hwyrahhh's Reading List
168 stories
LAST FORMULA  by Missyuki12_
Missyuki12_
  • WpView
    Reads 4,938
  • WpVote
    Votes 319
  • WpPart
    Parts 26
Hector Braselton X Nur Eira Dalam dunia Formula 2 yang penuh kelajuan dan perhatian media, Hector Braselton ialah pelumba muda Sepanyol yang berbakat tetapi dingin, angkuh dan sukar untuk didekati. Hidupnya mula berubah apabila dia bertemu Nur Eira, seorang model tangan dan pemilik kafe yang langsung tidak terpesona dengan nama besarnya. Pertemuan pertama mereka di Litar Sepang bertukar menjadi pertengkaran apabila Eira tanpa sengaja menghalang laluannya. "Are you blind? Move, ahora mismo!" marah Hector. Eira berkerut dahi. "What did you just say?" Hector mengeluh geram. "I said move. You're blocking my way." "Oh, sorry. I didn't know the track belongs to your royal highness." "Dios mío... you're really annoying." "And you're really arrogant." Namun takdir menemukan mereka sekali lagi apabila mereka terpaksa menjadi model kempen bersama untuk sebuah jenama besar. Hector yang tidak biasa dicabar mula berdepan dengan seorang wanita yang langsung tidak takut melawannya, manakala Eira mula melihat sisi lain lelaki yang selama ini hanya dikenali sebagai pelumba sombong. Tetapi apabila dunia perlumbaan, tekanan media dan rahsia lama mula menghampiri mereka, mampukah dua hati yang sering bertembung ini mengakui perasaan yang semakin berkembang?
Bunga Pilihan Takdir by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 54,908
  • WpVote
    Votes 4,859
  • WpPart
    Parts 30
Hamra dalam doa, dia dalam nyata...
ENTWINED DESTINY by whosliyaaa_
whosliyaaa_
  • WpView
    Reads 409
  • WpVote
    Votes 37
  • WpPart
    Parts 16
"Perkahwinan mereka bermula dengan kontrak. Namun hati mereka tidak pernah mengikut syarat yang ditetapkan." Bagi Ian Lutfi, perkahwinan hanyalah satu persetujuan yang mempunyai tarikh tamat. Tiada cinta, tiada janji sehidup semati, dan tiada ruang untuk perasaan. Namun kehadiran Melur Nayla dalam hidupnya perlahan-lahan mengubah segala-galanya. Walaupun hubungan mereka hanya berlandaskan kontrak, layanan Ian terhadap Melur sering membuatkan ramai tertanya-tanya. Lelaki itu sentiasa memastikan setiap keperluan Melur dipenuhi, mengutamakan kebahagiaannya dan melindunginya tanpa pernah diminta. Di sebalik sikap dingin yang dipamerkan kepada orang lain, Ian mempunyai sisi yang tidak pernah diketahui sesiapa. Dia mungkin tidak pandai mengungkapkan kata-kata cinta, tetapi setiap tindakannya seolah-olah membuktikan sesuatu yang berbeza. Manakala Melur pula cuba menjaga batas hatinya. Dia sedar perkahwinan itu mempunyai pengakhiran yang telah ditetapkan sejak awal. Namun semakin hari berlalu, semakin sukar untuk dia membezakan antara tanggungjawab seorang suami dan perasaan yang sebenar. Apabila kontrak itu semakin hampir ke penghujungnya, satu persoalan mula menghantui mereka berdua. Adakah semua yang berlaku hanyalah sebahagian daripada perjanjian yang telah ditandatangani? Atau tanpa mereka sedari, cinta telah hadir jauh lebih awal daripada yang mereka sangkakan? Dalam sebuah perkahwinan yang dibina tanpa perasaan, mampukah dua hati yang semakin rapat melepaskan satu sama lain apabila masa yang dijanjikan tiba?
