eiymee's Reading List
193 stories
DIA CINTA YANG LUAR BIASA  by wrtr_unknown
wrtr_unknown
  • WpView
    Reads 708
  • WpVote
    Votes 139
  • WpPart
    Parts 31
Mengisahkan pertemuan dua hati setelah lama menyepi. Pertemuan mereka berdua yang terakhir semasa mereka masih menjengah usia yang dikategorikan sebagai kanak-kanak. Khadeeja Diandra. Sebaris nama yang indah dan cantik sama seperti tuan badannya. Kemalangan yang berlaku beberapa tahun yang lalu telah menyebabkan Khadeeja dibenci oleh mummy nya sendiri kerana tragedi itu telah meragut nyawa suaminya. Oleh kerana merasa kasihan akan nasib cucunya, Dato' Hisyam berbincang dan membuat keputusan bersama-sama disepakati oleh Halina untuk mengahwinkan Khadeeja. Dato' Hisyam mula terdetik di hati dan berkenan untuk menjadikan anak pemandunya sebagai suami kepada cucunya itu. Namun sayangnya, Euzayr Eusoff telah mempunyai seseorang di hati. "Kalau along cakap along tak nak kahwin,adik percaya?" - Euzayr Eusoff "A-along tak bersedia lagi nak galas tanggungjawab ni. Lagipun along dah ada pilihan sendiri" Walaupun dia menafikan perasaannya, namun lama kelamaan timbul bibit cinta di antara mereka berdua. Sudah pun mempunyai pilihan hati, namun Euzayr tetap bersetuju apabila dia dijodohkan dengan Khadeeja. Dengan alasan, mahu mengenang jasa. "Namun, ada suatu hal yang membuatkan hatinya terpikat dengan Khadeeja. Hadirnya gadis itu seolah-olah menutup segala kekurangan yang ada pada dirinya. Dia lah cinta yang luar biasa buat Euzayr Eusoff. Tolong vote selepas baca ya... Terima Kasih❤️💐
Bila Isteri Bukan Pilihan by Bobagameplay
Bobagameplay
  • WpView
    Reads 134
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 8
Nadia Sofia, wanita yang sempurna di mata manusia - cantik, sopan, isteri yang setia. Tapi di mata suaminya, dia bukanlah cinta sebenar. Perkahwinan mereka dibina atas pilihan keluarga, bukan pilihan hati. Danial Ariff, suami yang berjaya, tetapi hatinya terikat pada wanita lain - Alya Irdina, wanita bebas dan mempesona yang bukan isterinya. Namun, dalam diam, Danial tetap kembali kepada Nadia... mungkin kerana tanggungjawab, atau mungkin kerana ada sesuatu dalam dirinya yang masih belum difahami. Nadia sedar, dirinya bukan tempat pertama di hati Danial. Tapi dia masih berdiri, cuba setia, walaupun hatinya sendiri semakin retak. Antara cinta yang dibayar dengan air mata, dan kasih yang datang tanpa diundang - Nadia berjuang untuk mencari harga dirinya semula. Danial pula mula keliru - semakin dia mendekati Alya, semakin dia terpesona dengan kesabaran dan keteguhan Nadia. Dan dalam celah-celah dosa dan luka, wujud rasa yang membuatkan dia sendiri tersentak: "Adakah aku baru jatuh cinta... dengan isteriku sendiri?" Sebuah kisah tentang cinta yang tidak sempurna, obsesi yang melukakan, dan kekuatan seorang wanita yang belajar untuk mencintai dirinya lebih daripada segala-galanya.
