Imhayshah's Reading List
2 stories
YOU ARE THE ONLY ONE | C by florvenenosaa
YOU ARE THE ONLY ONE | C
florvenenosaa
  • Reads 3,620
  • Votes 638
  • Parts 46
Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya mulakan.. Daena Ifarina, seorang gadis yang cantik akan tetapi dia adalah seorang gadis yang sering di benci oleh orang tuanya sendiri akibat di tuduh cuba untuk membunuh satu satunya adik lelaki yang dia miliki sewaktu umurnya 7 tahun. Dia juga akan di dera apabila melakukan kesalahan terhadap kedua orang tuanya. Hazen Thufail, seorang lelaki yang tinggi dan berkerjaya dia juga merupakan seorang anak lelaki yang di berikan kasih sayang cukup daripada ibu bapanya, Dia mempunyai adik perempuan yang bernama Hazel Thaura. Dua beradik itu telah di besarkan dengan cukup baik sehingga mereka tidak pernah merasakan di benci atau membenci antara satu sama lain. "kau terlalu mengejar cendera yang gemerlapan, sehingga kau lupa ada baskara yang selalu mendoakan" -Hazen Thufail- "sekali aku menyukai langit, maka aku akan terima segala cuacanya" -Daena Ifarina- ⚠️ idea yang tertulis di karya ini 100% dari kepala otak saya. jika tersama dengan penulis penulis yang lain itu hanyalah satu kebetulan. biasalah otak manusia ni pikiran ade yang sama dan juga tidak..saya memohon maaf jika ada kekurangan. saya juga manusia biasa yang tak lari dari buat kesilapan dan saye juga ade banyak kurangnya..sekian dari saya❤️🙆‍♀️ HAPPY READING AWAK AWAK SEMUA..LOVE YOU ALL💘 'Man Jadda Wajjada' start: 25 jun 2024 end: 23 feb 2025
The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | C by fiqalynaaa
The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | C
fiqalynaaa
  • Reads 544,076
  • Votes 18,972
  • Parts 66
Tengku Ayyash Hakimi | Ivy Adelia Ivy Adelia. Anak tunggal kepada Dato Aqhar Qayyed dan Datin Inara Alisa, hidupnya bagaikan tuan puteri semua apa yang dia mahu pasti ditunaikan. Ibu bapanya memang melayan dia dengan penuh kasih sayang! Tapi disebabkan satu kemalangan, hidup Ivy mula berubah 180 darjah. "Ivy, Ivy kena janji dengan Daddy yang Ivy boleh berdikari tau." - Dato Aqhar Qayyed Tambahan lagi selepas kemalangan tersebut, Ivy hilang satu persatu harta peninggalan Dato Aqhar. Bermulalah hidup Ivy seperti manusia normal yang lain, kerja dari pagi hingga ke malam dan rutin itu mungkin akan berterusan sampai bila-bila... Mungkin? Dalam tidak sedar dia sebenarnya diperhatikan oleh 'seseorang'. Muncul pula 'Hero Of The Night' Ivy, Tengku Ayyash Hakimi. "Dah dua kali aku selamatkan kau." - Tengku Ayyash Hakimi Siapa sangka lelaki itu juga sebenarnya mempunyai muslihat tersendiri mendekati Ivy. "Kenapa Awak nak sangat tolong saya, Tengku Ayyash Hakimi?" - Ivy Adelia "Sebab aku dah diberi tanggungjawab, tanggungjawab untuk jaga kau sampai nyawa aku terhenti." - Tengku Ayyash Hakimi Namun tanpa Ivy sedari, Tengku Ayyash menyembunyikan satu rahsia yang besar, yang mungkin akan mengubah perasaan wanita itu terhadapnya dalam sekelip mata. "One day... I will tell you the truth, Ivy Adelia" - Tengku Ayyash Hakimi "This is the biggest hidden lies ever that happen in my life, Tengku Ayyash Hakimi." - Ivy Adelia Apakah rahsia penipuan yang disembunyikan oleh Tengku Ayyash selama ini? Siapakah pula dalang bagi semua masalah ini? Start : 30th nov 2023 End : 11th march 2024