Best Reading
123 stories
SILENT BETRAYAL  | C | by THERHEIYERIN
THERHEIYERIN
  • WpView
    Reads 206,851
  • WpVote
    Votes 5,499
  • WpPart
    Parts 45
"Sometimes, the deepest wounds come from the quietest betrayals." Dia - Zayyan Emir, lelaki dingin yang menguasai dunia korporat dengan ketegasan dan prinsip. Tiada ruang untuk cinta, tiada tempat untuk wanita dalam dunianya yang penuh aturan dan reputasi. Namun hidupnya berubah drastik bila satu tuduhan menjatuhkan maruahnya - dituduh mengandungkan seorang wanita asing. Wanita itu muncul dalam hidupnya bukan dengan senyuman, tapi dengan kandungan yang memboyot dan linangan air mata. Fitnah itu datang dari adik kandungnya sendiri. Zayyan tidak mahu mendengar penjelasan. Dia hanya mahu menebus maruah. Maka perkahwinan paksa pun terjadi. Wanita itu, Arianna Liyana, kini sah isterinya - tapi dalam hatinya, dia hanya 'hukuman'. Arianna terperangkap dalam perkahwinan yang tidak pernah dimintanya. Dipandang hina, dilayan tanpa hati, dan dituduh membawa aib. Namun dia tetap bertahan - demi anak yang tidak bersalah. Dan perlahan-lahan, retak pada dinding hati Zayyan mula terbuka. Dia mula melihat cinta dalam diam Arianna. Dia mula menyayangi anak yang bukan darah dagingnya. Tapi saat cinta ingin mekar... Kebenaran akhirnya terbongkar. Dan segalanya mungkin sudah terlalu lambat.
PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED] by sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Reads 3,957,896
  • WpVote
    Votes 152,752
  • WpPart
    Parts 79
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya dan memiliki seorang anak. Bekas isterinya langsung tidak mahu bertanggungjawab menjaga Jabir, anak tunggal mereka menyebabkan dia terpaksa mencari babysitter untuk anak mereka. Kausar Umaiyah - seorang gadis yang masih muda tetapi terpaksa korbankan usia mudanya untuk menjaga ibunya yang uzur. Satu peristiwa mempertemukan mereka berdua. Pada awalnya Thaqif sekeras-kerasnya membenci Kausar. Baginya gadis itu mahu mengambil kesempatan pada keluarganya. Kau ingat aku percaya kau?? Entah entah kau nak ambik kesempatan dekat family aku - Thaqif Even pakcik dah jumpa family saya, pakcik still tak percaya saya ke?? - Kausar Namun dia terpaksa mengambil Kausar sebagai babysitter anaknya sementara dia dapat mencari babysitter yang baharu. Cara layanan Kausar terhadap anaknya membuatkan hatinya mula tersentuh. Tanpa diduga, perasaan cinta muncul secara tiba tiba namun dia masih menafikan. Sehingga hatinya mula terdetik untuk meluahkan perasaannya pada gadis itu. Kau dan Jabir separuh nyawa aku. Jika salah seorang hilang, maka tak lengkap la kehidupan Thaqif Jabar - Thaqif Jabar Kemunculan bekas isterinya semula membuatkan fikirannya bercelaru. Bersama dengan bekas isterinya semula atau bersama yang baharu? Masih cintakah dia pada bekas isterinya? START - 22/2/2023 END - 29/4/2023
RAID IRDINA by roese_rosy
roese_rosy
  • WpView
    Reads 519,730
  • WpVote
    Votes 26,268
  • WpPart
    Parts 85
Kerana satu wasiat dari ibunya Raid Ehsan sanggup pulang ke negara kelahirannya. Menuntut wasiat yang diamanahkan padanya. Kerana satu janji dan juga amanah dari kakaknya, Sara Irdina sanggup mengetepikan cita-citanya demi janji yang sudah dibuat itu. Ikhlasnya hati berpegang teguh dengan janjinya. Dua insan berbeza namun punya matlamat yang sama. Namun adakah matlamat itu menyatukan mereka atau sebaliknya? Raid dan Irdina dua insan yang bakal bertemu.
MAYA (COMPLETED) by nurfazzy
nurfazzy
  • WpView
    Reads 158,668
  • WpVote
    Votes 7,126
  • WpPart
    Parts 28
Kenangan lama menghantui Maya Bella dengan kaum Adam. Dia hanya perlu dua adam saja dalam hidupnya. Adam Khair & Khair sendiri. Dua adam yang menghidupkan semula seorang Maya. Tapi sekarang seorang adam lagi cuba datang mendekat. Mampukah Maya menepis dengan muka kejung dia seperti biasa? Adam yang satu ni cukup pakej. Romantik, baik, penyabar, alim, kacak, kaya. Dan penting sekali nama dia Adam. Dan Adam ini suka nyanyi lagi kegemarannya. Bila Maya cuba menerima. Adam yang ini menarik Maya ke zaman kehancuran buat Maya fikir dua kali. Perlukah dia tambah seorang 'Adam' lagi dalam hidupnya?