Kontrak Cinta Kita © by nurulshazliyana
nurulshazliyana
  • WpView
    Reads 1,562,280
  • WpVote
    Votes 37,171
  • WpPart
    Parts 41
Darwinsyah Filza & Tengku Iqram Zikri. Terpaksa bernikah atas untuk menutup malu adik kembarnya, Tengku Iqram Fikri yang lari semasa hari pernikahannya. Walaupun tidak disukai oleh Filza, namun perlu diterima juga. Zikri percaya bahawa cinta yang kedua tidak seteruk pertama, jadi dia membuka peluang untuk filza merebut hatinya kembali melalui ' kontrak cinta ' Berjayakah filza merebut hati suaminya itu ? Apakah makna kontrak cinta itu ? Rank : #34 in Romance by 26 Nov 2017
C | His Mine Qasy Hayyan  by FluffSnowflakes
FluffSnowflakes
  • WpView
    Reads 22,890
  • WpVote
    Votes 529
  • WpPart
    Parts 36
Blind date partner ? Pekerjaan separuh masa untuk seorang gadis yang bernama Roseanne Carlissa . Dia hanya perlu memikirkan cara untuk merosakkan Blind date klien yang telah pun diaturkan oleh keluarga mereka. You know what that you will regret after this....you don't even know who I am - Dato' Qasy Hayyan I never lose with anyone..what I want , I get it..Simple as ABC .Take it easy..- Roseanne Carlissa Aku tak nak kau buat kerja gila macam ni lagi..Macam mana kalau kau terjatuh hati pada diaorang Carliss ? - Meisya Hayla Karya Keempat ✓ Thank you for your Support & Votes ❤️ Enjoy Reading Guys ~
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 419,745
  • WpVote
    Votes 17,698
  • WpPart
    Parts 48
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
Hati Yang Telah Mati by mayssy_
mayssy_
  • WpView
    Reads 8,838
  • WpVote
    Votes 396
  • WpPart
    Parts 35
Rumah tangga yang dahulunya bahagia kini bertukar sunyi hanya kerana mereka belum dikurniakan zuriat, sang suami malah berkahwin lain dan mengabaikan isterinya sehinggalah satu hari mereka dikurniakan zuriat namun nama yang diberi kepada anaknya adalah nama yang diberi oleh isteri baru lelaki itu. "Comelnya Riyaz. Tak sia-sia ibu Dian suruh papa bagi nama Riyaz Ikhmal." - Dian Irina "Apa hak kau nak beri nama pada anak aku?!" - Hazel Aireen Kerana satu perbalahan antara Hazel dan Dian, Hazel sanggup memarahi suaminya dek kerana memberi nama yang diberi oleh Dian. Dia ingatkan nama itu adalah nama yang diberi oleh suaminya kerana nama itu terpancul keluar dari mulut sang suami. Malah nama itu bukan lah nama yang dipilih oleh suaminya. Setelah beberapa bulan muncul seorang lelaki yang mahu menolongnya. "Andai masa bisa putar kembali, tolong jangan sakiti hati ini." - Hazel Aireen "Aku terima nikahnya...." - Furqan Dzulfiqar "Tolong kembali pada abang." - Ray Hadi Dek kerana asyik diganggu oleh bekas suaminya, Hazel pergi membawa diri serta anaknya Riyaz dengan pertolongan suami barunya ke negeri orang iaitu Terengganu. "Izinkan hubby jaga qamari dan Riyaz buat kali yang terakhir?" - Furqan Dzulfiqar "Abang akan ceraikan Dian kalau itu yang Hazel mahukan." - Ray Hadi "Hati ni... Hati yang telah mati!" - Hazel Aireen. Jika hati telah mati masih adakah rasa cinta terhadap bekas suaminya? Antara suami barunya dan bekas suaminya, siapakah yang menjadi pilihan wanita itu? Saksikan, Hati Yang Telah Mati.
Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [TERBIT] by Estellesses
Estellesses
  • WpView
    Reads 493,324
  • WpVote
    Votes 3,670
  • WpPart
    Parts 7
Fayyadh Al-Hakim Amilya Cassandra Will they fall in love? Mampukah Fayyadh menjaga perempuan yang beku seperti Amilya? Bolehkah abangnya, Adryyan Cassondra menyorokkan kerja sebenar mereka berlima? Atau semua ini akan berakhir dengan pengetahun Amilya?
