TBR Complete
56 stories
Selamanya Dia by Nayloura
Nayloura
  • WpView
    Reads 493
  • WpVote
    Votes 30
  • WpPart
    Parts 38
Orang kata, pelangi muncul selepas hujan. Namun berapa lamakah perlu untuk menunggu hujan berhenti? Seperti perjalanan hidup Nur Amelia , anak perempuan kepada Encik Harun. Berasal daripada keluarga yang serba kekurangan, menyebabkan ibunya pergi meninggalkan mereka. Dari kecil hidupnya seperti 'hujan' Ya, boleh kata itu adalah salah satu ujian terbesar untuknya walaupun dia ketika itu masih kecil. Membesar tanpa figura seorang ibu adalah suatu perkara yang semua orang tidak mahu terjadi. Syed Khalid, lelaki yang patuh dengan keinginan, prinsip dan matlamatnya. Dia menyinggah sekejap cuma dalam kehidupan Nur Amelia, tetapi sudah berani menyuarakan kehendak hatinya untuk memperisterikan Nur Amelia. Namun, semuanya bertukar kacau bilau disebabkan kehadiran ibu Nur Amelia. Kerana satu kesilapan silam ibunya, telah buatkan Syed Khalid tawar hati terhadap seluruh keluarga Nur Amelia termasuk gadis itu. "Aku tak suka diperbodohkan. Kalau aku dah benci, sampai mati aku akan benci!" - Syed Khalid Kebencian yang tertanam dalam hati Syed Khalid merupakan duri-duri yang ditaburkan di setiap perjalanan hidup Nur Amelia. Berselisih sedikit dengan duri tersebut, alamatnya dia yang terluka. Perkahwinan didirikan dengan kebencian serta dendam. Dilayan tidak seperti seorang isteri. Jiwanya hancur. Malah memberikan Nur Amelia jalan mati. Bercerai tiada dalam kamus Syed Khalid. Kehilangan ibu itu satu hal, tetapi apalagi yang lagi besar berbanding perlu menjadi tempias kebencian Syed Khalid hanya kerana silap ibunya yang dia tidak pernah kenal dari kecil. Sungguh dunia sangat kejam padanya. Namun dia masih mengharapkan sebuah keajaban.
Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE) by Realfiraahmad
Realfiraahmad
  • WpView
    Reads 474,326
  • WpVote
    Votes 13,229
  • WpPart
    Parts 41
Pengorbanan bagi seorang gadis yang bernama LAILA yang sanggup menunaikan permintaan terakhir Ibu Saudaranya untuk mengahwini dengan seorang Ahli Bomba. "Apa syarat dia?" "Kau kena kahwin dulu"-HAKIM "Apa?? tak nak aku.."HAIRUL RIZQI "Ehh. Tadi nak sangat jaga Laila kan." Tetapi, Hairul mempunyai kisah silamnya dengan bakal tunangnya. Adakah Hairul mampu menerima Laila untuk menjadi peneman Hidupnya? Adakah Laila setuju dengan permintaan yang mengejutkan itu? Jadi, untuk mengetahui cerita selanjutnya. Teruskan membaca Cinta Dari Abang Bomba ya
Bersulam Cinta (C) by mrshakita
mrshakita
  • WpView
    Reads 68,010
  • WpVote
    Votes 483
  • WpPart
    Parts 7
(♡Karya Ketiga♡) Hidup Nurin Qasrina bahagia bersama suami dan anak kembarnya. Namun, bahagia itu tidak lama setelah mereka mengalami kemalangan jalan raya dan suami serta anak kembarnya meninggal. Sejak kemalangan itu, pergerakannya terbatas. Hidupnya sunyi sepi tanpa arwah suami dan anak kembarnya. Sehinggalah dia sembuh dari kemalangan tersebut. Dia harus bangkit demi kelangsungan hidupnya. Ibubapanya serta keluarga banyak berjasa terhadap dirinya. Mereka yang banyak berikan perhatian sepanjang dia sedang berjuang untuk teruskan hidup setelah kemalangan itu yang sudah memasuki hampir 2 tahun itu. Pertemuan dengan jejaka tampan merangkap kawan baik sepupunya itu, membawa lembaran baru dalam hidupnya. Raez Iskandar yang sikapnya penuh berkarisma itu telah membuat hati Nurin Qasrina terpaut. Mampukah Nurin Qasrina buka pintu hatinya buat insan yang bernama lelaki.