JANNAH (COMPLETED) by nurfazzy
nurfazzy
  • WpView
    Reads 282,080
  • WpVote
    Votes 9,903
  • WpPart
    Parts 24
Keras hati Jannah kerana sejarah. Sejarah yang buat dia kuat sampai sekarang. Tidak mudah dia teruskan hidup. Bila Khair ceraikan dia tanpa sebab. Bila Khair pisahkan dengan anak yang baru lahir. Bila syarat Khair letak agar jangan cari anak dan suaminya. Jannah redha. Itu ketentuan dia. Takdir dia Tapi bila kebenaran terlentang. Khair datang menuntut semula. Hati Jannah sakit. Sakit dengar punca dia dibiarkan terkapai-kapai sebelum ni. "I tak sangka semurah itu kepercayaan you... Thank god you ceraikan I sebab I tak perlukan cinta suami tanpa kepercayaan. Stop sending all those money. I don't need that! I bukan kahwin dengan you sebab duit. But that stupid damn love! Ugh! Stupid me."
𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐁𝐚𝐲𝐮 𝐙𝐢𝐤𝐫𝐢  by teddysss
teddysss
  • WpView
    Reads 926,891
  • WpVote
    Votes 38,834
  • WpPart
    Parts 91
"Meow~meow~" -𝐙𝐈𝐊𝐑𝐈 "Hishhh! Boleh tak jangan kacau saya lagi? Rimaslah! Lagi satu, saya ni bukan kucing! Tak payah nak meow meow dekat saya!" -𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 "Sorry la kitten, hmm? Punggung kau tu ha, geram aku tengok. Kiri, kanan, kiri, kanan. Macam punggung kucing kalau tengah berjalan. Apa orang panggil? Ha! Catwalk! Grrrrr, meow!" -𝐙𝐈𝐊𝐑𝐈 "LELAKI GILA!!! SAYA BAGITAHU ABANG SAYA!!!" -𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃 𝐁𝐀𝐘𝐔 𝐙𝐈𝐊𝐑𝐈, Sahabat baik kepada Rafael Shakeel Zavfier. Personaliti jejaka itu juga tidak saling tumpah seperti Rafael. Sahabat baiklah katakan. Namun, dia bukanlah seorang mafia seperti sahabatnya itu. Sebaliknya, salah seorang ahli kongsi gelap yang menjalankan pelbagai aktiviti haram di serata negara. Dadah. Arak. Penyeludupan manusia. Senjata haram. Pembunuhan. Itu adalah makanan hariannya. 𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐋𝐒𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐘𝐀𝐇, Satu-satunya bunga di antara adik beradiknya yang lain. Masih remaja dan muda. Mempunyai raut wajah yang lembut dan cantik seperti ibunya. Tetapi, garang dan comel. Dijaga dan dilindungi ibarat menatang minyak yang penuh oleh abang-abangnya yang lain. Namun, tanpa gadis itu sedari, ada seorang lagi lelaki yang sentiasa 'menjaga dan melindungi' dirinya dari jarak yang jauh. Berkali-kali Zikri cuba meraih perhatian Raihana dengan pelbagai cara. Bunga, coklat malah emas permata turut ditawarkan kepada gadis itu. Namun, tidak dibalas. Dan akhirnya, dia nekad menculik Raihana dan dibawa pulang ke kurungannya. Namun, di dalam jagaannya, tidak pernah sekalipun gadis itu dicederakan ataupun dikasari. Dan lama kelamaan, bait-bait cinta mula berputik sehingga satu peristiwa yang merubah segalanya. "𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢, 𝐢𝐭𝐮 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐚𝐤𝐮"
Isteri Hanya Atas Kertas ✅ by Fajrina0213
Fajrina0213
  • WpView
    Reads 59,364
  • WpVote
    Votes 1,045
  • WpPart
    Parts 57
Pertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas katil sebab kita akan tidur berasingan. Dan lagi satu, kau hanya isteri atas kertas je. Kau sebenarnya tak layak jadi isteri aku dan jadi ibu kepada anak-anak aku nanti. Aku kahwin dengan kau pun sebab papa je." _Mukhriz "Saya minta maaf. Saya penyebab awak dengan girlfriend awak tak dapat kahwin. Dan saya sedar...saya tak layak untuk berada disamping awak. Awak jangan risau...selepas setahun kita kahwin, saya akan pergi jauh dari awak. Itu janji saya." _Maisara "Okay. Memandangkan semua ada dekat sini, Riz nak beritahu yang Riz nak kahwin dengan Zahra." _Mukhriz "Mukhriz!! Kamu cakap apa ni. Kamu sedar tak yang kamu dah ada Sara. Sekarang ni kamu nak duakan dia. Rissa...bawa kak Sara kamu keluar dulu." _Dato' Azman. Adakah Maisara akan dianggap isteri hanya atas kertas sepanjang hayat dan perkahwinan mereka berkekalan?