Kerana Dia Jodoh Aku (NEW VERSION)                                       (EBOOK) by Feeatyka
Feeatyka
  • WpView
    Reads 121,772
  • WpVote
    Votes 758
  • WpPart
    Parts 7
Leftenan Ash Amry bin Dato' Seri Amir Azhan Seorang Airforce yang berpangkat Leftenan dan dia juga CEO kepada syarikat milik keluarganya. Menyambung legasi bapanya dalam pada masa yang dia juga bercadang membuka syarikat sendiri bersama sahabat baiknya Aus Athari. Mereka telah lama bersahabat baik dan Aus Athari juga seorang bekas tentera udara. Satu hari, Aus meminta bantuan adiknya Aisy Aufa untuk menghadiri mesyuarat bagi menggantikan dia. Pertemuan pertama Aisy Aufa bersama Ash Amry tidaklah seindah yang disangka. "Puas pegang dada aku?" -Ash Amry- "Excuse me? You cakap dengan I ke?" -Aisy Aufa- "Dah tu, kau nampak aku cakap dengan lif ke?" -Ash Amry- Kerana pertemuan itu cukuplah hanya sekali Aisy berjumpa dengan lelaki sombong itu. Tanpa diduga, sekali lagi mereka dipertemukan kerana Aus Athari meminta adiknya untuk membantu sahabat baiknya itu membuat satu proposal. Awalnya Aisy membantah tetapi tidak sampai hati pula melihat abangnya yang kesuntukan masa itu. "You yakin you nak teruskan buat proposal ni dengan I?" -Aisy Aufa- "Kenapa? Atau sebenarnya kau suka buat kerja separuh jalan?" -Ash Amry- "Hurmm..kita tak mulakan apa-apa lagi pun En. Ash. Baru aje start discussion.." -Aisy Aufa- "Aku tak suka buang masa Aisy. Kau dah mulakan dengan aku dan aku nak kau juga habiskan proposal ni dengan aku. Jangan cuba nak lari.." -Ash Amry- Tanpa sedar, dari hari ke hari hubungan mereka semakin baik. Sejauh mana hubungan mereka? "Janji dengan aku tunggu aku.." -Ash Amry-
LUKE ARYANA by ayinss
ayinss
  • WpView
    Reads 182,173
  • WpVote
    Votes 7,440
  • WpPart
    Parts 29
Bila kau sudah jadi milik aku, Selamanya kau tetap akan jadi milik aku. Luke Bryan Lee. Jejaka yang disegani ramai orang. Seorang ahli perniagaan yang berjaya..dia ada segala-galanya, hanya petik jari saja segala benda yang dia mahukan sudah ada depan mata. Tapi hatinya masih kosong.. Dia perlukan gadis itu untuk memenuhi ruang hati ini. Cintanya pada gadis itu tidak pernah padam walaupun sikit..dia mahukan gadis itu dan dia mahukan gadis itu selamanya. Nur Aryana Maisarah. Seorang gadis manis. Bekerja di syarikat yang ternama. Dia tidak mempunyai apa-apa dalam hidupnya..keluarga mahupun harta. Apa yang dia mahukan, dia perlu berusaha keras.. Cinta? Dia sudah ada cinta dan masih menunggu kepulangan cintanya. Hanya dia yang bertakhta dihati.
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz by nu_haina
nu_haina
  • WpView
    Reads 1,343,838
  • WpVote
    Votes 49,076
  • WpPart
    Parts 74
Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin dengan dia boleh?" "Siapa dia?" "Suami kau, Kasyaf." - Dhiya Medina terdiam apabila mendengarkan permintaan dari Dhiya. Hatinya hancur. Sampai hati Dhiya, sahabat baiknya sendiri. "Saya takkan boleh buat awak gembira. Perkahwinan ni hanya angan-angan awak sendiri." - Kasyaf "Saya tahu." "Kalau awak tahu kenapa awak nak kahwin dengan saya?" "Saja." - Dhiya Peritnya hanya Dhiya yang tahu, sakitnya hanya Dhiya yang tahu. Dia cuma ingin sedikit kasih dan sayang dari lelaki itu. cc: cover by tsweetestrain-