When Valen Falls In Love -completed by ariana_arahman
ariana_arahman
  • WpView
    Reads 30,854
  • WpVote
    Votes 902
  • WpPart
    Parts 58
Damien tidak pernah merancang untuk jatuh cinta. Jasmin Adira pula tidak pernah menyangka lelaki yang menyelamatkannya akan menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Di sebalik pertemuan yang kelihatan biasa, hadir sebuah hubungan yang mengajar mereka tentang kepercayaan, pengorbanan dan cinta. Namun, apabila kehidupan mula membawa mereka ke arah yang tidak pernah dijangka, mampukah mereka terus berpegang pada perasaan yang sama?
The Fatih's Court by Drizellla
Drizellla
  • WpView
    Reads 450,742
  • WpVote
    Votes 26,591
  • WpPart
    Parts 78
[COMPLETED] Court series 3 - 2023 "Ini lah kubur kau, bodoh! Gali sekarang!" Engku Fatih hilang sabar. Bang! Cangkul disepak ke arah Ezarra dan nyaris-nyaris terkena Ezarra yang masih menikus di depannya. Bergetar jari runcing itu mencapai batang cangkul tersebut. Melihat kemarahan Engku Fatih, Ezarra fikir kerja tak masuk akal ini tanpa mustahilnya lagi. Peluh merecik hebat ke dahi dikesatnya laju dengan telapak tangan. Selepas itu, barulah tangannya mula berkerja atas arahan dan permintaan Engku Fatih tadi "Dalam dunia ni, kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lelaki yang telah tenggelam dalam dendam dan egois sejak umur enam tahun. Engku Fatih, bukanlah seorang romeo berpujangga. Buta terhadap cinta, obses terhadap prinsip. Tak ada siapa yang menyedarkan. Engku Fatih hanyut dan terus hanyut sehingga menghakim insan yang tidak bersalah tanpa belas kasihan. Disitu, Engku Fatih mulai sedar dendam itu adalah prinsip yang telah memusnahkan dirinya sendiri.
Bukan Milik Abadi | C by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 74,091
  • WpVote
    Votes 5,730
  • WpPart
    Parts 62
BUKAN MILIK ABADI BY VIEPIXXA Siapa sangka dalam diam, ada dendam yang belum lunas. Kehidupan Fieqa yang dulu serba cukup hancur sekelip mata apabila nama baik keluarganya tercalar. Sewaktu cuba melarikan diri dari masalah, dia tersasar ke wilayah milik seorang lelaki misteri. Pemilik resort itu menahan Fieqa seakan ada kisah silam yang belum selesai antara mereka. "Lepaskan saya dulu dan saya akan pastikan saya bayar hutang tu dekat awak!" -FIEQA AYLARA "Pilih. Tetap terkurung di sini selamanya atau bebas sebagai isteri aku?" -QAYREL IZDAM Bagi Qayrel, memiliki Fieqa adalah keperluan demi rancangannya. Bagi Fieqa pula, menjadi milik lelaki itu adalah hukuman terberat. Kebencian menjadi permulaan lalu mereka terperangkap dalam permainan perasaan. Siapa jatuh cinta dulu, dia yang kalah. "Saya bagi awak pilihan. Kalau awak masih nak saya jadi isteri awak, buang dendam tu. Kalau awak lebih pilih dendam, ceraikan saya." -FIEQA AYLARA Apabila rahsia lama akhirnya terbongkar, masih adakah ruang untuk mereka memperbaiki segalanya atau semuanya sudah terlambat? "Dia bukan milik abadi dalam hidup aku." DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
Betrayal (C) by FaneaNeaa
FaneaNeaa
  • WpView
    Reads 340,103
  • WpVote
    Votes 16,140
  • WpPart
    Parts 97
[FINAL ROGUE SERIES] READ AT YOUR OWN RISK!!!! He doesn't speak much, but when he moves,everything changes! Emiir Hadif Vs Nhea Camelia BERMULA: 25 OCT 2025 BERAKHIR: 6 APR 2026 Disclaimer: Any resemblance to other stories, whether in reality or existing works, is entirely coincidental and unintentional. Do not copy my works without my permission. Plagiarism is a crime!