Ku Milikmu by Bulan_Jingga11
Bulan_Jingga11
  • WpView
    Reads 7,126
  • WpVote
    Votes 130
  • WpPart
    Parts 32
Kau baik Izzah, tapi kenapa hati aku tiada pada kau - Farid Haikal. Kenapa mesti dia lelaki yang aku cintai! - Nurul Izzah. Nurul Izzah sentiasa berharap jikalau cinta yang muncul di hatinya kepada Farid Haikal itu akan berbalas namun pemuda itu rupanya tidak pernah menoleh ke arahnya. Bagi Farid, Nurul Izzah hanya gadis biasa yang tiada tempat di hatinya. Disaat Nurul Izzah meluahkan perasaannya kepada Farid, barulah dia sedar hati suaminya masih kosong kepadanya, tiada sayang, tiada juga cinta hanya tanggungjawab yang rupanya menjadi penghubung di antara mereka. Lelah dan malu, Nurul Izzah mengambil langkah untuk pergi. Ironinya disaat itulah Farid mulai menoleh ke arah Nurul Izzah, melihat cinta yang selama ini dihalangnya untuk datang mengetuk pintu hati. Mampukah sebuah cinta yang tidak pernah wujud akhirnya bersemi? Atau perasaan yang diangankan selama ini hanya akan tinggal akan tinggal angan-angan?
CIKLET: Bila Aku Masih Milikmu by ziyanaiaqilla
ziyanaiaqilla
  • WpView
    Reads 49,551
  • WpVote
    Votes 614
  • WpPart
    Parts 37
Perkahwinan yang dibina atas nama cinta yang terukir bertahun lamanya harus berakhir bahagia bukan? Perkahwinan itu seharusnya kekal hingga ke hujung nyawa. Tetapi, kenapa semua ini harus terjadi kepada dia? Ilee Sahara tidak menyangka yang dia akan dikhianati sebegini. Terlukanya hatinya, sampai hati dia diperlakukan sebegitu sekali oleh Fahmi, lelaki yang dicintainya selama ini. Lalu, apa pilihan yang Ilee ada? Haruskah dia pergi walaupun terseksa? Namun Fahmi Ilham enggan jua melepaskannya atas dasar sayang. Jadi kalau sayang, kenapa harus begini? Cintailah aku, bila aku masih milikmu. Hak Cipta Terpelihara Terbitan ini dicadangkan sesuai untuk pembaca berumur 16 tahun ke atas.
Dalam Luka Ada Kamu by TyaAzzahra_
TyaAzzahra_
  • WpView
    Reads 28,558
  • WpVote
    Votes 1,498
  • WpPart
    Parts 48
Mungkin aku dan kau tidak menyatu tapi kisah kita menjadi saksi kita pernah bersatu. - Haura Malaiqa, seorang wanita yang bertugas sebagai pembantu peribadi buat Tengku Rayyan. Atas layanan yang berbeza terhadap Haura Malaiqa, pembantu yang lain jadi cemburu buta dan mengatakan Haura Malaiqa sanggup menjual tubuhnya pada Tengku Rayyan agar dirinya dijadikan ratu oleh Tengku Rayyan. "Oh... sekarang aku baru faham. Kau bukannya takut sebab mummy dan daddy aku tahu pasal hubungan kita ni, kan?" "Apa maksud Tengku?" "Kau takut Ryaz tahu pasal hubungan kita ni, kan?" Hubungan apa yang Tengku Rayyan dan Haura Malaiqa punyai? Rahsia apa yang Tengku Rayyan dan Haura Malaiqa cuba sembunyikan? Adakah ianya benar seperti yang dikatakan pembantu lain? "Aku akan kahwin dengan Kamelia kalau itu yang kau mahukan." "Terima kasih, Tengku. Lepasni saya tak akan susahkan hidup Tengku lagi dan saya harap Tengku hargai Cik Kamelia." "Kau tak payah risau. Aku akan jadikan dia ratu aku dan dia yang layak jadi ratu di dalam hati aku." Sakit? Setentunya sakit tapi Haura Malaiqa sedar akan kedudukannya. Siapalah dia berbanding Kamelia yang seribu lebih jauh berbeza darinya? Dirinya hanya sekadar pembantu yang layak duduk di dapur. Sejauh manakah Haura Malaiqa perlu bertahan rasa sakit itu? Benarkah Tengku Rayyan sudah bisa menggantikan dirinya ditempat hati lelaki itu?