Kerana Memilih Dia  (OG) by nd1naraa
nd1naraa
  • WpView
    Reads 1,094
  • WpVote
    Votes 66
  • WpPart
    Parts 29
Bagi Jasmin Aulia ,membuat pilhan bukanlah perkara yang mudah.Jasmin hanya mahu hidup tenang,tapi kehidupannya terasa bergolak bila hadirnya beberapa orang membawa erti yang berbeza. Jasmin terikat dengan kisah silam yang masih menghantui ,rasa takut untuk memilih ,bimbang tersilap langkah yang akan merobek hati sendiri dan melukai hati yang tak bersalah. Kerana memilih dia bukan sekadar tentang cinta.Ia pertaruhan masa depan.Antara pergorbanan,keikhlasan dan kesetiaan. SLOW UPDATE❗❗❗
Takdirku Bukan Kita | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 88,899
  • WpVote
    Votes 3,965
  • WpPart
    Parts 20
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
A PERFECT MATCH [COMPLETED] by Nayverse02
Nayverse02
  • WpView
    Reads 4,241
  • WpVote
    Votes 224
  • WpPart
    Parts 61
Hud Farith seorang jejaka yang tenang, hidupnya hanya berkisarkan lakaran, tapak pembinaan dan komputer. Soal hati? Dia tidak pernah mencari kerana hatinya telah dicuri si gadis sejak mereka kecil, yang pernah memenuhi kehidupan hariannya. Namun dengan kehadiran semula Sera Quinne dalam hidupnya membuatkan hatinya kembali bersinar dan tenangnya mulai goyah. Sera Quinne pula, seorang wanita yang hidupnya sempurna. Dia mampu membina empayarnya sendiri dengan kedai bakerynya, dikelilingi keluarga dan rakan yang menyokongnya sepenuh hati. Kehidupannya mulai berubah saat satu rancangan yang di buat oleh Tan Sri Salehhuddin iaitu daddynya sendiri. "Apa semua ni daddy? Kenapa daddy yang meminta agar mereka terbitkan cerita tu? Ke daddy sengaja nak kahwinkan baby dengan Hud?" "Daddy dah banyak kali tutup mata. Hud adalah calon yang tepat" Perkahwinan dan keadaan membuatkan dirinya membenci akan Hud di dalam hidupnya kerana baginya jejaka itu hanya mengambil kesempatan keatas dirinya. "Dasar munafik" Hud hanya senyum kerana ada hal yang Sera tidak tahu akan dirinya, dia juga mangsa dalam keadaan ini. Mampukah mereka mengecapi bahagia? Akan kah ada sinar di kehidupan mereka yang mulanya dipaksa oleh keluarga? Kerana redha bukan hanya di bibir... ianya perlukan kekuatan di hati agar ianya menjadi ikhlas dengan kehidupan yang dia jalani.
