vrrniva
Sebagai komando elit, Shahzein Bin Seiful sudah biasa dengan misi berbahaya, strategi peperangan, dan medan pertempuran. Dunia yang dipenuhi peluru dan kekerasan bukan lagi perkara asing baginya. Tetapi kali ini, keadaan lebih rumit daripada yang dijangka.
Walaupun Zein tu pendiam, tapi dia cepat faham orang.-Harezz Ezwan
Hannah Syakeilla, seorang guru di sekolah swasta, tidak pernah menyangka dirinya akan terperangkap dalam dunia penuh bahaya. Dia hanya mahu menjalani hidup biasa, tetapi semuanya berubah apabila satu insiden menjadikan dia sasaran. Namun, takdir punya cara tersendiri untuk mengubah segalanya.
Awak tak penat ke membebel seharian? -Shahzein
Bila satu insiden mencetuskan sesuatu yang lebih besar, Hannah mula terperangkap dalam permainan yang bukan miliknya tanpa disedari. Dan dalam permainan ini, tiada siapa boleh dipercayai.
Ena cuma nak well-dressed kalau jumpa dengan abang Shah... -Hannah Syakeilla
Di sebalik semua kekacauan, ada seseorang yang sedang merancang langkah terakhirnya.
Let's see who'll get the last pieces of the puzzle, CHARLIE. -Keith Lawrence
Dendam. Cinta. Konspirasi. Hidup ini bagaikan sebuah puzzle. Siapakah yang akan mendapat serpihan puzzle yang terakhir untuk melengkapkan sebuah puzzle?