Tunggu Terbit
2 stories
Duda Limited Edition (EBOOK) oleh Mell_Mariann
Mell_Mariann
  • WpView
    Membaca 54,648
  • WpVote
    Vote 1,381
  • WpPart
    Bab 14
Firdaus cuma lelaki biasa yang mahukan rumahtangga bahagia. Tapi sayang perkahwinan pertamanya musnah ditengah jalan. Ekoran malu dan tak mahu dipersalahkan. Tiga tahun dia diamkan diri dari keluarga dan menyorokkan statusnya sebagai duda. Hinggalah, dia terlepas cakap tentang status dirinya. "Mana ada bini dah Mak Teh. Tiga tahun dah orang menduda." - Firdaus. Semua orang pun terkejut dengan berita itu. Disebabkan itu mulalah ibu dan ibunya saudaranya mahu mengandingkan dia dengan anak gadis Mak Tehnya itu. Batrisya, Si gadis gadis sunti yang muda sepuluh tahun darinya. "Mama! Batrisya tu muda lagi ma.. Banyak benda dia boleh buat. Takkan nak kena kahwin dengan Aus. Aus ni duda anak dua tau ma!" - Firdaus. "Jadi, Isya setuju dengan cadangan Mak Teh dan Pak Teh?" - Firdaus. "Ayah suruh terima." - Batrisya. " Isya sekarang tak ada boyfriendlah abang Aus. Pleaselah. Terima Isya. Izzah harap sangat abang dapat jaga dia." - Izzah. Mengetahui tentang kisah silam Batrisya dari adik-adiknya membuat Firdaus rasa bertanggungjawab mahu melindungi gadis itu. Maka, dia bersetuju dengan perjodohan mereka. Tetapi ada hati yang tidak senang dengan hubungan mereka. Qistina, si bekas isteri yang mula menyesal dengan kesilapannya dan juga Haikal, bekas kekasih yang psiko. Mampukah Firdaus melindungi Batrisya? Dan mampukah Batrisya melupakan kisah silamnya yang pedih? Hak cipta terpelihara. Semua idea adalah milik asal penulis. Semua bahagian dalam cerita ini tidak boleh ditukar dan diterbitkan kembali dalam mana-mana bentuk tanpa izin. Plagiarisme adalah satu kesalahan besar dan dilarang sekerasnya. Tindakan akan diambil sekiranya berlaku. Sebarang peniruan, jiplak atau pengambilan isi secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain tidak dibenarkan tanpa kebenaran penulis. Sekiranya berlaku ia adalah sebuah kesalahan di sisi undang-undang dan Akta Hakcipta 1987. ® All right reserved
MY SWEET MAN BUDI BUNYAMIN( NOVEL ) oleh Mell_Mariann
Mell_Mariann
  • WpView
    Membaca 3,447
  • WpVote
    Vote 95
  • WpPart
    Bab 12
PPUTERI LESTARI. Dia seorang gadis montel yang pemalu dan sering merendah diri biarpun dia dibesarkan dalam kemewahan. Hidupnya sentiasa dipenuhi dengan tekanan dan piawaian ketat oleh ibu bapanya. Dia tidak pernah cukup sempurna di mata mereka. Sehinggalah satu jalan keluar muncul di depan mata.... Jika dia boleh bebas dari cengkaman bapanya dengan berkahwin. Maka dia sanggup berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali. "Saya dah buat keputusan. Saya nak kahwin dengan awak."- Lestari BUDI BUNYAMIN. Dia seorang pemuda yang tegas dan punya prinsip tersendiri. Kerana konflik di antara dia dan si bapa membuat dia terjerat dalam satu perkahwinan paksa. Sedangkan dia adalah Inspektor polis yang sedang dalam misi penyamaran. Mahu tak mahu dia terpaksa membawa Lestari masuk ke dalam dunia penyamarannya. "Kau boleh kahwin dengan aku. Tapi kau kena hidup susah dengan aku." - Budi. Harapan Budi, Lestari akan berputus asa dan mereka akhirnya akan membawa haluan masing-masing. Tetapi kenaifan, kecomelan, dan telusnya hati Lestari diam-diam menambat hati. Bagi Lestari pula sikap Budi yang sabar, yang melindungi dan penyayang membuat dunia Lestari lebih bermakna. Walaupun mereka cuma tinggal di flat usang yang jauh berbeza daripada kehidupan mewahnya. Namun, saat Lestari mengetahui tentang kerjaya sebenar Budi. Dia merasa tertipu. Apakah Budi hanya mempergunakan dia demi sebuah misi? "Awak tipu saya Budi? Awak gunakan saya untuk misi awak? Selama ni awak anggap saya ni apa?" - Lestari Budi dihentam rasa bersalah, salah dia yang telah meletakkan Lestari dalam risiko yang dia sendiri tidak pasti. "Aku sayang dia, Umar. Aku sayang dia sangat-sangat." - Budi Berjayakah Budi memujuk hati si isteri yang telah merajuk hati? Atau Lestari akhirnya memilih untuk berdikari sendiri?