HALF LOVE HAYDEN [REVAMP] by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 1,256,780
  • WpVote
    Votes 10,733
  • WpPart
    Parts 8
Hayden Muqriz pernah menjadi lelaki di sebalik kejayaan Draxen Holdings. Seorang pemimpin yang disegani, sehingga satu kemalangan dua tahun lalu meragut sebahagian besar ingatannya dan memisahkan dia daripada dunia yang pernah dia bina. Kini, dia kembali ke pejabatnya.Namun kepulangannya membawa satu kebenaran yang sukar diterima. Syarikat yang pernah menjadi miliknya sudah berubah, adiknya, Zayden, menyimpan terlalu banyak rahsia, dan seorang wanita bernama Elmira Yasmeen muncul membawa tuntutan terhadap janji yang pernah diberikan kepadanya. Bagi Hayden,Elmira hanyalah seseorang yang berkait dengan kehidupan adiknya. Seseorang yang mungkin menjadi sebahagian daripada pengkhianatan yang berlaku ketika dia tiada. Namun semakin banyak rahsia terbongkar, semakin sukar untuk dia membezakan antara dendam dan perasaan. Demi membalas segala yang telah dirampas daripadanya, Hayden membuat keputusan untuk mengikat Elmira dalam sebuah perkahwinan. Tetapi dia tidak pernah menyangka wanita yang ingin dia jadikan alat untuk membalas dendam itu akan menjadi satu-satunya orang yang mampu mengubah hidupnya. "Sepatutnya aku benci kau, Elmira Yasmeen. Tapi kenapa semakin aku cuba menjauh, semakin aku rasa kau satu-satunya orang yang aku perlukan?" -Hayden Muqriz "Awak boleh marah saya, Hayden. Awak boleh benci saya kalau itu buat awak rasa lebih baik... tapi jangan pernah suruh saya pergi. Sebab saya dah terbiasa ada dekat sisi awak." -Elmira Yasmeen Antara dendam yang belum terlerai dan cinta yang tidak pernah dirancang, Hayden Muqriz bakal belajar bahawa tidak semua perkara yang hilang perlu dicari semula... kerana ada yang kembali untuk mengubah seluruh hidupnya. "Love doesn't need a reason, no one know how and why they fall in love, and now i'm in love with you" - HAYDEN MUQRIZ REVAMP EDITION start : 18 febuarary 2023 end : 26 july 2023
TAKDIR CINTA LUFYA by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 44,940
  • WpVote
    Votes 4,448
  • WpPart
    Parts 32
STATUS: ONGOING Lufya Elaina x Irzan Qashfi Lufya Elaina dan Irzan Qashfi adalah dua jiwa yang pernah terluka disebabkan cinta. Namun definisi cinta bagi mereka berdua adalah berbeza. Bagi Lufya Elaina cinta itu membodohkan, kerana luka tercipta dari sesorang yang dianggap istimewa. Bagi Irzan Qashfi pula cinta itu membahagiakan, kerana cinta memberikan rasa yang sukar untuk diungkapkan dengan kata kata. Perwatakan Lufya yang garang dan anti lelaki buatkan Irzan tertarik untuk mengenali gadis comel itu lebih dekat. Walaupun ditolak mentah mentah, namun Irzan tak berputus asa. Katanya dia sukakan cabaran. "Luf, you tak rasa ke jodoh kita kuat? Kat mana I pergi mesti terserempak dengan you?" -IRZAN QASHFI "Stop calling me Luf, I tak suka!" -LUFYA ELAINA "Okay shorty grumpy cheeky boom boom." -IRZAN QASHFI "Benci betul lah dia ni. You ni memang annoying kan!" -LUFYA ELAINA Awalnya Lufya rimas dan annoying dengan sikap tak tahu malu Irzan, namun tanpa sedar ianya mula menimbulkan rasa aneh yang sudah lama terkubur. "You kena lupakan apa yang dah lepas. Stop revisiting your past. You berhak bahagia Lufya Elaina." "Till now it hurts Qash. Dia boleh hidup bahagia tanpa rasa bersalah, sedangkan I masih berjuang dengan rasa trauma dan sakit yang tak berpenghujung." -LUFYA ELAINA "Then let me heal every broken pieces of you Luf. Let me love you the right way. I promise, I will show you what real love looks like." -IRZAN QASHFI Berjayakan Irzan Qashfi mendapatkan cinta Lufya Elaina, kerana cinfa Lufya sudah habis di orang lama. Mungkinkah TAKDIR CINTA LUFYA bakal menyatukan mereka atau sebaliknya? Started date - 17/6/25
