smile
200 stories
MELUR MAYSARA : PATAHNYA SAYAP MALAM (C) by PLUMERIANA
PLUMERIANA
  • WpView
    Reads 27,470
  • WpVote
    Votes 1,816
  • WpPart
    Parts 106
Melur Maysara ialah seorang jururawat yang dikenali dengan senyuman dan sifat cerianya. Di sebalik kelembutan itu, tersimpan sebuah rahsia hitam tentang dosa silam yang tidak pernah dia berani ceritakan kepada sesiapa. Enam tahun lalu, Maysara dibuang oleh keluarganya sendiri dan hidupnya berubah sepenuhnya sejak seorang nenek angkat menemukannya dalam keadaan hampir kehilangan segalanya. Sejak itu, Maysara belajar untuk hidup dengan masa lalu yang sentiasa menghantui. Tan Sri Nazmie pula seorang usahawan korporat yang disegani. Namanya sering menjadi sebutan kerana kejayaannya membina empayar perniagaan dan sumbangan besarnya kepada masyarakat. Namun di sebalik imej lelaki berjaya itu, hatinya telah lama mati. Pengkhianatan isterinya, Catherine, memaksanya membesarkan Clarissa seorang diri dan menguburkan sepenuhnya kepercayaan terhadap cinta. Bagi Nazmie, perkahwinan hanyalah tanggungjawab bukan lagi tempat untuk perasaan. Takdir mempertemukan dua jiwa yang sama-sama terluka ini dalam sebuah ikatan perkahwinan rahsia tanpa cinta, tanpa janji bahagia, hanya keperluan dan sebab yang tidak pernah didedahkan kepada umum. Namun apabila masa lalu Maysara mula terbongkar satu demi satu, tembok yang dibina Tan Sri Nazmie mula retak. Mampukah seorang lelaki yang menganggap cinta telah mati membuka kembali pintu hatinya? Dan mampukah Maysara bertahan apabila rahsia yang selama ini disimpannya mengancam untuk memusnahkan perkahwinan yang baru bermula? Atau perkahwinan rahsia itu hanya akan menjadi luka yang kedua buat mereka berdua? Start : 1/1/2026 End : 14/4/2026
AYLA MALAIKA : Dia Pergi Untuk Kembali (C) by PLUMERIANA
PLUMERIANA
  • WpView
    Reads 18,766
  • WpVote
    Votes 1,091
  • WpPart
    Parts 77
Dia cinta. Dia tunggu. Tapi dia juga yang ditinggalkan tanpa sebab. Ayla Malaika tak pernah berhenti mencintai Eyyash Asadel... walaupun lelaki itu berkali-kali menolak dirinya. Namun saat dia akhirnya memilih untuk melepaskan, hidupnya diuji lagi... perkahwinan yang dibina hancur, kepercayaan dikhianati, dan maruah dipijak tanpa belas. Ayla bangkit. Dengan luka. Dengan anak kecil di sisi. Dan saat dia sudah tidak lagi berharap... lelaki yang pernah pergi itu kembali. Kali ini, bukan untuk lari... tetapi untuk menuntut cinta yang pernah dia tinggalkan. Persoalannya... masih adakah hati itu untuk dia? Start : 15/4/2026 End : 25/ 5/ 2026
Gibran: Shattered Trust [C] by missnobodyz
missnobodyz
  • WpView
    Reads 251,089
  • WpVote
    Votes 8,056
  • WpPart
    Parts 74
Gibran Ghazi x Nur Arabella Kharisa 3rd The Dementors Series Perkahwinan antara Gibran Ghazi dan Nur Arabella Kharisa bukanlah atas dasar cinta, tetapi hasil aturan keluarga. Dahulu, mereka adalah musuh abadi di Universiti Arkadia, sering bertelingkah dalam setiap pertemuan. Namun, demi menjaga nama baik keluarga, mereka akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan. Bella, seorang wanita yang tabah dan penyayang, berusaha menyesuaikan diri dalam perkahwinan tanpa cinta ini. Dia berharap, seiring waktu, Gibran akan membuka hatinya. Namun, Gibran masih terperangkap dalam bayangan cinta pertamanya. Tanpa pengetahuan Bella, hubungan masa lalu antara Gibran dan cinta pertama lelaki itu menjadi duri dalam perkahwinan mereka. Apabila kebenaran terbongkar, Bella merasa dikhianati oleh suami yang paling dipercayainya. Hatinya hancur, dan kepercayaannya musnah. Gibran, yang selama ini tidak menghargai perasaan Bella, akhirnya sedar bahawa cintanya hanya untuk Bella. Namun, segalanya sudah terlambat. Bella telah lelah berjuang sendirian dalam perkahwinan ini. Kini, Gibran berdepan dengan penyesalan yang mendalam. Dia ingin menebus kesilapannya dan memenangi semula hati Bella. Namun, adakah Bella masih bersedia memberi peluang kedua, atau perkahwinan mereka hanya tinggal kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan?
