mawar_177
Siapa sangka pertemuan mereka berdua menjadi bala kepada mereka . Arsyad dan Mirabella. mempunyai keluarga yang merahsiakan sisi gelap mereka tersendiri, namun itu tidak menghalang mereka untuk mempunyai hubungan persahabatan.
Florence, Itali.
Romeo dan Juliet sangat terkenal di negara itu. Sama juga seperti pasangan ini.. bagaikan Romeo dan Juliet. Tetapi rasa itu hanya dirasai oleh Arsyad sahaja. Mirabella? Dia hanya menganggap hubungan rapat itu hanya sebatas teman.
"Kawan.. hmm kawan mesti akan berkorban segalanya kan? Aku janji.. untuk kau, aku korbankan semua nya walaupun dengan nyawa aku sekalipun."
-Mirabella Luisa-
"Aku tak perlukan pengorbanan kau.. aku tak suka hutang budi dengan budak kecik"
-Arsyad Adryan-
Kemalangan yang tidak dapat dielakkan membuktikan pengorbanan seorang kawan. Salah satu nyawa harus terkorban.
Dapat kah mereka menerima takdir yang telah tertulis? Mampu kah mereka melawan takdir?
Persoalan itu masih tidak terjawab.
"Aku akan dera kau set*n! Sebab kau adik aku mati!"
Siapa pula jejaka ini yang tiba-tiba muncul di kehidupan baru seorang Mirabella. Fikiran nya semakin kusut!