He's My Cruel Husband Kasyaf Ezzahar  by lemonadefitt
lemonadefitt
  • WpView
    Reads 366
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 1
he's my series 7 Kasyaf Ezzahar ~ Eshal Nur Imann "Nanti dah besar, abang janji abang akan kahwin dengan Eshal." -Kasyaf Ezzahar Janji itu termertrai tanpa memikirkan bahawa ianya akan ditepati atau tidak. Bohong lah jika Eshal tidak meletak harapan setinggi gunung. "Abang syaf janji?" Eshal "Janji." Namun, tidak sempat menginjak ke alam remaja, atas tugasan orang tua yang harus berpindah, mereka harus berpisah. Kasyaf pergi bersama janji yang dia ucapkan. Dan Eshal, setia menunggu. Eshal, nama terindah yang diberikan oleh sang ibu. Namun, kisah hidupnya tidak seindah nama yang diberi. Setia menunggu si dia yang memberi janji. Entah mengapa, dia percaya akan janji yang termetrai. 15 tahun berlalu. Dan tuhan seakan menjawab segala doa yang Eshal langitkan. Dikala hati mahu beralah, mereka dipertemukan di dalam kapal terbang yang sama. "Ladies and gentleman. This is your captain speaking. Captain Kasyaf." -Kasyaf. Sorot mata yang suram akhirnya berubah sinar tatkala sebaris nama itu menghentam sistem pendengarannya. Senyuman yang luntur kembali mekar bahagia. "Abang syaf? It's that you?" -Eshal "Sorry, who are you young lady?" -Kasyaf Hati bagai disiat. Jadi, penantiannya selama ini adalah sia-sia? "Abang syaf tak kenal eshal?" -Eshal "Nope. Just go away from me. I'm someone boyfriend." -Kasyaf Eshal tidak beralah. Masih lagi mahu menakluki hati si jejaka. Baginya, janji harus ditepati. "Tapi abang dah janji dengan Eshal yang abang nak jadikan Eshal isteri abang." -Eshal "Kids promise? Jangan buat aku ketawa lah Eshal." -Kasyaf
BLACK CONTRACT by ieraajay
ieraajay
  • WpView
    Reads 13,065
  • WpVote
    Votes 1,140
  • WpPart
    Parts 29
Rayyan Malik 🖤 Ariana Zafira ​Ditangkap basah? Bukan. Dijodohkan keluarga? Jauh sekali. Ariana Zafira terpaksa menyerah diri menjadi isteri kepada seorang CEO Malik Tech Industries semata-mata demi menyelamatkan ibu saudaranya. Kehidupan Ariana Zafira berubah 180 darjah dalam sekelip mata apabila dia dijerat oleh sebuah 'Kontrak Hitam' yang dirancang rapi. Demi menyelamatkan maruah dan bebanan yang menghimpit keluarganya, Ariana terpaksa bersetuju untuk mengikat tali pernikahan dengan seorang lelaki yang sangat membenci dirinya. Rayyan Malik merupakan seorang jutawan muda terkemuka. Baginya, perkahwinan ini hanyalah satu transaksi. Sebuah jalan mudah untuk melunaskan dendam yang lama terbuku di hati. Mereka bagai anjing dengan kucing. Ariana Zafira dengan kedegilannya yang pantang dicabar, manakala Rayyan Malik dengan perangai diktatornya yang suka mengarah. Sesiapa sahaja pasti akan cemburu melihat Ariana Zafira yang bakal berkahwin dengan Rayyan Malik, seorang CEO muda yang kacak dan kaya-raya. Tetapi bagi Ariana, perkahwinan kontrak itu ibarat mempertaruhkan seluruh hidupnya kepada seorang lelaki yang tidak pernah menjanjikan cinta. Namun di sebalik pintu yang tertutup, siapakah yang akan tewas terlebih dahulu dalam permainan kontrak ini? Adakah perkahwinan ini akan berakhir dengan pembalasan dendam, atau penyembuhan bagi dua jiwa yang terluka? Adakah cinta bakal menewaskan ego, atau takdir silam akan kembali menghancurkan segalanya? "SATU LAFAZ..MENGUBAH SELURUH TAKDIR" Start : 31 May 2026 End :