Qayl Noah: Lover of Mine [C] by missnobodyz
missnobodyz
  • WpView
    Reads 502,933
  • WpVote
    Votes 16,761
  • WpPart
    Parts 88
Qayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - Eden Faeq "Why not?" - Qayl Noah Qayl Noah, si playboy kampus yang terkenal dengan pesonanya, menerima cabaran daripada Eden Faeq untuk membuatkan seorang gadis nerd jatuh cinta kepadanya. Bagi Qayl, ini hanyalah satu lagi permainan untuk membuktikan kehebatannya dalam menawan hati wanita. Namun, gadis yang menjadi sasaran pertaruhannya, Aurora Nelly, bukanlah seperti yang disangkakan. Di sebalik penampilan nerdnya, Aurora menyimpan pelbagai rahsia yang membuatkan Qayl semakin tertarik dan keliru. "Do that again, I swear you will regret it, Tengku Qayl Noah. Try me." - Aurora Nelly Semakin Qayl mendekati Aurora, semakin dia terjerat dalam permainan yang diciptanya sendiri. Perasaan yang mula tumbuh dalam hatinya membuatkan dia mempersoalkan niat asal pertaruhan tersebut. "Kenapa aku rasa aku yang kena game?" - Qayl Noah Adakah Qayl akan meneruskan pertaruhan itu, atau adakah dia akan memilih untuk mengikuti kata hatinya? Dan apakah rahsia besar yang disembunyikan oleh Aurora yang mampu mengubah segalanya? -- Start : 14/1/2024 End : 25/12/2024
BIDADARI BUAT SEMENTARA(SLOW UPDATE) by hxzwa_hw
hxzwa_hw
  • WpView
    Reads 1,525
  • WpVote
    Votes 43
  • WpPart
    Parts 1
﷽ [First Book] ARIYA LIYANA X TENGKU HAYDER LUITH "Saya tak mampu beri hadiah yang mewah macam orang lain berikan pada awak tapi saya harap hadiah ni akan berguna untuk awak dimasa akan datang."ARIYA LIYANA start: 28/1/26 End: ********
Sementara [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 189,408
  • WpVote
    Votes 6,498
  • WpPart
    Parts 106
"Doesn't make sense la kalau kita kahwin Nabil." Nabil tenung Darwina. "Aku tahu ni kerja gila. Tapi aku serius." "Kau serius apa?" "Kahwin dengan kau." Muktamad keputusan gila aku. Kahwin dengan kawan tunang sendiri. Apa yang nak jadi lepas ni belakang cerita. Mungkin orang boleh cakap aku gila. Kahwin dengan kawan tunang sendiri? Tapi kalau keadaan yang memaksa? Sekarang aku dah mula terperangkap. Adakah janji yang aku akan pegang? Atau hati?
BIARKAN HATI MENCINTAI by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 336,668
  • WpVote
    Votes 11,255
  • WpPart
    Parts 55
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?
Syed Aryan : His Bright Bloodlines 2 [COMPLETE] by TheNovel1206
TheNovel1206
  • WpView
    Reads 829
  • WpVote
    Votes 53
  • WpPart
    Parts 33
Dilarang menggunakan nama character tanpa kebenaran, Dilarang meniru sama sekali setiap jalan cerita yang telah dipaparkan disini. Hak Cipta Terpelihara, Copyright Reserve 📢🚫 Soundtrack for Syed Aryan: His Bright Bloodlines 🎼: Ernie Zakri - Korban Sinaran cahaya yang akhirnya telah terjalin diantara Syed Aryan dan Aira Syafrina bukanlah jawapan kepada seluruh kebahagiaan yang telah dianggap berkekalan apabila kehadiran Rafique Shahrizal yang telah berjaya dibebaskan dan dibuktikan tidak bersalah dengan membawa harapan yang tetap bertekad dalam mendapatkan Aira Syafrina dalam hidupnya terus mengukir sebuah ancaman dengan agenda yang lebih besar Di sisi lain, Rafique Shahrizal yang turut mempunyai sejarah lama yang masih lagi belum diceritakan terus membuatkan dirinya bersaksikan sebuah kehancuran yang akhirnya telah terjadi dalam hidupnya tetap membuatkan dirinya tidak pernah berhenti daripada mengenali sesebuah erti dendam yang tiada kesudahan Pengkhianatan demi pengkhianatan bakal tercetus membawa sebuah kemusnahan yang lebih besar, namun Syed Aryan yang percaya akan kekuatan cinta bertekad untuk mempertahankannya daripada sebuah keruntuhan yang mampu meragut kebahagiaan keluarganya Namun, mampukah Syed Aryan Bin mempertahankan "Sinaran Mahligai Disebalik Bayangan Kegelapan" yang masih lagi belum terhenti? Start : 09/07/2025 End : 22/07/2025 All Chapters : 30 Chapters
RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 2,637,870
  • WpVote
    Votes 67,616
  • WpPart
    Parts 66
Kayla Hanania adalah seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan literary journalism atau jurnalisme sastera. Dia berminat dalam bidang jurnal. Setiap hari dia akan menulis tentang dirinya dan tentang seorang lelaki yang diidamkan dari zaman sekolah lagi.. "Abang Ridz nak pergi mana? Kayla nak itutt.." -Kayla Hanania. "Jom ikut abang.. asyik nak melekat dengan abang je budak cenonet ni.." -Ridzwan Farid. Pantang nampak 'abang Ridz' nya itu konfirm dia akan melekat sehinggakan abang sendiri dipalau. Dia mencintai lelaki itu sepenuh hati. Fikirnya ia hanya cinta monyet semata-mata namun ia adalah cinta sejati.. Lightconflict and of course really sweet like a candy. Mature content, sexy storyline, happy, Cerita ni ringan sahaja dan konflik hanya ringan. Have some content 18+🚫 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou. Cover by : @coffeeepudding
Duri di antara kita [OG] by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 685,301
  • WpVote
    Votes 537
  • WpPart
    Parts 1
Revamp version