫 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou. Cover by : @coffeeepudding
[C]✓Bidadari Tengku Hael by Faijaa
Faijaa
  • WpView
    Reads 3,016,082
  • WpVote
    Votes 125,833
  • WpPart
    Parts 59
|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa menikahi seorang gadis hanya disebabkan wasiat yang ditinggalkan atuknya sendiri, Dan itu telah menghancurkan janji yang telah dicipta dengan kekasih hati hubungan yang mereka cipta sudah berlayar 3 tahun tetapi hampir saja retak disebabkan dia yang telah menikahi gadis yang langsung tidak dikenali, Dia menikahi hanya disebabkan terpaksa... "Saya minta maaf saya tak mampu tunaikan permintaan awak..." NAYLEA SYAZAL - Sigadis cantik yang menjadi segala mangsa keadaan bukan dirinya tidak ingin meninggalkan hari pernikahan itu, Tetapi dia tidak mampu untuk mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh kakaknya sendiri, Yah kakaknya melarikan diri sewaktu hampir menikahi lelaki pilihan kedua ibu bapanya, dan dia tidak ingin kedua ibu bapanya akan merasa benda yang sama itu lagi, Disebabkan itu rasa bersalah menyelubungi hati kerana keputusan yang dibuatnya telah menghancurkan sekeping hati milik seorang gadis, Yah dia telah melukai hati kaumnya sendiri . Dugaan demi dugaan datang menghempap diri, Mampukah mereka mencapai puncak kebahagiaan? Amaran: (Sad Romance) (Emotional too heavy) (Mengandungi kekerasan rumah tangga) (Polygamy) (Mencarut) (Cringe) (18+) ⚠️ So read on your own risk ⚠️ Ofc clice hehe...
FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 1,604,348
  • WpVote
    Votes 64,652
  • WpPart
    Parts 77
Apabila Angel bertemu Devil, keadaan berubah serta merta. Fawwaz Naufal, seorang anak lelaki beragama Islam yang kuat agamanya ketika masih kanak-kanak namun dia berubah 100% selepas dia berpindah ke luar negara. Arak.. kelab.. bercumbu.. berpeluk.. itu adalah mainannya. Sudah bertahun-tahun terjerumus dalam dosa tanpa rasa bersalah. Sehinggalah suatu hari, dia bertemu semula dengan jirannya iaitu pengurus tahfiz sewaktu dia kecil dulu. Dan semuanya masih sama kerana dia masih tidak mengubah dirinya. Sampai la satu masa, dia terjumpa dengan seorang gadis yang mampu mengubah dirinya.. "Abang.. Fawwaz..." - Aleena Safeeya. "My angel.. apa khabar?" - Fawwaz Naufal Gadis itu adalah anak kepada pengurus tahfiz iaitu Haji Saqeef. Keadaan jadi berubah apabila hati Fawwaz mula terusik setelah berinteraksi semula dengan gadis itu. Mampukah Fawwaz mengubah dirinya demi cinta? Ataupun dia bakal menyerah kerana dia sudah terbiasa dengan kehidupan sosialnya? Masih ada banyak rahsia diantara Fawwaz dan Safeeya.. mampukah mereka berdua menyimpan rahsia mereka sendiri? Lightconflict, sweet, nakal dan kelakar. Harsh words, romance and sexy storyline. Mature content alert🚫 This story rating 18+🔞 No censor words or action. Read at your own risk✨ ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Just be yourself. Thank you.
RAYN ILHAM ✔️ by ESYAMAI
ESYAMAI
  • WpView
    Reads 777,702
  • WpVote
    Votes 24,045
  • WpPart
    Parts 61
2nd Story ❤ Rayn Ilham Umar Al-Khalid RAYN ILHAM, dia seorang gadis. Ye gadis, jangan hanya melihat pada namanya. Dia cukup lengkap memiliki ciri-ciri seorang wanita melayu terakhir. UMAR AL-KHALID, lelaki ini hidupnya terlampau serius dan penuh dengan disiplin. Penyatuan 2 keluarga menemukan mereka berdua. Bila Rayn yang tak berapa nak berdisiplin ni jumpa dengan Umar, apa jadi agaknya. "selipar ni tak tahu letak kat rak ke?? "-Umar "nanti nak guna la. "-Rayn "nanti ke, esok ke. Letak kat rak. Sekarang!! "-Umar Ala-ala tentera kan??? Tapi memang betul pun. Umar tentera. Dia adalah laskar muda TLDM. Rayn yang sememangnya nakal dan suka mengusik Umar yang beku. Tahan ke Umar dengan perangai Rayn. "abang nak cakap apa?? "-Rayn "aku akan kahwin dengan kau. "-Umar Rayn memandang Umar, tidak percaya. "tapi, aku takkan putus dengan Zahra. "-Umar Bahagia yang baru sekejap bertandang, kini pergi. Bahagia buat mereka, hanyalah sementara. "lepas kan Rayn. Ini yang terbaik untuk kita. "-Rayn Ye benar, jika itu yang terbaik. Apa mereka boleh lakukan.
SEIF by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 460,223
  • WpVote
    Votes 43,598
  • WpPart
    Parts 25
Bermula dari janji dan kepercayaan, masa depan seorang gadis dipertaruhkan oleh ayahnya sendiri. Si abang yang buntu mengambil pilihan mencari pelindung buat adiknya.
KARINA  by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 1,412,255
  • WpVote
    Votes 50,210
  • WpPart
    Parts 52
COMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama Tengku Kaizer keturunan diraja dari Kerajaan Grandbell. Hidup sebumbung bersama Tengku Kaizer membuatkan Karina mampu menghasilkan satu hipotesis untuk lelaki itu: Semakin Karina mendekat semakin Tengku Kaizer berusaha menjauhkan diri. Namun, Karina tetap nekad untuk cuba mendekati Tengku Kaizer kerana dia percaya takdir Tuhan. Ya, Karina yakin!