Belong To You (C) by mrshakita
mrshakita
  • WpView
    Reads 32,521
  • WpVote
    Votes 1,164
  • WpPart
    Parts 44
(♡Karya Kelima♡) Perkahwinan yang diatur keluarga, buat Tengku Faiq Farhan dan Tengku Maya Alisa bersatu. Disebalik perkahwinan itu, ada dendam yang ingin dilaksanakan. Kau ingat aku suka sangat dengan perkahwinan ini! - Tengku Faiq Farhan. Tak suka putuskan, tak payah buat teruk. - Tengku Maya Alisa. Tengku Maya Alisa hairan, kenapa Tengku Faiq Farhan berubah menjadi dingin dengannya. Bagai anjing dan kucing lagi lagaknya, asyik berbalas mulut. Kerana satu peristiwa, Tengku Maya Alisa bawa diri jauh dari semua orang. Bila dia dah bersedia pulang ke samping keluarga, terpaksa menyamar jadi perempuan yang tidak bertudung kepada bertudung. Pertemuan kembali dengan suami yang membawa luka dalam hidupnya. Macam-macam ujian yang Tengku Maya Alisa lalui, akan tetapi terlunaskah dendam Tengku Faiq Farhan buatnya. Atau ada yang perlu di korbankan lagi?
CINTA SEPUTIH SALJU (C) by Nisak2911
Nisak2911
  • WpView
    Reads 2,921
  • WpVote
    Votes 287
  • WpPart
    Parts 67
Snow White retelling dengan gaya dewasa, gelap dan tragis. Di Kerajaan Arvandale yang gemilang, Puteri Serena membesar dalam dunia yang sempurna dan terjaga. Saat usianya menginjak sembilan belas tahun, Raja Alestan menganjurkan sebuah majlis tari-menari untuk menghimpunkan kerabat diraja dan bangsawan dari empat kerajaan, dengan harapan Serena akan memilih calon suami yang sesuai. Namun di tengah gemerlapan istana, hanya seorang putera yang benar-benar mencuri perhatiannya, Putera Aurelian, lelaki yang memilih untuk berbual ketika yang lain berebut mengajaknya menari. Semuanya kelihatan sempurna sehinggalah Raja Alestan mangkat secara tiba-tiba. Difitnah cuba meracuni ibu tirinya sendiri, Serena dihumban ke penjara bawah tanah. Dengan bantuan seorang pembantu istana, dia melarikan diri ke Hutan Larangan, tempat yang dipenuhi rahsia dan bahaya. Tempat yang menyimpan rahsia gelap dan tidak pernah memulangkan sesiapa yang masuk ke dalamnya. Di situ, dia bertemu enam penjaga yang ngeri dan seorang lelaki misteri, Alaric, yang dinafikan kewujudannya kerana rupa fizikalnya. Tanpa disedari, langkah Serena ke Hutan Larangan membuka tabir rahsia yang mampu menggoncang bukan sahaja Arvandale, tetapi seluruh benua. Apabila kebenaran menuntut harga, antara kebebasan dan tanggungjawab, pilihan manakah yang sanggup Serena korbankan?